aku tak tahu la ada ke tak orang tersasul macam aku, sebab baca sekali lalu sambil gelak2 sambil skrol.
time belajar dulu, aku baru balik kelas, dah la penat, balik2 tengok bilik sepah berhabuk bagai. Kawan2 aku lepak bilik aku. Aku dok bebel sorang2 pasal bilik kotor, aku suruh kawan aku ambikkan penyapu sampah, boleh pulak kata gini... "weyh M, tolong ambikkan PENYAMPAH tu.' dengan kompiden aku cakap. diaorang senyap, pastu gelak guling-guling jatuh katil.
baru minggu lepas perkataan PENYAMPAH tu keluar balik. Adik aku bantai gelak. huhuhu
lagi satu time belajar jugak, ada orang tengah baiki jalan. bising gila la. At the same time aku & kawan tengah kira pasal harga ape entah
aku : berapa harga benda tu?
kawan : singgit je.
time tu pulak bunyi makin bising, aku nak cakap bingit, aku tersasul "SINGIT la" . Sebab at the same time aku nak cakap "owh singgit je rege" sekali lagi diaorang bantai gelakkan aku.
bila bising je diaorang nganjing kat aku. "Belle, SINGIT kan" takpun "mak aih..SINGIT gila kan belle" sambil gelak2. hadoi la.