CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 14-12-2014 10:09 PM | Show all posts
Ipo posted on 14-12-2014 09:37 AM
Ko ni Nicki sambung citer macam melepas batuk di atas pokok gitu..

baru nak feel...Qi jatuh  ...

Idea takat tu jah.

Qi jatuh tangga, bukan jatuh cinta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2014 10:11 PM | Show all posts
pooh83 posted on 14-12-2014 07:25 AM
Wah...dh ada sambungan..tq nicki..wlaupun ciput jer.. chaiyok2!..sambung lg tau..jgn la tgg ...

Tengah berusaha keras nak paksa idea keluar.

Akan cuba hapdet benang sekerap mungkin walau ciput siput...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 11:10 PM | Show all posts
Kemeriahan di gelanggang Futsal bersambung ke sebuah restoran ala Thai yang terletak di dalam linkungan kawasan berdekatan. Mereka bersembang rancak, dari satu topik ke satu topik. Ada yang menjamu selera, ada yang sekadar memesan minuman sahaja. Hampir ke pukul sebelas malam, masing-masing mula meminta diri untuk pulang.

Amir dan Qusyairi berjalan menuju ke tempat parkir motosikal masing-masing. Qusyairi masih lagi kekal dengan sikap terlebih-lebih ceria. Seboleh-bolehnya, Amir cuba untuk tidak mengaitkan perubahan itu dengan mimpi yang dialami Qusyairi.   

“Kau okay, Qi?” Amir mengambil kesempatan untuk bertanya.

“Okay?” Berkerut kening Qusyairi mendengar soalan itu. “Okay aje. Kenapa? Kau tengok aku macam ada masalah ke?”

“Macam ada masalah tu, tidaklah. Cuma...” Amir sengih.

“Cuma apa?”

“Lain macam aku tengok kau, sejak dua menjak ni.”

“Lain macam, macam mana?” Qusyairi mengangkat kening.

“Happy semacam aje.” Amir menjawab sekadarnya.

“Eh?” Qusyairi mengurut tengkuknya sendiri. Yang sebenarnya, bukan Amir saja yang membuat komen sebegitu. Mat Noh, Kumar, Rabiatul dan beberapa lagi rakan sepejabat juga ada berkata perkara yang sama. Apa benar dia berubah sikap? Qusyairi sendiri tidak pasti. Rasanya, dia masih seperti dulu. Bezanya kini, dia terasa hidupnya lebih berwarna dari dulu.

“Siapa awek tu?” Amir menembak soalan rambang.

“Awek?” Terlepas tawa kecil dari mulut Qusyairi. “Mana ada...”

“Kau tak payahlah nak sorok-sorok dengan akulah. Bukan sehari, dua aku kenal kau. Kalau kau happy Qi, aku pun tumpang happy.” Amir sudah pun duduk di atas motorsikalnya, tersengih.

Qusyairi senyum sumbing.“Orang macam aku ni, siapalah yang nak. Lainlah macam kau, rupa  macho. Poket pun tebal...”

“Sudahlah kau.” Tempelak Amir. Dia tahu, Qusyairi sengaja tidak mahu menjawab soalan dengan membangkitkan isu lain.

“Siapa awek tu? Aku kenal ke?” Amir bertanya lagi. Qusyairi geleng, senyum sumbing. Sedikit teragak-agak mahu menjawab.

“Takkan Mira kot?” Sekali lagi, Amir menelah secara rambang. Setahu Amir, hanya Mira sahaja gadis yang menduduki takhta teratas dalam carta gadis yang disukai Qusyairi.

“Mira?” Qusyairi sengih. Sudah lama gadis itu tidak dihubungi.

“Qi, aku bukannya nak masuk campur hal kau. Tapi memang sejak dua menjak ni, kau nampak lain. Happy semacam. Kalau betul puncanya kau dah ada awek, baguslah. At least, itu membuktikan yang kau tu normal macam orang lain.”

“Apa, selama ni aku nampak macam tak normal?” Qusyairi balas soal.

“Tak.” Gurau Amir.

Qusyairi angkat kening. Amir tersengih. Qusyairi angkat bahu. Kemudian mereka terdiam. Amir memerhatikan Qusyairi yang tiba-tiba saja berubah riak wajah.

“Kalau aku cerita, mesti kau tak percaya...kan?” Sambil bersandar pada motorsikalnya, Qusyairi menuturkan kata itu, perlahan.

“Cuba kau cerita dulu.” Suruh Amir. Qusyairi menarik nafas lalu dilepas perlahan.

“Aku memang...” Qusyairi menelan air liur. “Memang suka...lah...kat..sorang ni...” Ayatnya menjadi tersekat-sekat. Terasa segan sebenarnya mahu bercerita. Amir diam, menantikan sambungan kata. Tersengih sedikit melihat Qusyairi.

“Tapi, aku cuma dapat jumpa dia...” Qusyairi memandang tepat ke muka Amir. “Dalam mimpi.”

Wajah Amir mula berubah. Apa yang dia risaukan, terjadi. “Qi... takkanlah kau...”

“Aku tahu, apa kau nak cakap. Kau nak beritahu aku yang ini semua mimpi. Tak mungkin tempat yang aku cerita tu betul-betul wujud.” Pantas Qusyairi memintas kata.

“Ya, aku memang nak kata, itu cuma mimpi, Qi....”

“Pada aku, ini bukan mimpi. Aku yakin, Amariya tu wujud. Aku yakin, orang yang aku suka tu sebenarnya...ada.” Walaupun perlahan, suara Qusyairi bernada tegas.

“Apa buktinya Amariya tu wujud? Awek yang kau cerita tu pun, kau jumpa dalam mimpi aje, Qi. Bukan betul-betul. Mimpi tu mainan tidur.”

“Ada dah kata, kau takkan percaya. Benda ni tak jadi pada kau, kau takkan faham!” Suara Qusyairi meninggi kali ini. Amir geleng kepala. Pada Amir, Qusyairi seperti mengalami delusi. Terlalu terbawa-bawa dengan mimpi itu.

“Qi, aku bukan apa. Kalau kau berterusan macam ni, aku risau kau boleh...”

“Sakit jiwa? Gila? Itu yang kau nak cakap?” Suara Qusyairi masih tinggi.

“Rileklah, bro.” Amir cuba mengelakkan bunga pergaduhan. Perubahan sikap Qusyairi agak mendadak. Awal tadi, Qusyairi tampak ceria. Kemudian, berubah muram. Kini, sudah mula menampakkan sikap baran sedangkan, selama mengenali Qusyairi, sahabatnya itu amat jarang meninggikan suara.

“Bukan aku tak nak percaya. Aku susah nak percaya selagi tak ada bukti. Chill...okay?” Amir sedaya upaya mengawal tenang. Riak wajah Qusyairi yang tegang mula kendur.   

“Sorry Mir. Aku tak ada niat pun nak marah kau.” Ucap Qusyairi. Amir sekadar senyum nipis.

Qusyairi diam kemudiannya. Nafas ditarik panjang. Dia sedar, sehingga kini, dia tidak dapat membuktikan kewujudan Amariya. Apatah lagi, membongkar segala misteri. Dan dia sendiri sebenarnya masih keliru dengan semua perkara yang terjadi.

“Qi, kalau aku cakap ni, kau jangan marah pulak.” Berhati-hati, Amir menuturkan kata. Qusyairi kekal diam.

“Kita dah lama kawan. Sebagai kawan kau, mestilah aku risaukan kau.” Amir menyambung ayat.

“Mungkin, ada baiknya kalau kau jumpa pakar psikologi ke...apa ke.” Amir memerhati riak wajah Qusyairi. Sedikit bimbang sekiranya sahabatnya itu naik angin sekali lagi. Niatnya cuma satu, mahu menasihati.

Lega. Tiada tanda-tanda yang Qusyairi kembali baran.

“Aku tak gilalah, Mir.” Perlahan suara Qusyairi.

“Tak semestinya jumpa pakar psikologi tu bermakna dah gila. Perkara macam ni, kadang-kadang lagi elok kalau rujuk pada yang pakar.” Nasihat Amir lagi.

“Nantilah aku fikir...macam mana.” Balas Qusyairi. Tak ambil endah dengan saranan Amir.

Mereka berjeda lagi. Qusyairi pula mula termenung jauh. Amir hanya memerhati. Perubahan sikap Qusyairi yang mendadak begini menimbulkan teka-teki. Satu keluhan dilepaskan.

“Qi...” Amir memecah sunyi. Qusyairi memadang Amir dan membuat muka tanda soal.

“Awek yang kau jumpa dalam mimpi tu, cun sangat ke?” Amir berniat berseloroh, mahu mengurangkan situasi tegang antara mereka.

Qusyairi tersenyum kali ini. “Bagai bidadari...”

Terangkat kening Amir. Tiba-tiba saja Qusyairi mahu bermadah.

“Kau tak percaya?” Soal Qusyairi. Amir sengih sumbing. Qusyairi kemudiannya menggapai telefon pintar yang disimpan dalam poket beg sandangnya. Jarinya pantas dilalukan di skrin. Setelah itu, telefon pintar dihulurkan ke hadapan.

“Apa ni?” Berkerut dahi Amir.

“Tengoklah sendiri.” Suruh Qusyairi.

“Aik. Kau kata, jumpa dalam mimpi...”

“Dari mata, turun ke hati...” Qusyairi bermadah lagi. Tergeleng kepala Amir. Huluran telefon pintar disambut. Gambar lukisan yang tertera pada skrin itu ditatap.

Secara tiba-tiba, bulu romanya meremang. Satu rasa asing menyelinap masuk. Amir cuba mengalih pandang tapi matanya bagai telah terpaku pada gambar wajah dalam lukisan itu.

Seram.

Gambar wajah gadis dalam lukisan itu seperti benar-benar hidup. Mata gadis itu seolah-olah sedang merenungnya tajam.

“Sekarang, kau percaya?” Qusyairi bertanya setelah berjeda lama.

Amir kekal diam seribu bahasa. Last edited by Nicki_Meow on 14-12-2014 11:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 11:20 PM | Show all posts
dah mcm citer harry potter plak.. gambar bergerak2
mati2 aku ingat Qi sempat snap gambar ariana n syakilla pakai enpon
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-12-2014 02:06 PM
Sakit eh? Pi telan ubat dulu...

Akak tak banyak idea macam ko lah Es.

eh akak. kalau nk tegur sya, tegur je. Sorry if buat akak terasa k.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-12-2014 03:10 PM
Kemeriahan di gelanggang Futsal bersambung ke sebuah restoran ala Thai yang terletak di dalam linkun ...

Amir ni mcm2. Aku grr..

Asal kait dgn benda ghaib sjet, ak caya or see saikologi. SIAL LAH!


WHATS THE PLOTTWIST? OH PUTRI, TOLONG JGN GATAL BERCINTALAH! GRRRR!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2014 12:25 AM | Show all posts
kejadahnya tiba2 ko tag aku kat benang zaman tok kaduk.. kat post yg ntah nombor berapa tuh??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 12:32 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 15-12-2014 12:25 AM
kejadahnya tiba2 ko tag aku kat benang zaman tok kaduk.. kat post yg ntah nombor berapa tuh??

10 saat aku memikirkan apa yang terjadi sebenarnya.

Aku tengah edit benang tok kaduk tu. Permintaan publisher supaya sebahagian isi kandungan dipadamkan.  

Tag tu pun dah lama ada. Aku pun tak tahu camna tag tu 'hidup' balik. Mungkin ada bunian merasuk mintak pulangkan sanggul emas...







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2014 12:40 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-12-2014 12:32 AM
10 saat aku memikirkan apa yang terjadi sebenarnya.

Aku tengah edit benang tok kaduk tu. Permi ...

buruk siku lah bunian tu.. dah bagi mintak balik

btw.. aku rasa dah ko edit post tuh.. tag tu idop balik ler kot..
Last edited by cmf_conan on 15-12-2014 12:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 07:24 AM | Show all posts
Hurm..adakah lepas tgk gmbr dlm henpon qi tu nnt si amir pun akan turut terheret sama ke amariya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh83 posted on 14-12-2014 11:24 PM
Hurm..adakah lepas tgk gmbr dlm henpon qi tu nnt si amir pun akan turut terheret sama ke amariya?{:m ...

Rasanya. Pastu dua jejaka rebut puteri Amariya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 02:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-12-2014 10:06 PM
Sakit eh? Pi telan ubat dulu...

Akak tak banyak idea macam ko lah Es.

Banyak idea berbaloi2 nak baca x per jugak ....


adeii aku ni dah kenapa nak PA orang pulak..

dah lama x buat
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 02:32 PM | Show all posts
pening2 wujud ke???tapi best lah cite ni...n3n3n3 pls
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
update ler.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-12-2014 02:06 PM
Sakit eh? Pi telan ubat dulu...

Akak tak banyak idea macam ko lah Es.

Akak imagine ar akak jadi qi.  

Saya imagin saya si jahat yg membunuh org, tu dpt idea tu. Dari tuhan, oh yeah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 04:46 PM | Show all posts
wajah siapakah yg Qi lukis tu?

hmmm..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2014 08:02 AM | Show all posts
Esmiria posted on 15-12-2014 03:24 PM
Akak imagine ar akak jadi qi.  

Saya imagin saya si jahat yg membunuh org, tu dpt idea tu. Da ...

Rajin betul ko kopipes ayat akak kan?

Selalu memang gitu, imagine watak. Tapi kekadang, bila nak mengarang, tak menjadik. Feel tak sampai. Kalau sendiri pun baca, rasa macam hampeh, apatah lagi nak kasi orang baca...

Tapi kekadang tu, bila dah penat fikir...akak post aje entry walaupun feel ke laut.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 08:03 AM | Show all posts
pooh83 posted on 15-12-2014 07:24 AM
Hurm..adakah lepas tgk gmbr dlm henpon qi tu nnt si amir pun akan turut terheret sama ke amariya?{:m ...

Errr...errrr.... mungkin boleh dipertimbangkan....kot....

Tapi, kalau Amir overshadow Qi, camno?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 08:04 AM | Show all posts
fatimz posted on 15-12-2014 02:32 PM
pening2 wujud ke???tapi best lah cite ni...n3n3n3 pls

Awat pening?

Wujud ke tidak, tak tau le. Yg tukang buat cerita pun pening....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 08:06 AM | Show all posts
mizuki20 posted on 15-12-2014 04:46 PM
wajah siapakah yg Qi lukis tu?

hmmm..

Dengarlah lagu ni....



Mesti dapat jawapan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.541826 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list