CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coyotemawi

Masalah-masalah Yang Cikgu Hadapi -

[Copy link]
Post time 23-1-2008 12:41 PM | Show all posts

Reply #1 ahmadrizman's post

Ibu bapa sekarang ni terlalu memanjakan anak-anak...
anak-anak merengek sikit, dah percaya padahal mereka mungkin tak tau anak-anak dorang tu tipu.. tokok tambah pelbagai cerita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2008 12:44 PM | Show all posts

Reply #1 ahmadrizman's post

teman nk komen tp serba salah la plak....apa pon sabor je lah

HOHOHO
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 12:46 PM | Show all posts
Sokong..!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 06:20 PM | Show all posts
Beban kerja guru kini terlalu berat

PETALING JAYA 22 Jan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 05:43 AM | Show all posts
Sokongan sosiol bantu kurangkan beban guru



BEBANAN kerja guru kini dilaporkan terlalu berat. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan selain tugas-tugas hakiki sebagai pendidik, guru juga terpaksa menanggung beban yang sepatutnya turut menjadi tanggungjawab ibu bapa seperti aspek disiplin.

Profesion perguruan dilihat sebagai satu profesion yang sering meletihkan dan banyak mengundang tekanan dan memberi kesan yang negatif kepada ahli-ahlinya.

Ini diakui oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mendakwa tahap tekanan di kalangan guru di negara ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang semakin meningkat.

Banyak kajian yang membuktikan mengajar merupakan salah satu profesion yang sangat mencabar di mana satu pertiga daripada mereka mendapati mengajar sebagai satu pekerjaan yang sangat tinggi tahap tekanannya (De Nobile 2003).

Guru yang terlalu terbeban bidang tugasnya dan akibatnya merasa tertekan akan memberi kesan negatif kepada mutu pendidikan negara. Menurut NUTP lagi, ramai guru di Malaysia kini menghidap penyakit barah payu dara, darah tinggi, sakit jantung, malah sedang mendapat rawatan psikiatri kerana semakin tertekan akibat bebanan tugas yang meningkat.

Bebanan kerja guru yang dilihat kini terlalu berat diakibatkan antara lainnya oleh pengharapan untuk menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah selain tanggungjawab remeh-temeh yang terpaksa digalas oleh guru.

Isu-isu pendidikan seperti masalah disiplin pelajar yang berleluasa, bebanan tugasan, masalah kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan sistem sokongan sosiol yang kuat dan rangkaian masalah lain yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan boleh menggugat kesejahteraan guru. Sekiranya isu guru terlalu terbeban tidak diatasi segera, ia boleh menyebabkan guru merasa tertekan dan memohon untuk meletak jawatan atau memohon untuk bersara awal.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan bebanan kerja yang terlalu berat ini? Antara yang dicadangkan oleh Menteri Pelajaran ialah penglibatan ibu bapa dalam aspek pendidikan selain penyertaan pihak ketiga.

Pelbagai program boleh dilaksanakan dalam menyemarakkan hubungan guru dengan ibu bapa dan juga pihak ketiga. Sokongan yang diberikan dapat membantu mengurangkan bebanan kerja dan juga mengurangkan tahap stres yang dihadapi guru.

Sokongan sosiol yang kuat boleh mengurangkan tahap tekanan. Ini kerana sebagai makhluk sosiol, manusia hidup saling memerlukan diantara satu sama lain. Keperluan di antara satu sama lain ini membawa kepada sikap memberi sokongan sesama sendiri dalam mengurangkan tekanan. Kewujudan sistem sokongan yang kuat membolehkan guru-guru untuk berkongsi permasalahan antara satu sama lain di mana ia boleh menyumbang kepada cadangan yang membantu

Individu akan berupaya untuk berdaya tindak ke atas tekanan secara lebih efektif jika beliau mempunyai perhubungan sosiol yang lebih berkesan. Kajian dalam bidang tekanan menunjukkan sokongan sosiol sangat efektif dalam meningkatkan kesejahteraan kesihatan mental individu.

Ibu bapa dan masyarakat perlu lebih prihatin terhadap bebanan kerja yang terlalu berat. Memberi sokongan melalui penglibatan mereka dengan aktiviti-aktiviti sekolah amat membantu mengurangkan bebanan tugas yang dialami oleh guru. Ini kerana matlamat melahirkan guru yang berproduktiviti tinggi dan berupaya menyumbang kepada mutu pendidikan yang cemerlang dapat dicapai sekiranya guru tidak menanggung kerja yang terlalu berat dan tidak merasa tertekan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 05:56 PM | Show all posts
kesian cikgu2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2008 07:56 PM | Show all posts
apa yang diperkatakan oleh Datuk Hisyamuddin tu tiada siapa yang menyangkalnya...pasti sekali....

pada pendapat saya...

sebagai seorang guru melebihi 14 tahun, tugas mendidik telah sebati dengan jiwa saya.  seberat mana, saya tidak lagi memandang itu sebagai beban. sebabnya...kami di kalangan rakan sekerja mempunyai beban tugas yang lebih kurang sama. kami sama-sama rela melakukannya dan selalu berkongsi masalah bersama-sama

tetapi...saya akan menjadi terlalu letih dan kecewa menjadi guru apabila masyarakat berada di luar pagar  sekolah memberi penilaian kepada kualiti kerja kami. sedih..terlalu sedih dan terlalu kecewa....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 12:34 PM | Show all posts
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..masyarakat hanya tahu menuduh...tp dorang tak pernah menyelami hati dan perasaan guru..yang semua orang nilaikan hanya lah..keja setengah hari, kol 1-2 balik...tp dorang tak penah fikir beban yang terpaksa ditanggung oleh guru untuk mendidik anak bangsa supaya tidak menjadi kurang ajar.. ibubapa sepatutnya sesama berusaha untuk menjadikan anak mereka seorang yang berguna..macam haku mengajar sekolah jenis kebangsaan tamil..aku ajar dorang sama macam aku ajar anak melayu gak..takde beza..first time ngajar sekolah tamil setelah bertahun ngajar skolah kebangsaan..haku tak dapat terima hakikat, bila sentuh skit je..mak bapak dorang mai komplen..mmg berbeza dengan sekolah kebangsaan yang mementingkan disiplin(merujuk pada sekolah aku dulu la)...kt sekolah tamil ni haku nak betulkan displin dorang, haku lak yang kena...tak faham budak2 ngan mak bapak sekarang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 12:06 PM | Show all posts
Pelajar mesti kuat iltizam, berdisiplin untuk berjaya
Oleh Norhayati Md Said


MEMANG tidak wajar kita membandingkan pelajar 20 atau 30 tahun lalu dengan sekarang. Begitu juga perbezaan guru, ibu bapa dan persekitaran bagi tempoh itu. Keadaan sudah jauh berbeza, kemunduran suatu waktu dulu dan pembangunan yang amat pesat ketika ini mengubah segala-galanya termasuk sikap manusia.

Minggu lalu saya ke sekolah anak selepas dipanggil guru untuk membincangkan pelbagai program dan usaha bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan tahun ini.

Pada majlis itu, guru menyediakan program motivasi bukan saja kepada ibu bapa tetapi juga kepada pelajar berkenaan. Kedua-dua pihak diletakkan di sebuah dewan untuk mendengar ceramah berkenaan.

Sedang ibu bapa celik mata mendengar cerita menarik penceramah motivasi mengenai kehidupannya yang ketika sekolah menengah hanya pelajar biasa dan pada kedudukan corot walaupun tidak paling corot, tapi kini menjadi antara orang yang berjaya. Namun ceramah motivasi itu langsung tidak menarik minat segelintir pelajar berkenaan. Mereka bukan saja tidak mendengar, malah ada yang tidur dan sengaja membuat 'bunyi' yang amat menyakitkan hati.

Kalau dulu lirikan ekor mata ibu atau ayah amat menggerunkan, namun segelintir anak ini langsung tidak mempedulikan ibu bapa yang hadir walaupun sesetengah daripada kami menoleh ke arah mereka.

Sebagai ibu yang menghadiri majlis itu, kita memang bersyukur kerana guru memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai pentingnya pendidikan dan program yang tersusun untuk anak yang akan mengambil peperiksaan besar tahun ini.

Sekurang-kurangnya ibu bapa tahu apa yang perlu dilakukan selepas mendapat penjelasan daripada mereka ter-utama bagi pelajar lemah.

Saya tidak pasti sama ada senario pelajar tidak peduli ini berlaku di mana-mana saja. Atau guru sudah tidak kisah jika murid berbuat demikian tanpa menegur perbuatan mereka. Atau ada cara lain yang perlu guru, sekolah dan ibu bapa sendiri lakukan untuk memberi kesedaran kepada anak-anak ini.

Mungkin kelas motivasi yang lebih keras sesuai bagi pelajar. Inilah sukarnya menjadi guru, serba tak kena.

Hendak marah pun susah kalau didiamkan anak murid buat tak tahu dan pelbagai kerenah dan cabaran yang perlu mereka harungi.

Sebagai ibu bapa termasuk saya sendiri, nak ditegur pelajar berkenaan pun berasa sedikit takut. Apa kata nanti mereka tidak mendengar teguran kita dan buat tak tahu. Lebih bimbang jika mereka menjawab teguran kita dengan kasar. Pada zaman ini semuanya tidak mustahil. Kes pelajar pukul cikgu pun tidak lagi menghairankan.

Seingat saya, dulu jika ibu bapa dipanggil ke sekolah, pelajar akan duduk tegak di kerusi masing-masing walaupun mata mengantuk macam mana sekali pun. Itu mungkin cerita dulu yang sudah menjadi klise ketika ini dan anak sudah lali mendengarnya.

Mungkin sebab itu, mereka sudah tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Jika melihat kepada tingkah laku pelajar berkenaan, tidak mustahil mereka akan menjadi antara yang tercicir jika tidak disedarkan sejak awal. Kegagalan pelajaran dan disiplin pelajar tidak boleh disalahkan semuanya ke atas ibu bapa, guru, sekolah dan kementerian tetapi pelajar juga perlu bertanggungjawab.

Anak dan remaja sekarang lebih matang kerana semua maklumat terdedah kepada mereka. Mereka hanya perlu mengautnya.

Jadi, sebagai anak walaupun hanya baru mencapai usia remaja jangan pandai menyalahkan orang lain tetapi mesti tahu tanggungjawab sendiri kerana kejayaan masa depan adalah atas usaha sendiri bukan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 09:01 PM | Show all posts
cara didik anak2 zaman sekarang lebih menuruti budaya luar... mostly dari negara barat... if dulu cara menegur anak2 guna rotan, jegil bijik mata/ tampar dan sepak tendang sekarang tidak lagi... most parent yg educated diorg lebih suka biarkan... biarkan...

so, cikgu2 x yah la terkejut sgt... walau sedegil/ nakal mana pon budak2 tuuu... x semesti nya mereka itu x boleh berjaya... beri la peluang... saya pon nakal jugak dulu... tapi ada cikgu2 yg beri perhatian dan kasih sayang... cikgu2 macam ni susah dicari... marah pon tidak mengeluh jauuuh sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 12:23 AM | Show all posts
masalah ngan student jer..
marah ckit calar kete.. hampeh tul
ngan pentadbir boleh consider lg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 12:45 PM | Show all posts

Reply #710 berita's post

kalau setakat nakal tu takpe la jugak... tp kalo dh masuk smpi takat jahat. nasihat dh tak boleh pakai, apa lg yg guru boleh buat??? pukul kang kene saman lak....:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 12:37 AM | Show all posts
cikgu,cikgu,cikgu..byk masalah..mane nk handle kelas,yuran,koko,meeting,kertas kerja,fail,buku rekod guru,rekod murid,tov,sukan,pertandingan,iring murid,buat teks bercerita, seminar,kursus,ujian bulanan,sbt,tuisyen,PKSR,upsr,motivasi..parents komplen..murid ngadu..hai..mcm2 hal..but itula lumrahnye guru..tp yg sy terkilan sikit dgn parents skrg terlalu percayakan anak dan manjakan mrk..kalo anak ngadu sikit pasal cikgu..haa siapla cikgu kena ngadap GB.last2 cikgu pun fed up..
tp sy tetap suke jd cikgu..sbb sy suke tgk ank2 murid berjaya..dan jadi org yg berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 04:45 PM | Show all posts
aku takde masalah sgt ngan budak..
masalah ngan pentabir jer la...
kedekut!!masalahnya kerani yang over.
korang bygkan,utk konfom biasanya memerlukan sokongan GB jer kan??
kerani skolah aku ckp,dia ada hak menentukan cikgi konfom atau tak..
err...betul ke kerani ada hak??
ader sesaper leh jwb??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2008 06:43 AM | Show all posts
salam again para guru dan ibubapa sekelian...
lepas ni ada banyak cite nak kongsi...

rindu betul nak dengar cite dari cigu2 dan ibu bapa seme..

jumpa lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:34 AM | Show all posts
Aku tak ada masa nak baca thread ni tapi aku tau memang menarik untuk dibincangkan. Walau apapun, aku nak selit juga dalam ni nak beritahu apa aku fikir.

Masalah yg. cikgu hadapi memang banyak, terlampau banyak. Kalau semua pihak jalankan tanggungjawab masing2  dengan betul dan ikhlas tak ada masalah. Tapi ini terlalu ideal la pula dan hampir mustahil boleh berlaku. Masalah akan tetap ada tapi boleh kita minimakan kalau semua pihak berusaha ke arah itu.

Cikgu2 ni aku nak cadangkan korang berani la sikit 'fight for your right'. Suasana kerja cikgu2 ni menyedihkan. Workload membebankan, kelas terlalu besar, kerja2 perkeranian pun korang buat. Ish, fight la sikit---- ramai2 bersatupadu.

Kalau kebajikan guru tak terjaga, bagaimana mereka nak dapat tumpukan perhatian untuk mengajar dengan baik. Persediaan mengajar mesti rapi ---ada banyak ke masa untuk guru sediakan diri ?Yg. aku tau guru2 ni kalau nak membaca pun jarang yg. sempat. Yg, jadi mangsa siapa?

Ibubapa pun ramai yg. pelik--memang pelik sangat. Nampak macam tak didik je anak supaya berperangai baik dan bersopan. Tenguk anak kenallah ibubapanya. Anak2 jenis iniah yg. menjadi masalah kepada guru ,sekolah dan teman2 lain serta mengganggu pembelajaran.  Seeloknya seminggu ke sebulan sekali kita bagi kursus mendidik anak kepada ibubapa ini. Anak buat kurang ajar dan biadap, kita rotan ibubapa,lagi best..


[ Last edited by  belanga at 2-4-2008 09:36 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2008 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by belanga at 2-4-2008 09:34
Aku tak ada masa nak baca thread ni tapi aku tau memang menarik untuk dibincangkan. Walau apapun, aku nak selit juga dalam ni nak beritahu apa aku fikir.

Masalah yg. cikgu hadapi memang banyak ...



hmm aku setuju amat ngan nko..sangat2 setuju..





Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 12:08 AM | Show all posts

Reply #711 fiyass's post

dah dua kali keta aku kene calar...dalam dan panjang lak tu...huhuhu...budak-budak ni mmg...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 08:51 PM | Show all posts
keje cikgu skang memang banyak..kekadang aku pun tak sure aper profesion sebenar aku  nak kata cikgu mmg cikgu pun..nak cakap accauntant pun bleh gak pasal kena selia duit persatuan..kerani cabuk pun ye gak..sumer surat, data segala mak nenek kena buat..belom campur nak latih sukanla, pertandinganla, kecerian kelas lagi...duit sendiri yang keluar takyah cakap...masalah aku kat sekolah, ketua kerani tue lebih sudu plak dari guru besar...habis sumer cikgu kena marah kalu nak mintak barang2 cam kertas ker, ink ker..Ngok betul. Cikgu malas nak citer kenala kuar duit poket sendiri..Tekanan keje cikgu nie cuma sesama cikgu jelah yang tau...BUdak2 dahla makin kurang ajar. Mak bapak plak asik nak menangkan anak. Pendek kata susah sebenarnya nak jadik cikgu zaman sekarang...Aku tak paham apesal beribu gak orang nak mohon jadik cikgu..EEEiiiiii...tensionnnnn!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 10:17 PM | Show all posts
berita 8mlm td...cikgu lelaki ditampar oleh seorg bapa murid...huhu...sedih btol..kesian cikgu tu...xtau ape cerita tros kene tampar...ni kes anak dikenakan sedikit hukuman la ni..kot ye pun tanya la dulu ceritanya betul2..ni asik dgr ckp ank sorg je...kaalau cikgu yg kene tampar tu perempuan..x sanggup nak bayang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 299818 Replies : 7421
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78932 Replies : 3297
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13682 Replies : 117
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20325 Replies : 98
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8522 Replies : 39
ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น @UFADEAL เว็บพนันครบวงจร ไม่ผ่านเอเย่นต์
poppy5ยูฟ่าเบท ทางเข้าเล่น
Views : 15052 Replies : 0
แทงบอลยูโร สมัครแทงบอลยูโร @UFADEAL เว็บแทงบอลยูโรที่ดีที่สุด เว็บตรง
poppy5แทงบอลยูโร สมัครแทงบ
Views : 15053 Replies : 0
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4648 Replies : 4
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10942 Replies : 86
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11430 Replies : 77

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.061788 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list