CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 19-3-2015 12:05 PM | Show all posts
baru perasan dah ada sambungan.. sedih plk dengan kisah bang ngah tu.. dah tu cik.nana, MIL skrg dah tak sakit2 lagila kakinya tu lepas diubatkan ustazah tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2015 10:59 AM | Show all posts
teruskan menulis Cik.Nana

saya minat dan saya dpt rasa ketulenan cerita Cik.Nana especially Cik.Nana cerita pasal gangguan kat highway dan ada pakcik ada restoran dekat Tandop pasal saya duduk area situ, so rasa mcm Cik.Nana bukan reka reka cerita.

Setakat ni saya ulang-alik malam-malam KL - Alor Setar lalu highway tak pernah kena gangguan lagi. Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Selesai baca..mmg terbaikkk....sambung lg cik nana...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 12:13 PM | Show all posts
alfatihah tok bang ngah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 12:32 PM | Show all posts
cik.nana replied at 17-3-2015 05:57 PM
=========================
Seminggu lepas Bang Ngah meninggal, MIL jatuh sakit. Mula-mula pak mentua ...

da selesai ke cite MIL tu... hmmm..

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 11:17 PM | Show all posts
agak lama juga kak honeyz x masuk forum cari ni. rasanya dah setahun busy sesangat skang. tapi dari hari rabu tangan ni gatai nk masuk cari. bod gosip xde menarik. bod makanan pun x best sgt dah. tiba2 teringat bod misteri paranormal ni. masuk2 nk cari sambungan cerita yg tergantung dari tahun lepas masih xde update. scroll -scroll jumpa tulisan cik nana ni. terus 3 ari merempit. mmg seram semua cerita.yg paling takut baca cerita kat highway nk ke utara tanah air tu... cekalnya hati mu adik nana woi..teruskan bercerita ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2015 11:20 AM | Show all posts
Edited by s3Nor!t@ at 21-3-2015 11:23 AM

< bookmark > Psssstt..... cik.nana cepat ye update citer... Best sgt baca.... Seram2 pun ada lawaknya
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 10:03 AM | Show all posts
Edited by mairakiut at 24-3-2015 10:10 AM

Sedih baca cite bang ngah...al-fatihah untuk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2015 01:26 PM | Show all posts
boocasper replied at 19-1-2015 03:08 PM
paling x best bila nk g toilet kat ofc ni...abes aku heret suh bdk ofc teman...keh3
diorg marah  ...

kita serupa
diorg smue klu nmpak aku tgh bc forum MPS ni mesti bengang. ugut xnk teman g toilet. haahhaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 11:04 AM | Show all posts
Kisah 29 - Kenduri Kahwin Takde Pengantin

Ni kisah manusia dengki busuk hati jugak ni. Yang ini terjadi 2 tahun lepas pada kawan sekampung suami, yg mana kita panggil Ayen je. Ayen ni kerja kat KL, nak kahwin pun dengan orang KL jugak. Kata suami, dah lebih 5 tahun jugak Ayen ni tunggu perempuan ni ajak kahwin sebab the perempuan kata nak bagi habis belajar dulu. Walaupun mak Ayen tu dah banyak kali suruh Ayen cari orang lain, Ayen ni degil jugak nak tunggu gadis pilihan hati dia. Mak Ayen siap suruh suami aku nasihatkan Ayen supaya terima jodoh pilihan hati mak dia, tapi suami aku malas la nak masuk campur ni hal-hal camtu. Suami aku cuma pesan pada Ayen, buat pilihan yg baik, istikharah apa semua la.

Seminggu sebelum tarikh pernikahan, Ayen call suami aku, ajak jumpa kat mamak berdekatan area rumah. Lepas jumpa Ayen, suami aku cerita Ayen susah hati sikit. Ayen susah hati sebab tengok tunang dia lain macam sikit, macam ada masalah, macam nak tak nak je kahwin. Nak tak nak pun, habis berpuluh ribu jugakla duit Ayen nak beli hantaran ikut permintaan cik tunang dia ni. So Ayen minta pendapat dan pandangan suami aku. Suami sekali lagi pesan, buat solat istikharah, minta pertolongan pada Allah. Bila suami aku tanya, dia yakin tak nak kahwin dengan perempuan tu, Ayen kata yakin. So suami aku kata ikut dia lah. 5 tahun lebih kot Ayen tunggu dengan setia. Respek betul aku.

Malam sebelum nikah tu, MIL aku sampai dari kampung dengan family Ayen. Diorang duduk kat satu homestay ni. Family Ayen ni memang ramai gila, dia 10 beradik seibu seayah. So memang homestay tu saratla dengan family abang-abang dan kakak-kakak Ayen. Malam tu kami jemput MIL dari homestay tu sebab MIL segan nak duduk ramai-ramai dengan family Ayen walaupun dah kenal lama. Sementara tunggu MIL bersiap, suami dok bersembang dengan abang-abang Ayen. Ayen ni dia dok rumah sendiri, tak duduk homestay tu. Suami aku tanyala, siapa tidur ngan Ayen malam tu? Ada anak buah dia yg baru balik dari Mesir temankan Ayen, jawab sorang abang Ayen.

Suami: Dah kenapa pulak budak tu yg teman Ayen?
Abang 1: Ayen nervous
Suami: Pastu?
Abang 2: Muka pucat, berpeluh-peluh sejuk macam nak demam katanya
Suami: Hai, pelik bunyinya?

Semua terdiam, macam nak sembunyikan sesuatu. Suami pun tak tanya dah la lagi. Masa tu MIL pun keluar dengan mak Ayen. Aku pergi ambil beg baju dari tangan MIL dan aku sempatla terdengar MIL cakap dengan mak Ayen supaya banyak-banyak bersabar dan ingat Allah. Mak Ayen pulak sempat lap air mata dengan hujung tudung dia. Aik, semacam bebenornya ni? Sekali bila masuk kereta, barulah MIL buka cerita. Ayen terima SMS dari nombor tak dikenali yg macam bagi amaran kat Ayen supaya tak kahwin dengan perempuan tu. Ayen call nombor tu, tak berjawab. Lepas tu sekali lagi, orang tu hantar SMS yg berbunyi lebih kurang "Kalau kau kahwin jugak, nanti kau menyesal" camtu la.

Suami aku terdiam. Aku pun sama. Nak cakap cemana? Ini dah macam cerita drama Melayu sendu kat TV dah ni. Tapi lepas tu aku tergerak jugak nak tanya...

Aku: Habis, Ayen tak call tanya bakal bini dia ke?
MIL: Call dah, habih mak ayah adik beradik semua tak bagi bercakap. Kata nak cakap apa, cakap esok lepas nikah la.
Aku: Lah, cemana gitu? Ayen tak explain ke kat diorang tu?
MIL: Nak explain cemana kalau semua dok buat kalut tak mau bagi bercakap? Last-last letak telepon gitu je.

Hish, ada bau-bau ikan ni! Hati jahat aku dah berbisik. Memang jelas kot ada something wrong somewhere kan? Suami aku pulak try call Ayen, tapi tak dapat. Phone Ayen off.

Suami: Takpelah, kita tengok esok cemana.

Esoknya, acara akad nikah akan dijalankan pada pukul 10 pagi. Lepas Subuh lagi, family Ayen dah call MIL dan suami aku, suruh datang awal. Bunyi dia macam ada kecemasan. Pukul 7 kami dah rumah, breakfast apa pun tak sempat. Suami aku pun pecut kereta semacam je laju. Entah apa dia sembang dengan abang sulung Ayen tadi, tapi macam serius je gayanya. Sampai je kat homestay tu, ada kawan-kawan sekampung yg dah sampai. Masing-masing muka serius je. Takde langsung rasa macam seronok bila time kenduri. MIL terus tarik aku masuk dalam rumah, cari mak Ayen. Masuk rumah, ramai orang dok berkumpul di ruang tamu. Aku tengok mak Ayen dok menangis sambil dipujuk anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu.

MIL: Ni kenapa pulak ni? *perlahan je MIL aku tanya kat mak Ayen. Mak Ayen terus peluk MIL.
Mak Ayen: Ayen pengsan!
MIL: Hah? Kat mana?
Mak Ayen: Kat rumah dia. 2 kali dah. Bila nak keluar rumah je, dia pengsan.
MIL: Dah siapa pergi tengok tu?
Mak Ayen: Abah dia gi dengan Pak Nal, nak bawa dia mari sini.

MIL beristighfar. Tak lama lepas tu, keadaan di luar kecoh sebentar. Ayen dah sampai. Ayen dah siap berpakaian busana pengantin, lengkap bersampin apa bagai. Tapi dalam keadaan tak sedar diri. Dengan dipapah abang-abang dia, Ayen dibawa masuk ke dalam rumah dan dibaringkan di ruang tamu. Rupanya seorang ustaz dah dipanggil. Dari mana aku tak tau la. Ustaz tu adala baca-baca sambil renjis air ke muka Ayen. Dalam seminit dua, Ayen sedar. Dia macam terpinga-pinga kejap. Dah dibagi minum air seteguk baru nampak Ayen macam ok. Mak dia pulak aku tengok macam tak ok.

Mak Ayen: Tak boleh gini, Ayen...
MIL: Sabar, Su...
Mak Ayen: Nak sabar macam mana anak kita jadi gini? Nak kahwin pun tak senang, ada je halangan.
MIL: Tak baik kata gitu...

Berlakulah sesi dialog antara orang-orang tua. Suami ajak aku duduk luar, ambil angin sebab sesak sangat kat dalam. Datang seorang demi seorang kawan-kawan sekampung suami join kitorang duduk di halaman rumah. Masing-masing tertanya-tanya, apa akan terjadi lepas ni. Dalam setengah jam kemudian, seorang abang Ayen keluar.

Abang 1: Kita nak gi jugak nikah ni.
Suami: Eloklah tu. Siapa yg pergi?
Abang 1: Gini ah, ustaz kata biar ahli keluarga terdekat je gi. Bukan apa, takut apa-apa jadi, payah nak kawal.
Suami: Elok sangatlah. Takpelah, buatlah keputusan macam mana pun, kami ok je. Apa-apa pun kami tunggu sini lah, back up kot ada apa-apa.

Jadinya, Ayen bertolaklah jugak untuk ke pernikahan dia dengan mak ayah, 2 orang abang, 2 orang pakcik dan makcik dan ustaz tu. Yang lain-lain tinggal kat homestay tu. Lama jugakla kami tunggu kat homestay tu, sampai nak dekat Zohor pun masih belum ada khabar berita. Kendurinya pulak malam nanti baru berlangsung. MIL pulak tak senang duduk, risau semacam. Tak sedap hati, katanya. Jadi suami pun bawakla kami keluar gi Tesco berdekatan, jalan-jalan cuci mata. Dalam pukul 2 petang, MIL dapat call dari mak Ayen. Cakap-cakap kejap, lepas tu MIL letak telefon, geleng kepala.

MIL: Tak nikah lagi.
Aku: Hah? Tak nikah lagi? Kata pukul 10 nak nikah, ni nak pukul 2 dah, apa cerita?
MIL: Nak ubah tempat nikah pulak.
Suami: Ubah mana?
MIL: Rumah ustaz tu, kat Shah Alam nun.
Suami: Mak aih, nak angkut semua pi Shah Alam? Apa jadi sebenarnya?
MIL: Ibu pun tak taulah. Jomla kita balik homestay. Ibu tak sedap ah duduk gini.

Balik homestay, ada salah seorang abang Ayen yg ikut rombongan nikah tadi dah balik. Terus MIL dan suami pergi kat abang Ayen tu.

MIL: Dah apa cerita ni?
Abang 2: Nak buat cemana, bu? Pengantin perempuan pulak pengsan. Asal, nak mula akad je, pengsan. Lepas tu bila kadi tanya apa-apa, tak boleh buka mulut langsung. Kepala pun tak boleh nak angkat. Badan dia jadi lembik cemana tah.

MIL mengucap lagi. Aku yg dengar pun antara percaya dan tidak je. Biar betul boleh jadi benda gini. Rasa seram la pulak. Jadi, kami pun menunggulah lagi kat homestay tu. Sampailah pukul 6 petang, rombongan nikah pulang ke homestay. Mata mak Ayen aku tengok dah sembap dah. Ayen pulak muka serabai je, kusut macam banyak masalah. Dan abang sulung Ayen menyampaikan khabar yg tak enak didengar -- Ayen tak nikah hari tu. Pergi rumah ustaz tu pun tak jadi apa. Keadaan pengantin perempuan teruk sangat. Sampai tak boleh tengok muka Ayen pun. Walaupun diletakkan dalam bilik asing, pengantin perempuan masih tak boleh lafaz apa-apa. Badan jadi lembik dan berat.

Berkumpullah keluarga Ayen dalam rumah, berbincang. Kata putus diambil. Kenduri tak boleh nak kensel dah. Macam mana pun, kena pergi tunjuk muka. Malam tu, kami pergi ke kenduri sebagai pihak pengantin lelaki. Pelamin kosong. Pengantinnya tak ada. Nak makan pun tak selera dengan keadaan macam tu. Mulut orang, jangan katala, memang semua bertanya la mana pengantinnya. Sebelum balik, kami singgah dulu di homestay, suami nak jenguk Ayen bertanya khabar.

Ayen: Aku sakit pinggang dengan bahu.
Suami: Dah kenapa pulak?
Ayen: Tak tahulah...

Tengah dok bersembang tu, anak buah Ayen umur dalam 3 tahun lalu sambil bawak patung Ultraman. Dia lalu je depan Ayen, berlari dia masuk rumah.

"Ibu, ibu! Ada hantu duduk kat Ayah Su! Ada hantu!"

Suami aku dan Ayen berpandangan.

Suami: Bawak-bawak gi berubat dulu, Ayen. Kuatkan diri dulu apa-apa pun. Ingat Allah selalu, minta perlindungan dari Dia.

Sebulan lepas kejadian, Ayen dan perempuan tu cuba semula nak bernikah. Kali ni hanya betul-betul hanya keluarga terdekat yg ada. Lokasi pun dirahsiakan. Sekali lagi, kejadian yg sama berulang dengan pengantin perempuan. Ayen dah ok, tapi tidak pengantin perempuan. Ayen dapat SMS sekali lagi kata orang tu takkan stop ganggu selagi Ayen berkeras nak kahwin dengan perempuan tu. Pihak keluarga perempuan pulak mulala tuduh Ayen yg sengaja buat macam tu sebab tak nak kahwin. Jadi isu lain la pulak. Konflik tercetus. Sebijik dah macam drama kat TV.

Tahun lepas, alhamdulillah, Ayen dah selamat bernikah. Dengan orang lain. Dengan orang Nogori sana. Sampai ke Nogori la kami pergi makan kenduri. Semuanya berjalan lancar tanpa ada apa-apa halangan. Siap tersenyum lebar lagi Ayen. Alhamdulillah. Kes dengan perempuan tu, aku rasa habis takat tu je la kot.


Tamat.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 12:26 PM | Show all posts
sape la yg busuk hati sgt tu eh....huhu
sian ayen..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 12:34 PM | Show all posts
jijienur replied at 28-1-2015 12:35 AM
last bace cite milo ais. pastu lupa nk bookmark.. jenuh nk menyelak. hiii. now da bookmark

hahahaha! ingatkan saya jer yg bookmark page yg saya baca...awak pon...hehehehe...

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 01:08 PM | Show all posts
kesian ayen & ex bakal wife dia tu. Manusia ni dengki mcm tak mati2, sanggup sihir bagai.

moga aman damai la ayen dgn wife skrg
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
giler la cerita ko...tulis novel la wey...dpt gak pasif income
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 04:31 PM | Show all posts
yeaa! habis gak baca walaupun dlm keadaan mata macam panda...keep it up k. na!! Sila sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 06:12 PM | Show all posts
macam @Jagendas selalu kata.
orang melayu dengan dengki mendengki, berpisah teda.
nk menikah pun orang kalau.
kalau kelapaq sangat dengan marka tu, pi la masuk meminang cepat2. dok kacau orang len buat apanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 08:41 AM | Show all posts
abang_rusdi replied at 25-3-2015 06:12 PM
macam @Jagendas selalu kata.
orang melayu dengan dengki mendengki, berpisah teda.
nk menikah pun o ...

haha itu sarip dol gangster kg dusun tu bang oi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 11:37 AM | Show all posts
yeah.. Cik.Nana dah bawak cerita baru.. keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 03:38 PM | Show all posts
nak lagi dan lagi....ni lagi best dari cik es
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 08:39 AM | Show all posts
Assalammualaikum semua sahabat Forum

Yg selalu dihabaq oleh org2 yang ada ilmu tentang benda2 mistik ni
Kembaq kita(qarin) boleh menyamaq sebiji mcm rupa kita. Sama ada
utk tujuan baik atau sebaliknya wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.231415 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list