|
Pastikan
yang indah
bukan hanya di mata
yang menawan
ada pada jiwa yang diredha...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
jangan gelak
petang tadi
aku ke kedai dobi
singgah kedai runcit
terpandang apa aku beli
anak bujangku ketawa
lalu kutanya kenapa dik?
abah monyet...
aku menjinjit sesikat pisang.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Hah! apa?
hah! apa?
nak kahwin dua
hah! apa?
nak kahwin janda
hah! apa?
oooo..
gosip saja
CNM... |
|
|
|
|
|
|
|
telah tiba
ramadhan yang ditunggu
telah tiba menguntum senyum
membuka seluasnya jalan keampunan
mari meraih keredhaan Ilahi
sebelum ia pergi.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
kerana raya
puasa dah mula
baru hari pertama
sana sini main lagu raya
mercun berdentum dentam memekak telinga
walau diharamkan tetap ada pengguna.
kerana raya
cakap-cakap bergema
ada yang gaduh nak raya di mana
ada yang kecoh tukang jahit dah tak terima
ada yang mengeluh tiket bas dah tiada.
kerana raya
lebuh raya sesak gila
stress naik ke kepala
kemalangan berlipat ganda
kepulangan disambut dengan keranda.
kerana raya
seronok berganda
mercun direka tingkatkan kuasa
ramai yang leka mengundang bahaya
ada yang hilang jari menyambut raya.
kerana raya
macam-macam perkara
kita dengar kita baca
waspada
raya seharusnya ceria bukan malapetaka.
CNM, 21/7/12, 2.58pm
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kumohon keampunan
Ya Allah
Tuhan yang menguasai semesta alam
seperti yang Engkau janjikan
kumemohon keampunan
pada bulan termulia
pada malam yang seribu kali lebih baik
Engkau luluhkan kepingan-kepingan dosa
yang menyelaputi dinding takwa
agar terpancar nur keimanan
meresap menerangi kamar kalbuku.
CNM, 22/7/12, 5.08am
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
10PP
Ramadhan membawa sinar pengharapan menunjuk jalan pulang ke pangkuan Tuhan.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
10PP
Hari kedua menunggu masuk waktu berbuka puasa bersama keluarga tercinta.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
senja berlabuh
senja melontar sauh
tanda melabuhkan hari
azan berkumandang
segera berbuka
menunai solat pula.
CNM
|
|
|
|
|
|
|
|
10PP
berbuka sudah, solat maghrib sudah, isyak dan terawih menyusul pula.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
jangan gelak
berbaring sama anak bujang
ditekap telinga ke perut
wah! perut abah bunyi
dia gelak...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
10PP
Syukur Alhamdulillah sempurna puasa hari ketiga dengan izin-Mu Ya Allah.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 165
di hatimu
kulihat letupan
warna bunga-bungaan
pabila panas tiba
ia menguap semerbak wangian kasih
pabila dingin tiba
ia membeku segumpal rasa cinta
dan akulah penikmatnya limpahan laut kasihmu.
CNM, 24/7/12, 4.37pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
10PP
Alhamdulillah atas rezeki-Mu Ya Allah sempurna puasaku di hari keempat.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
mencuba
andai di matamu
aku tidak mencapai kualiti
di aras yang kamu letakkan
tidak mengapa
kerana yang penting bagiku
mencuba dan terus sedaya upaya
memberi yang terbaik...
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
beruntung
jangan kamu bandingkan
pada mereka yang makannya berhidang
cuba kamu pandang mereka
yang makannya berkais
beruntung kamu...
jangan kamu bandingkan
pada mereka yang wangnya seperti daun kayu
cuba kamu pandang mereka
yang menadah tangannya untuk sesuap nasi
beruntung kamu...
jangan kamu bandingkan
pada mereka yang hidup dalam mahligai dihiasi intan permata
cuba kamu pandang mereka
yang berteduh di bawah jambatan berumahkan kotak
beruntung kamu...
syukurlah dengan apa yang dikurniakan...
CNM, 24/7/12, 11.32pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah
adakah hatimu
jadi penjara
yang mengurung
untuk menafikan kebenaran
di pandangan mata.
adakah jiwamu
jadi pasungan
yang membelenggu
untuk menidakkan kewajaran
di pandangan sukma.
adakah nalurimu
jadi duri
yang memperdaya
untuk menolak keakuran
di pandangan kalbu.
renungkan sejenak...
CNM, 25/7/12, 5.01pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Iklan tv
saya pilih mengundi...
saya pilih kestabilan...
saya pilih perpaduan...
malaysia amalkan demokrasi...
hais! cakap, cakap juga
dengan SPR dah daftar ke?
nanti melepas...
CNM, 25/7/12, 8.17pm
THMK |
|
|
|
|
|
|
|
Cemburu padaku
Apa untungnya cemburu? Terangkan kepadaku.
Padaku cemburu tandanya hadir syakwasangka kepada orang yang kononnya disayangi. Dengan segala macam andaian yang belum tentu benar yang bisa mengugat keharmonian sebuah hubungan.
Selanjutnya, cemburu hadir kerana rasa tergugat oleh kehadiran seseorang yang dirasakan akan menakluki atau mengubah arah kasih dan sayang orang yang disayangi.
Adakah ini sihat? Padaku ianya tidak sihat untuk sebuah perhubungan.
Kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan penting bagi menjayakan sebuah perhubungan. Jika cemburu itu tandanya sayang, maka seharusnya si pemilik rasa cemburu perlu lebih menunjukkan kebenaran rasa kasih dan sayangnya melalui perbuatan sepertinya lebih menyayangi, lebih memahami dan segala macam lebih dari biasa kasih itu diluahkan.
Jangan hanya hadir dengan segala macam persoalan yang tiada asasnya, tidak tentu butir perkaranya yang bisa menguris sekeping hati yang tulus menyayangimu.
Aku cemburui pada yang hebat cinta kasih sayangnya. Ingin aku jadi seperti mereka, kasih dan sayang melimpah ruah ke hujung nyawa.
Cemburu itu pada tempatnya?
CNM, 25/7/12, 10.20pm
THMK |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|