CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

[Copy link]
Post time 11-2-2020 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 11-2-2020 06:01 PM
Hai org kuala. Hehehehhe

Bahaya jalan tu. Haritu lalu dgn husband masa nak pergi rumah mertua a ...

haloooooooo

jalan lama chemor-kuale tu meke dah buat baru (luaskan sikit) so ok la sikit.. sikit je tapi tetap la banyak yg bulat datang bergolek yg pipih datang melayang saspen gileeeer nak tunggu masuk pekan (chemor & sg siput), atee udoh kluor pekan tu sambung balik saspen sampai la rumah arwah opah... itu pun tak berkurang saspen sbb kat rumah arwah pah pun aku selalu kena sakat oooo ye becareful jalan chemor-kuale tu, banyak lembu & keghebo melintas... raya tahun lepas kami nyaris eksiden langgar lembu, terbabas sikit kereta, syukur both kami & para lembu's tak pape

lagi satu jalan lama sayong pun boleh tahan jugak gangguan, selain daripada keadaan jalannya yg beralun turun naik, memang mabuk laut... dulu2 kereta kami pernah kena kejar dgn sekumpulan anjing liar, ada la dekat 1km (sambil background ada bunyi mengilai sayup2)

so berhati2 la di jalanraya, terutamanya kalau ikut jalan lama... kalau boleh elakkan, elakkan la guna waktu malam.. tak siyor teman haih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2020 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
TERBABAS

Semalam baru je jadi kat area Kg Gajah. Shortcut dari Labu Kubong ikut jalan dalam baru tu. Lalu jalan gelap jumpa simpang, belok kiri lalu SK Dato Sagor dan MRSM Pasir Salak tu. Tu jalan alternatif lain kalau taknak lalu jalan besar depan Litar Dato Sagor tu.

Semalam dari rumah kakak nak balik rumah mak di Bota. Dalam kereta ada aku, abg, kakak ipar dan parents. Kakak ipar ni hijab terbukak. Malam semalam abg aku yang drive.

Masa kat traffic light area balai polis Labu Kubong tu abang berhenti tepi jalan sekejap. Dia nak merokok sebab mengantuk, boleh je tukar driver. Ramai boleh drive dlm kereta semalam, tapi Allah jentik hati dia suruh jangan tukar driver agaknya. Dalam 10minit dia berhenti rehat kat tepi jalan je, tepi rumah orang. Jam dah pukul 11malam.

Aku offer diri nak drive, tapi lupa speck tinggal dalam kereta husband. Mujurlah tak on, kalau tak semalam dah habis dah kitorang. Kakak ipar offer jugak nak drive, tapi abang tak bagi. Dia rela dia jugak yg drive. So sampai kat jalan lurus gelap lepas roundboard area kawasan org asli tu kereta memang takda. Hanya kereta kitorang je sebiji kat jalan tu semalam.

Kakak ipar ni tak habis habis
"eh sayang slow slow.." setiap seminit dia pesan gitu
"Ehhhhhhhh.... Sloooooowwwww... Jgn laju laju..."

Masa tu aku rimas jugak, takut sangat dia ni jalan lengang kot lepastu abang aku ni pulak drive memang tak laju 80km/j gitu je semalam. Tapi kakak ipar ni gelabah teruk. Setiap seminit dia pegang lengan suami dia iaitu abg aku suruh slow. Disebabkan jalan gelap gelita, abang aku pakai lampu tinggi tak turun turun.

Lepastu kitorang selisih dengan sebijik lori trailer kat selekoh, so abang aku turunkan high beam dia sebab taknak lori tu silau. Kitorang dengan lori berselisih betul betul kat selekoh ada jambatan tu. Aku dari awal dah rasa lain, aku ni memangbada sixtg sense tapi jenis malas layan. Sebab malas nak bergantung sangat dengan sense tu. Nanti aku cerita..

So lepas je selisih dengan lori tu abang aku on balik high beam dia, terus dia kilas stereng ke kanan. Kitorang yang dalam kereta semua tercampak ke kanan. Barang barang kat belakang semua bunyi terpelanting. Songkok nikah dia simpan dalam kereta pun sampai patah brooch nya terhimpit dengan badan aku. Aku blur sebab aku tak nampak apa apa kat atas jalan langsung. Aku kan rabun, semua hitam je aku nampak.

Korang tau abang aku elak apa? Ada sekumpulan kerbau sama besar dengan kereta, abang aku tersuluh bila dia pakai high beam betul betul depan kereta masa tu. Nasib baik jalan kosong so dia kilas stereng ke kanan dan kitorang semua terhimpit ke kanan tapi abang aku ni racer. Dia pandai lah kawal kereta dari terbabas teruk. Cuma kereta sampai ke bahu jalan bertentangan je dan masuk balik lorong asal.

Lepas terbabas abang aku tak berhenti pun, dia diam je. Kakak ipar aku yang tenangkan semua orang, tanya tanya ok ke tak apa semua. Dia tenangkan abang aku sekali, sebab abang aku diam tak bercakap cakap lepastu.

Dah sampai area MRSM baru abang aku bercakap, dia kata sebab ada lori dia turunkan lampu kalau lampu tinggi dia nampak lah kot kerbau tu melintang kat lorong kitorang. Kerbau tu tak pandang kitorang so mata dia takda lah bersinar, nampak badan je hitam.  Besar lembu tu, sama besar dengan kereta abang aku.

Dalam 40min macam tu kitorang sampailah ke rumah mak di Bota. Baru lah masing masing bukak mulut. Kakak ipar aku ni sebenarnya dah nampak dah benda benda kat tepi jalan tu. Benda tu macam bagi isyarat ada bahaya di depan. Benda yang abang aku tak bagitahu rupa macam mana, tapi bukan manusia apatah lagi haiwan lah. Dia berdiri kat tepi tepi jalan tu communicate dengan kakak ipar aku, sebab tu kakak ipar aku tak habis habis pesan suruh slow. Dan memang abang aku bawak slow pun, sebab tu kitorang tak sampai terbalik kereta walaupun abang aku drift elak lembu tu dengan kereta standard dia.

Aku pulak, 5minit sebelum jadi tu aku dah nampak bayangan akan ada benda kat depan selepas kitorang selisih dengan lori dan kereta kitorang akan terbabas. Hati aku cakap, pesan kat abang jangan turunkan lampu tinggi. Lori tu tinggi tak silau sangat kalau dekat. Kuat sangat hati aku suruh suarakan tapi aku malas nak cakap. Cuma aku ingat tu overthinking aku je, rupanya aku dapat gambaran dah. Aku memang ada sixth sense tapi aku tak pandai aplikasi kan kelebihan tu dalam hidup aku sebab aku taknak emosi aku terganggu. Apa yang aku nampak gambaran tu sama dengan cara abang aku elak. Tapi aku tak nampak apa yang abang aku cuba elak dalam gambaran tu.

Berbeza dengan kakak ipar aku, benda halus boleh communicate dengan dia. Aku ni cuma gambaran flashback sahaja. Dan kakak ipar juga abang aku bagitahu diorang nampak kerbau banyak, ada dalam 4-5 ekor semua besar besar. Paling besar yang depan kereta tu, sebab tu abang aku mengelak. Kalau langgar habislah kereta dia semalam. Kereta dia tu baru sangat lagi keluar kedai.

Tak hairan pun sebenarnya kalau ada kerbau, cuma takkan lori sebelum tu tak perasan kerbau tu dan tak bagi highbeam. Selalu abang abang lori ni baik hati akan inform bahaya di depan. Samada jalan rosak, roadblock, pokok tumbang, haiwan berkeliaran semua diorang inform kan? Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 11-2-2020 06:40 PM
TERBABAS

Semalam baru je jadi kat area Kg Gajah. Shortcut dari Labu Kubong ikut jalan dalam baru  ...

Berdasarkan pengalaman aku.. Tu bukan kerbau.. Tapi belaan yg tak bertuan dahaga darah.

Aku pernah kena mcm ni kat Langkawi.. Tiba2 muncul kerbau.. Aku tau bukan kerbau
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 11-2-2020 07:59 PM
Berdasarkan pengalaman aku.. Tu bukan kerbau.. Tapi belaan yg tak bertuan dahaga darah.

Aku pe ...

Maknanya,kalo kita langgar jek jelmaan tu x jd apa2 ek...mcm langgar bebayang jek ek...tp biasanya kita nmpak sesuatu mesti otomatik nak elak kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
suatumasa replied at 11-2-2020 10:17 PM
Maknanya,kalo kita langgar jek jelmaan tu x jd apa2 ek...mcm langgar bebayang jek ek...tp biasanya ...

Biasanya kita akan mengelakkan... Sebab ingatkan kerbau.. Tu yg selalu eksiden..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 12:11 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 11-2-2020 06:02 PM
Ex PUO juga ke ni?

Hehehehehhe tau rumah tu. Ada kawan satu course duduk sana. Puas, luas tak i ...

Ohh..bkn puo,ada buat keje kt sana..tp dh duduk situ merayap la sumer kawasan situ.Lepak mamak,kedai nasi student


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2020 12:31 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 11-2-2020 06:40 PM
TERBABAS

Semalam baru je jadi kat area Kg Gajah. Shortcut dari Labu Kubong ikut jalan dalam baru  ...

Huiii boleh tahan creepy jalan tu ye? Maksud tt jln tanjung tualang tu kan? Hakak lalu situ kalau nak pi ipoh dr msrm pasir salak tu. Tapi siang harilah, kena hantar anak sblm pkl 6pm.

Biasanya akak bawak anak outing ke seri iskandar je, lalu la bota sume tu. Btw hakak suka tgk rumah2 tradisional yg cantik2 kat jalan dr kg gajah ke seri iskandar tu. Payah dah nak jumpa rumah2 kg lama2 camtu kat tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 01:29 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 11-2-2020 06:40 PM
TERBABAS

Semalam baru je jadi kat area Kg Gajah. Shortcut dari Labu Kubong ikut jalan dalam baru  ...

Jalan ni memang siang2 pun sunyi kan apatah lagi malam.
Kes abang aku tu tk pastilah bunian ke apa, tapi islam la sebab dia solat maghrib and isyak abg aku kata

ada lagi satu cerita, tapi tkde la seram sgt..

nnt ada masa aku citer ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2020 06:55 PM | Show all posts
yonq replied at 11-2-2020 06:22 PM
haloooooooo

jalan lama chemor-kuale tu meke dah buat baru (luaskan sikit) so ok la sikit. ...

fuhhh.. seb baik skrg dah x lalu belah2 situ.. kalau x, sian org kat sana ai x g melawat sbb ketakutang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 11-2-2020 06:40 PM
TERBABAS

Semalam baru je jadi kat area Kg Gajah. Shortcut dari Labu Kubong ikut jalan dalam baru  ...

Area situ memang byk jadi kes accident langgar kerbau. Meols ni boleh kata selalu lalu situ sebab laluan nak pegi ipoh ikut sg galah lalu batu gajah.. nasib tak jadi apa2.. Meols duduk dgn kerja area Chend.Balai.. Dekat sangat la dengan jalan shortcut air kuning tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
halimi78 replied at 12-2-2020 06:55 PM
fuhhh.. seb baik skrg dah x lalu belah2 situ.. kalau x, sian org kat sana ai x g melawat sb ...

uit jangan camtu yeop! pegi la ziarah menziarahi dihari raya nanti... jalan siang2 tghari buta takde pape kot.. KOOOOT
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 09:50 AM | Show all posts
yonq replied at 12-2-2020 10:19 PM
uit jangan camtu yeop! pegi la ziarah menziarahi dihari raya nanti... jalan siang2 tghari buta tak ...

ahahaha.. org tua d sana dah arwah dah, n keluarga yg lainnya da pindah ke belah slim river tg malim dah..
tu pasal dah xde ke sana dah..

lps arwah meninggal bawak family dr kg ziarah, tp dtg berasingan.. kami sampai da lewat..
da mlm msk area situ.. tp hampeh ah, gps bawak masuk kawasan takdop worang..
last pakai je navigation manual, sniri tgk sniri agak.. dan2 jumpa.. pdhal ke depan sikit je homestay tu..


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 05:29 PM | Show all posts
rindunya nak jelajah kampung2 kat perak. sempat pergi ronda2 ipoh je. ada sesape sudi jadi guide?

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 03:37 PM | Show all posts
Husna replied at 12-2-2020 07:08 PM
Area situ memang byk jadi kes accident langgar kerbau. Meols ni boleh kata selalu lalu situ sebab  ...

kat area Tronoh kg Bali banyak org bela kerbau kat lombong2 tinggal tu..dorang punya kerbau dah ratus2,membiak sendiri je..kalau ada yg nak beli..dorang akan datang bawak lori, tembak pakai ubat pelali, kena yg pakar sebab kerbau2 ni walau bertuan, tapi sebab dibiar..dia jadi liar..ada sekali tu dia masuk pagar rumah mak iols kat kampung..payah nak halau keluar..dia jarang tenguk manusia..so jadi takut semacam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 03:57 PM | Show all posts
tomiko_haza replied at 11-2-2020 02:17 PM
Citer la pasai pa smpai menangis tu..mesti teruk gile gangguan an..

TT, saya suka bace cerita2  ...

masa kecik2 dulu pun penah ada anak jiran sebelah umah hilang..dari senja..dah malam baru jumpa berpeluk dahan atas pokok, padahal dah banyak kali lalu lalang kat situ tapi sapa pun x nampak.Dia kata ada satu nenek  ajak dia pegi kedai, kat kedai tu macam2 ada, pas tu nenek tu belikan dia makanan, suruh dia makan, tapi dia tak mau, nangis nak balik.lastnya nenek tu marah2 dan tinggalkan dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 04:05 PM | Show all posts
mandear11 replied at 6-2-2019 07:47 PM
saya lahir kat perak..kg changkat tin. tg tualang...membesar kat sana...tak plak dengar citer2 hantu ...

pak Tua saya duduk cangkat tin..tapi dia dah x de..anak2 dia je kat sana..iols x kenal sgt sepupu2 belah situ sbb mak dorang cenge..kata org Perak..maknanya garang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2020 04:21 PM | Show all posts
mandear11 replied at 14-3-2019 08:45 PM
dulu lepak sana free je...petang2 lepak2 sana best... dulu la...now semua berbayar...tak penah pun ...

budak2 nakal macam kakak dan sepupu saya memang tak penah jumpa hantu kat Kelly castle ni..nenek iols duduk kg Batu satu sebelah kg ayer mati batu gajah..asal cuti je g naik beskal ke situ..masa tu belum dibersihkan mcm sekarang..ada sungai raya kat situ,,eluk je,,kazen2 iols mancing dapat udang galah..makan2 berkelah..lepak kat kuil hindu sebelah tu yg ada terselit gamba patung mat saleh tuan Smith antara patung2 dewa2 hindu tu..x de hantu kacau pun sbb dorang dah memang hantu..khabarnya masa Tuan Smith (panggilan org2 batu gajah pada owner istana kelly ni nak buat rumah, dia selalu kena kacau macam2 makhluk..hutan besar atas bukit tepi sungai ler katakan, mmg tempat mahkluk tu....jadi dia jumpa satu sami hindu kat kg berdekatan, so sami tu nasihat kan bina sebuah kuil..jadi tuan smith ni bagi duit,,dan sami ni buatkan satu kuil;..utk kenang jasa tuan tu,,salah satu patung diukir gamba beliau siap berbaju mcm kat safari..dan bertopi bulat..g la tenguk, nampak dari jalanraya patung tu ..masih utuh@Ferr_Remy


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 04:28 PM | Show all posts
teacher replied at 9-12-2018 07:14 AM
Cik sophea..saya baru je jumpa thread ni.. baru setel katam 2 hari 2 malam.. sy bukan org perak.. ta ...

situ memang banyak eksiden,,ada budak kg iols naik moto dua beradik..ternampak kerbau, nak elak..terjatuh dari moto, abangnya tercampak ketengah jalan raya..yg siadik kaki dah patah..merangkak2 nak tarik abg ketepi sekali kereta laju x perasan budak ni..dua2 mati kat situ,,yg sedihnya budak yg langgar tu budak UTP..siap dia cerita,,dia nampak budak pompuan tu tangan dia melambai2 nak minta tolong, tapi dia laju sangat x smpat brek..lama sangat mak budak 2 org ni macam org x siuman..malam2 dengar dia meraung sambil jerit nama anak2 dia...kesian..kehilangan dua anak sekali gus.kalu pergi ke tanah perkuburan kat kg tu..nampak nisan dua beradik ni dikebumi sebelah menyebelah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 10:28 PM | Show all posts
puteribaya replied at 11-3-2020 04:05 PM
pak Tua saya duduk cangkat tin..tapi dia dah x de..anak2 dia je kat sana..iols x kenal sgt sepupu2 ...

owh..mesti kenal2 nie sepupu2 u...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 09:03 AM | Show all posts
mandear11 replied at 12-3-2020 10:28 PM
owh..mesti kenal2 nie sepupu2 u...

haaa..haruss, but nama dorg pun i x tau..sbb i panggil..Along, angah..so on..kalau ada pun nama panggilan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.104712 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list