|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
Menu tengahari di Café Suria bertemakan masakan Melayu. Memang kenalah dengan selera Zack. Ayam masak merah dan sayur ubi masak lemak dibubuh dalam pinggan beserta beberapa keping papedom buat pembuka selera. Setelah itu, mata Zack mula melilau mencari tempat untuk tumpang menempel.
Pada awalnya, mata Zack sudah aim meja yang diduduki oleh budak-budak kitchen - Nizam dan Qayyum akan tetapi, lagi lima tapak menghampiri mereka, mata Zack terpandang pula Zareen yang duduk di meja sudut hujung. Sendirian.
Otaknya mula berfikir sama ada mahu duduk dengan Zareen atau tidak. Belum sempat lagi otaknya membuat keputusan, kakinya telah menapak dengan kelajuan sederhana. Kini, dia berdiri di hadapan Zareen dan tersenyum segan. Hatinya telah mendahului otaknya dalam membuat keputusan.
“Ehemm…” Zack melegakan tekaknya yang tiba-tiba terasa berpasir. Zareen yang sudah pun menyedari kehadirannya tersenyum manis.
“Sorang je ke, Cik Reen?”
Zareen mengangguk, kekal tersenyum. “Duduklah.” Ajak Zareen, kemudiannya. Pucuk di cita, ulam mendatang. Zack melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Zareen.
Nasib dia ajak duduk, kalau dia suruh blah aje tadi….
“Selalunya, Cik Reen makan dengan Jessy….” Setelah dua suapan, Zack memulakan perbualan. Itupun setelah dia menolak kuat rasa canggung dalam hati.
“Jessy pergi makan kat luar.” Jawab Zareen. Zack menganggukkan kepala. Menyuap nasi ke mulut lagi.
“Kalau saya tahu Jessy keluar, awal-awal lagi saya dah ajak awak makan sama…” Zack pantas mengatup mulut. Ayat itu sepatutnya kekal dalam kepala tetapi, entah macam mana, terkeluar laju dari mulutnya tanpa sempat di break.
Mulut…muluuutttt….
Zareen senyum saja sambil menguis nasi dengan sudu. Zack turut senyum…sumbing.
“Jarang saya tengok Cik Reen makan lunch. Selalu minum air je…” Zack sambung ayat.
“Iya? Maknanya, awak selalulah perhatikan saya…” Sambut Zareen. Zack tertelan isi ayam, nyaris tersedak. Zareen punya punchline, boleh tahan juga. Ada yang kena tepat-tepat pada pada hidung menyebabkan Zack pula yang termalu-malu kucing.
Last edited by Nicki_Meow on 10-2-2014 12:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang sudah lama Zareen diperhatikan. Zack bagai tidak mampu menidakkan kehadiran Zareen. Gerak-geri dan sikap Zareen seringkali dijadikan tontonan dalam diam. Pada pandangan mata, Zareen tampak sempurna. Busananya ringkas namun anggun bergaya. Dari tudung, baju hingga ke kasut, semuanya terletak elok pada empunya diri.
Zareen tidaklah putih cerah namun tidak juga hitam manis. Warna standard kulit wanita Melayu. Tapi, wajahnya bersih dari sebarang cela. Entah produk kecantikan apa yang dipakai…
Dari cara jalan, cara senyum dan cara bercakap, Zareen bagai mempunyai signature tersendiri. Postur badan Zareen ketika duduk, sentiasa tegak. Jarang sekali duduk membongkok. Cara Zareen menyuap makanan juga tertib, tapi bukan control ayu. Kalau control ayu, Zack pasti tahu. Zareen seolah-olah telah diacuankan begitu. Mungkin sebab jawatan yang disandang, memerlukan Zareen sentiasa menjaga penampilan. Dan cara begitu diaplikasikan dalam hidupnya sehari-hari.
Hendak dikategorikan Zareen sebagai Wanita Melayu Terakhir pun tidak juga. Zareen bukan jenis pemalu. Kadang-kadang, Zareen ni ada loyar buruknya. Ada masanya, boleh berlucu juga. Dan sebagai seorang pengurus, ketegasan Zareen terserlah jika melibatkan soal kerja.
“Selalu jugaklah…” Akui Zack setelah berjeda lama. Alang-alang nak mengayat…apa salahnya teruskan niat? Terdengar Zareen ketawa kecil.
“Saya jarang makan lunch sebab selalunya, masa breakfast, saya makan berat. Tapi, hari ni, masa saya nak pergi beli breakfast, kedai…”
“Kedai Cik Ta tutup?” Pantas Zack memintas. Zareen tergelak.
“Iya…kedai Cik Ta tutup.” Balas Zareen dan Zack tersengih. Peristiwa salah-sangka dulu berputar dalam kepala.
“Macam manalah saya boleh ingat, Cik Reen ni anak Cik Ta?” Zack bersuara sambil tergelak. Zareen mengulum senyum.
“Muka saya dengan muka Cik Ta ada iras-iras kot?” Soal Zareen, bergurau. Zack ketawa lalu menggelengkan kepala.
Zack kembali menyuap makanan ke mulut. Dalam masa yang sama, menjeling curi Zareen di depannya. Mungkin sebab sudah terpaut, rasa hati kembang berbunga-bunga apabila dapat duduk semeja dengan gadis pujaan.
Tapi, bukankah gadis pujaan sudah ada yang punya?
Teringat tentang itu, Zack melepas nafas perlahan.
Last edited by Nicki_Meow on 15-2-2014 11:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagai mengerti yang dirinya diperhati, Zareen mengukir senyum secara tiba-tiba. Zack terkesima. Zareen yang selalu tersenyum itu seringkali membuat hatinya tidak kekal diam setempat.
“Ehem…” Batuk pura-pura dilepas untuk menghalau rasa canggung sekali lagi.
“Lepas kerja, Cik Reen terus balik rumah ke?” Zack melontar soalan berkias. Zareen mengangguk.
“Saya tak suka keluar malam. Waktu malam adalah masa untuk saya spend time dengan…” Zareen menghentikan ayatnya seketika. “Dengan family saya…”
Terdiam.
“Oh…okay…” Balas Zack.
“Habis, kalau boyfriend Cik Reen ajak keluar?”
Zareen angkat kening. Zack senyum sumbing.
“Awak memang percaya yang saya ada boyfriend?”
Zack angguk. Takkanlah tak percaya…
“Saya tak ada boyfriend pun.”
“Biar betul…Cik Reen ni?”
Zareen senyum lalu menggelengkan kepala. “Terpulanglah pada awak, nak percaya ke tidak…”
“Jadi, yang bercakap dengan Cik Reen itu hari, siapa?”
“Perlu ke awak tahu?”
“Kalau tak keberatan nak bagi tahu…”
Zareen senyum lagi sebelum menjawab. “Mungkin satu masa nanti…saya beritahu…”
Tak apa. Banyak masa lagi ni. Zack angguk dan senyum. Walaupun kurang percaya yang Zareen tak ada teman lelaki, dia iyakan saja. Dah Zareen cakap tak ada, tak adalah maknanya…
Maknanya…dia ada peluang?
Hati Zack semakin berbunga.
Mereka terus berbual. Soalan lebih menjurus kepada yang lebih peribadi. Nak lebih kenal hati budi masing-masinglah kononnya. Tapi, ada satu perkara yang Zack sedari. Zareen seperti merahsiakan sesuatu.
“Jomlah..balik office…” Ajak Zareen setelah mengerling jam tangan. Waktu sejam untuk makan tengahari sudah tamat.
Zack angguk.
Mereka bangun dan berjalan beriringan.
*** Last edited by Nicki_Meow on 13-2-2014 09:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari tengahari membawa ke petang, entah kenapa Zack terasa yang perhatian Zareen padanya hari ini agak berlebihan.
Atau mungkinkah dia yang terlebih perasan?
Mahu tak perasan? Kalau dia angkat muka mengintai Zareen dari balik kubikel, Zareen seperti tersenyum sambil menjeling curi.
Iya...iya je. Entah-entah, Zareen senyum sebab benda lain.
Secara tiba-tiba, satu idea gedik timbul dalam kepala. Zack menekan papan kekunci komputer dengan pantas, menaip sesuatu.
Butang send ditekan. Risiko diambil. Sama ada Zareen akan naik angin ataupun…
Zack seperti menahan nafas.
***
Last edited by Nicki_Meow on 15-2-2014 11:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lynn9 posted on 10-2-2014 01:15 PM
amboi nak bukti tu...
nah...
Kalau gini gaya....sakit jantung makpak si Zack...
|
|
|
|
|
|
|
|
Berkerut kening Zareen membaca email yang baru muncul di skrin komputernya.
Kenapa awak senyum sorang-sorang?
Zareen mengangkat muka, memandang ke depan. Lebih tepat lagi, ke arah tempat meja kerja Zack. Tapi, sudah pasti dia tak nampak Zack yang terlindung di balik kubikel.
Mana ada saya senyum sorang-sorang?
Butang send di tekan.
10 saat kemudian, inboxnya menerima email baru dari orang yang sama.
Tipulah. Dari tadi saya tengok, senyum je.
Perlu ke awak perhatikan saya?
Yup.
Kenapa?
Saja. Awak nampak cantik hari ni.
Sekali lagi, Zareen memandang ke depan. Namun, tak nampak orang yang dicari. Zack seperti sengaja menyembunyikan diri dari balik kubikel. Langsung tak mengangkat muka.
Thanks. Boleh sambung kerja awak sekarang?
Ini kira kerjalah ni. Part time…
Zack, you should not use office’s email for personal matters.
Ala…tak payahlah ikut protocol sangat.
Awak nak apa sebenarnya?
Janganlah marah Cik Reen…saja gurau.
Saya tak marah.
Kalau tak marah…cuba senyum…
Zareen merenung skrin computer dengan tajam. Seolah-olah membayangkan Zack di hadapannya.
Saya suruh senyum…bukan pandang computer tu macam nak telan.
Zareen menggelengkan kepala membaca email terbaru.
Haaa…senyum pun.
Zack, please get back to work. You have deadline by next week.
Okay madam.
Di balik kubikel, Zack menyembunyikan senyum.
Last edited by Nicki_Meow on 10-2-2014 01:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
alah zack....
ngape tak guna "office communicator" ajer zack...
internal takyahlah guna email2 ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaa cutela pulak berbalas2 email ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Di balik kubikel, Zack menyembunyikan senyum.
sekarng smbunyi senyum2 la..nnti sembunyi tangis plak..
foreber alone..
|
|
|
|
|
|
|
|
awanjingga posted on 10-2-2014 03:40 PM
Di balik kubikel, Zack menyembunyikan senyum.
oh..noooo.....kesian zack...
psst...your lady nak habis isnin depan..
err...nicki..hang teruskan la plot yg dah ada..
kami 'readers' tak nak nyampuk dah..
pilih la siapa2 pun...asal jgn ler kasi zack foreber alone...
Last edited by UsuFie on 11-2-2014 10:16 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
awanjingga posted on 11-2-2014 10:25 AM
xpe iols ada kalo zack kene rejek..
tapi iols ada viva jek.. @Nicki_Meow
bibah pun lebih dari ok...
nnt dah kawen..minta zack belikan..bios kaler jingga..
|
|
|
|
|
|
|
|
errrr..hari ni takde n3 ke nicki? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|