|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 21 ~ Berguru dengan syaitan Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:16 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 21 ~ Berguru dengan syaitan
Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang samar- samar itu, saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering. Tengkorak itu masih juga mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan-akan asap. Menurut datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang mati dibunuh, ketika hujan panas. Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena tikam. Tidak kira, sama ada orang yang mati itu orang Islam atau tidak. Mengambil tengkorak orang yang mati dibunuh itu , harus melalui beberapa ujian yang tertentu.
Bila tengkorak itu diambil dari tanah perkuburan, harus dipisahkan dengan badannya, tengkorak yang sudah di pisahkan dengan badan itu tidak boleh menyentuh tanah atau dipegang. Mesti dibawa pulang dengan mengandarnya. Orang yang mengandarnya mesti ditutup kedua matanya dengan kain. Mesti sampai ke rumah sebelum subuh. Tengkorak itu akan disalai sampai kecut, kemudian dipuja oleh orang-orang yang tahu dengan kerja-kerja syaitan itu. Lepas itu baru diserahkan pada orang yang memerlukannya dengan syarat, bila memasuki rumah orang, tuan rumah jangan dianayai, kecuali tuan rumah itu bercakap besar atau takbur dan mahu menguji kebolehan orang yang menyimpan tengkorak tersebut.
"Sebenamya, ilmu pukau ini ada bermacam-macam cara, tetapi memukau dengan tengkorak cukup berkesan. Kekuatan ghaibnya mengatasi ilmu-ilmu pukau yang lain", begitulah yang dinyatakan oleh datuk pada saya secara ringkas.
"Lihat mereka sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah," kata datuk dengan nada suara yang cukup perlahan.
Memang benar cakap datuk itu, saya lihat ketua pukau dua tiga kali berjalan di hadapan anak tangga. Dia memerintah anak buahnya memijak anak tangga pertama dengan hati- hati. Saya terdengar selak pintu jatuh. Serentak dengan itu daun pintu terbuka. Tuan rumah tercegat dan mempersilakan kaki-kaki pukau memijak lantai rumahnya .
"Kau tidurlah, kami tak ganggu kau", cukup lantang suara ketua pukau.
Tuan rumah angguk kepala lalu merebahkan diri di muka pintu.
"Bukan di situ, tempat kau di bilik", mendengar suara ketua pukau, tuan rumah segera bangun dan menuju ke bilik tidur.
Ketua pukau mengambil tengkorak lalu melekapkan pada hujung gelegar rumah dekat tiang seri.
Dia bagaikan bercakap sesuatu dengan tengkorak tersebut.
Ketua pukau ketuk dinding rumah tiga kali berturut sambil berkata: "Mulakan. Ingat niat kita hanya mengambil barang, jangan ganggu anak isteri tuan rumah."
Habis saja ketua pukau berkata-kata, seluruh perut rumah terang benderang. Anak buah ketua pukau pun masuk ke rumah. Mereka mencari barang-barang berharga. Lebih dari setengah jam mereka menjalankan kerja tersebut. Anak buah ketua pukau menurunkan barang yang dicuri. Semua barang-barang itu diserahkan pada ketuanya. Saya lihat ketua pukau memasukkan barang-barang kemas dalam beg kulit hitam, kemudian menghitung wang yang dicuri.
"Dah selesai?" tanyanya pada anak buah.
"Ambil daun tujuh helai dan ranting berkapit dua", ketua pukau memberitahu anak buahnya.
Perintah itu segera dipatuhi oleh anak buahnya. Daun dan ranting berkepit dua lalu diletakkan di bawah rumah. Ketua pukau lagi sekali berhadapan dengan tengkorak kecut. Dia bercakap sesuatu di situ.
"Apakah yang mesti kita buat sekarang tok", saya menyoal datuk bila melihat ketua pukau dan anak buahnya meninggalkan kawasan rumah yang di curi.
"Biarlah mereka pergi", pendek saja datuk memberikan jawapan.
Bila kumpulan itu sudah pergi jauh dan datuk yakin jentera kereta kumpulan pukau sudah dihidupkan dan kereta mereka sudah bergerak, datuk pun mengambil ranting berkepit dua dan sehelai daun di bawah rumah. Semua benda-benda itu datuk bawa pulang ke pondoknya. Sebaik sahaja datuk sampai ke pondok, dia segera menyalakan pelita dan menghidupkan bara api di tempatnya. Daun yang sehelai itu dilayarkan ke api pelita, manakala ranting berkapit dua dipatah-patahkan lalu ditaruh kedalam tempat bara api. Saya tidak bertanya kenapa datuk melakukan semua kerja itu. Saya lihat datuk terus termenung didepan bekas bara api sambil menaburkan kemenyan ke dalamnya.
"Aku harap orang-orang yang mencuri itu akan datang menemui aku siang esok," kata datuk dengan nada suara yang tenang.
Saya terus diam dan merebahkan badan di hujung lutut datuk . Lepas itu saya tidak tahu apa yang Datuk buat tetapi saya di kejutkan oleh datuk ketika azan subuh menguasai kampung. Pagi itu Din Kerani menemui Datuk dan mencarikan pada datuk apa yang berlaku di rumah ketua kampung. Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 21 ~ Berguru dengan syaitan
Datuk juga diberitahu, barang- barang yang hilang dinilaikan lebih dari enam ribu ringgit, termasuk wang tunai yang berjumlah dua ribu ringgit, hasil dari penjualan tanah isteri ketua kampung di Rendang Sawa, dekat Batu Gajah. Secara terang-terangan Din Kerani melahirkan rasa kesal kerana datuk tidak berjaya menahan kejadian pukau itu itu dari berlaku. Malah Din Kerani meminta kata putus dari datuk sama ada dia sanggup menjalankan kerjanya atau tidak. Kalau tidak sanggup Din Kerani mahu mencari orang lain.
"Apa kau fikir menangkap orang berilmu sama macam menangkap anak ayam?", tanya datuk pada Din Kerani sambil membeliakkan biji mata.
"Saya dah tak boleh sabar, semua orang kampung dah tahu, saya yang bawa awak ke sini untuk mengatasi masalah ini, kalau tak berjaya tentulah saya malu."
"Kenapa kau begitu bodoh, beritahu orang kampung? Apa kau tak boleh sabar sikit?" Nada suara datuk yang meninggi itu membuat Din Kerani termenung panjang.
Dia bimbang benar kalau rumahnya akan menjadi mangsa ketua pukau. Datuk minta Din Kerani menunggu di pondok hingga pukul empat petang.
"Buat apa?"
"Untuk melihat ketua pukau"
Mendengar cakap datuk itu, air muka Din Kerani segera berubah. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dicakapkan oleh Datuk. Mana mungkin pencuri mahu menyerah diri, kalau tidak ditangkap. Fikir Din Kerani.
"Benar atau berjenaka?", Din Kerani meminta kepastian.
"Benar", jawab datuk dengan tegas.
Entah apa malangnya, ramalan datuk tidak menjadi kenyataan. Hingga jam lima petang ketua pukau yang diharapkan itu tidak datang. Satu tamparan yang cukup hebat dalam tugas datuk. Belum pemah dia mengalami perkara seperti itu sebelumnya. Mukanya merah padam. Din Kerani tidak mahu bercakap walau sepatahpun dengan Datuk. Dia meninggalkan pondok dengan seribu pertanyaan.
"Orang ini benar-benar handal dan dia tidak akan tunduk pada sesiapa," keluh datuk sambil merenung kemuka saya.
Dia terus ambil air sembahyang lalu menunaikan fardu asar. Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh datuk selepas sembahyang. Saya lihat dia tertungguk depan tikar sembahyang sambil membuka beberapa buah kitab. Habis membaca kitab, Datuk membaca surah Yassin. Datuk berhenti melakukan semua itu, setelah masuk waktu Maghrib.
Saya dan datuk sembahyang di pondok. Bila masuk Isyak saya dan Datuk berjemaah bersama-sama orang kampung di surau. Di surau orang-orang kampung membentuk satu jawatankuasa bertindak mengawal kampung. Mulai malam itu, lima orang lelaki dikehendaki mengawal kampung mulai jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi. Dari pukul 2.00 hingga 6.00, orang yang lain pula datang mengambil tugas itu yang berjumlah lima orang juga. Din Kerani dipilih sebagai ketua gerakan tersebut. Dia diwajibkan berada di surau setiap kali lepas waktu sembahyang Isyak. Saya merasa kurang senang hati terhadap sikap orang- orang kampung pada datuk. Mereka buat tidak kisah dengan datuk, tidak seperti mula-mula Datuk datang dulu. Barangkali mereka mula sedar, bahawa datuk tidak mampu bertindak lebih jauh lagi untuk mencegah kejadian pukau.
Meskipun begitu datuk tidak merasa kecil hati. Dia tetap melayan orang-orang kampung dengan baik dan peramah. Dia bercakap dengan tok siak, dia menyapa tok imam dan ketua kampung. Sebelum pulang datuk bercakap dengan Din Kerani dan datuk minta Din Kerani datang ke pondoknya kira- kira pukul satu malam.
Malam itu datuk tetap berusaha untuk memberkas ketua pukau. Dia berazam untuk menangkap ketua pukau itu dan mahu menasihatinya supaya jangan meneruskan kerja yang boleh menyusahkan orang ramai. Datuk mahu menasihatkan ketua pukau itu supaya mencari rezeki yang halal. Datuk membentangkan kain hitam di tengah ruang pondok. Dia meletakkan keris panjang di tengah kain. Mangkuk putih yang berisi air ditempatkan dibucu kain hitam sebelah kanan. Bucu sebelah kiri diletakkan tempurung serta sabut. Datuk berdiri tegak menghadapi benda-benda itu semua. Datuk memakai seluar hitam serta baju hitam dan pinggangnya diikat dengan kain merah. Kepala dililit dengan kain kuning. Datuk berdiri sambil memeluk tubuh. Datuk terus membaca ayat Al-Iqra' hingga tamat. Lepas itu dia membaca Al- Fatihah. Sebaik saja datuk selesai membaca dengan tiba- tiba mangkuk putih yang berisi air bagaikan meletup, air melempah atas kain putih. Datuk terus duduk. Keris panjang saya lihat bergerak sendiri menuju ke bucu kain hitam sebelah kanan. Wajah datuk cukup cemas. Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 21 ~ Berguru dengan syaitan
Peluh halus muncul dengan tiba-tiba di dahi luasnya.
"Orang ini mencabar aku", kata datuk pada saya.
Cepat-cepat datuk membuka bungkusan kain kuning yang disimpannya dalam beg rotan. Dia mengeluarkan sebilah keris pendek berulu gading. Mata keris itu kelihatan berkarat. Datuk pernah menceritakan pada saya, bahawa keris itu memang di bawanya dari Jambi, Indonesia. ltulah satu-satunya peninggalan orang tuanya yang dapat diwarisinya. Keris itu pernah digunakan, ketika menentang Belanda di Acheh.
"Besinya dikutip dari besi-besi sekitar Acheh dan Jambi, dibuat dengan tangan. Mata keris itu sudah di taruh racun getah ipoh", kata datuk pada saya satu masa dahulu.
Datuk juga memberitahu keris tersebut pernah membunuh beratus-ratus tentera Belanda. Keris itu disimpan dalam busut di bawah rumah. Bila orang tuanya mahu meninggal dunia, keris itu diserahkan padanya dengan syarat dia tidak boleh memijak bumi Jambi sampai akhir hayat, kalau mahu keris itu menyimpan bisa dan kuasanya. Hanya itu saja yang saya tahu tentang keris tersebut. Datuk terlalu merahsiakan tentang keris itu dari anak cucunya, kecuali saya. Datuk melayarkan mata keris ke atas bara. Saya lihat keris itu bertukar kemerah-merahan. Di mata keris tersebut timbul huruf-huruf jawi iaitu dua kalimah syahadah. Datuk menyimpan keris kembali. Dia merenung tembikar mangkuk putih yang berserak.
"Kau memang mahu menghancurkan aku", tiba- tiba saya terdengar satu suara dari arah kanan.
Saya segera menoleh. Seorang lelaki tua berdiri di situ. Dari mana datangnya saya sendiri tidak tahu. Datuk merenung lelaki itu dengan pandangan yang tajam.
"Aku sebenarnya tidak pernah tenang dan aku harap kau akan memberikan ketenangan itu pada aku", lelaki itu bersuara lemah.
Datuk terdiam. Saya lihat datuk seperti berada dalam keadaan yang tidak tentu arah. Datuk menarik tangan saya. Dan saya pun segera mendekatinya. Dalam keadaan yang agak tenang itu, datuk sempat memberitahu saya, bahawa lelaki tua yang kelihatan itu adalah kenalannya yang sama-sama datang dari Jambi. Bila sampai ke semenanjung, kenalannya itu sudah mati lemas di sungai, dekat pengkalan di Hutan Melintang. Perahu yang dinaiki kawannya itu karam akibat berlanggar dengan batang kayu di musim tengkujuh.
Datuk menyuruh saya duduk di muka pintu pondok. Arahan Datuk itu saya patuhi.
"Kenapa kau yang datang Tandang Ali. Aku bukan mencari kau", kata datuk sambil membaca sesuatu.
Ibu jari tangan datuk menekan pangkal belikat. Wajah datuk agak pucat sedikit.
"Aku tahu apa yang kau cari Ucang Diah", beritahu lelaki itu.
Saya terkejut, kerana lelaki itu dapat menyebut nama datuk dengan tepat. Sebenarnya tidak ramai orang yang tahu nama sebenar datuk. Dalam kad pengenalan datuk namanya tercatat sebagai - Kulub Mohd Diah. Dan orang-orang kampung, anak cucunya juga tahu itulah nama datuk yang sebenar. Tetapi pada saya, datuk memberitahu secara rahsia nama sebenarnya yang diberitahu oleh orang tuanya ialah Ucang Diah. Ucang itu adalah nama keturunan atau suku yang dibawanya dari Jambi.
"Engkau boleh memberi ketenangan pada roh aku"
"Maksud kau?" "Akulah yang memberikan tengkorak pada ketua pukau. Aku mengambilnya dari kubur dan aku memujanya. Selagi tengkorak itu tidak hilang darinya, roh aku tidak aman."
"Kenapa kau memanjangkan ajaran syaitan?"
"Itulah silapnya aku."
"Kau tahu hukumnya menyiksa mayat? Berdosa besar."
"Masa itu aku tidak terfikir. Yang aku fikirkan masa itu ialah menyuruh mereka memukau rumah-rumah orang putih yang menjajah negara kita, tetapi mereka melakukan sebaliknya."
"Apapun niat kau tetap berdosa. Islam tidak mengajar pengikutnya membuat jahat. Islam menyuruh umatnya berunding dan menggunakan akal fikiran. Kenapa kau menyempitkan ajaran Islam?"
"Aku tahu..", belum pun sempat orang itu mengakhiri cakapnya, datuk terus membelakanginya.
Dengan sekelip mata saja, lelaki itu hilang dari pandangan saya. Datuk terus menuju ke muka pintu. Dengan tenang memijak anak tangga pondok. Saya mengekornya dari belakang.
"Ke mana tok?"
"Ke surau."
Sebaik saja saya dan Datuk melangkah lima langkah ke depan, tiga orang lelaki menghalang. Saya kenal lelaki yang berbaju putih dengan badek di tangan itu ialah ketua pukau. "Hei kalau kau benar-benar handal tunjukkan, apa hak kau menghalang kerja kami?", cukup keras suara ketua pukau. Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 21~ Berguru dengan syaitan
Salah seorang dari rakannya memberikan golok perak kepadanya. Datuk menyuruh saya undur. Muka ketua pukau saya lihat merah padam dalam samar- samar cahaya bulan malam itu.
"Aku guni kan awak dengan anak awak, kami nak campak kedalam Sungai Kinta," ketua pukau terus mengugut.
Datuk berdiri tegak dihadapan ketiga-tiga lelaki itu. Kaki kanan datuk saya lihat bergerak-gerak. Mata datuk tidak berubah merenung muka ketua pukau. Datuk menikam tumit kaki kanan ke dalam bumi. Separuh dari tumit itu saya lihat tenggelam.
"Kenapa bersekutu dengan syaitan untuk mencari kemewahan?", datuk terus menyergah ketua pukau.
Dan ketua pukau sudah tidak sanggup menerima peng¬ hinaan itu. Dia lalu mengangkat golok perak untuk menetak batang leher datuk. Datuk kerutkan muka. Tumitnya kian kejap ditekan kebumi. Saya lihat seakan- akan ada kepulan asap mengelilingi buku lali kaki datuk. Ketua pukau angkat senjata, tiba-tiba tangan dan kakinya tidak boleh bergerak bagaikan terkunci. Dia berusaha mahu bergerak. Usahanya gagal. Mulutnya separuh terbuka. Datuk melangkah ke depan. Dengan cepat datuk menyentuh mata golok perak. Dengan tiba-tiba golok perak itu patah dua. Bahagian atas yang patah jatuh betul-betul di hujung sepatu ketua pukau. Datuk menghentakkan kakinya keatas tanah sekuat hati. Golok perak yang tinggal separuh di tangan ketua pukau terlepas.
"Kuncinya sudah aku buka. Apa yang aku mahu sekarang, ingat bersekutu dengan syaitan tidak akan boleh ke mana-mana. Belajarlah hidup dengan berusaha mencari rezeki yang halal", datuk memberitahu ketua pukau.
Dengan mendadak saja ketiga- tiga ahli kumpulan pukau itu sujud di kaki datuk. Cepat cepat datuk menolak ketiga- tiga badan anggota pukau itu. Datuk berubah tempat berdiri.
"Jangan sujud di kaki aku. Aku adalah manusia seperti kau juga, berasal dari tanah. Dalam Islam tidak ada manusia yang tinggi dan rendah, semuanya sama saja. Kamu semua harus sujud pada Allah yang Maha Besar meminta ampun dan bertaubat", kata datuk.
"Tapi kami mahu minta maaflah pada orang yang kami curi harta-bendanya. Jangan hukum kami." "Aku tidak boleh menghukum kamu. Allah yang Maha Besar berhak atas dirimu. Pada Allah terletak hukuman yang adil" "Kami bertaubat"
"Bertaubatlah pada Allah dan aku minta kau serahkan tengkorak itu pada aku", datuk mengemukakan permintaan secara jujur.
Belumpun sempat ketua pukau melakukan apa yang di perintahkan datuk, Din Kerani pun datang. Datuk terus memberitahunya, bahawa kaki pukau yang di cari ada di hadapan. Din Kerani mahu bertindak untuk membawa kaki pukau ke balai polis. Permintaan itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk.
"Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari menghukumnya. Dengan kesempatan yang kita berikan, boleh membuat mereka insaf dan kembali ke ajaran Islam yang sebenamya", itulah alasan yang diberikan oleh datuk pada Din Kerani.
Datuk membebaskan mereka, dan mereka berjanji akan memberikan pada datuk tengkorak kecut yang digunakan ketika mencuri. Sejak terjadi peristiwa itu, kejadian mencuri dengan memukau tidak lagi berlaku. Saya dan datuk terus duduk di Kampung Tanjung Tualang selama tiga minggu lagi. Dalam rancangan datuk, sesudah dia mendapatkan tengkorak kecut dari ketua pukau, barulah dia pulang ke kampung. Ternyata, ketua pukau tidak menunaikan janjinya. Mereka berpindah tempat melakukan kegiatan memukau di kawasan Kampar pula. Datuk merasa kesal kerana membebaskan mereka tempohari. Sedarlah datuk, sekali syaitan menguasai hati manusia memang sukar untuk membuangnya.
Datuk menjadi manusia yang paling berdukacita dengan kejadian itu. Lebih-lebih lagi berita itu didengarnya pada setiap hari bila dia berjemaah ke surau. Datuk pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan dia akan cuba menghancurkan kumpulan pukau itu dengan caranya yang tersendiri. Dua hari di kampung, datuk terus mengajak saya pergi ke Kampung Bahagia di Teluk Intan. Kami tinggal di rumah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Sultan Abdul Aziz. Dengan secara jujur datuk memberitahu ustaz tersebut yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga yang agak jauh dengan nenek, tujuannya datang untuk ke situ untuk memberkas kumpulan pukau. Ustaz tersebut memperkenalkan datuk dengan seorang mata gelap. Mat Jali namanya, orang Lambor Kanan. Mat Jali memang sudah lama mengikuti kegiatan kumpulan pukau tersebut. Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:20 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 21 ~ Berguru dengan syaitan
Mat Jali memang mengharapkan dengan adanya kerjasama dari datuk, kegiatan kumpulan itu akan segera dapat ditumpaskan. Memang datuk berazam, bila kumpulan itu dapat di berkas, datuk tidak akan memberikan ampun dan maaf pada mereka. Datuk mahu mereka dihukum mengikut undang-undang yang telah di tetapkan. Suatu petang Mat Jali datang menemui datuk. Mereka bercakap panjang di halaman rumah hingga waktu Maghrib. Lepas waktu maghrib, lagi sekali Mat Jali datang menemui datuk. Saya tidak mahu ambil tahu dengan apa yang mereka bicarakan.
Perkara yang nyata ialah, sambil datuk bercakap, Mat Jali mencatatkan sesuatu di kertas kecil.
Sebelum Mat Jali meninggalkan rumah, Datuk terus berpesan padanya: "Saya yakin, mereka akan di situ malam ini. Saya yakin dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, firasat saya ini betul, dan awak akan berjaya"
"Semoga Allah akan memberkati kerja saya ini"
"Sama-samalah kita berdoa", sahut datuk dari muka pintu.
Datuk masuk ke rumah. Dia terus membaca surah Yassin, duduk di ruang tengah bersama saya dan ustaz. Menurut datuk, kumpulan pukau itu akan kecundang. Dua sebab kenapa kumpulan pukau itu kecundang. Pertama, ketuanya mungkir janji dan dan kedua gurunya sendiri tidak merestui kerja tersebut.
"Kerja dia orang licin", kata ustaz.
"Saya tahu. Guru mereka kawan saya dan sudah pun mati, sekarang rohnya tak aman."
"Macam mana Wak tahu hal itu?"
"Kerja jahat, janganlah ditanya. Pada Wak, cuma Wak mahu buat dengan tak mahu buat saja. Setiap kerja yang kita lakukan kita harus memikirkan apakah kerja tu di berkati oleh Allah atau tidak"
"Saya paham"
Cuma setakat itu saya dengar kata-kata datuk dan ustaz. Lepas itu masing-masing masuk bilik. Lebih kurang pukul dua pagi, rumah ustaz di ketuk orang bertalu-talu. Datuk buka pintu. Muka Mat Jali tersembul.
"Apa halnya?", soal datuk.
Semuanya dapat kami tangkap."
''Di mana?''
"Macam awak katakan itu, mereka nak pukau rumah penghulu Tapah yang duduk di Bidor."
"Sekarang dia orang di mana?", tanya datuk lagi. Dia tersenyum puas.
"Di Balai Polis Langkap"
"Kenapa di Langkap, tidak di bawa ke Kampar?", celah ustaz yang berbadan besar, ada janggut sejemput di dagu, memakai kaca mata putih.
"Tak tahu, pegawai suruh bawa ke Langkap, esok baru di bawa ke Kampar"
"Begitu", suara datuk lemah.
Malam itu juga, saya dan datuk naik kereta Moris Minor Mat Jali menuju ke Balai Polis Langkap. Atas daya usaha Mat Jali, datuk dan saya dapat menemui ketua pukau bersama kawannya di dalam lokap.
"Kenapa kamu tak insaf?", soal datuk pada ketua pukau.
Pertanyaan datuk itu tidak mendapat jawapan. Ketiga- tiga kaki pukau itu diam membisu. Dari Mat Jali datuk mendapat tahu nama sebenar ketua pukau itu ialah Kusman tetapi lebih dikenali dengan panggilan Hitam. Sudah ada anak dan isteri. Anaknya yang besar belajar tingkatan dua di Kampar yang pada masa itu dibela oleh abangnya. Datuk terus meminta tengkorak kering dari ketua pukau. Datuk memberitahu tengkorak kering itu harus di pulangkan kepada tuannya secara ghaib, di samping itu datuk juga memberitahu, bawa guru mereka Tandang Ali memintanya mengambil tengkoraknya itu dari mereka.
"Dia sudah mati", meletus jawapan dari ketua pukau.
"Aku tahu, tapi rohnya tidak aman. Bila harta peninggalannya kau pulangkan pada yang berhak, baru dia aman. Aku tahu, dia kawan aku".
Ketua pukau terdiam. Datuk terus memujuknya. Hingga terbit fajar pagi datuk tidak memperolehi apa-apa darinya. Datuk tahu tengkorak itu ada padanya. Siapa pun tidak akan menjumpainya kalau mencari di badannya, kecuali menggunakan beberapa petua yang tertentu. Tengkorak itu boleh di sembunyikan dicelah kulit bahagian paha dimana orang tidak akan nampak. Pada pukul 10 pagi datuk melihat ketua pukau itu dimasukkan ke dalam perut jeep untuk di bawa ke Balai Polis Kampar.
Sebelum bertolak datuk mengingatkan polis yang mengawalnya supaya berhati-hati dengan ketua pukau. Meskipun tangan digari, dia boleh melepaskan diri. Ketua pukau itu juga mempunyai beberapa kebolehan dalam ilmu kebatinan. Bagi menjamin ketua pukau itu tidak boleh melepaskan diri, datuk menawarkan diri untuk mengikuti jeep itu pergi ke Kampar.
Permintaan datuk itu tidak dapat ditunaikan oleh ketua Balai Polis Lengkap. Datuk merasa bertuah kerana Mat Jali bersedia membawa datuk ke Kampar dengan menaiki keretanya kerana Mat Jali mengekor dari belakang. Datuk nampak resah sahaja. Dia menyatakan pada Mat Jali ada sesuatu yang akan berlaku dalam perjalanan. Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:21 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 21 ~ Berguru dengan syaitan
Tetapi Mat Jali meyakinkan datuk, bahawa semuanya berjalan dengan baik, malah dia yakin ketua pukau itu tidak akan berjaya me lepaskan diri. Datuk diam. Dia memejamkan kedua belah matanya. Dahinya berkerut. Mukanya mula didatangi oleh peluh- peluh halus. Saya tahu, bila datuk melakukan hal sebegitu, dia merenung atau menilik sesuatu yang jauh darinya.
"Dia berjaya membuka garinya", tiba-tiba datuk bersuara agak keras.
Ketika itu kereta jeep yang membawa ketua pukau sedang melintas jambatan di Sungai Air Kuning, dekat Kampar (jambatan itu dirobohkan dalam dalam tahun 1976, sebagai gantinya satu jambatan baru telah dibina, seperti yang ada sekarang ini).
"Dia akan terjun ke dalam sungai", kata datuk lagi.
Sebaik saja datuk selesai bercakap, saya dan Mat Jali melihat ketua pukau terjun keatas jalan raya, kemudian terjun ke dalam sungai. Polis yang berada di sisinya terpaku. Mat Jali membunyikan hon menyuruh kereta jeep berhenti. Jeep itu pun berhenti dan Mat Jali menghentikan keretanya ke tepi. Datuk keluar dari perut kereta.
"Dia agak handal orangnya", ujar datuk sambil merenung kedalam sungai yang berbuih.
Polis angkat rifle dan menjunamkan muncung ke arah perut sungai.
"Kita tidak akan dapat menangkapnya. Dia ada ilmu tahanair", kata Datuk.
Cakap datuk itu memang benar. Tiga puluh minit menunggu, ketua pukau tidak juga muncul. Air tempat dia terjun tetap berbuih. Datuk memberitahu Mat Jali dia boleh memberkas ketua pukau itu, tetapi memakan masa sedikit. Datuk meminta Mat Jali menyuruh pemuda jeep membawa kawan ketua pukau ke Kampar. Jeep pun bergerak. Datuk berdiri di tebing sungai. Dia mengambil air sungai dengan daun keladi. Air itu di lambung ke atas. Sebelum air itu jatuh ketanah, datuk menyambutnya dengan mulutnya, kemudian air itu disemburkan ke dalam perut sungai. Saya lihat air sungai bagaikan mengelegak dan berbuih-buih, kemudian tempat ketua pukau terjun itu berpusing-pusing menjadi semacam lubuk. Dengan mendadak sahaja air sungai itu menjulang badan ketua pukau lalu mencampakkannya ke tepi tebing. Ketua pukau tersadai di situ. Dari bawah dagunya keluar satu benda putih. Benda itu berbuih dan akhirnya menjadi satu tengkorak.
Datuk pun mengambil tengkorak terse but. Datuk merawat ketua pukau hingga pulih. Dia berdiri sambil merenung Mat Jali di sisinya, dan bagaikan kilat dia merampas pistol Mat Jali, lalu melepaskan tembakan ke arah datuk. Datuk cepat-cepat menguncikan sendi badannya. Pistol di tangan ketua pukau terjatuh di kaki, dan secara mendadak saja pistol itu meletup dan pelurunya mengenai perut kedua pukau. Sebelum ketua pukau rebah ke bumi, datuk memeluk tubuhnya dan dengan sekilap mata sahaja datuk muntah darah. Seluruh badan datuk menjadi biru. Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:21 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 22 ~ Penunggu rumah Tok Kaya Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:22 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 22 ~ Penunggu rumah Tok Kaya
Datuk rebah ke bumi. Batang tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya. Mat Jali menghampiri ketua pukau yang sudah kaku itu. Dari lubang hidung dan telinga keluar darah yang merah kental. Saya menghampiri datuk. Tubuhnya masih berwarna biru. Muntah darahnya sudah berhenti. Datuk membuka tangannya perlahan-Iahan. Tengkorak yang dipegangnya menjadi hitam, macam arang dan akhimya bertukar menjadi serbuk halus macam amang bijih yang di buang.
"Campakkan ke air", kata Datuk.
Saya mengambil serbuk hitam itu. Bila berada di atas tapak tangan saya, seluruh badan terasa panas. Cepat-cepat saya humbankan ke dalam air sungai. Datuk cuba bangun. Dia tidak berdaya. Setiap kali dia bangun, dia akan rebah. Bagaikan sendi tulang di kepala lurutnya sudah hancur. Saya jadi kelam-kabut. Mat Jali masih lagi memeriksa tubuh badan ketua pukau. Cara kebetulan sebuah jeep tentera lalu di situ. Mat Jali menahan jeep tersebut. Setelah berunding, pemandu jeep itu bersetuju membawa mayat ketua pukau ke Balai Polis Kampar.
"Biar saya uruskan datuk saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba ikhtiarkan sebuah ambulan untuk datuk saya".
"Saya cuba," itu janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya.
Mereka pun berlepas ke Kampar. Saya merawat datuk mengikut arahan-arahan yang dikeluarkannya. Walaupun ada orang yang lalu lalang dijalanraya, mereka tidak menghiraukan kami. Pada sangkaan mereka saya dan datuk pencari rotan yang sedang melepaskan penat di situ.
"Carikan aku daun serunai laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan air sikit. Ramas daun-daun itu hingga hancur dan sapukan pada kepala lutut aku”, perintah datuk yang terpaksa saya lakukan.
Hasilnya amat mengejutkan, bila disapu ke kepala lutut dengan iringan jampi tertentu dari Datuk, saya lihat dia boleh bangun. Walaupun begitu, warna biru di tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah wajah datuk kelihatan lebam macam di pukul sesuatu. Saya bagaikan mahu menangis bila datuk tidak berdaya melangkah. Dia bagaikan terlupa macam mana mahu berjalan. Datuk sandarkan badannya pada sebatang pokok dekat situ.
"Badan aku terasa bisa-bisa, kepala terasa kosong”, datuk mengadu pada saya sambil meraba batang pokok di belakangnya.
"Apa yang mesti saya buat tok?”
"Tak ada satu pun yang dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk menemui Allah”
"Tapi kita harus berikhtiar”
"Aku tahu, tetapi kau bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini”
"Kalau bukan saya, siapakah orangnya tok?" datuk terdiam.
Badannya jatuh perlahan ke atas bumi. Dia jatuhkan kedua belah kakinya. Saya pun urut kaki datuk.
"Dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam apa juga bidang. Kalau dia merasa dirinya handal, itu hanya perasaan. Sedangkan ada orang yang lebih handal darinya dan kehandalan diri orang itu pula tertakluk di bawah kekuasan Allah"
Sesungguh saya tidak tahu, apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh datuk. Saya perhatikan dalam saat- saat begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja. Inilah yang membimbangkan hati dan perasaan saya. Sedang saya diamok keresahan, Mat Jali dan ambulan pun tiba. Datuk diusung ke dalam perut kereta ambulan untuk dibawa ke rumah sakit Kampar. Datuk pun diberi rawatan segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam, datuk terpaksa diberi suntikan ubat. Datuk tidak mahu menerimanya Menurut Datuk suntikan itu akan memberikan kesan yang kurang baik dalam lubuhnya. Mat Jali dan saya terpaksa memujuknya. Datuk tidak berganjak dari keputusannya. Saya memujuknya dengan sedaya upaya yang boleh.
"Tok, suntikan itu untuk memberi kerehatan pada datuk”, kata saya.
"Maksudnya?"
”Bila datuk dicucuk, datuk akan tidur. Tok dapat tenaga”, tambah saya sambil merenung muka Mat Jali supaya dia mengakui kebenaran cakap saya itu.
Setelah termenung lebih dari sepuluh minit, datuk pun setuju untuk melakukan suntikan. Saya terkejut bila seorang juru rawat yang bertugas memberitahu saya, sudah tiga batang jarum patah ketika doktor melakukan suntikan di bahu datuk. Dan doktor tidak mahu meneruskan kerjanya.
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 22 ~ Penunggu rumah Tok Kaya
"Apa yang mesti saya buat?", tanya saya pada juru rawat tersebut, sambil merenung ke muka Mat Jali yang duduk di sebelah saya.
"Bagaimana? Boleh kami masuk ke dalam?", Mat Jali mengajukan pertanyaan.
Jururawat yang berketurunan Pakistan tersenyum.
"Boleh. Tuan doktor memang mencari warisnya"
"Sebab?"
"Doktor nak tanya sikit", beritahu jururawat.
Saya dan Mat Jali masuk kedalam bilik. Doktor Melayu yang berkulit hitam itu mempersilakan saya dan Mat Jali duduk.
"Saya orang Melayu, sudah belajar ke luar negeri, tetapi saya tidak membuang kepercayaan dan keyakinan saya pada ilmu batin", ujar doktor itu sambil menggigit bibir.
Dia lalu memperkenalkan namanya pada kami. Namanya Abdul Mutalib, anak jati Batu Pahat, Johor. Baru sebulan bertugas di Kampar, sebelum itu dia bertugas di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.
"Saya kurang faham dengan cakap tuan" , suara Mat Jali tenang.
"Kalau orang Melayu tidak percaya pada kuasa ghaib dan kebatinan, ertinya dia bukanlah orang Melayu tulin. Kekuasaan ghaib, dukun dan pawang adalah sebahagian dari teras bangsa kita. Kerana itu saya panggil awak”
"Orang tua ini ada memakai ilmu tahan besi. Suruh dia buka", doktor itu merenung muka saya.
Fahamlah saya. Doktor itu memerlukan bantuan dari saya. Saya pun rapat kepada Datuk.
Saya membisikan ke telinganya: "Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk."
"Buka apa?", sergah datuk pada saya.
"Tahan besi."
”Tahan besi?", ulang datuk
. "Ya tok." datuk terdiam.
Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah-olah dari sinar matanya terucap perkataan ini:
"Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja”
Saya resah.
Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat-kumit membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya memotong kuku di ibujari sebelah kiri. Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.
"Sudah", pendek saja dia berkata.
Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah Mohd Zain, di Batu Berangkai, Kampar. Mohd Zain, seorang pemborong kelas F dengan Jabatan Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia mengenali datuk kira-kira dua tahun yang lalu, ketika membawa isterinya yang diserang sakit lumpuh berubat dengan datuk. Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, sakit lumpuh yang dideritai oleh isterinya sejak bertahun- tahun itu di sembuhkan oleh datuk. Sejak itu, dia menjadikan datuk sebagai ayah angkatnya.
Di Batu Berangkai, datuk mengubati sakitnya dengan caranya yang tersendiri. Setiap pagi dia akan mandi air dari gunung, dan memakan beberapa jenis pucuk kayu pada sebelah petangnya. Seminggu kemudian datuk beransur pulih dan sihat. Semasa tinggal di Batu Barangkai, Mohd Zain memperkenalkan datuk dengan jutawan Melayu yang juga menjadi orang yang bergelar yang di lantik oleh Sultan Perak pada masa itu. Jutawan Melayu itu mempunyai beberapa buah lombong di Menglembu, Pusing, Batu Gajah dan Papan. Dia juga mempunyai beberapa buah rumah batu di daerah Kinta dan Batang Padang. Dia lebih suka berhubung dengan Mohd Zain untuk membaiki sebarang kerosakan di rumahnya. Salah sebuah rumah batunya terletak dikawasan Sungai Raya.
Rumah itu diwarisi dari arwah ayahnya. Besar tersergam ia terletak tidak jauh dari jalan besar. Dia tinggal di situ bersama isteri dan dua anak perempuannya, sementara rumahnya yang lain didiami oleh anak buah jutawan itu sendiri. Salah seorang anak perempuannya menuntut di Universiti Malaya, ketika itu bertempat di Singapura, dalam jurusan kedoktoran. Selain daripada mempunyai harta yang banyak, jutawan itu juga mempunyai dua orang isteri.
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:24 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 22 ~ Penunggu rumah Tok Kaya
Isteri mudanya pula ada pertalian keluarga dengan Mohd Zain. Perkenalan yang terjalin di rumah Mohd Zain itu, secara tidak langsung memberikan satu tugas baru pada datuk. Jutawan itu meminta datuk memberikan pendinding di kawasan rumahnya, supaya tidak dimasuki oleh pencuri. Kerana tugas itu tidak berat, datuk bersedia menolongnya.
"Berapa upahnya? Seratus atau tiga ratus", jutawan itu menyoal datuk.
Saya lihat datuk tersenyum dan menyandarkan badan pada dinding rumah Mohd Zain. Muka Mohd Zain saya lihat berubah sedikit.
"Kita bukan hidup dengan kerja ini, harta kita pun ada untuk makan pakai anak cucu. Kalau sekadar untuk menolong ke jalan baik tak jadi hal", jawab datuk pada pertanyaan jutawan itu, yang merupakan satu sindiran yang tajam.
Jutawan itu tunduk.
"Maafkan saya, kalau cakap tadi menyakitkan hati. Saya sekadar mahu bersedekah saja", nada suara jutawan itu mula menurun.
"Sedekah saja wang itu ke rumah anak yatim", tingkah datuk.
Jutawan itu anggukkan kepala.
"Bila bapak mahu menolong Tok Kaya Sendi Raja?", Mohd Zain memotong percakapan.
Datuk urut pangkal dagunya. Dia merenung muka jutawan itu dua tiga kali. Jutawan kelihatan resah.
"Saya terpaksa pergi ke sana setidak-tidaknya tiga senja saya mesti ke sana"
"Kalau begitu duduk saja di rumah saya”
"Begini saja. Minggu depan saya minta anak angkat saya ni hantar saya ke rumah Tok Kaya”
"Terpulang ikut mana yang baik. Baik pada awak, baiklah pada saya”, kata Tok Kaya (jutawan) sambil tersenyum.
Lalu dia minta diri untuk pulang dari datuk. Mohd Zain menghantar jutawan itu hingga ke keretanya di tepi jalan besar. Pagi itu datuk memberitahu Mohd Zain, anak angkatnya, yang dia mahu pergi mendaki gunung yang terletak di bahagian tepi kawasan Pekan Kampar.
"Buat apa ke sana pak?" tanya isteri Mohd Zain sambil menghidangkan kopi dan roti.
"Nak cari buluh tumpat."
"Buat apa?", sahut Mohd Zain.
”Untuk menolong Tok Kaya", jawap datuk.
Itu memuaskan hati Mohd Zain dan isteri, serta saya. Dengan menaiki kereta Moris Minor kepunyaan Mohd Zain, beliau menurunkan saya dan datuk dekat sekolah Inggeris di Kampar. Dari situ saya dan datuk masuk ke dalam hutan. Lebih kurang pukul empat petang, kami kembali ke rumah Mohd Zain di Batu Berangkai. Sebaik saja sampai di rumah, datuk pun memotong buluh tumpat itu sepanjang satu kaki. Buluh yang sudah dipotong itu berjumlah empat semuanya, diletakkan di bawah rumah.
Tidak ada kejadian ganjil yang kami temui semasa di hutan, jadi tidak ada cerita yang menarik untuk diceritakan pada Mohd Zain yang cukup kagum dan hormat dengan datuk. Selepas sembahyang Isyak Mohd Zain masih bercakap dengan datuk di anjung rumah. Mohd Zain meminta ilmu pengasih dari datuk dengan tujuan supaya setiap orang yang ditemuinya akan jadi kasih padanya dan mempelawa dia untuk membuat rumah atau membuat kontrak dengannya. Saya dengar datuk memarahi Mohd Zain kerana permintaannya itu tidak masuk akal. Menurut datuk, kalau kerjanya baik dan ikhlas, tidak menipu sesama manusia, dengan sendirinya dia akan disayangi orang.
"Berusaha dan bekerja keraslah, kau akan mencapai kejayaan. Buat kerja dengan baik”, itulah yang dapat di tangkap oleh telinga saya.
Lepas itu saya lidak dengar apa yang mereka perkatakan. Saya terlena. Saya tahu datuk akan melakukan sembahyang hajat. Ada tanda-tanda yang menunjukkan datuk akan melakukan kerja itu. Supaya tugasnya tidak terganggu, saya lebih suka tidur bersendirian di ruang tengah rumah Mohd Zain. Biarlah datuk tidur sendirian di dalam bilik khas. Dugaan saya itu memang tepat. Apabila subuh, datuk menyatakan sembahyang hajatnya tidak terganggu oleh dengkor saya.
"Kau sudah mula mengenali perangai aku", katanya menyindir ketika saya mengaambil air sembahyang bersamanya.
"Belajar dari pengalaman”, balas saya.
"Petang esok kita pergi ke Sungai Raya”, datuk memberitahu saya lagi.
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:25 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 22 ~ Penunggu rumah Tok Kaya
Saya pun mengangguk tanda setuju. Macam selalu, sebelum matahari bangun di kaki langit datuk akan mengajak saya mandi embun. Saya sudah pun pandai memilih jenis daun yang baik di ambil airnya untuk membasuh muka dan badan. Datuk juga memberitahu saya beberapa potong ayat suci yang harus saya baca ketika menyentuhkan air embun ke tubuh.
Mandi embun menyegarkan badan dan menegangkan kulit. Dengan nya muka kelihatan bersih dan tidak dimamah usia. Menyapu atau menggosokkan air embun ke badan juga harus pandai. Mesti ikut urutan. Dengan itu perjalanan darah akan menjadi lancar, terhindar dari sakit jantung atau darah tinggi. Selepas menunaikan sembahyang asar pada petang selasa, saya dan datuk dihantar oleh Mohd Zain ke kawasan Sungai Raya. Jarak kawasan itu dari bandar Ipoh lebih kurang 10 kilometer ke selatan.
Kami di sambut oleh Pak Ayub Naim penjaga rumah. Tok Kaya telah pergi ke lapangan terbang bersama anak dan isterinya untuk menyambut anaknya yang bercuti. Mohd Zain bercakap sesuatu dengan Pak Ayub Naim.
"Saya balik dulu pak", Mohd Zain memberitahu datuk.
Dia menghidupkan jentera kereta dan keluar dari kawasan rumah Tok Kaya Sendi Raja. Rumah batu besar itu berbentuk lama, berunsur kesenian dari timur tengah dipadukan dengan seni bina tempatan menjadikan rumah batu dua tingkat itu kelihatan cantik dalam bentuk yang tersendiri, bersama cat kuning air yang lembut.
erceritalah Pak Ayub Naim orang Keramat Pulai tentang rumah batu dua tingkat itu pada kami. Menurutnya, rumah batu itu sudah lebih dari seratus tahun usianya. Sudah tujuh keturunan dipusakai turun temurun. Tok Kaya Sendi Diraja ialah pemilik yang tujuh atau keturunan yang ketujuh. Dan selama itu pula, belum pernah terlintas di hati para pewarisnya untuk merubah bentuk dasar rumah tersebut. Mereka hanya menambah beberapa bahagian yang tertentu saja.
Bila bulan penuh muncul di langit dan cahayanya melimpah di atas bumbung rumah, keutuhan dan keunggulannya semakian nampak. Bumbung rumah itu bagaikan memancar cahaya yang boleh menegakkan bulu roma sesiapa saja. Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan enggan lalu di bahagian belakang rumah tersebut meskipun di situ ada jalan dekat menuju ke kawasan rumah mereka. ltulah cerita Pak Ayub Naim yang sudah berusia hampir enam puluh tahun itu. Sama dengan umur Tok Kaya Sendi Raja.
Saya dan datuk di tempatkan di sebuah bilik di bahagian atas ruang tengah. Bahagian atas itu cukup luas dengan empat tiang besar yang bulat, berukir dengan awan larat bunga raya dan pucuk rebung. Bila saya berdiri di situ saya terasa ada sesuatu yang ganjil. Saya terasa diri saya seolah- olah berada jauh dari dunia nyata. Seakan-akan terlambung ke satu alam lain yang sukar saya nyatakan. Saya lapurkan perkara itu pada datuk. Dia hanya tersenyum dan tidak memberikan sebarang pendapat berhubung dengan perkara itu. Ketika bunga senja tiba, saya dan datuk meninggalkan bilik. Kami mengelilingi rumah besar itu tujuh kali. Setiap kali sampai kebahagian bucu rumah, datuk berhenti dan membaca sesuatu.
"Kita pusing lagi sekali untuk jadikan lapan”, beritahu datuk pada saya.
Saya angguk kepala dan ikut perintahnya.
"Berhenti di sini”, mendengar perintah itu langkah saya mati.
Datuk menandakan tempat itu dengan kayu.
"Kau langkah ke timur, kemudian ke barat lima kali ke belakang. Lepas itu ke utara dan ke selatan macam tadi juga”
Arahan yang datang dari datuk saya patuh. Bila semua saya lakukan, datuk pun korek tanah dengan golok lalu menanam buluh tumpat ke dalam tanah.
"Cukuplah tu, agak-agak satu jengkal ke bumi,. Tidak dikorek anjing, ah mana ada anjing, kawasan ni berpagar", datuk bercakap seorang diri.
Saya tersenyum. Bila dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya Sendi Diraja dan dua orang anaknya baru saja keluar dari perut kereta Chevrolet besar.
"Macam mana, sudah selesai?", ltu yang di tanyakan oleh Tok Sendi Diraja pada datuk.
"Belum selesai. Lagi tiga penjuru belum di taruh", balas datuk.
Tok Kaya Sendi Diraja terus memberitahu datuk, makan minum datuk dan saya akan di hantar sendiri oleh tukang masak ke bilik. Satu layanan yang sungguh istimewa dari seorang jutawan pada orang biasa. Kerana waktu maghrib sudah tiba, datuk dan saya terus naik ke tingkat atas sesudah mengambil air sembahyang. Lepas sembahyang datuk meneruskan zikirya.
Saya keluar dari bilik mundar- mandir ruang tengah. Saya terkejut dan hampir menjerit, dari sudut ruang tengah yang agak suram itu keluar seorang gadis dengan pakaian diraja. Di kepalanya terletak mahkota yang memancar, di tangannya terletak sebilah sundang. Kain labuh yang menutup badannya berwama kuning. Saya terus lari masuk bilik.
"Kenapa, macam kena kejar syaitan."
"Ada puteri raja di sini tok”
"Kau gila? Lain kali jangan merayau. Kalau kau bantah cakap aku, cekik kau sampai mampus”, datuk memberi amaran dengan nada suara yang marah.
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:25 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 22 ~ Penunggu rumah Tok Kaya
Saya diam dan terus membaca surah Yassin. Datuk sudah pun selesai berzikir. Saya sudah pun menghabiskan bacaan surah Yassin. Kami baring di atas katil kuno.
Tiba-tiba daun pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan saya berdiri di belakangnya. Seorang lelaki muncul, tinggi dan besar orangnya, dada berbulu memakai tanjak dan ada bintang kebesaran di tengah tanjak, serta padang panjang di pinggang. Lelaki itu hanya muncul beberapa detik saja di hadapan kami. Datuk segera turun ke bilik Pak Ayub Naim di bawah. Barang kali Pak Ayub Naim boleh memberikan keterangan lanjut berhubung dengan perkara aneh yang ditemui. Dia sudah menjadi penjaga rumah semenjak ayah Tok Kaya Sendi Diraja masih hidup.
"Usah takut, anak dara itu memang salah seorang penguni rumah ini, dia hanya mengucapkan selamat datang”, katanya dengan berketawa pada datuk.
"Orang lelaki itu siapa?", soal saya.
"Dia juga macam anak dara tu. Dia memberi salam perkenalan saja pada tuan berdua. Dia tidak akan mengganggu”, jawabnya.
Temyata Datuk tidak puas hati dengan jawapan itu. Tetapi dia tidak mahu mengemukakan sebarang pertanyaan lanjut. Kami naik ke bilik atas. Hidangan sudah tersedia. Lepas makan kami sembahyang Isyak. Lepas itu saya tidur. Empat penjuru rumah Tok Kaya Sendi Diraja sudah di tanam dengan buluh tumpat. Dengan pertolongan Allah, rumah itu tidak akan dimasuki pencuri. Atas permintaan Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan saya dijemput duduk dua malam lagi dirumah itu.
Tok Kaya Sendi Diraja mahu Datuk memulih semangat rumah. Menurut Tok Kaya Sendi Diraja, dia selalu bimbang dan berhadapan dengan perkara- perkara aneh bila dia membuat kira-kira pemiagaan di bilik khasnya. Kadang- kadang dia terasa ada mahkluk lain di rumahnya. Pemah satu ketika dia tertidur dimeja tulis, apabila dia sedar dari tidurnya, dia telah berada di atas katil disampang isterinya. Pakaiannya ditukar dengan baju tidur tanpa di sedarinya.
"Tetapi belum ada keluarga saya yang dicederakan", adu Tok Kaya Sendi Diraja pada datuk di ruang tamu bawah.
"Saya merahsiakan perkara ini dari kaum keluarga", tambahnya sambil menyatakan keyakinan bahawa datuk dapat mengatasi masalah yang dihadapinya itu berdasarkan dari cerita Mohd Zain kepadanya.
"Saya cuma boleh menolong saya”, kata datuk merendah diri.
Tok Kaya Sendi Diraja tersenyum.
Sementara itu di luar, senja kian menjauh. Kedua-dua anak Tok Kaya Sendi Diraja mula meninggalkan halaman rumah. Norbaya yang bongsu pergi ke bahagian dapur, manakala Norlin yang bercuti dari universiti melintas di depan kami. Dia segera menaiki tangga yang menghubungkan antara ruang bawah dengan ruang atas. Tok Kaya Sendi Diraja lalu menceritakan tentang anaknya Norlin, yang akan tamat pengajian doktornya akhir tahun ini. Belum pun cerita itu tamat, kami bertiga terkejut. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja menerpa ke arah kami. Satu jeritan nyaring dan keras menguasai rumah dua tingkat itu yang datang dari bahagian atas.
"Itu jeritan Norlin", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.
Kami pun segera memijak anak tetangga yang berbentuk melingkar itu. Sampai di atas, Tok Kaya Sendi Diraja segera membuka pintu bilik yang selalu Norlin gunakan ketika menghabiskan cuti dari universiti. Norlin terduduk dipinggir tempat tidur dengan nafas yang sesak, mukanya pucat benar.
"Ada apa Norlin?", tanya Tok Kaya Sendi Diraja.
Norlin tidak menjawab. Peluh halus tumbuh di dahi. Di luar hari kian gelap. Terdengar suara gagak sesat menjerit di dahan pokok kekabu.
"Ada apa nak?", soal isterinya pula.
Ketika itu Pak Ayub Naim pun tiba. Angin kian keras masuk kedalam ruang rumah. Langsir bergerak-gerak dengan hebatnya.
"Ada apa Norlin?
Cakaplah”, pujuk Tok Kaya Sendi Diraja.
Norlin bangun dan terus memeluk ibunya. Dia menangis di atas dada ibunya semahu-mahunya. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.
"Kau nampak manusia di sini",
Pak Ayub Naim bertanya dengan nada suara yang cukup lembut pada Norlin yang hanya mengangkat bahu saja. Peristiwa yang terjadi itu memaksa saya duduk sendirian duduk di bilik. Datuk pergi menemui Tok Kaya Sendi Diraja di biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah keturunan Tok Kaya Sendi Diraja dari A hingga Z.
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:26 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 22 ~ Penunggu rumah Tok Kaya
Kira-kira pukul sepuluh malam, datuk masuk ke bilik tidur. Dia termenung panjang di atas katil kuno. Saya tidak berani bertanya apa yang di perkatakannya dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Saya biarkan datuk mengelamun sendirian.
Angin malam berhempas pulas di luar. Dahan-dahan kayu bergoyang keras. Langit hitam, bulan pun tidak timbul di langit. Saya resah tidak menentu, bagaikan ada makhluk asing berdiri di hujung kaki. Datuk masih bertafakur di atas katil kuno.
Tiba-tiba saya terdengar sesuatu yang keras berlaku diluar rumah seperti bunyi dahan kayu dipatah orang. Saya rasa badan saya dilangkah oleh sesuatu. Bulu roma tengok saya tegak berdiri. Angin kian keras bertiup. Jendela rumah terbuka dengan sendiri. Saya lihat ada lembaga samar- samar masuk kedalam ikut jendela yang terdedah.
Angin berhenti bertiup. Di ganti dengan titik hujan. Saya tidak tahu kenapa badan saya berpeluh. Kepala saya bagaikan di jamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati. Saya menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tiba-tiba pintu bilik diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu.
"Anak saya Norlin”, ujar Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas.
"Kenapa?", soal datuk.
"Berjalan dan menari sendirian"
"Allah", keluh datuk.
Kami pun berlari menuju ke bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari macam tarian klasik orang India. Datuk menyuruh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya merebahkan Norlin ke atas katil. Norlin mengikut tanpa sebarang perlawanan. Bila Norlin di baringkan, jam kuno di tengah rumah berbunyi dua belas kali.
Hujan kian menjadi -jadi di luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga terasa ada makhluk asing beratus-ratus orang mengisi dalam ruang bilik. Makhluk itu tidak dapat dilihat tetapi bukti yang menunjukkan makhluk asing berada di situ memang ada. Buku-buku bacaan Norlin ada yang terbuka dan tertutup dengan sendiri. Pensil dan pen yang terbuka juga tertutup dengan sendiri. Hal itu tidak di sedari oleh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. Mereka asyik melihat Norlin. Muka Norlin pucat, keningnya berkerut dan peluh-peluh halus membintit di kening. Seolah-olah Norlin berhadapan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Matanya tegak merenung ke atas. Sesekali dia tersenyum.
"Norlin, Norlin emak ada di sini", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil menggoncang badan Norlin yang matanya terbeliak.
"Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!" jeritnya sekuat hati.
"Siapa dia nak?
Cakap dengan saya", rayu datuk.
Norlin merenung ke pintu, berpaling ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sesiapapun di situ.
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:27 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Ramadhan
Bercakap dengan jin ~ 23 ~ Puaka tiang seri
"Aku dari jin yangpercaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami hidupdi sini, sama-sama menjalankan hukum Allah dan melawan perkara yang buruk" Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 23 ~ Puaka tiang seri
Lebih kurang pukul dua belas malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui datuk. Dia pun menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi memang tidak di duganya. Kalaulah dia tahu kejadian itu akan membuka rahsia dirinya, memang dia tidak akan mengundang datuk kerumahnya. Tetapi, datuk terus menasihati Tok Kaya Sendi Diraja supaya menerima kenyataan ini dengan rela hati.
"lnilah kuasa Allah, dia melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di dunia untuk kita supaya kita sedar. Allah boleh melakukan pembalasan terhadap kerja yang tidak direlakanNya di muka dunia tanpa menunggu kita menemui ajal”
Apa yang di perkatakan oleh datuk itu diakui oleh Tok Kaya Sendi Diraja. Dan malam itu juga, Tok Kaya Sendi Diraja menyatakan hasratnya untuk pergi menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci Mekah. Bila melihat keadaan sudah tenang, datuk pun memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja tentang hasratnya untuk pulang ke kampung. Mendengar kata-kata itu, Tok Kaya Sendi Diraja nampak resah.
"Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi”, tahan Tok Kaya Sendi Diraja.
Datuk tersenyum sambil melihat langit petang yang berwarna kemerah-merahan dari anjung rumah.
”Kita ada anak isteri, ada binatang yang perlu di tengok Tok Kaya”
”Apa yang dirisaukan, ada yang menjaganya”
"Betul. Tapi isteri kita pun dah uzur jadi tak boleh tunggu sehari dua” Tok Kaya Sendi Diraja bangun dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap.
Kedua belah tapak tangannya menekan jenang tingkap.
"Saya masih mengharap pertolongan awak. Barang kali inilah pertolongan akhir saya minta", kata Tok Kaya Sendi Diraja sambil memusingkan badannya memandang wajah datuk.
Tok Kaya Sendi Diraja datang dekat datuk lalu duduk atas kerusi.
"Apa lagi yang mahu saya tolong?”
”Masalah itu dah selesai, tetapi ada masalah lain"
"Maksud Tok Kaya?”
"Orang berbadan besar yang selalu ganggu saya" Datuk terdiam.
Matanya tajam merenung keluar pada pokok- pokok pisang di dada jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur yang tidak putus dengan kenderaan. Ada sesuatu yang datuk fikir. Saya memang mengharapkan supaya datuk menolak permintaan Tok Kaya Sendi Diraja itu. Sudah bosan saya tinggal dirumah itu. Jiwa dan fikiran saya tidak pernah tenang dan aman.
"Baiklah, apa yang Tok Kaya mahu dari saya?"
"Menghalau penunggu rumah ini"
"Satu kerja yang sulit. Kalau dia datang kemudian senanglah kita. Tetapi, kalau sudah jadi penunggu turun temurun memang payah”
"Sebabnya?"
"Ini merupakan satu dari warisan keturunan Tok Kaya" Jawapan dari datuk itu mendatangkan rasa yang amat kecewa pada diri Tok Kaya Sendi Diraja.
Renungan matanya begitu redup tertumpu ke arah muka datuk. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada Tok Kaya Sendi Diraja. Dalam sejarah saya mengikuti kegiatan datuk, belum pernah dia menolak setiap pertolongan yang di minta darinya. Permintaan Tok Kaya Sendi Diraja tidak dapat ditunaikannya, tanya saya dalam hati.
"Kalau Tok Kaya berhajat juga, boleh saya cuba", datuk memberi harapan.
Segaris senyum senang berlari di bibir Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk meminta Tok Kaya Sendi Diraja mencari tempat bara. Datuk juga mahu bara yang diisikan ke tempat itu mestilah bara dari kayu keruing yang melintang uratnya.
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 23 ~ Puaka tiang seri
Dengan susah payah Tok Kaya Sendi Diraja mencari kayu keruing melintang urat. Nasibnya cukup baik, dengan pertolongan Pak Ayub Naim kayu itu diperolehinya. Kayu itu dibakar dan diambil baranya. Semua diserahkan pada datuk. Datuk pun melihat ke langit lagi sekali. Dia melihat awan putih yang bergerak lembut kearah matahari.
Bila sebahagian daripada awan itu menutup bahagian pinggir matahari, datuk pun melompat dan bersuara: "Bawa perasap itu ke tengah ruang”
Saya sambar tempat bara api dan berlari membawanya ke tengah ruang rumah, dan meletakkannya di situ. Saya berpatah balik ketempat datuk. Saya lihat datuk sedang bercakap dengan Tok Kaya Sendi Diraja.
"Di mana kau letakkan benda tu?", tanya datuk.
"Di tengah rumah"
Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh dinding rumah. Mata datuk kelihatan rapat dan tangan kirinya diletakkan atas bahu Tok Kaya Sendi Diraja. Secara mendadak saya lihat Tok Kaya Sendi Diraja jatuh, macam ditendang sesuatu. Datuk buka mata dan memandang tepat ke arah saya.
Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil berkata: "Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya"
Muka Tok Kaya Sendi Diraja kelihatan pucat. Badannya mengeletar. Bibirnya kelihatan kebiru-biruan.
"Datuk nenek Tok Kaya dulu memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah”, jelas datuk.
"Saya tak tahu"
"Sekarang Tok Kaya dah tahu”, ujar datuk dengan ketawa memanjang.
Tok Kaya Sendi Diraja pun tersengih. Datuk pun menyuruh saya meletakkan tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi. Bila saya mahu melangkah menrapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka sudahpun berada dekat saya.
"Duduk”, kata datuk.
Saya pun duduk, begitu juga Tok Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah kanan dan Tok Kaya Sendi Diraja duduk sebelah kiri datuk. Semua menghadap ke arah tempat perasap. Datuk menaburkan kemenyan dalam bara api. Asap kemenyan menguasai ruang rumah. Datuk bertafakur sejenak. Matanya rapat dan kedua lengan terletak di atas kepala lutut.
Suasana dalam rumah itu terasa aneh sekali. Terlalu sepi, saya rasa seolah-olah berada di satu tempat yang cukup tenang dan terdengar bunyi air sungai mengalir. Dari tiang seri rumah terhidu bahu yang cukup harum. Saya mengerling dengan ekor mata ke arah tiang seri itu. Saya lihat tiang seri itu mengeluarkan asap nipis, kemudian terus hilang.
Datuk pun menoleh ke arah Tok Kaya Sendi Diraja dan terus berkata: "Ada tanda kejayaannya”
Tok Kaya Sendi Diraja terus tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya bahawa dia telah dapat berbicara dengan menunggu itu secara perasaan dengan tenang sekali. Penunggu rumah itu akan keluar menemui datuk pada tengah malam nanti. Sebelum bertemu, penunggu yang berwajah garang dan berbadan besar itu minta diadakan satu upacara kecil dengan menepung tawar tiang seri. Satu permintaan yang cukup mudah dilaksanakan. Menjelang waktu Maghrib, tiang seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya Sendi Diraja dan anak isteri turut menyaksikan upacara kecil itu.
"Begitu saja, biar saya uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal ini”, ujar datuk dengan tenang.
"Maksud awak?"
"Begini. Saya akan berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya asal-usulnya dan petua bagai mana mahu menghalaunya”
"Saya mahu tengok"
"Percayalah pada saya. Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah yang akan saya beritahu, dan begitulah sebaiknya" Tok Kaya Sendi Diraja setuju.
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:30 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 23 ~ Puaka tiang seri
Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam masalah ini. Tok Kaya Sendi Diraja yakin datuk tidak memiliki hati yang bercabang.
"Kalau dah begitu kata awak, saya menurut saja”, jawapan itu amat menyenangkan hati datuk.
Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih dibucu katil. Cadar katil yang berwarna kuning di bentangkan atas lantai. Cukup teliti datuk menyusun kedudukan barang-barang di atas katil. Sekali pandang bagaikan singgahsana raja-raja zaman silam, seperti yang selalu kita tonton dalam filem purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan. Datuk mengenakan baju dan seluar hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah keris tersisip di pinggang.
Datuk juga menyuruh saya berpakaian kemas. Saya di suruh oleh datuk duduk di kaki katil. Saya diberi perintah supaya jangan panggungkan kepala walau apa pun yang berlaku dalam bilik. Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya terasa cukup seram. Bunyi kaki orang melangkah jelas kedengaran dan dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar bilik.
Datuk pun memadamkan lampu dan menyalakan sebatang Iilin. Saya cukup resah.
Suasana yang sepi bertukar menjadi agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka sendiri. Suara burung jampuk kedengaran sayup-sayup bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada kalanya lolongan anjing itu berbunyi macam orang menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan memanjang dan sayu lebih kerap didengar. Datuk berdiri dekat pintu. Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api lilin pun padam.
Saya resah di dalam kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar dengan pasti bunyi orang duduk atas katil. Kerana gelap saya tidak dapat melihat bentuk manusia itu. Saya terdengar bunyi suara orang batuk dari atas katil, serentak dengan itu suasana gelap bertukar menjadi samar- samar atau dalam istilah daerah tempat saya keadaan begitu di panggil celah-celah tanah. Kerana ingin tahu, larangan datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala sedikit dan ekor mata kanan menjeling ke arah katil. Saya lihat seorang lelaki berbadan besar, siap dengan tanjak dan bintang kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang puteri.
"Apa hajat?", terdengar suara parau.
"Minta tuan hamba keluar dari sini”, balas datuk.
"Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita dengan tuan punya rumah asal"
"Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta”
”Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat baik"
"Maksud tuan hamba?"
"Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami hidup di sini, sama-sama menjalankan hukum Allah dan melawan perkara yang buruk"
ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu.
Datuk terdiam. Makhluk ganjil itu turun dari katil dan duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat mereka bagaikan memperkatakan sesuatu. Perkara itu berlangsung agak lama dan saya bagaikan di pukau kerana secara mendadak saya terasa mengantuk dan terus tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu. Setelah menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin hingga tamat. Saya membaca beberapa buah kitab yang memang dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi mengisi masa lapang.
Subuh itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga membacanya. Tetapi datuk tidak berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih suka kalau saya membaca kitab- kitab fekah yang ada hubungannya dengan hukum- hukum agama Islam. Lebih kurang pukul tujuh pagi, datuk pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang bawah.
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 23 ~ Puaka tiang seri
Apa yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja mengeluh panjang kerana datuk tidak berjaya mengusir penunggu rumah tersebut. Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang berwarna kekuningan itu dihanyutkan ke laut.
Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli kayu-kayu itu dari sebuah istana lama di Acheh, Indonesia. Kayu-kayu itu di bawa dengan sebuah tongkang dan mendarat di pelabuhan Bagan Datuk. Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang kawan yang berasal dari Sumatera. Kawannya itu pula menggunakan kayu-kayu itu untuk membuat rumah di Papan dekat Pusing, Batu Gajah.
Rumah binaan kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan. Sekitar tahun tujuh puluhan, istana papan itu masih wujud lagi dan di jaga oleh anak buah kawan moyang Tok Kaya Sendi Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang, saya tidak pasti kerana kawasan itu telah di tinggalkan untuk kerja-kerja melombong bijih timah.
"Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita hanyutkan ke laut?”, tanya datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.
"Sayang, itu rumah pusaka"
"Kalau begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati- hati jangan membuat kerja yang tak baik. Tiap-tiap malam Jumaat panggil orang- orang berdekatan membaca surah Yassin. Usah bimbang dia sekadar menumpang dan menjaga anak buah Tok Kaya"
"Apa boleh buat saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini”, keluh Tok Kaya Sendi Diraja sambil tersenyum.
Inilah kali pertama datuk gagal dalam usahanya. Anehnya, datuk tidak pemah merasa kesal dengan peristiwa yang terjadi. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh datuk. Waktu datuk dan saya mahu meninggalkan rumah Tok Kaya Sendi Diraja pada pagi selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak lima ratus ringgit pada datuk. Sayangnya pemberian itu di tolak oleh datuk, dia sekadar mengambil wang tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh ringgit.
Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah kerumah baru, di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar yang di tinggalkan itu telah di sewa oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Jabatan Pelajaran telah menempatkan guru-guru pelatih perempuan yang gagal ke Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu di kenali oleh masyarakat setempat sebagai pusat latihan guru-guru normal.
Beberapa orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi tingkap oleh penunggu rumah besar itu, kerana bercakap tidak senonoh dan mandi terlanjang. Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung Belanja dekat Parit yang sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah mempunyai dua orang cucu. Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk di undang ke rumah batu tersebut. Datuk pun memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi oleh guru-guru pelatih perempuan yang tinggal di situ. Bila arahan itu di patuhi kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi.
Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah ke rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus. Ketika anaknya Norbaya menikah dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tok Kaya sendiri menjemput datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu juga, ketika menghantar Norlin ke London untuk menyambungkan pelajarannya, datuk dijemput dan dibawa ke lapangan terbang Kuala Lumpur. Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin menamatkan pengajian di England, anaknya terus menikah dengan orang putih dan menetap di Essex, kira- kira 60 km dari London. Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja. (Tok Kaya Sendi Diraja meninggal dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami serta dua orang anaknya tiba sesudah jenazah Tok Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah perkuburan orang Islam Garap berhampiran jalan besar Ipoh- Kuala Kangsar).
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Selingan Syawal
Bercakap dengan jin ~ 23 ~ Puaka tiang seri
Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja mengadu kepada nenek yang dirinya, kerap di serang sakit tulang. Bila sakit itu datang, datuk terpaksa duduk berhari-hari di atas katil. Berbagai ubat cara kampung dilakukan, sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk lebih banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya menembak ayam hutan dilupakannya sarna sekali. Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di malam Jumaat dengan membawa ubat-ubat dari akar kayu, ternyata ubat- ubat itu tidak memberikan sebarang kesan pada datuk.
Saya dan cucu-cucu yang lain telah membawa datuk menemui doktor swasta di Taiping, Setiawan dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang di temui sakit datuk itu adalah sakit biasa yang akan di alami oleh kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir empat puluh tahun.
"Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah tua penyakit pula hinggap”, keluh datuk pada suatu petang.
"Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.
Datuk ketawa terkekeh. Secara terang-terangan dia mengatakan pertanyaan dari saya itu satu pertanyaan yang bodoh.
"Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih hidup tidak sempurna sebagai seorang Islam. Mati memang menanti kita”, jawab datuk.
Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan masa petang itu dengan mendengar cerita dari datuk tentang pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya ketawa berdekah-dekah, bila datuk membuka kisah lucu yang pernah dialaminya.Bila duduk berduaan begitu terasa betapa mesranya datuk melayani saya.
Bila sampai waktu Maghrib, datuk terus memerintah saya untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah dengan lebih dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga mengajar saya cara-cara sembahyang tahajjud dan sembahyang hajat, di samping beberapa doa yang harus dibaca selepas menunaikan sembahyang fardhu.
"Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib pada tiap-tiap malam Jumaat, eloklah kau membaca surah Yassin”, datuk mengingatkan saya dan pesannya itu hingga kini masih terpahat dalam hati kecil saya.
Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira-kira pukul sembilan dia mengajak saya pergi ke Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya amat keberatan untuk pergi. Ada dua sebab kenapa saya tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu pekan yang besar. Kedua susana di pekan itu memang tidak menarik minat saya.
"Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia turun ke Air Tawar”, begitu datuk menyatakan setuju utamanya dia mahu pergi ke situ.
"Sekarang kita pergi Tok?"
"Tentulah, pergi bersiap”, ujarnya.
Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki tangga. Kemudian saya dan datuk jalan beriringan menuju ke gigi jalan raya. Datuk menahan bas. Kira-kira empat puluh minit berada dalam perut bas, kami pun sampai ke tempat yang dituju. Setelah mundar-mandir dalam pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak banyak beza dengan usia datuk. Mereka bercakap panjang. Saya hanya tumpang dengar saja. Saya terkejut bila kawan datuk itu mengajak datuk untuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan tertentu. Datuk menolak dengan alasan kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk mencari kayu bakau bagi kegunaan menahan tebing sungai dari arus deras, datuk tidak mahu. Berceritalah kawan datuk itu tentang rumahnya yang dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing itu setiap hari runtuh kerana dilanda arus sungai yang deras.
"Kau bina rumah di tempat lain, habis cerita”, kata datuk.
"Malas nak pindah"
"Kalau begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh”, datuk memberi nasihat.
Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir mereka kedua. Datuk merenung saya. Bahu kanannya dipegangnya serta ditekan. Kemudian datuk merenung kedua-dua biji mata kawannya lama- lama. Keresahan terbayang di wajah kawan datuk itu.
"Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung”, cukup bersengaja tekanan nada suara datuk.
Kawannya tersengih, dan wajahnya bertukar kemerah-merahan menahan rasa malu. Kawan datuk memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku”, sambung datuk lagi.
Dan kawannya anggukkan kepala. Saya terus menggigit bibir, mata saya masih tertumpu kewajah kawan datuk.
"Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah benci dengan kerja-kerja menolong orang bukan?"
"Aku tidak pemah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah menolak."
"Salah dugaan aku”, keluh kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi kekesalan.
Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk masuk ke sebuah warung kepunyaan orang Melayu keturunan Mendailing yang terletak di sudut kanan jalanraya menuju ke Lumut. Dengan rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu kegagalannya menghalau syaitan yang bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung. Akibat kegagalan itu tangan kanannya terasa lumpuh dan kebas sepanjang malam. Tidurnya selalu di ganggu oleh mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan. Ada kalanya dia tidak sedarkan diri sampai beberapa jam.
Last edited by rdzaccess on 20-8-2012 12:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|