CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nashrudean

ALL ABOUT VIETNAM ~ PART 15

  [Copy link]
Post time 12-12-2018 12:38 PM | Show all posts
Hi...

Saya baru balik dari HCM. Sedikit perkongsian kalau membantu kwn2 yg nak pergi nanti.

Kami sampai HCM airport ptg, jam 5pm local gitu sbb flight delay. Sebelum keluar ke arrival gate yg last tu, akan nampak beberapa booth yg jual simcard. Tanya kedai pertama, simkad saja dah 100k dong, sekali dgn internet jadi 200k dong. So mahal... Jadi saya pergi ke kedai yg hujung sekali (belah kiri jika kita menghadap ke pintu keluar). Harga cuma 100k dong utk 5gb. berbaloi. (rasanya sy ada balance 2gb at least kat sim tu, ada sapa2 nak? sy bg free je. tp better yg nak pergi bulan Dec ni la, takut expired je. Area shah alam je kot, senang jumpa mana2 sy pass kan. So takyah pening nak beli simkad nnti. PM ye kalau nak. priority yg terdekat dengan sy dan yg tercepat PM).


Kami sampai di hotel dah mlm sekitar 7pm. Jalan terlalu jam. Bayangkan jarak airport hotel dlm 35km je, tp took us almost 2hrs to reach the hotel (time balik tu jalan tak jam, hotel-airport dlm 20min je). So elakkan amik flight ptg hari bekerja ye.


Bagi yg belum pernah pergi sana, better choose hotel sekitar District 1. Ni area tempat shopping. Kalau amik hotel jauh jenuh nak jalan ke sana nanti. Google search la bila nak pilih hotel, mana2 hotel yg setakat walking distance dgn Ben thanh market, should be okay. Kami stay di The Luxe hotel. Sengaja pilih hotel ni sbb review bagus, tp harga sikit tinggi la. Dan kena jalan kaki dlm200m ke Malaysia street. Kat Malaysia street tu byk je hotel yg turun2 je dah sampai ke kedai2. Antaranya Gia Huy, Alagon hotel. Senang bila amik hotel yg dekat ni, agak2 tangan dah penuh shopping leh gi hantar balik ke bilik jap. Nak balik kencing pun senang hehe…


Kami pergi tiada agent, pandai2 sendiri je. Antara beberapa tips:


-Pastikan bag sentiasa  berada di bahagian hadapan dan lekap di badan ye. Takut kena sambar dgn motor2 yg lalu lalang. Alhamdulillah time kami pergi tak Nampak apa2 insiden. But dulu pernah kawan tgh ckp kat handphone pun motor lalu sambar. Jadi, hati2.

-Hati2 seberang jalan. Walaupun jalan tu one-way saja, tgk dua2 belah ketika melintas. Sbb ada je motor atau kereta yg masuh dari arah salah.

-Di Malaysia street : Akan ada beberapa org yg jual kacang rebus. Mamat tu pegang satu hulur bagi kita rasa. Kalau mmg tak berminat nak beli, jgn suka2 amik ye. End up dia akan paksa beli… Saay hampir terkena ketika beli buah mata kucing. Deal2 harga jadi RM15 utk serumpun (serumpun ke panggil? Hehe). Taktau la tu mahal ke murah. So saya bg dia rm50, dia patut pulangkan rm35. Dalam pada tu, mak saya tertanya brapa harga mangga situ. Tau tak apa dia buat? Dia terus amik 3 biji manga yg besar2 tu letak dlm plastic bagi sy pegang. Saya ckp taknak dia suruh pegang je dulu (ni semua dlm komunikasi isyarat dan limited English). Saya berkeras cakap NO dan suruh bagi balik balance duit saya. Dia taknak. Sy nak amik balik note RM50 kat tangan dia, dia tarik balik. Bila dia tgk saya buat muka singa, dia pulangkan balik baki dan buat isyarat jgn marah2 la (sambal tepuk bahu saya ckp HOT HOT). Hehe.. moral of the story, diorg ni kenal sgt org Malaysia yg jenis lemah lembut dan tak sampai hati. Tu taktik nya. So kita kena tegas sikit but at the same time know the limit (kena ingat tu still tempat org, so hati2).

-Banyak jugak yg pemintak sedekah bawak tempurung kelapa utk kita isi duit dlm tu. Dia akan cuit siku kita. Selagi tak bg selagi tu dia diri atau ikut. So mcm tips yg pernah mention sini, utk elakkan dia ikut, kita masuk je mana2 kedai. Atau kalau rasa kesian (sbb mostly carry anak kecik), bg seringgit RM1, dia akan blah lepas tu. Atau pun cara saya (jenuh la kan nak hulur ke semua yg approach kita kan), sy akan pandang ke muka dia dan say NO dgn nada tegas tp jgn tengking. Dia akan beredar..

-Di ben thanh market (dia dlm bangunan mcm kat central market tu). Dalam ni semua benda ada dari makanan ke baju ke bags. Tapi dia ada section FIXED PRICE yg harga takleh tawar2 dah. Section ni a bit relax dan tak crowded.
Section yg crowded boleh tawar menawar tu, start tawar dgn harga 1/3 dari harga yg dia bagi. Penat sikit la nak dpt harga yg kita nak, but interesting experience jugak. Saya beli baju budak, dia bg RM90 rasanya. Tawar2 dapat RM30. (kalua dia letak harga dlm Dong, nak senang estimate dlm RM, pakai calculator hp, harga Dong bahagi 5555, dpt la in RM.. ni estimation only la at least dpt idea brapa in RM dan worth it beli tak).
Yg best kat ben thanh market ni, semua seller yg kita lalu akan cakap “KAKAK, TENGOK BAJU”. Diorg mcm hafal dialog tu, sampai hujung dah jadi KAKAK, TENGOK BAYUU…hehe

-Ok, belah malam pulak ada pasar malam diantara ben thanh dan Malaysia street. Setiap mlm rasanya ada. Tp paling happening kalau sabtu malam. Penuh dgn org menjual dan sila lah tawar 1/3 dari harga asal ye. Kalau dia tak bg buat2 jual mahal jalan, dia akan panggil balik kalau harga yg kita nak tu dia boleh bg. Kalau dia tak panggil pun kedai2 lain jual benda yg sama jugak. Cuma kat Malaysia street punya jualan, takleh tawar rendah mcm ben thanh atau pasar mlm la.

-Kat Malaysia street bila malam sebelah je dgn pasar mlm, diorg yg kedai2 tu akan keluarkan jualan diorg ke tepi jalan. Mmg meriah. Harga lagi murah sikit (tak semua) berbanding time siang. Bayangkan, ada yg jual baju kurung kedah (baju dan kain) RM10, tak ke gila? Celah mana kos buatan dan profit dia… huhu Menyesal saya beli 3 pasang je. Kalau tau borong lebih. Sbb esok nya sy cari balik tak jumpa dari kedai mana. Err siapa2 yg pergi leh tumpeng order tak? Hehe

- Kat Malaysia street tu banyak yg amat la tudung2 neelofa, bokkita, duck. Maaf sy takleh review sgt tudung2 ni sbb sy tak pakai, tak reti…hehe.. tp sy beli la jugak beberapa tudung neelofa semi instant , rm5 selai. Kualiti ok kot pada mata saya yg rabun ni. Hehe..

- Paling famous telekung siti Khadijah. Tu paling byk kami borong. Paling murah RM28, tp bukan yg sulam2. Yg sulam2 tampal tu rm47 paling murah. Sulam jahit boleh dpt rm60 lebih rasanya.

- Makan : Hajat kami nak try kedai2 berbeza. Tapi mampu try beberapa saja atas kekangan masa dan faktor malas. Paling reasonable yg sedap bg tekak kami kedai Muslim Halal Al-Amin. Mostly nasi goreng, nasi ayam dia berharga 50k dong. The ais, kopi ais susu 20k dong. Try la nasi goreng kampong dia, sedap, ada sambal dan ikan bilis rangup dan telur mata. Kopi ais susu pun sedap ya amat. Tp jgn order the ais susu, tawar hebehh…

- Kedai Daun (di bahagian belakang menghadap jalan besar), harga agak mahal but tasty. Kami makan nasi putih, lauk udang, telur dadar, daging masak lada hitam, sayur bendi, air suam. Total dlm 500k dong, dlm RM90. Errr mahal ke ok?

Alhamdulillah sepanjang berada di sana takde hujan. Dah sampai airport baru hujan lebat..

Sekian. Kalau ada apa2 nak tanya dan sy boleh jawab, den torai k..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 01:36 PM | Show all posts
hai, tahun depan bulan dua saya akan ke hcm buat pertama kalinya.

saya bercadang untuk ke suoi tien theme park, ada sesiapa yang pernah ke theme park tu tak?
sebab saya tak jumpa review dari malaysian lagi ke sana.

harap ada yang dapat membantu. thanks
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2018 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pinahaek replied at 19-12-2018 01:36 PM
hai, tahun depan bulan dua saya akan ke hcm buat pertama kalinya.

saya bercadang untuk ke suoi ti ...

Dah tanya kepada kawan yang duduk hcm.. katanya biasa2 shj
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2018 12:28 PM | Show all posts
nyr replied at 25-9-2018 10:51 AM
ok nak cerita sepanjang saya di sana. mula saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada forumer disini  ...

Boleh saya tahu range harga kt HRC ni..pakai dong kan? sebab member kirim nak beli mug yg pemegangnya gitar tu.. so nak bajet2
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 08:19 AM | Show all posts
monxys replied at 30-12-2018 12:28 PM
Boleh saya tahu range harga kt HRC ni..pakai dong kan? sebab member kirim nak beli mug yg pemegang ...

kalau tshirt range harga dlam 175k - 220k dong ...
kalau mug tu dalam 120k ...
bila convert2 balik duit kita jd mahal
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pinahaek replied at 19-12-2018 01:36 PM
hai, tahun depan bulan dua saya akan ke hcm buat pertama kalinya.

saya bercadang untuk ke suoi ti ...

Bape hb nak g sis?
Samalah saya nak g jugak bulan dua
Shopping raya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2019 09:49 AM | Show all posts
dah 10 tahun tak menjejak ke ho chi minh..masih ada lagi ke mekong tour dan chuchitunnel tour yang USD5 di tepi2 jalan/hotel tu? atau maybe dah naik harga..brp rate skrg
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 11:10 AM | Show all posts
Edited by wck7-2011 at 8-1-2019 12:29 PM
syasya99 replied at 8-1-2019 09:49 AM
dah 10 tahun tak menjejak ke ho chi minh..masih ada lagi ke mekong tour dan chuchitunnel tour yang U ...

samalah dgn saya...dah 11 tahun berlalu...masa tu anak bongsu sedang tunggu keputusan upsr.
dah tentu harga dah naik...... try lah pi danang pula...ada direct flight...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2019 11:54 AM | Show all posts
ada x sapa2 pernah kena suh update credit card details thru booking.com?

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2019 12:34 PM | Show all posts
syasya99 replied at 8-1-2019 09:49 AM
dah 10 tahun tak menjejak ke ho chi minh..masih ada lagi ke mekong tour dan chuchitunnel tour yang U ...

Rata2 rate sekarang pakejnya dalam RM50-RM55 (ikut keselesaan kenderaan yang dipilih ada aircon atau tak, ada halal food lunch atau tapau bungkus atau tak, singgah warehouse soping area etc).
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:53 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 8-1-2019 12:34 PM
Rata2 rate sekarang pakejnya dalam RM50-RM55 (ikut keselesaan kenderaan yang dipilih ada aircon at ...

terima kasih byk2 bg info..nanti nak baca balik ground tour yang ok dalam thread ni.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 08:56 AM | Show all posts
wck7-2011 replied at 8-1-2019 11:10 AM
samalah dgn saya...dah 11 tahun berlalu...masa tu anak bongsu sedang tunggu keputusan upsr.
dah t ...

wah..lagi lama..masa saya pi..tudung ariani awning tu tengah hot..kat malaysia masa tu butik2 jenama je jual..bila jumpa kat vietnam bersepah..pergh..memang borong sakan. mesti anak puan skrg dah kerja..anak saya pun dah universiti..

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 01:21 PM | Show all posts
Edited by wck7-2011 at 9-1-2019 01:23 PM
syasya99 replied at 9-1-2019 08:56 AM
wah..lagi lama..masa saya pi..tudung ariani awning tu tengah hot..kat malaysia masa tu butik2 jena ...

masih belajar kat universti malaya second year yg bongsu tu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2019 09:52 AM | Show all posts
korg booking hotel thru website apa ya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 09:53 AM | Show all posts


ada yg pernah pergi sini tak? Binh Tay market kat District 6, also known as Cholon Chinatown..

sapa pernah sini nak tanya
1. dah buka ke skng? sbb pernah tgok kata market ni tutup due to  renovation
2. matawang apa kat sini? RM accept tak?
3. sekiranya nak ambil tour, boleh x kita choose tempat jer, x nak gi chuchi tunnel n mekong.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 10:48 AM | Show all posts
reddots replied at 15-1-2019 09:53 AM
ada yg pernah pergi sini tak? Binh Tay market kat District 6, also known as Cholon Chinatown..
...


Dah dibuka semula Nov tahun lepas dah lebih bersih dan teratur.  Mereka prefer dong.  Boleh gi sana sendiri sama ada nak naik bus atau naik teksi tak perlu beli tours utk kesana.  Boleh refer page2 belakang ramai dah share info macam mana nak kesana.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 11:52 AM | Show all posts
cekgihani replied at 12-12-2018 01:17 AM
Sy pegi hcm 1-4/12 haritu. Alhamdulillah cuaca ok. Xde hujan pun walopun tgk ramalan ada tulis hujan ...

keseluruhan bajet shopping u abes berapa ye?
i nak pegi bln 3 nie..pegi shopping raya..
nak tahu berapa perlu tukar RM kalo nak shopping..

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:15 PM | Show all posts
kalau sampai airport dalam jam 10pm. better naik transport apa nak ke hotel? ada suggestion tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 03:01 PM | Show all posts
BahuluCermai replied at 15-1-2019 12:15 PM
kalau sampai airport dalam jam 10pm. better naik transport apa nak ke hotel? ada suggestion tak?

tiada lain selain dari teksi.
kalau siang boleh naik bas


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:11 AM | Show all posts
dee556 replied at 15-1-2019 03:01 PM
tiada lain selain dari teksi.
kalau siang boleh naik bas

nampak gayanya memang kena naik teksi la. i macam seram pulak memikir kena scam teksi ni. teksi vinasun ade yg fake ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.412490 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list