CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 220796

[Gifts & Stationaries] MAIXARA SPREE...1 BTL = RM75, 5 BTL = RM70, 10 BTL = RM60

[Copy link]
Post time 15-3-2013 06:04 PM | Show all posts
ko tak msk kat sana tu aku serang ko kat sini...ok lar tak mau cite ot dah...tukang kecoh dah sampai kat umah aku tu...tunggu jer la kedatangannye yer ayu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2013 10:55 AM | Show all posts
dah makan setengah botol dah, 2 biji setiap hari/mlm...so far xperasan lak putih ke apa kea..tp yg perasan jerawat belakang badan mengurang dah...sblm consume maixara, consume felinna jerawat blkg bdn n dada naik gila2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 06:01 PM | Show all posts
knp aku mkn segala jenis gluta ni muka aku mcm biasa jer
yg kata 2 biji pun aku sampai telan 3..ibu collagen pun aku bantai..last2 adik ipar aku ajak aku pergi rendam kaki yg ion tu...aku sbb xnak kecewakan dia aku ikut..rm10 setengah jam..ayyooo....kotoran yg keluar sgt teruk..hijau,pastu berbuih2 dan warna coklat pekat.katanya sbb byk sgt melantak ubat2 ni..kkm pun xde bagi..kesian jantung,hati,limpa aku..paling teruk ada kuar ulat2 kecik mcm br nk jadi ulat kat sampah tu..kaler putih..katanya itulah ulat resdung...skeri betul...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 06:39 PM | Show all posts
cupu posted on 16-3-2013 06:01 PM
knp aku mkn segala jenis gluta ni muka aku mcm biasa jer
yg kata 2 biji pun aku sampai telan 3..i ...

betul ke bt yg air iron tu jd mcm tu...ari tu ms turun kl pegi kat bangi rsnye ada nampak...so bdn dah jd pulih toksid ker...kira bt tu mcm mn...kene kerap buat ker atau ikut suka jer...mcm menarik gak tu...

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 02:49 AM | Show all posts
cupu posted on 16-3-2013 06:01 PM
knp aku mkn segala jenis gluta ni muka aku mcm biasa jer
yg kata 2 biji pun aku sampai telan 3..i ...

Cupu buat kat mana tu? Sounds interesting la. I pun dah setahun try glutha...bab putih x putih mana pun....mcm tu gak. dah tepu kut kulit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 10:51 AM | Show all posts
awinpj posted on 17-3-2013 02:49 AM
Cupu buat kat mana tu? Sounds interesting la. I pun dah setahun try glutha...bab putih x putih man ...

kat tempat sy ni byk je...air suam dia taruk dalam bekas pastu cam bateri ke apa..kira elektrostatik..pastu dia buh garam.buat setengah jam je..ari tu first time buat mmg ngeri la..berkeladak air jadinya...kesian badan i..mcm sy ni kotoran byk keluar dkt tumit.so,pak cik tu kata sakit tumit ke?biasa la org ppuan kan..sakit tumit tu ada kena mengena dgn peranakan.hubby pun rendam gak..tapi xseteruk i.malunya i sbb konon kita yg sihat sbb mkn mcm2 ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2013 10:53 AM | Show all posts
ina_na posted on 16-3-2013 06:39 PM
betul ke bt yg air iron tu jd mcm tu...ari tu ms turun kl pegi kat bangi rsnye ada nampak...so bdn ...

sy pun xpercaya mulanya..maklumlah complete mkn..hihi..konon sihatla..skali byk kotoran yg kuar.klu u jumpa,try la buat.murah je..rm10 setengah jam.ada sorang tu dia kena strok.byk amik ubt kat hops.hitam terus air rendaman dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 09:27 AM | Show all posts
cupu posted on 17-3-2013 10:53 AM
sy pun xpercaya mulanya..maklumlah complete mkn..hihi..konon sihatla..skali byk kotoran yg kuar.kl ...

ooo nanti kalo turun bangi lagi saya try buat yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2013 01:47 PM | Show all posts
SORRY TT OT SIKIT...

SALAM SEMUA...ADIK AKU BARU TIPON SETELAH BERIA2 DIA BERUNDING HARGA TUK GRED AAA VIOLET DAPAT DISKAUN...SO AKU DPT JUAL 1KG RM35 N ADIK AKU BARU INFORM MEMANG ADA SEAWEED HIJAU YG PALING BARU...HARGA DIA MAHAL SIKIT ADIK AKU KATA...SO YG HIJAU TU AKU JUAL RM46 TERMASUK POS LAJU TUK 1KG...SAPE NAK BOLEH ODER STOK TERHAD...5KG TUK GRED AAA VIOLET N 5KG TUK SEAWEED HIJAU GRED AKU TAK TAU...DAPAT MINGGU DEPAN ADIK AKU BALIK N BAWAK SINI...PE2 PM OK KAWAN2 SEMUA...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 02:05 AM | Show all posts
cupu posted on 17-3-2013 10:51 AM
kat tempat sy ni byk je...air suam dia taruk dalam bekas pastu cam bateri ke apa..kira elektrostat ...

Bangi tu katne?nak try gak sbb dok bangi...pastu..kulit tros ok kee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2013 10:44 AM | Show all posts
cupu posted on 16-3-2013 06:01 PM
knp aku mkn segala jenis gluta ni muka aku mcm biasa jer
yg kata 2 biji pun aku sampai telan 3..i ...

try googgle psl detox kaki ion ni kuar result ni:-





Tuesday, January 8, 2013Detox Terapi Ion Kaki: Benar Atau Penipuan

Benarkah terapi ion kaki dengan merendamkan kedua belah kaki di dalam larutan garam yang dilalukan caj elektrik dapat mengeluarkan toksik di dalam badan kita? Sehingga hari ini masih tiada bukti saintifik yang mengesahkan kaedah ini berkesan membuang toksik dari tubuh anda.

Apa yang kita dengar dari testimoni pesakit adalah berbentuk hipotesis di mana perbezaan yang dirasai setelah menjalani terapi ion mungkin dalam bentuk psikologi sahaja, tidak lebih dari itu.

Sambil mendakwa kaedah seperti ini adalah semulajadi tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan, ia sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap tubuh anda sama ada tambah memburukkan atau memperbaiki tahap kesihatan tubuh anda.  

Sebenarnya larutan garam yang diberikan caj elektrik dengan menggunakan 2 besi elektrod positif dan negatif memang akan menukar warna larutan menjadi partikel kehitaman, hijau, coklat perang, kuning dan sebagainya dalam tempoh beberapa minit - tanpa merendamkan kaki anda di dalamnya. Ini dianggap sebagai 'bukti' kehadiran 'toksin' dari kaki anda. Sebenarnya saya telah mencuba sendiri eksperimen ini di rumah dengan menggunakan bateri kereta - terbukti 'kehadiran' toksin pelbagai warna seperti disebut di atas dalam larutan garam - tetapi tanpa perlu saya merendamkan kaki ke dalam larutan itu. Perubahan warna larutan adalah disebabkan proses pengoksidaan besi (karat) iaitu proses yang disebut elektrolisis. Bagaimana mereka boleh mendakwa itu semua datang dari kaki anda?

Jika anda masih belum yakin, boleh cuba sendiri dengan pergi ke pusat terapi ion tetapi jangan rendamkan kaki anda ke dalamnya. Pemilik pusat terapi pasti akan 'memaksa' anda meletakkan kaki anda ke dalamnya.

Dalam sebuah kajian, sampel larutan diambil untuk melihat unsur-unsur 'toksik' yang hadir di dalamnya. Penemuan mendapati tiada kesan logam berat ataupun unsur biologi dari tubuh manusia sebaliknya ia hanya datang dari logam elektrod yang digunakan.

Sakit kepala, lemah-lemah badan, masalah hati dan buah pinggang tidak boleh dirawat dengan kaedah ini atau berbagai kaedah detox seperti menggunakan pad kaki atau rawatan spa. Ramai doktor, saintis dan pakar perubatan percaya produk sebegini tidak mencuci apa-apa dari tubuh anda kecuali 'mencuci' poket anda. Jika benar, mengapa pad kaki tidak memerlukan caj elektrik untuk membuang toksin dari kaki anda?

Cara yang sebenar untuk membuang segala toksin di dalam tubuh disebabkan gaya hidup anda selama ini seperti merokok, alkohol, makanan yang tak menyihatkan dan berlemak, kandungan gula dan garam yang tinggi atau kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan ialah dengan melakukan perubahan gaya hidup yang positif dalam jangka masa yang panjang, bukan dalam masa yang singkat seperti merendamkan kaki atau melekatkan pad pada kaki semalaman.









Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 10:57 AM | Show all posts
220796 posted on 19-3-2013 10:44 AM
try googgle psl detox kaki ion ni kuar result ni:-

dh pernah baca psl ni..dulu masa temankan mak sy kat spital, pernah borak dgn one of the specialist kat situ dan beliau beritahu air bertukar kehitaman tu bukannya hasil dr pengeluaran toksin..wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 12:05 PM | Show all posts
220796 posted on 19-3-2013 10:44 AM
try googgle psl detox kaki ion ni kuar result ni:-

Dear...

tQ for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 01:05 PM | Show all posts
220796 posted on 19-3-2013 10:44 AM
try googgle psl detox kaki ion ni kuar result ni:-

tapi naper sy pya kuar ulat2 kecik iaitu ulat resdung..mulanya sy pun xpercaya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2013 01:17 PM | Show all posts
cupu posted on 19-3-2013 01:05 PM
tapi naper sy pya kuar ulat2 kecik iaitu ulat resdung..mulanya sy pun xpercaya..

tak pasti le sis....kaedah lain ke sama mcm artikel tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 01:20 PM | Show all posts
220796 posted on 19-3-2013 01:17 PM
tak pasti le sis....kaedah lain ke sama mcm artikel tu?

maybe alat tu bentuk lain,tapi sama.sy mmg xpercaya coz pnh tgk dr.oz pya rancangan psl mediacure n pedicure pun bhy sbb bks tu blh dtgkan penyakit sbb penyebaran kuman..tapi tula...dah buat ari tu,rasa nk buat lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2013 01:31 PM | Show all posts
Eqal posted on 19-3-2013 12:05 PM
Dear...

tQ for sharing

no problem eqal....ayu suka google ape aje kemusykilan yg ada...hihihi!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 04:50 PM | Show all posts
tpkan kalo org yg mcm aku nie...yg kuat skt elektrik dlm bdn nie kan...kalo bt tak kene short ke...aku kdg2 naik lift nak pegang plastik tepi pun takt...kdg2 rs mcm kene renjatan elektrik jer...pernah dl sekali lalu sebelah rice cooker yg tengah masak nasi...tegak rambut aku dibtnye kejap...mcm terkene renjatan elektrik...tp tu la dah ckp mcm blh kuarkan ulat resdung mcm menarik gak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 07:17 PM | Show all posts
220796 posted on 19-3-2013 10:44 AM
try googgle psl detox kaki ion ni kuar result ni:-

ayu,akak penah buat detox elektrolit ni kat dr azimuth gng rapat.hasilnya,kaler oren je..oren ni tak silap lenguh2 bdn je.so bdn akak  tak byk toksid le kut.hehh.org lain mmg ada yg btukar hitam.so pcaya le jugak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 08:20 AM | Show all posts
aqyueetda posted on 19-3-2013 07:17 PM
ayu,akak penah buat detox elektrolit ni kat dr azimuth gng rapat.hasilnya,kaler oren je..oren ni t ...

kat gunung rapat kat mane sis? boleh gak try tgk ape result dia kan....hehehe!

ok, back to topic....ada permintaan sy buat spree maixara lg......tp kene le kumpui 10org & sorg jd kepala..... sape sudi sila angkat keyboard
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049214 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list