CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AdsMsia

[Tempatan] Prof Muhaya: Solusi keluar dari bebanan hidup

 Close [Copy link]
Post time 26-12-2013 08:00 PM | Show all posts
axl_bach posted on 25-12-2013 11:49 PM
yer laa tu.....kalo anggun xder laa nak kalut2 nak wat calisthenic exercise bagai,heheheheheheheh
...

I nak maintain kekenyalan pompoms ni lar takmau depend sangat kat vitamin C
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/nasihat-kepada-kerajaan-versi-reset-minda-muna-adila-che-rime

Menarik juga artikel dia ni, menggunakan kata2 dr prof muhaya utk digunakan kepada pemimpin kerajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
RENCANA   
Nasihat kepada kerajaan versi reset minda – Muna ‘Adila Che Rime


DECEMBER 26, 2013
Saya antara beribu-ribu peminat Prof Dr Muhaya Mohamad. Minatnya saya terhadap kata-kata positif beliau hingga membuatkan saya sering memuat turun ceramah-ceramah beliau untuk didengar kala waktu senggang.
Hari ini, membaca laporan mengenai respons beliau terhadap solusi keluar dari bebanan hidup membuatkan saya tersenyum sendiri. Tidak dapat dinafikan, inilah nasihat terbaik yang ingin saya dedikasikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor.
Moga ini versi terbaik untuk dibaca oleh Yang Amat Berhormat sebagai bahan muhasabah. Ya, kerajaan perlu positif dalam menanggapi amarah rakyat terhadap isu kenaikan harga. Jangan tanya apa yang rakyat risaukan, tapi persoal apa yang kerajaan lakukan untuk mengatasi kemelut ini? Mari kita sama-sama hayati pesanan Prof Muhaya ini.


“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.
“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif.”
Sudah lumrah mana-mana negara sekalipun, rakyat akan marah jika harga keperluan seharian naik angkara kegagalan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara, dan sudah semestinya kerajaan juga perlu faham konsep ini.
Tidak ada situasi di mana rakyat yang tertindas tidak akan memuncak kemarahannya, memang kami akan naik darah. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kerajaan terhadap apa yang berlaku.
Kalau kerajaan guna formula ini, peristiwa yang berlaku ditambah dengan respons kerajaan akan menghasilkan hasil kehidupan rakyat Malaysia hari ini. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif.
Malangnya, memang respons kerajaan sangat negatif. Bagaimana seorang pimpinan pelajar yang menyuarakan isi hatinya supaya kos sara hidup diturunkan, mereka ditanggapi laksana seorang pemberontak. Hasilnya, kami akan terus bangkit membawa Gerakan Turunkan Kos Hidup, atau Turun, sebagai manifestasi terhadap sikap negatif kerajaan terhadap suara hati rakyat.
Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, Prof Muhaya menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.
“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?
“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.
Justeru, kami rakyat juga menyarankan agar kerajaan memaksimakan badan-badan dan agensi-agensi kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini hingga ke dasar, bukan sekadar sibuk menuduh orang itu dan ini sebagai syiah.
Jangan kata kerajaan tiada pilihan, tetapi kerajaan patut tanya bagaimana untuk kami lebih mampu meringankan beban rakyat? Nilai berapa jam yang digunakan oleh menteri-menteri dan pegawai kerajaan digunakan untuk menyelesaikan masalah ini.
Contoh sebelum ini, jika kerajaan menganjurkan konsert-konsert hiburan kepada anak muda, apa yang rakyat dapat? Kalaulah kerajaan benar-benar memikirkan bagaimana untuk memanfaatkan hasil sumber negara, selesaikan masalah korupsi dan ketirisan dalam pentadbiran, kurangkan harga cukai yang membebankan, pasti amarah rakyat tidak seperti ini.
Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.
“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?
“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.
Ya, corak belanja keluarga sang menteri juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan rakyat. Mengapa di saat rakyat menderita, elaun menteri tidak pernah berkurang?
Bagi yang berbelanja menggunakan duit kerajaan terutamanya, audit balik perbelanjaan. Beg tangan, penerbangan mewah, melancong ke luar negara, semua ini tidak membina nutrisi rakyat, jadi kalau boleh elaun perdana menteri perlu dipotong, dan kurangkan perbelanjaan yang tidak penting seperti membawa isteri bersama dalam urusan rasmi menggunakan wang negara pula.
Kata Prof Muhaya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.
“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.
“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, Allah akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.
Dan ini adalah kemuncak nasihat yang saya suka. Kalaulah konsep keberkatan ini ditekankan dalam kerajaan pemerintahan Barisan Nasional sejak dari awal lagi, kalaulah mereka bekerja sekurang-kurangnya, jika tidak mampu lebih, seperti gaji yang mereka peroleh, sudah lama negara kita terselamat daripada bencana ini. Tekanan hidup melahirkan manusia yang kejam untuk bertahan daripada kezaliman sistem.
Mungkinkah pula kerajaan ini kerajaan yang suka merungut dan mengeluh? Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan diberi apabila rakyat meminta penjelasan. Dia sibuk mencari faktor di luar diri seperti rakyat tidak tahu bersyukur, harga minyak dunia naik, keperluan menampung hutang negara tanpa melihat faktor dalam diri seperti betapa tidak amanah dan tidak kompetensinya mereka menguruskan amanah rakyat.
Negara diberi keuntungan berdasarkan nilai yang kerajaan beri kepada dunia. Menteri gaji RM100,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM100,000, Allah akan beri keberkatan RM1,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah.
Semoga Datuk Seri celik mata dan hati dan minda selepas membaca nasihat ini. Bukan rakyat sahaja yang perlu positif menanggapi isu kos sara hidup ini, kerajaan juga tidak patut menyalahkan amarah rakyat, bahkan perlu bergerak berfikir secara positif, bagaimana mahu mengatasi kesengsaraan rakyat hari ini, apabila semua harga dinaikkan serentak.

Celik mata – reset minda; berubahlah demi kebaikan negara
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:07 PM | Show all posts
koram2 sumer dlm nih jgn risau laaa, Muhaya dh maafkan koram sumer dah...n dia rasa kesian......


heheheheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:08 PM | Show all posts
I jarang nak dengar lar motivasi profesor haper pun kat Malaysia neh. Tak minat langsung. Yang I dengar pun cuma Dr. Asri sebab I nak tau view die pasal hadis, then I lagi suke dengar Suhaib Webb yang Caucasian mazhab Syafie tue or dengar kat Khawater Shab Ahmed Shugairi walaupun tak paham Arabic. Lagi banyak kau boleh nak apply dan lebih universal daripada profesor2 kampungan tu sume, hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:13 PM | Show all posts
miss_kikilala posted on 26-12-2013 06:49 PM
hebat prof kena maki lam fb..
mohon prof audit hubungan dengan Allah..
mungkin ade bahagian yg ber ...

Beselah dikk...kesian prof tu kene kutuk,,ni kira dugaan buat prof ni..dugaan tetap datang dari setiap segi,kutukan,kesusahan,kesenangan mcm2 lah..well,Rasulullah yang maksum pun kena kutuk,dibaling batu sampai berdarah2 kat taif,Jibrail bengang siap turun nak hempapkan gunung kat penduduk taif tuhh,Rasul sabar lagi tak bg jibril wat camtu..kalau hakak,haku soh jibril hempap sekali dgn langit2,gunung lautan bagai..anyway dugaan tetap akan dtg,kat prof,hakak n semua.jd,bykkan bersabar bila dugaan dtg ye prof,juga kata2 utk diri hakak jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2013 08:13 PM | Show all posts
bungahitam posted on 26-12-2013 08:03 PM
RENCANA   
Nasihat kepada kerajaan versi reset minda – Muna ‘Adila Che Rime

Harap @dahliateck, @suchi, @dzeck , @mbhscf @amnifeesa  dan terutama sekali @Elfinaa baca nie...

stop salahkan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:14 PM | Show all posts
Elfinaa posted on 26-12-2013 08:13 PM
Beselah dikk...kesian prof tu kene kutuk,,ni kira dugaan buat prof ni..dugaan tetap datang dari se ...

Ko nie naper? Split personality k? Snie bukan thread soal jawab agama yang mod dia @mbhscf tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 08:16 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 26-12-2013 06:57 PM
I tak faham.
kenape dr Muhaya dimarahi?

Entah..kesian prof tuhh..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:22 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 26-12-2013 08:14 PM
Ko nie naper? Split personality k? Snie bukan thread soal jawab agama yang mod dia @mbhscf tu

Maafkan akak ni dikk,jangan marah akak mcm ni..sini kan forum,hakak ni bukan ustazah ponn jauh sekali nak nunjuk pandai...mungkin adik ni mufti daerah kott tu pasal marah sgt akak ckp bab agama bagai sebab adikk lagi pandai.sebenarnya akak just citer sal nabi je pun..Salah ke akak cakap dikk??akak kdg borak dgn member non muslim sal nabi lah,islam dorang tak pulak nak marah akak...well kita hormati pendapat msg2 je,hidup aman damai..jangan marah akak,tolonggg...tq dikk
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:26 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 26-12-2013 08:13 PM
Harap @dahliateck, @suchi, @dzeck , @mbhscf @amnifeesa  dan terutama sekali @Elfinaa baca nie...
...

i tak salahkan org lain ke? saya melontar pertanyaan dan what a mentality untuk slotkan hidup dalam ruangan sempit - agama dan ' ini bukan agama' cheh.
pity.

i would say, dalam kutuk kutuk bandingkan kekayaaan susah hidup , kena ingat jugak , sapa bagi rezeki.




belajar  bersyukur lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:28 PM | Show all posts
Elfinaa posted on 26-12-2013 08:22 PM
Maafkan akak ni dikk,jangan marah akak mcm ni..sini kan forum,hakak ni bukan ustazah ponn jauh sek ...

Ada k jawatan mufti daerah kak oi?, xpayahlah samakan prof muhaya dengan nabi smpai maksum sgt xleh dikutuk dekat fesbuk, pastu anggap dugaan lah, apalah dia sampaikan dakwah islamik k?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:28 PM | Show all posts
Elfinaa posted on 26-12-2013 08:22 PM
Maafkan akak ni dikk,jangan marah akak mcm ni..sini kan forum,hakak ni bukan ustazah ponn jauh sek ...

ni forum akak, public forum , ada benda yang kita fikir pendirian tegas kena ambil macam liberalisme semua tak siapa yg kutuk , even daam parti yg bersekogkol dalam hal hal ini  ( fefahamlah kan ) . Tapi hal macam ni , wow interesting ...Prof tu bagi tazkirah je, dia taklah kutuk sesiapa tapi biasalah ada mentality dangkal yg slotkan 'ini agama 'dan ' ini bukan agama'. hidup best ke kalau buat dikotomi begitu.pity.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:29 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 26-12-2013 08:28 PM
Ada k jawatan mufti daerah kak oi?, xpayahlah samakan prof muhaya dengan nabi smpai maksum sgt xle ...

u can carry on with this kind of mentality agama dan tak agama . apa salah agama kat you pun i tatau. i mean it is just a tazkirah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:31 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 26-12-2013 08:28 PM
Ada k jawatan mufti daerah kak oi?, xpayahlah samakan prof muhaya dengan nabi smpai maksum sgt xle ...

it is not eevn equating muhaya with Nabi  tapi just take her tazkirah as a point to be introspective about self.

dalam keasyikan mengutuk kita  may be lupa rezeki lain yg Allah bagi - like iman , akal, sihat  tubuh badan , yaa sometimes kita lupa  tapi crucial untuk ingat . tak suka tengok mengutuk hal yg haq tapi hal yg liberalisme semua mencicit lari.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:34 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 26-12-2013 08:26 PM
i tak salahkan org lain ke? saya melontar pertanyaan dan what a mentality untuk slotkan hidup dala ...

Tiada saper marahkan prof muhaya jika nasihat tu dia bagi kat najib, oh lupa ko supporter umno

Jika najib tu mcm umar al khatab, di mana najib dan rosmah terbongok-bongok di malam gelap gelita dengan penuh kasih sayang mengetuk pintu rumah orang miskin sambik menghulurkan bantuan beras, minyak masak,  teh, kopi, gula dan sedikit wang... Sehingga orang yang dibantunya tidak tahu tulah perdana menteri malaysia dan isterinya... Tiada siapa nak marahkan prof muhaya



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 08:36 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 26-12-2013 08:14 PM
Ko nie naper? Split personality k? Snie bukan thread soal jawab agama yang mod dia @mbhscf tu

Ok,salam sejahtera buat adik ni,walaupun akak tak kenal...utk pengetahuan adik,akak takde ponn nak salahkan mana2 pihak punn..harap adik jgn terasa yea..akak pun bukan ustazah jauh sekali org yg dok tunjuk baguss ke apa,well kita bukan bole nak soh org ikut telunjuk kita kan.mungkin adik ni seorg mufti daerah kitt,tu pasal marah sgt kat hakak ni,sebab adik lagi pandai kann...anyway salah ke ape akak cakap???bole masuk penjara ke???hmmm just hormati pendapat msg2,hdp aman damaii..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:37 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 26-12-2013 08:29 PM
u can carry on with this kind of mentality agama dan tak agama . apa salah agama kat you pun i tat ...

Prof muhaya sampaikan takzirah sambil background kolam renang belakang rumah dia, bekerjalah dengan lebih keras jangan merungut
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:40 PM | Show all posts
Elfinaa posted on 26-12-2013 08:36 PM
Ok,salam sejahtera buat adik ni,walaupun akak tak kenal...utk pengetahuan adik,akak takde ponn nak ...

Yelah kak jika xboleh terima pendapat orang pun xpayahlah nk tuduh org tu mufti negeri walaupun secara logik xmungkin mufti nak berforum dalam nie malam jumaat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 08:42 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 26-12-2013 08:31 PM
it is not eevn equating muhaya with Nabi  tapi just take her tazkirah as a point to be introspecti ...

Cer baca balik komen hakak td..akak tak samakan prof dgn nabi punnn..juz gtau ni mungkin dugaan si prof tuh dia kene kutuk bagai,beselah sumer org kena duga,nabi yang maksum pun kena duga..tu je...cer baca balikk..jgn marah...senyum2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.211728 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list