|
|
Suchi replied at 24-6-2018 07:51 PM
Tepek ler sbb tgk kt fb dia xde pun
Tak reti tepek r.. iols copy paste jelah...
Ni kat bwh ni
Anak artis tu hodoh, rupa bayi tu tak elok, lepas tu anak artis yang ni pula kulit hitam, muka begitu begini.-Kata netizen.
Ya Allah, inilah yang saya katakan betapa lancang, bahaya dan ‘nazaknya’ sikap orang kita dewasa ini. Kita jangan bercakap pasal netizen, tapi netizen itu adalah kita.
Kemudahan teknologi, keterbukaan menulis, kepandaian menggunakan sosial media dan sebagainya telah menjarakkan kita dengan nilai-nilai ‘manusia’.
Aihh! Bagaimana kita gamak nak cakap itu ini kepada ciptaan Allah hanya kerana mereka itu golongan artis yang sering disasar caci-maki-hentam-sinis-jelik dan sebagainya.
Bagaimana kita yang bukan artis? Anak kita umpamanya atau anak saudara kita? Apakah kita hanya akan pandang bayi yang cantik, molek, putih saja sebagai kesempurnaan bergelar manusia.
Saya kena setuju dengan ini;
Tidak mengapa jika tidak cantik tetapi jadilah orang yang baik kerana orang yang baik itu semakin sukar dicari dewasa ini.
Satu lagi, jika kita menghina ciptaan Allah, kita ini ciptaan siapa?
Kempen budi bahasa, hormat menghormati, menghargai sesama manusia, meneladani kemurnian hidup pelbagai bangsa- PERLU!
|
|