|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
Misteri Yurizawa (Bahagian III)
Kedinginan terasa hingga ke tulang pagi itu. Disebabkan semua tak bawa baju sejuk, masing-masing berbalut selimut jalan ke balairaya untuk bersarapan. Tengok lopak air bertakung sana sini rupanya hujan malam tadi. Patutlah syok tidur. Cakap pasal malam tadi, Rozman teringat kejadian stranger dalam rumah. Peliknya takda siapa pula cerita kat Yumiko-san dan dia sendiri pun tak terasa nak cerita. Fikir nak sarapan je.
Selalunya ramai atuk-atuk dan nenek-nenek doing their morning walk tapi pagi ni takde pula. Sejuk sangat kot. Cuaca agak mendung. Gunung-ganang hilang terus dari pandangan ditutup kabus tebal. Sampai di balai raya, mengeluh kuat semua. Bubur lagi. Rozman takdelah complain sangat sebab baik bubur dari babi. Telan je lah. Hairan juga dia, kampong ni takda orang bela lembu ke? Bukan ke Jepun famous dengan daging-daging wagyu ni. Mana pergi lembu-lembu semua? Time tu Rozman dah kempunan nak makan daging. Tak sembelih cara syariah pun takpelah, darurat punya pasal, asalkan bukan oink oink.
Group Kentaro takde di balai raya. Ingatkan tak sampai lagi tapi macam dah dekat nak licin bowl bubur pun tak sampai-sampai lagi. Yamazaki tanya Yumiko-san, tak nak pergi kejutkan group lagi satu ke? Yumiko mula-mula buat tak dengar tapi bila tanya sekali lagi baru macam terbangak-bangak jawab.
"Errr..Oh diaorang dah start awal sebelum korang"
Lah boleh pula macam tu. Sentap juga lah sebab haritu cakap go out and work as a team.
Takpelah. Nanti catch-up somewhere. Mereka menyambung kerja kelmarin baiki saluran air rumah sorang atuk ni yang patah di himpap dahan pokok. Kata Rozman, memang betul lah inovatif orang Jepun ni. Boleh came up dengan piping system tarik air dari gunung ke centralized takungan yang di share 3-4 rumah tanpa sebarang engineering knowledge, pakai common sense je. Buat pakai buluh tapi dah berpuluh tahun pun masih kukuh lagi.
Masa repair tu, mereka berborak lah dengan tuan rumah. Menurut atuk tu, semua penduduk kampong Yurizawa sekarang ini adalah single. Single as in eternal virgin, bukan janda atau duda. Beberapa tahun selepas penghijrahan anak-anak muda ke kota-kota besar, mereka yang masih di Yurizawa membuat keputusan untuk tidak berkahwin kerana nak mengekalkan tranquility kampong tersebut. Kalau kahwin nanti ada anak, dah ada anak kena sediakan kemudahan sekolah, bila dah ada sekolah nanti ada benda-benda lain pula. Polis pun tak perlu sebab everyone knows everyone dan nak rompak apa pun, semua kat situ lebih kurang je. Miskin tak, kaya pun tak.
"Tapi..." Salah seorang dari group Yamazaki menyampuk.
Kalau jenayah bukan satu kebimbangan, kenapa setiap rumah yang mereka pergi, which termasuklah rumah tumpangan mereka, pintu depan ada sampai 3 engsel? Even kat Tokyo pun tak macam tu punya secure.
Alasan diberikan atuk itu tersangatlah vague; 'You will never know for sure'
O.Kay.
Mereka dihidangkan teh tawar. Tengok air teh, teringat Rozman time kat kampong. Kalau ada gotong-royong macam ni mesti hidang air teh susu dengan kuih ketayap ke, pulut kuning cecah sambal tumis petai ke. Sekarang ni dia beribu kilometer dari kampong halaman, gotong-royong kampong orang lain dan dapat Japanese herbal tea yang tak best langsung.
Kerja amal diteruskan ke rumah lain pula dan matahari semakin tinggi tapi group Kentaro masih tak kelihatan. Masa lunch break di balairaya, hanya group Yamazaki yang ada. Yumiko-san pula sejak dari pagi tadi tak nampak-nampak sampai sekarang. Nak telefon, era awal 90an mana ada handphone lagi. Nak pergi ke rumah Yumiko, seorang pun tak tahu mana dia tinggal.
"Eh.." Kata Rozman dalam hati.
"Ha'ahkan, kenapa takda siapa pun yang tahu mana satu rumah Yumiko-san?"
Rozman mengutarakan persoalan ini ke teman-teman dan semua sependapat. Why they never bother to know where she lives?
Yamazaki minta semua stick to their activities dan menyakinkan bahawa nanti bertembung lah kat mana-mana tu. Yurizawa bukannya besar mana pun. Mengikut rancangan, minggu pertama fokus kepada repair rumah-rumah, minggu kedua baru cuba tengokkan sistem saliran kampong tersebut. Since club dianggotai Rozman ini adalah samada architecture or structural engineering students, kerja-kerja bertukang ni small matters je. Mereka dah bahagikan kerja ikut kumpulan dan Lily cadangkan mereka pergi melawat salah satu rumah yang dibawah group Kentaro.
Setelah tiga rumah di jenguk, masih tak jumpa dengan group Kentaro. Pelik. Mana pula diaorang ni pergi. Hati rasa membara je bila Yumiko-san pun masih tak nampak batang hidung. Lalu mereka pergi ke salah satu rumah dan bertanya arah rumah Yumiko.
"Yumiko? Siapa Yumiko?" Tanya seorang nenek. Mungkin dah nyanyuk tak ingat kot dengan Yumiko-san.
Pergi rumah lain pula, semua tanya siapa itu Yumiko. Nak bagi full name, again no one in the group bothers to even asked her full name. Yang tau Kentaro sorang je sebab dia yang deal dengan Yumiko-san. Punya lah kelam-kabut arrangement student universiti ni ha ha ha.
Takpalah. Tunggu petang nanti time dinner. Mereka meneruskan aktiviti amal membuat apa yang patut. Petang itu nak dekat pukul 5, group Yamazaki tiba di balairaya dan mendapati group Kentaro tengah melantak. Biasa lah kalau jumpa mesti bertegur sapa, tanya khabar, hai hai hoi hoi bagai tapi kali ini tak, tunduk je kepala masing-masing.
Bila group Yamazaki duduk di meja makan, serentak group Kentaro bangun dan letak bowl dalam sinki. Apasal pula ni? Rozman cuba menarik perhatian Gunma dengan tarik bajunya. Gunma cuma toleh kejap tengok Rozman dan kemudian beredar. Kata Rozman, muka Gunma masa tu macam nak menangis. Tanpa berkata apa-apa, group Kentaro meninggalkan balairaya.
Yumiko sampai di balairaya dan greet semua orang macam biasa. Bila tanya tadi pergi mana, Yumiko cakap dia ada hal kejap. The ladies tanya, by the way Yumiko-san...
"Oh tak perlu tahu pasal tu. I live around here"
Itu je jawapan Yumiko. Mereka kemudiannya tanya full name Yumiko pula. Boleh pula makcik tu tanya nak buat apa?
Hello? Kalau ada emergency case macam mana? Dah la tak bagitau tinggal kat mana, ni full name pun tak nak bagitau. Apa kes kau ni? Mereka menceritakan bagaimana orang kampong Yurizawa semua tak kenal anyone by the name of "Yumiko". We thought you live here?
"Emergency macam mana?"
What the hell? Eh pelik betul la makcik ni, kata Rozman dalam hati. Okay, mereka bagi senario if something happened during the night.
"JANGAN SEKALI-KALI KELUAR WAKTU MALAM. FAHAM?" Kata Yumiko dengan suara keras.
Yamazaki bertindak sebagai ketua kumpulan terangkan 'dengan awak berahsia macam ni, if something happened time malam, kami tak teragak-agak keluar untuk mendapatkan bantuan'.
Yumiko masih degil dengan amaran tidak dibenarkan keluar malamnya. Yamazaki balas dengan nada tegas,
"Yumiko-san, ingat ya, kami disini sebagai sukarelawan. Bukan dibayar. Not even one cent. Jadi jangan nak bagitahu kitaorang what we can and cannot do. Faham?"
Renungan tajam Yumiko-san ibarat pedang Samurai. Boleh terasa bahang intensenya ketika itu. Yumiko beredar dari balairaya tanpa membuka mulut.
Mereka yang halfway having their dinner dah tak selera nak sambung makan. Rozman tak dapat tahan rasa tak sedap hatinya...
"Aku rasa we should called it quit. Seriously banyak benda tak kena dengan kampong ni, dengan Yumiko lagi. Aku tak rasa aku boleh tahan satu hari lagi kat sini"
Lily angguk diikuti Sonoko dan Yumi. Mereka semua kemudiannya mengalihkan pandangan kepada de facto leader kumpulan, Yamazaki.
Lebih kurang seminit mendiamkan diri, Yamazaki membuat keputusan...
"We called it quit. Mengarut dah benda alah ni. Lepas ni kita pergi rumah group Kentaro bincang besok macam mana. I don't think they would say no to our decision either"
Memang betul apa Yamazaki cakap. Masa Rozman tarik baju Gunma tadi, dari riak wajahnya seolah-olah berkata "Get the hell out of here!"
Tiba-tiba Rozman rasa berdebar-debar. Naluri kuat menyuruh dia ke rumah group Kentaro sekarang juga.
Kicauan burung-burung di langit terbang pulang ke sarang menandakan hari hendak gelap. Mereka sepatutnya dah balik ke rumah tapi semua dah tak peduli dengan arahan, amaran dan apa-apa lagi rules tak masuk akal. Group Yamazaki berlari ke rumah group Kentaro.
Sampai di sana mereka dapati rumah tersebut kosong.
"Betul ke diaorang duduk rumah ni?" Tanya Lily. Rumah bukan sahaja kosong malahan lantai pun berdebu tanda dah bertahun tak berpenghuni.
"Kan Yumiko-san cakap diaorang tinggal next door" Balas Sonoko pula.
"Ke kita salah salah dengar ni?" Sambung Sonoko lagi.
Bila cakap 'next door' tu, takdelah sebelah betul. Seperti dinyatakan sebelum ini, setiap rumah dipisahkan dengan ladang atau sawah. Dari rumah tumpangan mereka sahaja ada beberapa rumah within 200-300 meter radius, so rumah mana satu?. Ingatkan rumah yang sekarang ini kerana sederet dengan rumah mereka.
Group Kentaro berpecah untuk check setiap rumah dalam lingkungan 300 meter. Kalau zaman sekarang boleh la communicate pakai handphone, tapi time tu kena plan in advance on the timing, so semua set jam (time ni G-Shock/Baby-G dikira jam rasmi anak-anak muda, zaman sekarang juga kot) G-Shock masing-masing ke Timer dan janji kumpul disini dalam 20 minit.
Ada lebih kurang 15 rumah sekitar rumah mereka within 300 meter. Rozman punya coverage semua rumah tinggal yang confirmed takde orang, sebab dah usang sangat. Takde bumbung pun ada. Tepat 20 minit, Rozman berlari semula ke Rendezvous Point.
Yamazaki geleng kepala sebaik made eye contact dengan Rozman. Yumi dan Sonoko sampai berdua pun cakap yilekk. Lily...
Lily?
Yumi dan Sonoko tak perasan Lily. Yamazaki pun tak sure.
Sayup-sayup bunyi loceng kedengaran. Hari semakin gelap. Yamazaki, Rozman, Sonoko dan Yumi dah berpandangan antara satu sama lain. Tak pasti...
Lily...
(Bersambung)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Details sungguh citer yg ni..bersambung lagi
Misteri ja yumiko nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 27-5-2016 04:51 PM
Double post pulekkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-5-2016 06:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by dammerung at 27-5-2016 06:22 PM
Untuk pengetahuan semua. Cerita si Rozman ini dah diolah secara dramatik mengikut resipi aku. So ada la part-part aku cerekakan sikit supaya menarik untuk dibaca macam part-part dialog terutamanya kerana actual recordingnya boring gila.
Rozman bukan seorang storyteller berbakat, meaning that dia ni cerita main bantai je. Tak ikut kronologi, kejap hari last, kejap hari keempat, kejap hari Ahad, entah apa-apa. Dan nama-nama tu pun ada aku reka sebab dia tak ingat nama.
Dan oh ya. Tak payah lah cari lokasi Yurizawa tu kat mana. Memang takkan jumpa. He he...please take note entry Yurizawa ni panjang. Mungkin lebih dari 4 bahagian. Harap maklum |
|
|
|
|
|
|
|
Dam kata tkkan jumpa Yurizawa...
Entah2 kmpung bunian jepun
|
|
|
|
|
|
|
|
dammerung replied at 27-5-2016 05:40 PM
Misteri Yurizawa (Bahagian III)
x sabar nk tnggu kesudahan cerita ni....
ako yg berdebar2.. |
|
|
|
|
|
|
|
bunga_durian9 replied at 25-5-2016 09:07 PM
eii seramnya... teringat movie kartun jepun.. tajuk x igt, kisah dia pindah ke kg, singgah satu tmpt ...
ako pon mcm penah tgk laa cerita tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ha, citer kali ni cukup rempah kalau nak buat jadi movie.
Siap Gunma & group Kentaro pun dah start jadi mistik. Adakah diorg keluar mlm sebelumnya so diorg dah jadi sebahagian org bertopeng? Damn. Sila cepat update damm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar menanti sambungannya.... hebat...!! |
|
|
|
|
|
|
|
ape cer group lg satu tu? dh lenyap ngan org utan ke ape. adeh..berpeluh tiak nk tggu sambungan lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
dammerung replied at 27-5-2016 06:19 PM
Untuk pengetahuan semua. Cerita si Rozman ini dah diolah secara dramatik mengikut resipi aku. So ada ...
So true..awal2 kau post cite ni aku dah google maps..memang xde tempat nama yurizawa..
Bagi aku yurizawa tu sendiri dah misteri... |
|
|
|
|
|
|
|
Penulisan yang baik. Mudah faham dan jalan penceritaan yang menarik. Semoga usaha diteruskan dan diketengahkan ke peringkat yang baik lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sy speku kat bawah ruang tamu tu tempat mayat tuan rumah ditanam.
Citer ni best. Kipidap. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tersangkut. Best...cepat TT...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Macit rasa org hutan tu adalah org yg dah di rasuk dan bertukar jd jembalang. Entah2 is mat saleh yg awal2 balik tu pun dah jd jembalang. Sekian, speku dr macit. |
|
|
|
|
|
|
|
ala...best sgt ni
xsabar nk tgu smbungan |
|
|
|
|
|
|
|
Wohoo. Dah upgrade ke ultra best! Tahniah tuan tanah! |
|
|
|
|
|
|
| |
|