|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
cerita ni TT dah letak sebelum ni dah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarah joe. Anggap kuburnya di lautan jelah yg lain tu. Mungkin yg jumpa tu terdampar dengan bot. Lain2 karam tengah laut |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni sedih gila, kesian dorg
|
|
|
|
|
|
|
|
tt...nk request crta 12million robbery 31/8/1994 kt subang....smpai skrg xda jejak... |
|
|
|
|
|
|
|
best tt
tengah tunggu cerita baru |
|
|
|
|
|
|
|
Skerinye cite budak twins tu, ewww
Update cite dan, pls |
|
|
|
|
|
|
|
jiwakacau06 replied at 2-6-2017 12:27 PM
tt...nk request crta 12million robbery 31/8/1994 kt subang....smpai skrg xda jejak...
Geng mamak namanya kan? Yang 3 beradik terlibat as mastermind.
Unsolved crime case dah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 5-6-2017 12:27 AM
Geng mamak namanya kan? Yang 3 beradik terlibat as mastermind.
Unsolved crime case dah tu
ye..tp saksi kes tu hilang tnpa dikesan...3beradik tu dibebaskan...n saki baki emas tu xjumpa smpai skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 14-6-2017 02:22 AM
ADAKAH LIZZIE BORDEN PEMBUNUH SEBENAR IBU BAPANYA?
‘Lizzie Borden took an axe/Gave her mother 40 whacks/When she saw what she had done/She gave her father 41’
Walaupun sedikit menokok tambah pd jumlah tetakan tp lagu itu menjadi dendangan kanak2 lebih 100thn.
Adakah Lizzie Andrew Borden sekadar guru ‘Sunday School’ yg lemah lembut, difitnah menyebabkan kematian ibu bapanya? Atau wanita kejam yg merancang pembunuhan kedua2nya dgn begitu teliti sekali – dan berjaya melepaskan diri drpd hukuman?
Rumah Keluarga Borden, 1890an
Pada pagi 4 Ogos, 1892, seluruh penghuni rumah keluarga Borden bangun awal.
Pembantu rumah, wanita pendatang berbangsa Irish bernama Bridget Sullivan, menyediakan sarapan utk ketua keluarga tersebut, Andrew dan isterinya, Abby, spt biasa. Anak perempuan sulung Borden, Emma, tiada di rumah kerana mengunjungi kawannya.
Bridget Sullivan
Emma Borden
Manakala anak kedua yg juga bongsu, Lizzie Borden, berusia 32thn, masih tidur.
Dia turun ke tingkat bwh setelah bapa saudara, John Morse, yg datang melawat pd hari sebelumnya, pulang. Lizzie memutuskan utk tidak makan sarapan.
Andrew Borden
Abby Borden
Andrew pula bercadang utk pergi ke bandar di Fall River, Massachusetts – kawasan di mana keluarga itu menetap, sekitar pkl 9 pagi. Keluarga Borden merupakan golongan berpengaruh dan kaya raya; Andrew mempunyai perniagaan pembuatan perabot dan keranda, syarikat pemaju serta penyewaan hartanah, memiliki kilang2 tekstil, dan lelaki itu juga adalah sebahagian drpd anggota lembaga pentadbiran beberapa buah bank tempatan.
Semasa ketiadaan suaminya, Abby menuju ke tkt atas utk mengemas katil di mana Morse telah tidur semalam. Tidak lama keluar drpd bilik tersebut, wanita itu kembali semula utk mencari bantal2 bersih.
Sementara itu, Andrew akhirnya tiba di rumah. Pembantu yg menyambutnya di muka pintu, Lizzie pula turun ke tkt bawah, sambil memberitahu ayahnya bahawa ‘Puan Borden’ baru saja keluar selepas menerima nota mesej yg mengatakan salah seorg kawannya sedang sakit. Lizzie dan Emma sentiasa memanggil Abby, ibu tiri yg mereka tidak pernah sukai sbg ‘Puan Borden’.
Ayah Lizzie mempercayai ceritanya itu, terus masuk ke bilik utk beberapa minit, namun kemudian turun ke tkt bawah dan berbaring di atas sebuah sofa di ruang legar.
Sullivan, berasa tidak sihat ketika itu – memberitahu dia telah muntah pd pagi itu, barangkali berpunca drpd flu – masuk dan berehat di biliknya, dan tertidur.
Menurut testimoni Sullivan ketika perbicaraan Lizzie di mahkamah, dia terbangun apabila mendengar jeritan Lizzie, memberitahu ayahnya telah mati.
Lizzie Borden kemudiannya mengatakan dia menemui ayahnya mati dlm keadaan terlentang dan berlumuran darah, wajahnya telah hancur hingga sukar utk dikenali.
Selepas mendengar jeritan itu, Sullivan berlari2 mendapatkan doktor dan seorg kawan Lizzie yg berada di kejiranan tersebut, namun kekecohan itu telah menarik perhatian jiran2, yg seterusnya menghubungi pihak polis.
Pada saat itu, masih tiada siapa yg tahu di mana Abby berada. Lizzie pun menceritakan semula kpd org ramai perkara yg sama spt yg diberitahu pd ayahnya; ibu tirinya keluar setelah menerima mesej mengenai kawannya yg sedang sakit.
Lizzie juga menyebut kejadian ibu bapanya yg jatuh sakit beberapa hari sebelum itu, dia syak bahawa susu di rumah mereka mengandungi racun.
Setelah berjaya mendapatkan doktor bernama Seabury Bowen, Bridget Sullivan memeriksa Abby di tkt atas, wanita itu ditemui sudah kaku dan mayatnya tertiarap dlm takungan darahnya sendiri.
Abby Borden telah ditetak sebanyak 19 kali dgn kapak di bahagian belakang, Andrew pula sebanyak 11 kali dgn senjata yg sama. Salah satu biji mata Andrew terbelah dua dan hidung habis terpotong dr wajahnya. Darah Abby didapati berwarna gelap dan membeku, maka Dr. Bowen percaya wanita malang itu yg dibunuh terlebih dahulu.
Pakar pemeriksa perubatan daerah, Dr. Dolan, menyiasat mayat2 itu setelah diserahkan oleh Bowen. Dolan mengeluarkan organ perut suami isteri Borden dan mengujinya. Tiada sebarang bukti yg menunjukkan pasangan itu telah diracun.
Gambar autopsi Andrew, yg dijalankan di atas meja makan keluarga itu.
Rambut Abby yg ditemui terputus semasa serangan itu
Gambar autopsi kepala Abby (18SG)
Pada mulanya, pihak polis tidak mengesyaki Lizzie Borden. Lagi pun, dia adalah anak dara lewat usia yg datang drpd keluarga berbangsa kulit putih yg baik2 dan terhormat. Mereka tidak dpt membayangkan seorg anak lebih2 lagi wanita, jantina yg dikatakan lemah, mampu melakukan jenayah keji itu. Lizzie dikatakan turut bersumpah kpd pendakwaraya, Hosea Knowlton, bahawa dia sedang berada di bangsal mencari sebatang besi ketika pembunuhan itu berlaku.
Beberapa hari selepas pembunuhan, petunjuk2 kes bukan saja menemui jalan buntu tetapi juga mengelirukan lg para penyiasat – kapak yg berlumuran darah yg ditemui di ladang jiran, rupa2nya digunakan utk membunuh ayam. Seorg lelaki yg dilihat berkeliaran sekitar kawasan rumah Borden mempunyai alibi kuat pd waktu kejadian. Malah Sullivan dianggap sbg suspek, sebelum polis mula melihat Lizzie dr sudut yg lain.
Kapak yg disyaki sbg senjata pembunuhan
Namun tiada bukti fizikal, walau setitik darah pd pakaian, yg dpt mengaitkan Lizzie. Cuma tiada siapa lg yg mempunyai peluang dan kemampuan melainkan guru Sunday School itu.
Garis masa jenayah juga tidak munasabah. Sekiranya Abby dibunuh terlebih dahulu pd pagi itu, si pembunuh –jika bukan Lizzie atau Sullivan—akan bersembunyi di rumah tersebut utk beberapa jam lg, menunggu sekembalinya Andrew dari pekan. Pembunuh itu sudah pasti mengambil risiko akan dijumpai oleh Lizzie atau Sullivan.
Bagaimana pula dgn nota yg dikatakan telah diterima oleh ibu tiri Lizzie? Sudah jelas Abby tidak pernah ke mana2 pagi itu, jadi di manakah nota tersebut? Lizzie memberitahu kawan baik, Alice Russell, ibu tirinya mungkin telah membakar nota itu secara tidak sengaja.
Tidak lama kemudian, para penyiasat mendapati pd hari sebelum kejadian, Lizzie cuba membeli asid ‘prussic’, yg juga dikenali sbg sianida, drpd sebuah kedai ubat, tetapi kerani di situ meminta preskripsi sah sebelum wanita itu dpt membelinya.
Pada petang hari yg sama, Lizzie melawat Alice Russell. Dalam testimoni ketika inkues, Russell menyatakan Lizzie sgt bimbang akan seseorg yg mungkin mengugut ayahnya. Menurutnya, musuh2 ini akan mengancam nyawa keluarga Borden.
Beberapa hari selepas kejadian ngeri itu, Russell melihat Lizzie sedang membakar salah satu pakaiannya di dlm dapur rumah. Apabila Russell bertanyakan tindakan peliknya itu, Lizzie berkata gaun tersebut sgt kotor dan tidak boleh dipakai lg.
Hasil drpd pendedahan Russell itu, maka hakim dlm sidang inkues membenarkan pendakwaan Lizzie Borden ke atas pembunuhan pasangan Andrew dan Abby.
Gambaran perbicaraan
Perbicaraan Lizzie berlangsung selama 14 hari. Ia merupakan berita paling sensasi waktu itu. Tajuk utama akhbar, “PEMBELAAN LIZZIE BORDEN BERMULA”. Wartawan dari Boston dan New York memenuhi ruang dewan mahkamah saban hari. Mereka memanggilnya ‘Perbicaraan Yang Terhebat’.
Walaupun Lizzie tidak pernah tampil memberikan keterangan dlm perbicaraannya, dia masih menjadi tumpuan utama; pernah sekali, sehelai tisu yg digunakan utk menutup tengkorak ayahnya jatuh ke lantai. Lizzie yg ternampak tengkorak retak itu, terus pengsan.
Tengkorak Andrew Borden
Tengkorak Abby Borden
Apapun, menayang tengkorak2 pasangan Borden oleh pihak pendakwaraya hanya membantu pembelaan Lizzie saja.
Peguambela menyatakan, sesiapa yg melakukan jenayah itu sudah pasti juga berlumuran darah, tp pakaian Lizzie ketika kejadian kelihatan bersih. (sesetengah org awam berpendapat wanita itu menetak kedua2 ibu bapanya dlm keadaan bogel)
Selain itu, peguambela berjaya menampilkan beberapa saksi yg melihat Lizzie meninggalkan bangsal semasa pembunuhan itu sedang berlaku, atau ternampak beberapa org yg berkeliaran dan menghendap di kawasan rumah Borden – sekurang2nya cukup utk menimbulkan rasa berbelah bagi pd juri, sama ada Lizzie benar bersalah spt yg didakwa atau tidak. Peguambela juga mampu membangkang testimoni kerani kedai ubat di mana Lizzie cuba membeli racun, dgn alasan ‘tidak relevan dan penuh prejudis’.
Pada 20 Jun 1893, Lizzie didapati tidak bersalah atas pembunuhan Andrew dan Abby Borden. Dia dan kakaknya Emma, membeli rumah baru yg lebih besar di kawasan elit Fall River setelah mewarisi estet ayah mereka yg bernilai $300 ribu (nilai pd 2016; lebih kurang $8 juta). Lizzie juga menukar namanya kpd Lizbeth Borden.
Walaupun bebas drpd tuduhan mahkamah, wanita itu tetap dipulaukan dan dipandang hina oleh masyarakat Fall River. Namanya muncul semula dlm rekod apabila Lizbeth dituduh mencuri di Providence, Rhode Island pd 1897.
Emma dan Lizzie Borden
Dua beradik Borden hidup bersama dgn tenang di Fall River sehingga thn 1904, apabila Lizbeth berkenalan dgn seorg aktres teater bernama Nance O’Neill.
Kedua2nya menjalin hubungan yg sgt rapat – ada yg mengesyaki Lizbeth dan Nance adalah pasangan lesbian – tetapi Emma tidak setuju akan persahabatan mereka itu. Dua thn selepas pertemuan Lizbeth dan Nance, Emma berpindah keluar drpd rumah yg dibeli bersama adiknya itu. Dia dikatakan sudah tidak tahan lg apabila Lizbeth mengadakan parti khas utk rakan rapatnya Nance. Kedua2 beradik tersebut tidak berjumpa dan bertegur sapa lg hingga ke akhir hayat mereka.
Lizbeth Borden meneruskan hidupnya berseorangan dan penuh privasi sebelum meninggal dunia akibat radang paru2 pd thn 1927, di usia 67thn. Dia mewariskan sebahagian besar wang utk badan kebajikan haiwan Fall River, sebahagian lg utk penjagaan kubur ayahnya, seorg rakan rapat dan seorg sepupu. Emma Borden pula menghembuskan nafas terakhir 9 hari selepas kematian adiknya, di rumah org2 tua di New Hampshire. Kedua2nya, tidak pernah berkahwin, dikebumikan saling bersebelahan di plot khas keluarga mereka di Oak Grove Cemetery.
Kubur Lizzie aka Lizbeth Borden, salah sorg pengunjung meletakkan patung utknya.
Walau bagaimanapun, Lizbeth atau Lizzie, apa saja rahsia pembunuhan ibu bapanya yg dia tahu, wanita itu telah membawanya ke kubur, bersemadi bersamanya. Namun itu tidak menghentikan peminat kes ini menghasilkan teori masing2.
Ada yg berpendapat anak luar nikah Andrew bernama William yg sebenarnya melakukan pembunuhan, Lizzie dan Emma bersubahat melindungi perbuatannya. Selain itu, sesetengah yakin kedua beradik itu sama2 merancang, manakala Lizzie yg menghayun kapak. Teori satu lg; pembantu rumah Bridget Sullivan tidak berpuas hati kerana disuruh membersihkan tingkap pd hari kejadian – dikatakan hari itu penduduk Fall River mengalami cuaca yg sgt panas. Ada juga mengesyaki salah seorg musuh perniagaan Andrew yg bertanggungjawab. Dia seorg ahli perniagaan yg berjaya, tidak mustahil sepanjang karier dan urusannya mungkin ada yg marah, cemburu dan berdendam. Paling popular adalah teori Lizzie dan Sullivan mempunyai hubungan lesbian, kemungkinan Abby mendapat tahu atau melihat sendiri kedua2 wanita itu dlm keadaan yg tidak sepatutnya. Bimbang rahsia mereka terbongkar maka Lizzie memutuskan utk membunuh ibu tirinya. Utk menutup perbuatan mereka ke atas Abby, mereka menyasarkan nyawa Andrew pula.
Pada 2012, beberapa jurnal peribadi kepunyaan peguamnya Lizzie, Andrew Jackson Jennings, ditemui oleh keluarganya, diserahkan kpd Persatuan Sejarah Fall River.
Jurnal2 itu mendedahkan pemerhatian Jennings secara langsung mengenai anak guamnya, yg diingati oleh sejarah dan dunia sbg wanita yg kejam dan tidak berhati perut. Namun Jennings melihat sisi lain Lizzie, seorg anak yg bersedih dan terkesan dgn kematian ibu bapanya.
Namun, buku2 nota itu tidak langsung menyentuh sebarang petunjuk yg dpt mendedahkan siapa sebenarnya yg membunuh pasangan Borden.
Bagaimana pula dgn rumah di mana pembunuhan itu berlaku? Ia telah diubah menjadi muzium merangkap Bed & Breakfast sekarang. Beberapa org pengunjung mengakui mereka pernah melihat sendiri hantu Andrew dan Abby Borden, seolah2 selama ini mereka masih tinggal di situ walau 100 thn lebih berlalu.
Rumah Keluarga Borden sekarang.
Bilik di mana mayat Abby ditemui.
Fakta2 Menarik:
Andrew Borden dikatakan semasa hayatnya seorg yg kedekut, dia tidak suka hidup bermewah2. Walaupun mereka dlm golongan kaya raya, keluarga Borden mendiami kejiranan sederhana Fall River yg tidak mempunyai kemudahan bilik air dlm rumah dan ‘ice box’. Dia juga mengawal anak2nya melalui wang belanja.
- Pembantu rumah Bridget Sullivan, diberikan kerja yg ringan2 saja. Berbanding rakan sekerja sezamannya, dia dibenarkan bercuti setiap Ahad dan mempunyai gaji yg agak besar. Pernah sekali Sullivan menyuarakan utk bekerja dgn keluarga lain,tetapi Abby enggan melepaskannya malah menambah lg gaji pembantunya itu. Khabar angin yg mengatakan Sullivan sbg lesbian? Selepas kes pembunuhan, dia bekerja dgn keluarga baru dan mengahwini seorg lelaki.
Bridget Sullivan pd usia tua
Emma dan Lizzie Borden tidak pernah menyukai Abby sejak wanita itu mengahwini ayah mereka, bg dua beradik tersebut Abby hanya ingin membolot harta keluarga Borden. Menurut org yg mengenali Emma dan Lizzie, mereka jarang sekali makan bersama semeja dgn ayah dan ibu tiri mereka. Ketegangan dlm rumah bertambah buruk apb. mereka mendapat tahu Andrew menghadiahkan beberapa buah rumah dan lot tanah utk adik beradik Abby.
Lizzie Borden menyediakan sarang burung dlm bangsal utk merpati. Namun Andrew membunuh kesemua burung merpati di situ dgn kapak, setelah bosan dgn kehadiran budak2 yg memasuki kawasan rumahnya utk menjenguk burung2 tersebut. Sekembalinya dr percutian, Lizzie sgt marah, dan kejadian itu menjadi duri dlm kehidupan keluarga itu – mereka bergaduh besar beberapa minggu sebelum pembunuhan Andrew dan Abby.
Andrew lebih menyayangi Lizzie berbanding Emma. Sejak kematian ibu kandung mereka, si anak sulung terpaksa matang dan ‘dewasa’ lebih awal. Lizzie pula dibiarkan bersikap keanak2kan, dan manja walaupun usianya mencecah 30an. Ketika remaja, Emma diberhentikan sekolah oleh ayahnya (kerana tiada gunanya perempuan bersekolah tinggi2, menurut Andrew), tetapi Lizzie kekal bersekolah, walaupun pencapaian akademiknya sgt lemah. Pada usia 30thn, Lizzie ditaja oleh ayah mereka mengikuti percutian ke seluruh Eropah, manakala Emma hanya mampu berharap. Lizzie diberikan bilik tidur yg besar, Emma pula mendapat sebuah bilik yg sama saiz dgn stor.
Emma Borden dan ibu kandungnya
Lizzie ketika kecil
Apapun, dinamik adik beradik Borden ini aneh. Walaupun mendapat layanan dan kasih sayang yg berbeza2, si kakak akan mempertahankan adiknya apb. rakan sekolah mereka menghina Lizzie. Selain itu,Emma juga membantu melindungi perbuatan adiknya yg dikhabarkan suka mencuri itu– bukan saja dr kedai, tetapi juga dr keluarga mereka.
Setelah perbicaraan dan mereka berpindah ke rumah baru, menurut buah mulut penduduk Fall River, Lizzie suka mengadakan parti2 liar. Dia juga pernah berbelanja besar utk mengimport pokok kelapa utk ditanam di halaman rumah – bg memeriahkan lg salah satu partinya yg bertemakan pulau. Ini antara faktor Emma memilih utk keluar pindah, dia benci dgn keborosan adiknya itu. Tambahan pula, walaupun mereka mendiami rumah baru, Lizzie masih ‘berebutkan’ bilik2 tidur yg lebih besar.
Moyang 5 generasi sebelah ayah Lizzie Borden, 219 thn sebelum kes pembunuhan ibu bapanya yg menggemparkan, bernama Thomas Cornell – juga didakwa atas pembunuhan ibunya sendiri. Namun Thomas dijatuhkan hukuman mati atas perbuatannya itu pd 1673. Sepupu jauh Lizzie, Sarah Marie Cornell pula ditemui mati tergantung di Rhode Island pd 1832. Pembunuhannya juga masih kekal misteri sehingga kini.
Wikipedia
Sumber 1/2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good info..dari dulu dah baca, memang belum ada sapa boleh solve the mistery..dari moyang?memang ada killer gene la gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
da dpt semua lebih pn bunuh lg bapaknya?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak mustahil lizzie adalah pembunuh kan...heheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
Nice one. Tq TT for update. Terfikir2 apa sebenarnye yg jadi dgn Family Lizzie ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
tq for the update.. ngeri kan citer lizzie ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-6-2017 09:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
puteribaya replied at 14-6-2017 12:09 PM
good info..dari dulu dah baca, memang belum ada sapa boleh solve the mistery..dari moyang?memang a ...
Apa org kata tuh... memang dasar bad seed. Sama dgn moyang, bunuh parent. Tp ada jugak ahli keluarga Cornell yg cemerlang gemilang terbilang. Kalau tak silap sepupu sepapat Lizzie jugak. Dia org pun kaya raya... universiti Cornell yg femes tu, saudara mara lizzie la yg tubuhkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-6-2017 09:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
aunisofia replied at 14-6-2017 01:16 PM
tak mustahil lizzie adalah pembunuh kan...heheheh
Masa memula kes, ada gak penyokong Lizzie. Makin lama, tambah lg lepas 100 lebih tahun, rata2 penduduk kat situ memang konfiden dia la pembunuh sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
you cakap bad seed..I ingat novel Flower In the attic .virginia Andrew..I baca all the sequel..eii eery..bad seed, hasil dari incest kan
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm kes Lizzie, dia bad seed yg mewarisi naluri pembunuh moyangnya. walau disayangi dan dilayan lebih drpd kakaknya pun, dia sanggup bunuh bapaknya tuh. ha'ah ai pernah tengok telefilem adaptation drpd novel tu 2-3 thn lepas. sambungan siri kedua entah bila dia org nak tayang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|