Dalam filem 6 jahanam tu, aku suka lagu yg P.Ramlee ngan Nor Azizah nyanyi masa P.Ramlee dah tamat perguruan dan memasing kena balik kpg..."malam ini kita berpisah...rasa hati resah gelisah..pulanglah kanda..pulang pujaan, tinggallah dinda kesaorangan.."
tapi dokumentari tu macam ada yang kurang sebab tak selit & ceritakan kisah lagu terakhir ciptaan dia "Air Mata di Kuala Lumpur''...lagu yg menggambarkan kesedihan dia kerana disisihkan dan tidak dihargai lagi.
lagenda bukan bererti mesti maksum
bagi aku
lagenda ialah...
bila dia dikenang-kenang sepanjang zaman walaupun selepas zamannya
bila karyanya masih menghiburkan walaupun selepas zamannya
bila tiada selepas zamannya yang mampu menandingi pencapaiannya...
Dulu pernah berbual dengan bekas orang RTM. Kira orang lama lah. Dia cakap, masa awal 1970an dulu, RTM pernah offer P.Ramlee jadi Pengarah Muzik di RTM tapi P.Ramlee tolak pasal masa tu gaji Pengarah Muzik berapa sangat. Seribu lebih agaknya. Dia kata P.Ramlee dah biasa bergaji besar sebagai seorang Pengarah Filem. Masa tu pun P.Ramlee dah down dah. Agaknya kalau P.Ramlee terimalah offer tu, bagaimanalah perjalanan hidup P.Ramlee lepas tu ya ?
seribu zaman 70an kira senang la jugak kan..tapi kalau zaman ni dah kategori miskin dah tu
satu lagi yang menimbulkan tanda tanya aku..kita tau P.Ramlee masa zaman kejatuhan dia bertungkus-lumus usaha untuk arahkan filem kaler tapi ada je rintangannya & tak kesampaian sampai dia meninggal...tapi kenapa dia tak realisasikan impian dia masa di studio jalan ampas waktu dia jadi anak emas Shaw brothers? mr.kwek kata masa tu apa je P.Ramlee mintak mesti dapat kan...tu yg aku musykil
Aku rasa pun macam tu...walaupun dia dah frust dgn dunia perfileman macam apa yg dia luahkan dalam lagu terakhirnya 'Air Mata Di Kuala Lumpur' tapi jiwanya dah sebati dengan filem. Mana taknya dari zaman remaja hingga menjadi super senior, dia menghambakan diri kepada dunia perfileman.
Memang muzik sebenarnya adalah skill utama P.Ramlee tapi dia sedar bakat semulajadinya yg lain mahu dikongsi kpd masyarakat. sedar tak sedar, muzik juga membuatkan anak cucu dia jd senang pada zaman skrg. Aku cakap ni kira ambil kiralah bayaran royalti yg dlm jumlah juta gak tu yg anak cucu P.Ramlee terima kini. P.Ramlee memang jutawan tetapi setelah kematiannya...
Anak nasir kan ramai. Brp org bini dia tak pasti aku. 3 kot. semua ada anak. Nasir pun sebelum meninggal ada wasiatkan agar royalti p.ramlee jgn lupa diberi juga kepada adiknya, Sabarudin. Tak silap aku masa bulan puasa ke apa ke, ada majlis menyerahkan royalti kpd waris2 nasir termasuk Sabarudin.
Anak nasir kan ramai. Brp org bini dia tak pasti aku. 3 kot. semua ada anak. ...
che-cikL Post at 11-11-2010 10:16
Baguslah macam tuh. Sebelum ni dengar macam royalti tak sampai pada waris..
Tak ada ye gambar keluarga Nasir nih, dalam ramai2 tak ada ke ye yang macam P Ramlee..
Itu ada sikit pelikkan? Padahal Dian ni membawa nama P.Ramlee dlm kariernya. Memang la Dian ada cakap dia lebih rapat dgn Saloma tp mesti ada cerita menarik p.ramlee dari sudutnya...betul tak?
hari tu bacer kat astro view dian cakap die tak membesar ngan pr coz pr meninggal watu die kecik lagi rasenyer mcm sekolah rendah gituu...so,kenangan tak banyak ngan arwah pr tapi lebih pada arwah saloma.....