okay @saaya mak mmg izinkan piah sekapal dgn bit .. penampakan piah disisi bit lebih mewangi nampaknya ...
memandangkan bit bkn taste el.. kononnnnn..
Tidak bercinta dengan sesiapa Waima hatinya belum dimiliki sesiapa, senyuman jelas menguntum di bibir Elvina apabila peminat kerap mengasak supaya dirinya bercinta dengan rakan segandingannya dalam drama Shhh I Love You, siapa lagi kalau bukan Gambit Saifullah. “Saya tidak bercinta dengan Gambit dan segala-galanya berlaku secara spontan. Kami tidak pernah berhubung jika tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran dan keserasian sesama kami juga sekadar untuk mendapatkan persefahaman. “Perasaan kami sekadar suka sebagai kawan kerana kononnya wajah kami agak mirip. Cuma pada masa sama, saya harus menghormati perasaan teman wanita Gambit dan perlu sentiasa bersikap profesional,” jelasnya yang tidak pernah bercinta dengan hero segandingan seperti Ben Amin, Aeril Zafrel dan Idris Khan selama ini. Cerita teraju utama drama Mariam Alisa itu lagi, Gambit cukup bagus sebagai seorang kawan, cuma tidak menepati ciri-ciri sebagai lelaki idaman. “Buat masa ini, saya selesa berkawan dengan ramai orang, cuma untuk yang betul-betul istimewa masih belum ada. Jika ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman, sudah tentu yang penyabar, kelakar serta tinggi dan manis orangnya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz4mOxmPxB3
Hakcipta terpelihara
|