“Komen pedas juri? Itu biasalah, saya punya kasut kilat setiap minggu kena komen pedas Datuk Syafinaz Selamat, suara kena tegur setiap hari dengan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.
“Mereka sentiasa pesan untuk cari jiwa dalam persembahan walaupun kami dah macam nak terbang roh atas pentas. Itu bukan memalukan, itu ilmu yang terlalu mahal yang bukan semua orang dapat,” jelasnya.
Tambahnya lagi, tidak mengapa sekiranya ada pihak kurang bersetuju tentang pentas GV tetapi tak seharusnya melemparkan kata-kata negatif.
“Kalau tak kena komen pedas, rugilah. Takkan nak makan daging salai masak lemak cili api letak laici? Mestilah kena masukkan cili padi berkilo-kilo baru ‘ngam’!
“Tidak setuju tak apa, patutnya dari GV1 dah kongsi komen begitu, bukan bila program dah jadi punca rezeki ramai orang! Termasuk jadi rezeki pahala percuma apabila segerombolan netizen membidas tajam.
“Saya sudah jadi artis sejak umur 17 tahun. Semua warga seni sudah jadi satu keluarga besar. Jari kelingking terhiris pisau, setiap bulu roma di badan mesti seriau rasanya!
“Tak perlu letak cuka dalam sebelanga nasi kenduri!’Chill’ saja dan berseronoklah menonton program okey,” ujarnya.
Luahan tersebut dimuat naik Fazley selepas tular kenyataan penyanyi, Man Bai melabel GV sebagai pentas memalukan penyanyi.
Man Bai turut mempertikai kredibiliti juri apabila menyingkirkan penyanyi Indonesia, Inka Kristie pada konsert minggu keempat selain tidak meletakkan Liza Aziz sebagai juara mingguan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/22/gv-memalukan-artis-sebelum-cakap-buat-kajian-dulu/