CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 3-10-2010 10:18 PM | Show all posts
orang alim a.k.a harun din yang percaya janji jin syaitan ?
blastoff Post at 2-10-2010 19:05



Ini satu lagi tuduhan liar. Ko memang tak tau apa yg ko tulis laa. Kat mana ko dapat maklumat ni. Ko ni sajer memuarbelitkan fakta dlm website tersebut. Kalau tak jelas kena orang yg tau. Jangan nak tafsir sendiri. Sama ler cara ko tafsir ayat Quran dan Hadis. Langsung tak nak rujuk ulama muktabar. Ko bukannya tafsir bahkan memutarkan belit ayat Quran dan Hadis.  Inilah akibatnya kalau berguru dgn Iblis. Ko ni dah sesatlah Blastoff (Ini aku punya tuduhan liar dan aku bertanggungjawab ke atasnya).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2010 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-10-2010 09:03
Ini satu lagi tuduhan liar. Ko memang tak tau apa yg ko tulis laa. Kat mana ko dapat maklumat ni. Ko ni sajer memuarbelitkan fakta dlm website tersebut. Kalau tak jelas kena orang yg tau. Jangan nak tafsir sendiri.wan72 Post at 3-10-2010 22:18


Apa yang susah sangat nak faham makna perkataan harun din ni yang dalam bahasa malaysia lagi kan yang diambil dari website darussyifa yang under kelolaan harun din sendiri  ? Kalau dia tulis dalam bahasa urdu ka kot la susah nak faham !

Tidak benar sama sekali cerita itu. Saya memindahkan jin menggunakan kaedah tertentu dan saya berjaya berhubung dengan jin tersebut menggunakan kaedah ‘frekuensi’ dan akhirnya jin-jin tersebut bersetuju untuk berpindah,” katanya.



Sama ler cara ko tafsir ayat Quran dan Hadis. Langsung tak nak rujuk ulama muktabar. Ko bukannya tafsir bahkan memutarkan belit ayat Quran dan Hadis.  Inilah akibatnya kalau berguru dgn Iblis. Ko ni dah sesatlah Blastoff (Ini aku punya tuduhan liar dan aku bertanggungjawab ke atasnya).wan72 Post at 3-10-2010 22:18


Kau segalanya nak kena rujuk harun din, nak faham pengakuan dalam BM yang di buat oleh harun din sendiri pun nak kena rujuk harun din, nak faham halal haram pun nak kena rujuk harun din , kau sendiri nampaknya tak mahu guna akal fikiran kau untuk memahami apa yang dah jelas nyata sebaliknya semua kau nak bergantung kat dia untuk perjelaskan apa yang dah jelas pun !  

Peliklah apabila yang dah jelas pun tak mampu difahami guna akal sendiri ! Maka jadilah macam tariqat naqshabandi tu yang suruh pengikutnya tak guna akal fikiran sendiri langsung sebaliknya ikut buta tuli saja segala kata "ulama muktabar" yang bernama harun din dan nazim haqqani . Robot yang di program laa hampa ni nooo .

http://www.naqshbandi.org/suhba/shmk/role_of_the_shaykh.htm   
Whatever your Shaykh says, do not say “muhaqqaq” or “true!” with your tongue.  Your heart has to accept. The way is to try to accept what he is telling you without using your mind.  Keep faith in what he is telling you.,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 09:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-10-2010 09:08
itu bukan janji atau perjanjian dengan mereka tetapi kita dapat menundukkan mereka dengan izin Allah.....semua tindakan itu menggunakan ilmu yang diizinkan Allah cmf_shone Post at 3-10-2010 17:14


Macam mana kau tahu kau dah tundukkan jinsyaitan apabila kau guna garam dan lada ? Kau nampak jin syaitan tu pun dak ! Jin syaitan mengaku kau tundukkannya ? Dan kau percaya pengakuan jinsyaitan la ? Macam harun din tu la yang bergantung kat pengakuan jin syaitan  !
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 4-10-2010 10:19
Bolehkah manusia berkomunikasi dengan jinsyaitan untuk tanya itu ini pada jinsyaitan tu ?  

Quran  4:120 Setan memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal setan tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.  

Allah pencipta jinsyaitan telah MENEGASKAN apa saja yang dikata jinsyaitan adalah untuk menipu manusia semata-mata,  jadi berkomunikasi dengan penipu nak buat apa apabila apa saja yang dikatanya adalah tipuan belaka ?
blastoff Post at 2-10-2010 11:50


Jika Allah izinkan, maka kita boleh berkomunikasi dengan Jin. Ini tidak mustahil.

Syaitan memang penipu, itu yang kita tahu. Penipu tidak boleh dipercayai. Contohnya seperti yang tertera dalam hadith Abu Hurairah tersebut, Syaitan berjanji tidak akan mencuri lagi dan minta dilepaskan tapi ia TETAP mungkir janji. Namun, bila Abu Hurairah tekad untuk membawa pengadilan kepada Syaitan, dan hanya niat ikhlas semata-mata kerana Allah dan Rasul, maka Syaitan tidak mampu lagi untuk memperdaya manusia kerana dia tahu dia tidak dapat mengalahkan orang yang beriman.

Hadith Bukhari terjemahan Indonesia

hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairoh yang berkata,”Rasulullah saw menugaskanku untuk menangani zakat ramdhan. Ketika aku sedang melaksanakannya, seseorang datang dan mulai menggerayangi makanan sehinga aku membekuknya. Aku berkata’Demi Allah aku akan membawamu kepada Rasulullah saw!” orang itu memohon dengan sangat,’Sesungguhnya aku orang miskin dan aku mempunyai tanggugan. Aku sangat membutu*kan.’ Maka kubiarkan dia pergi.

Pagi berikutnya, Nabi saw berkata,’Wahai Abu Hurairoh, apa yang dilakukan tawananmu semalam?’ dia berkata,’Dia mengeluh sedang dalam keadaan membutu*kan dan punya keluarga maka saya membiarkannya pergi.’ Nabi saw mengatakan,’Sesungguhnya dia bohong kepadamu dan ia akan kembali.’ Karena aku tahu bahwa orang itu akan kembali, maka aku menunggu dia.

Ketika dia datang dan mulai mengumpulkan makanan, aku menyergapnya dan berkata,’Aku pasti akan membawamu kepada Rasulullah! Dia memohon dengan sangat,”Biarkan aku pergi!Sesungguhnya aku miskin dan aku benar-benar punya keluarga. Aku tidak akan kembali lagi.’ Maka aku kasihan padanya dan membiarkan dia pergi. Pagi berikutnya Rasulullah berkata,’Wahai Abu Hurairoh apa yang dilakukan tawananmu semalam? Aku katakan bahwa aku kasihan padanya dan membiarkannya pergi. Nabi saw berkata,’Sesungguhnya ia berbohong kepadamu dan dia akan kembali lagi.’

Maka aku menunggu dia dan menangkapnya ketika ia mulai menebarkan makanan. Aku berkata, ’Demi Allah, aku akan membawamu kepada Rasulullah. Ini adalah kali yang ketiga, dan engkau berjanji tidak akan kembali. Namun engkau kembali lagi!’ ia berkata, 'Biarkan aku memberimu beberapa kalimat dengan itu Allah akan memberi keuntungan kepadamu.’ Aku mengatakan, ’Apa itu?’ Dia menjawab,’Bilamana engkau pergi tidur, bacalah ayat kursi dari awal hingga akhir. Jika engkau membacanya, seorang penjaga dari Allah akan mendampingimu dan setan tidak akan mendekatimu sampai pagi.’ Kemudian aku membiarkannya pergi.

Pegi berikutnya Rasulullah saw berkata, ’Apa yang dilakukan tawananmu semalam?’ Aku menjawab, ’Ia mengajariku beberapa kalimat dengan itu Allah akan memberi keuntungan padaku, sehingga aku biarkan dia pergi.’ Ketika Nabi saw menanyakan kalimat apa itu, aku mengatakan kepadanya saw bahwa itu adalah ayat kursi untuk dibaca sebelum pergi tidur. Aku juga mengatakan pada beliau bahwa orang itu berkata bahwa seorang penjaga dari Allah akan mendampingiku dan setan tidak akan mendekatiku sampai aku bangun di pagi hari.’

Nabi saw berkata,’Sesungguhnya ia berkata benar, meskipun ia seorang pembohong yang terpaksa. Wahai Abu Hurairoh!tahukah kamu dengan siapa engkau berbicara pada tiga malam lalu itu?’ Aku menjawab,’tidak.’ Beliau saw menjawab,’Itu adalah jin dari golongan setan.” (HR. Bukhori)


Abu Hurairah tak tahu identiti sebenar pencuri tu melainkan setelah Nabi sendiri yang bagi tahu kat dia identiti pencuri tu adalah jinsyaitan .


Benar, Abu Hurairah tidak tahu pada awalnya, sebab Syaitan itu menjelma sebagai manusia. Hakikatnya Abu Hurairah RA tetap pernah berkomunikasi dengan Syaitan.

TAPI harun din percaya janji jinsyaitan untuk berpindah , maka jelas sekali harun din yakin janji jinsyaitan tu benar kerana dia yakin dia telah berjaya memindahkan jinsyaitan setelah jinsyaitan "bagitahu" mereka bersetuju nak pindah kat dia !  

Allah kata janji jinsyaitan tipu tapi harun din pulak yakin janji jinsyaitan benar , nampak tak contra nya tu ? So jelas sekali harun din tak percaya kata Allah tapi dia pi percaya janji jinsyaitan !


Nak bersangka buruk memang mudah. Kau pastikah yang Harun Din percaya pada Syaitan? Kita juga boleh bersangka baik. Yang mana lebih baik antara kedua-dua itu?

Dalam dunia Jin, tak semua Jin itu kafir. Bila ada Jin Islam yang fasiq, dia juga boleh buat bahana pada manusia (dengan izin Allah). Bila Jin Islam diberi amaran, mereka sedia berpindah. Kadang-kadang Jin Islam juga boleh jadi marah kepada manusia bila manusia buat maksiat di tempat mereka.

Kalau Jin Syaitan, mereka akan tipu dan akan datang balik dengan gangguan-gangguan seterusnya.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:18 AM | Show all posts
Dia masih boleh Islam kah apabila dia tak percaya kata Allah tapi sebaliknya dia percaya janji jinsyaitan ?
blastoff Post at 2-10-2010 12:10


Itu kau yang kata berdasarkan kefahaman kau. Ada Fatwa Jakim tak pasal garam ni?
   
Sampai mengkafirkan, dengan sebab garam?

Sapa lagi yang setuju dengan blastoff?

Amir, Kupia, Tobby?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:23 AM | Show all posts
bila saudara sebutkan ini, baru saya perasan..kenapakah perlu di spesifikkan kepada Harun Din sahaja? bukankah ramai lagi perawat yang menggunakan garam dan lada hitam? kenapa tidak umumkan sahaja dengan menyebut amalan itu terus yakni penggunaan garam dan lada hitam...
FMKiller Post at 1-10-2010 15:52


Mungkinkah ada motif-motif tertentu? Bila saya sebut Ulama lain, mereka diam pulak! Pelik juga!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2010 10:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-10-2010 10:41

Ok, mari kita fokuskan pada memahami cara menghindari gangguan jinsyaitan seperti yang Allah tunjukkan dalam Quran Sunnah dan kita lihat sendiri bagaimana berbezanya cara tersebut dengan cara guna garam dan lada .


----------------

Sahih Muslim : Nombor 496 , Halaman 269

Dari Abu Darda' r.a., katanya : " Pada suatu waktu , ketika Rasulullah saw. sedang solat, kami mendengar beliau membaca : " A'udzubillahi minka" ( Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu ). Kemudian beliau membaca pula : " Al'anukabilla'natillah " ( x3) (Aku kutuk engkau dengan kutukan Allah) sambil beliau menjangkaukan tangannya seperti orang hendak menerima sesuatu .

Ketika telah selesai solat kami bertanya , : Ya , Rasulullah ! Tadi dalam solat kami mendengar anda membaca sesuatu yang belum pernah kami denganr anda membaca sebelumnya, dan kami lihat anda menjangkaukan tangan anda. "

Jawab Rasulullah , " Tadi musuh Allah iblis datang membawa obor menyala hendak di lemparkannya ke muka ku . Lalu ku bacakan: " A'udzubillahi minka" ( Aku berlindung dengan Allah dari kejahatanmu ). Kemudian ku baca pula : " Al'anukabilla'natillahit tammah falam yasta'khir " ( x3) (Ku kutuk engkau dengan kutukan Allah yang sungguh-sungguh , sehingga engkau celaka seketika ) (x3)

Sesudah itu aku bermaksud hendak mengikatnya . Demi Allah , kalau lah bukan kerana doa saudara kami Sulaiman , tentu dia akan terikat sampai Subuh sehingga anak-anak penduduk di sini dapat mempermain-mainkannya . "

---------------------------

Dari hadis ni kita boleh faham bahwa:

1) Nabi sendiri tak sunyi dari cubaan iblis untuk menganggunya dengan berbagai cara , inikan pulak manusia biasa macam harun din tu dan kita semua !

2) dan Nabi sendiri tak pindahkan iblis ke sana sini dan Nabi sendiri tak mengekangnya secara fizikal dengan mengikatnya sampai pagi . Apabila Nabi nak cuba ikat maka Allah ingatkan Nabi mengenai doa Nabi Sulaiman yang tak mahu sesiapa pun sesudahnya dapat menundukkan jinsyaitan , lalu Nabi pun perlu akur dengan tidak cuba menundukkan Iblis .

3) Apa yang Nabi lakukan adalah Nabi membaca ayat-ayat yang memperlihatkan pergantungan Nabi sepenuhnya pada Allah untuk mengatasi gangguan iblis itu , lalu Allah sendirilah yang menghilangkan gangguan iblis itu dari Nabi .

So jelas sekali dari hadis ini, hanya kaedah dan cara yang Allah sendiri tunjukkan sajalah yang dapat mengatasi gangguan iblis syaitan semua . Bukan bermakna iblis syaitan berjaya di kekang dari mengganggu .

Sebaliknya orang yang mengamalkan cara yang di tunjukkan oleh Allah maka orang tu saja yang akan di pelihara Allah dari kemudaratan gangguan iblis syaitan itu untuk seketika , so orang tersebut perlu mengamalkannya secara berkala from time to time untuk mendapat perlindungan Allah secara berterusan dari gangguan iblis syaitan .




Berbeza dengan teknik untuk menghilangkan gangguan jinsyaitan guna garam dan lada keliling bangunan , yang sudah tentulah untuk melindungi seluruh pengguna bangunan tu tak kira orang Islam atau orang kafir dari gangguan jinsyaitan dalam dan sekitar bangunan tu apabila jin syaitan dikatakan tak suka/benci/takut garam dan lada sampai tak mahu masuk bangunan tu .......

So mana mungkin dengan satu teknik maka semua yang dalam bangunan tu boleh tak di ganggu jinsyaitan , sedangkan jelas tertera dalam Al Quran yang syaitan boleh sesatkan siapa saja yang dia nak melainkan hamba Allah yang ikhlas tunduk patuh pada Allah semata-mata, oleh itu orang kafir serta orang lalai sesekali tak akan di jaga Allah dari gangguan jinsyaitan !

Quran 15:39 "Iblis berkata: ""Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya," 15:40  "kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka""." 15:41 "Allah berfirman: ""Ini adalah jalan yang lurus; kewajiban Aku-lah (menjaganya)."

Tapi guna garam lada keliling bangunan untuk elakkan semua orang tak kira kafir atau Islam dari gangguan jinsyaitan , so itu jelas bercanggah dengan apa yang di tunjukkan dalam Quran Sunnah tu !

Seluruh bangunan nak di hindari dari gangguan jin syaitan, padahal seluruh bangunan ada orang kafir dan orang Islam di dalamnya , sedangkan Allah menegaskan dalam Al Quran HANYA orang yang ikhlas yang tunduk patuh padaNya sepanjang masa yang akan di jagaNya dari kemudaratan gangguan iblis syaitan so jelas sekali BUKAN SEMUA ORANG SATU BANGUNAN SEKALI GUS lah !
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:41 AM | Show all posts
Reply 712# blastoff


    pandai pun kata melalui al quran dan sunnah. ko ingat mufti2 tuh tak ikut al quran dan sunnah ker?
    kau ingat ustaz harun din tak ikut al quran dan sunnah ke?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2010 10:44 AM | Show all posts
kau ingat ustaz harun din tak ikut al quran dan sunnah ke?
sitihawa Post at 4-10-2010 10:41


Apa buktinya dia ikut Quran Sunnah ?  Sedangkan dia dah jelas amalkan amalan yang bercanggah totally dengan Quran Sunnah , bukti dah jelas nyata yang dia tak ikut Quran Sunnah , hanya orang yang buta mata hati aje yang masih blur tak faham-faham .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-10-2010 11:23

Setiap respon yang di beri oleh mereka yang menjadi penyokong buta tuli harun din dalam thread ni memperlihatkan betapa liciknya syaitan memperdaya mereka . So kita lihat perangai mereka dan cara pemikiran mereka lalu kita akan faham mengapa Allah menimpakan kemurkaanNya pada manusia yang tidak menggunakan akal fikiran .  

Quran 5:80 "Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, yaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam siksaan."    

Quran 47:24 Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur'an ataukah hati mereka terkunci?  47:25  Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang (kepada kekafiran) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, setan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 11:10 AM | Show all posts
Reply 711# a_gen2

Aku cabar blastoff buat report ke pejabat Agama Islam mengatakan Harun Din sesat. Ada berani?
janganlah hanya berani buat tuduhan di belakang pc je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 11:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-10-2010 11:36
Dalam dunia Jin, tak semua Jin itu kafir. Bila ada Jin Islam yang fasiq, dia juga boleh buat bahana pada manusia (dengan izin Allah). Bila Jin Islam diberi amaran, mereka sedia berpindah. Kadang-kadang Jin Islam juga boleh jadi marah kepada manusia bila manusia buat maksiat di tempat mereka.

Kalau Jin Syaitan, mereka akan tipu dan akan datang balik dengan gangguan-gangguan seterusnya.

mnm77 Post at 4-10-2010 10:11


Allah sendiri menegaskan yang mengganggu manusia adalah jinsyaitan .  

Quran 41:36  Dan jika setan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.  

So nampak jelas lah mnm77 ni menfitnah jin Islam , dia buat penilaian mengenai jinsyaitan based on persangkaan dia semata-mata tanpa merujuk Quran Sunnah sedangkan Allah menegaskan persangkaan semata-mata tidak membawa kebenaran, tambah-tambah lah lagi persangkaan yang di buat mengenai makhluk ghaib golongan jin  !
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 11:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 4-10-2010 11:42
Quran 41:36  Dan jika setan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.  

So nampak jelas lah mnm77 ni menfitnah jin Islam , dia buat penilaian mengenai jinsyaitan based on persangkaan dia semata-mata tanpa merujuk Quran Sunnah sedangkan Allah menegaskan persangkaan semata-mata tidak membawa kebenaran, tambah-tambah lah lagi persangkaan yang di buat mengenai makhluk ghaib golongan jin  !
blastoff Post at 4-10-2010 11:30



Manusia Islam pun boleh ganggu yang Islam lain!! Ingat Jin Islam takdak yang jahat ka?

Tu yang hadith kata Jin di Madinah ada yang masuk Islam tu, dan jelmaan Ular tu salah satu bentuk gangguan la. Apa, ingat semua Jin yang jelma Ular tu Syaitan je?

Syirik, Sesat, Khurafat, Takfir sekarang FITNAH!

TAHNIAH!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 12:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-10-2010 13:13
Manusia Islam pun boleh ganggu yang Islam lain!! Ingat Jin Islam takdak yang jahat ka?

mnm77 Post at 4-10-2010 11:40


Itu kau kata jin Islam ada yang jahat, kau ingat itu ingat ini tapi itu semua persangkaan kau semata-mata, menyangka pada perkara yang ghaib , bukannya kau boleh tengok dengan mata kau komuniti jin Islam hidup macam mana !

Nabi pun terpaksa bergantung pada wahyu Allah untuk tahu mengenai mereka tapi yang kau tu dok ingat itu ingat ini dengan menyamakan jin Islam dengan manusia Islam pulak !  

Tu yang hadith kata Jin di Madinah ada yang masuk Islam tu, dan jelmaan Ular tu salah satu bentuk gangguan la. Apa, ingat semua Jin yang jelma Ular tu Syaitan je?

mnm77 Post at 4-10-2010 11:40

Bentuk gangguan apanya, dia bukan ganggu kalau dia jin islam yang menjelma ular , dah kebolehan dia untuk menyerupa so dia menyerupa laa kekadang tu .  

So possibility untuk dia terserempak dengan manusia memang besarlah ketika dia menyerupa something, TAPI terserempak tidak boleh di katakan mengganggu kerana apabila manusia bagi amaran 3 kali maka dia akan pergi , itu jelas memperlihatkan jin Islam tak ganggu orang pun !  Terserempak dan mengganggu adalah dua perkataan yang jauh beza maknanya antara satu sama lain !  

Komuniti jin Islam dan manusia Islam bukannya boleh di samakan cara hidup  , so sesama manusia  memanglah boleh di lihat ada yang saling mengganggu antara satu sama lain, tapi antara jin Islam dan manusia Islam tidak pernah ada gangguan sebab itu Allah menjelaskan dalam Quran hanya setan saja yang mengganggu so semua gangguan yang diterima manusia dari golongan jin adalah dari syaitan semata-mata !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 12:50 PM | Show all posts
Benar, Abu Hurairah tidak tahu pada awalnya, sebab Syaitan itu menjelma sebagai manusia. Hakikatnya Abu Hurairah RA tetap pernah berkomunikasi dengan Syaitan.
mnm77 Post at 4-10-2010 10:11


Setelah Abu Hurairah tahu yang berkata-kata dengan dia tu syaitan maka tak wujud dah keadaan di mana Abu Hurairah pi sembang dengan syaitan mana pun sesudah itu dalam memana hadis pun !   So Abu Hurairah buat kerana tak tahu, tapi harun din buat dengan sengaja lagi tahu !  Mana boleh samakan weyy .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 01:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-10-2010 14:25

Pengetahuan mengenai jin hanya Allah bukakan pada Nabi Muhammad saja dan tidak pada umatnya yang lain sorang pun ! Oleh itu kita hanya boleh tahu mengenai jin melalui apa yang disampaikan oleh Nabi SAJA !  Ni Allah sendiri perjelaskan perkara ni dalam Surah Jinn ayat 26 -27 :

72:26-27  (Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang gaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya.    


So dah jelas pembohonglah manusia seperti harun din dan mnm77 dan yang sewaktu dengan mereka yang kata mereka boleh tahu mengenai jin itu ini menurut persangkaan mereka semata-mata atau melalui komunikasi dengan jin sekali pun.

Quran 4:50 Perhatikanlah, betapakah mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang nyata (bagi mereka).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 02:52 PM | Show all posts
"Apa yang susah sangat nak faham makna perkataan harun din ni yang dalam bahasa malaysia lagi kan yang diambil dari website darussyifa yang under kelolaan harun din sendiri  ? Kalau dia tulis dalam bahasa urdu ka kot la susah nak faham !"

ko faham ke apa "kaedah frekuensi" tu? Ustaz Harun Din tak pernah cerita pun bagaimana ianya dilaksanakan. Ada macam guna walkie talkie ke macam mana? atau kaedah batin? Ko tak tau sebenarnya?

Kau segalanya nak kena rujuk harun din, nak faham pengakuan dalam BM yang di buat oleh harun din sendiri pun nak kena rujuk harun din, nak faham halal haram pun nak kena rujuk harun din , kau sendiri nampaknya tak mahu guna akal fikiran kau untuk memahami apa yang dah jelas nyata sebaliknya semua kau nak bergantung kat dia untuk perjelaskan apa yang dah jelas pun !

Saper kata aku rujuk semua benda dgn Harun Din. Kita kena rujuk Harun Din kalau berkaitan dengan buku yg dia tulis atau kenyataan yg dia buat. Kalau tanya Ismail Kamus pun mesti dia suruh tanya Harun Din sendiri macamana "kaedah fekuensi" tu.  itu jer.. Aku tak pernah kata pun mesti  rujuk Harun Din kalau melibatkan tafsiran Quran dan Hadis. Rujukan aku bukannya seorang. Bukannya tak boleh akal sendiri, cuma kena pastikan apa yg kita fikir tu berada di jalan yg lurus bukannya terpedaya dgn hasutan iblis, sesat jadinya. Jadi perlulah berbincang guru2, mereka yg berilmu serta ada tak pandangan berbeza dari ulama muktabar yg terdahulu. Kadang2 benda yg fikir tu sudah dibincangkan oleh ulama terdahulu. Tentu ada sebabnya kenapa bekas mufti Arab Saudi mengharuskan penggunaan garam utk menghalaukan makhluk halus.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 02:59 PM | Show all posts
So dah jelas pembohonglah manusia seperti harun din dan mnm77 dan yang sewaktu dengan mereka yang kata mereka boleh tahu mengenai jin itu ini menurut persangkaan mereka semata-mata atau melalui komunikasi dengan jin sekali pun.  
blastoff Post at 4-10-2010 13:03


Rupanya orang yang klaim ikut Al-Quran dan Sunnah ini orang yang akhirnya terjebak dalam EGO berhujjah.

Kalau dah tak perlukan Ulama dalam memahami Nas Al-Quran dan Hadith, tak hairanlah saya pun dituduh bohong.

Syirik sesat khurafat takfir untuk orang Islam yang lain tu LANCAR dari mulut mereka kata berdakwah. Iblis yang satu ketika berada di alam malaikat pun boleh jadi KUFUR kerana EGO! SOMBONG!

Kau pernah berdialog dengan Jin? Kalau tak pernah, toksah dok keluarkan hukum tanpa panduan Ulama untuk menyesatkan orang lain. Lebih baik belajar Al-Quran dan Sunnah untuk meningkatkan IMAN, daripada dok menyesatkan orang.

Saya lihat di zaman ini semakin ramai orang tidak perlukan bimbingan Ulama. Disebabkan ada tok guru yang terseleweng, tak bermakna semua Ulama tu tak betul. Nampaknya ada yang nak angkat diri sendiri jadi TOK GURU menyesatkan orang lain!

INAA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROOJI'UUN
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 03:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 4-10-2010 15:24
Pengetahuan mengenai jin hanya Allah bukakan pada Nabi Muhammad saja dan tidak pada umatnya yang lain sorang pun ! Oleh itu kita hanya boleh tahu mengenai jin melalui apa yang disampaikan oleh Nabi SAJA !  Ni Allah sendiri perjelaskan perkara ni dalam Surah Jinn ayat 26 -27 :

72:26-27  (Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang gaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya.   
blastoff Post at 4-10-2010 13:03


Buka tafsir ibn kathir Surah Jinn, baca betul-betul:

[كُنَّا طَرَآئِقَ قِدَداً]

(We are groups having different ways.) meaning, on numerous differing paths and having different thoughts and opinions. Ibn `Abbas, Mujahid and others have said,

[كُنَّا طَرَآئِقَ قِدَداً]

(We are groups having different ways.) "This means among us are believers and among us are disbelievers.'' Ahmad bin Sulayman An-Najjad reported in his (book of) Amali that he heard Al-A`mash saying, "A Jinn came to us, so I said to him, `What is the most beloved food to your kind' He replied, `Rice.' So we brought them some rice and I saw the morsels being lifted but I did not see a hand lifting it. So I asked him, `Do you have these desires (religious innovations) among your kind as we have among ours' He replied, `Yes.' Then I said, `Who are the Rafidah among you' He said, `They are the worst of us.''' I presented this chain of narration to our Shaykh, Al-Hafiz Abi Al-Hajjaj Al-Mizzi and he said its chain is authentic to Al-A`mash.
   
Siapa lagi yang kamu nak SESATKAN wahai blastoff? Kamu ni tak baca tafsir kah?

Tafsir ayat Al-Quran ikut landasan apa? Berdasarkan terjemahan semata-mata?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 03:34 PM | Show all posts
Ilmu Ghaib itu sebenarnya Hanya Allah sahaja yang tahu, dan disampaikan kepada Rasul-Nya

Yang Jin tahu, bukan lagi dinamakan ilmu Ghaib. Ia boleh jadi benar boleh jadi palsu. Hanya yang berilmu sahaja yang dapat membezakan antara yang haq dan baatil

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.819284 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list