Detik begitu pantas berlalu
2 bulan pertarungan akhirnya hari ini jam 3.30ptg akan berakhirlah musim 1 Liga cari Xpert11
Perlawanan terakhir jam 3.30ptg ini
1) kg boy fc vs kor FC
2) PAsukan Hebat Fc vs Team cAp Ayam
3) Rocky FC vs josekobenrossi
4) Saja Saja F.C vs DonHenelyTough
5) Nasri Kawase Fc vs Saro FC
tiada preview hari ini
jangan lupa xpert pools..mari penuhkan pot jadi 1 juta econ
setakat kul 1 sudah terkumpul 600ribu econ
takkan mau kasi itu Saro FC dan pacubob fc menang lagi
kalau macam Arsenal, mmg bestla..hehe
tp kalau ckp psl teamwork n work ethics, teringat pasal Wigan n Reading time 1st season diorg kat EPL..hebat..
tp 2nd season...
Keputusan muktamad perlawanan ke 18 iaitu yang terakhir musim 1 Liga Cari Xpert11 sebentar tadi
Saja Saja F.C 2 vs DonHenlyTough 0
kg boy fc 2 vs korr FC 3
Rocky Fc 3 vs josekobenrossi 2
Pasukan Hebat Fc 4 vs Team cAp AyaM 4
Nasri Kawase FC 0 vs Saro FC 1
Secara rasminya Rocky FC sebagai juara 1 ( boleh tengok ni di info liga nanti)
Pasukan Hebat Fc sebagai naib juara
Tahniah!
Tiada sebarang kejutan dan hanya perlawanan antara Pasukan Hebat Fc dan TeaM cAp Ayam tampak begitu sengit dengan 8 gol dihasilkan. Kebangkitan eaM cAp AyaM agak sedikit lewat tetapi memberi suntikan moral untuk musim ke dua nanti
match 1
Saja Saja F.C menutup tirai liga dengan bergaya apabila mengutip 3 mata penuh di laman sendiri sebentar tadi. Pasukan pelawat tidak mampu melakukan gerakan ke arah kubu tuan rumah dan menampakkan pasukan DonHEnleyTough kekal di dasar liga. Mereka pasti akan buat rombakan besar-besaran di musim kedua nanti. Saja-Saja F.C naik satu anak tangga mengatasi pasukan Nasri Kawase Fc di tanga ke lima.
match 2
Pasukan kg boy fc tewas 2-3 kepada korr FC di laman sendiri hasil jaringanal Mrgan pada minit ke 82. Satu kemenangan bergaya buat pasukan pelawat dan pasukan kg bys fc jatuh ke tangga ke 9 di anak tanga liga. 3 mata mengekalkan pasukan korr FC di tangga keempat untuk musim pertama penampilan mereka.
match 3
Rocky FC sekali lagi membuktikan mereka begitu fokus dan tidak memilih lawan hasilnya mereka menang ke atas pasukan pelawat dengan jaringan 3-2. Dua gol dari Alexandre Rosado dengan format 3 penyerang membuktikan jentera serangan dan tengah pasukan juara liga begitu mantap di laman sendiri. Pasukan pelawat juga membuktikan semangat yang kental walaupun tewas dengan defisit hanya 1 gol. josekobenrossi kekal di tangga ke tujuh liga.
match 4
Keputusan seri dengan 8 gol terhasil di Stadium 4th Flouan rumah menyamakan kedudukan di minit ke 72or sebentar tadi. Dua gol dari penyerang pasukan tuan rumah Robert Pires dan
2 gol dari penyerang Evaristo Figueirinhas pasukan pelawat memperlihatkan taktik serang antara kedua-dua pasukan. Pasukan cAp Ayam nyaris melakukan kejutan apabila mendahului dengan jaringan 4-3 sebelum t
uan rumah menyamakan kedudukan menerusi larian solo Robert Pires. Pasukan Team cAp Ayam kekal di tanga kelapan manakala pasukan tuan umah kekal di tangga kedua liga.
match 5
Pasukan tuan rumah tewas 0-1 hasil tandukan dari pemain tengah pasukan pelawat Irving Sutton hantaran Ricardo Carvalho pd minit ke 70. Keputusan tersebut menyaksikan Nasri Kawase Fc jatuh ke anak tangga ke 6 dan pasukan Saro FC kekal di tangga ketiga liga.
Xpert Pools dengan terkumpul 900ribu econ dikongsi oleh 4 pasukan iaitu DonHenleyTough, sekulakitafc, Saro FC dan pacubob fc. Nasib baik Don dan sekulakitafc buat taruhan juge kalau tak Saro FC dan pacubob fc berkongsi 900ribu econ tu mcm perlawanan lepas
5 lagi pasukan tewas pada waktu kecederaan:victory:
Anugerah manager paling bernilai utk perlawanan ke 18 diumumkan di bilik berita Liga.
Berakhirlah sudah musim yang panjang
Hingga ke udara lagi di musim hadapan
sekian dari bilik berita Liga Cari Xpert11