CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: latahzan

[Perundangan] Dalam Proses Cerai Fasakh.. [Kes SELESAI]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 25-8-2011 10:47 AM | Show all posts
tahniah wat anak akak tue yea, berkat doa dan asuhan akak alhamdulillah diaorg menjadi :loveline ...
fatehana Post at 25-8-2011 08:37


terimakasih Ana....
mudah2an anak2 kita berjaya dunia & akhirat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2011 05:49 PM | Show all posts
insyaAllah Ana....5 hari kat BP
raya tetap raya
latahzan Post at 25-8-2011 10:35


raya..raya..jangan tak raya...
pastu lenkira
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2011 09:26 PM | Show all posts
raya..raya..jangan tak raya...
pastu lenkira
kitul Post at 25-8-2011 17:49


buang karan jer nak meratap
life goes on
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2011 11:47 PM | Show all posts
saja nak share kat sini my friend dah settle
ini semua hasil usaha sama saudara2 dia yang banyak campur tangan
jadi ex-asben dia setuju untuk datang mahkamah
Ahamdulillah
cuma tinggal lagi nak settlekan hal nafkah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:08 PM | Show all posts
Reply 401# dkzue


   byk btl dugaan ko ekk?kalo la kau berada kat tmpt ko...blm tentu aku dpt hadapinya dgn tabah.....aku kagum dgn semanagt ko..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:45 PM | Show all posts
banyak-banyak bersabar, dugaan hidup kita semua berbeza....banyakkan doa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-9-2011 10:44 PM | Show all posts
Reply 746# cmf_blingblings


betul tu bling....dugaan hidup kita berbeza2...yg penting bagaimana kita menghadapinya...
"...Pain and suffering only become something Negative if they take you away from Allah... However, they become something Positive if they bring you closer to Allah..."

akak nak share citer ni dgn semua...kagum dgn semangat adik Hairuman & kakak + BIL beliau yg x jemu memberi sokongan....

sori mod OT jap....
Berkat tujuh likur
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
[email protected]


LEBARAN kali ini menjadi lebaran pertama Hairuman beraya sebagai orang kelainan upaya (OKU). Sungguhpun begitu, keadaan itu tidak mencacatkan kegembiraannya menyambut Aidilfitri di samping keluarga yang cukup menyayanginya.


SYAWAL tahun ini menjadi tahun pertama Muhamad Hairuman Miskon, 22, beraya di Tanjung Malim, Perak. Sebelum ini, anak kesembilan daripada 10 beradik ini meraikan lebaran di rumah pusaka tinggal orang tuanya di Tanjong Karang, Selangor.

“Walaupun berhari raya di sini, dalam keadaan begini, saya tetap gembira.

“Jauh di sudut hati memang ada garisan hiba tetapi untuk apa saya bersedih sedangkan semua orang mahu saya gembira,” ujar Hairuman yang sebelum ini bekerja sebagai pendawai elektrik.

Kisah anak muda ini pernah menggemparkan negara apabila dia terlibat dalam kemalangan tragis di kebun sawit milik jirannya.

75 peratus tubuhnya melecur akibat direnjat aliran elektrik bervoltan tinggi. Akibat daripada itu, kedua-dua tangan dan kaki kirinya terpaksa dipotong.

Mengimbas semula bagaimana tragedi tersebut berlaku, Hairuman tenang bercerita.

“Kira-kira pukul 8 pagi, saya pergi ke kebun sawit untuk menolong rakan.

“Walaupun tidak pernah berkebun sawit, pelawaan itu saya terima.

“Bila saya sampai di kebun, kawan yang sepatutnya mengait buah sawit belum sampai. Keadaan di kebun juga masih lembap kerana hujan turun pada waktu Subuh.

“Memandangkan hari itu hari Jumaat, saya mahu selesaikan kerja cepat-cepat supaya tidak lambat untuk solat Jumaat di masjid.

“Saya terus capai galah. Saya ingat nak cuba belajar buang pelepah.

Hidup seminggu

“Namun, tak sampai tiga saat mencangkukkan mata galah pada pangkal pelepah, saya rasa tangan saya panas dan selepas itu saya terus tidak sedarkan diri,” cerita Hairuman.

Menurut kakaknya, Maryuni Miskon, 32, seorang lagi rakan adiknya yang turut berada di tempat kejadian terdengar benda meletup.

“Bila dia toleh ke arah Hairuman, dia tengok adik saya sudah terpelanting dan badannya berasap.

“Bajunya habis terbakar dan kulitnya tanggal ke tanah.

“Dia lihat Hairuman tidak bergerak dan cuba beri bantuan pernafasan mulut ke mulut. Selepas beberapa saat, baru Hairuman terbatuk-batuk,” kata Maryuni.

Tatkala pertama kali melihat keadaan adiknya di Hospital Tanjong Karang, Maryuni tergamam. Sungguhpun sayu melihatkan tubuh adiknya penuh dengan wayar, hati kecilnya reda.

“Memang sedih tengok keadaan Hairuman. Dia masih muda dan kehidupannya masih panjang. Sebagai kakak, saya perlu menyokongnya untuk terus kuat menghadapi dugaan ini,” ujarnya.

Sepanjang menemani Hairuman di hospital, antara detik yang menyentuh hati Maryuni ialah apabila doktor memberitahu kedua-dua tangan adiknya terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak ke bahagian lain.

“Seorang doktor datang kepada Hairuman dan berkata, awak cuma ada dua minggu lagi untuk hidup.

“Apabila Hairuman nyatakan dia tidak rela tangannya dipotong, doktor tersebut menjawab, kalau macam tu, awak boleh bertahan seminggu sahaja lagi.

“Keadaan itu benar-benar memberi tekanan kepada Hairuman kerana pada masa itu, tangannya masih boleh berfungsi seperti biasa.

“Katanya, dia sanggup mati daripada hidup tanpa tangan.

“Sebagai kakak, saya tidak mahu membuat keputusan yang salah kerana ia melibatkan masa depan adik saya,” cerita Maryuni.


Berulat

Namun, beberapa hari selepas itu, tangan Hairuman mula kehitam-hitaman.

Menurut kakaknya, urat tangan Hairuman terputus menyebabkan aliran darah tidak sempurna.

“26 November 2010 doktor kata tangan saya terpaksa dipotong tetapi saya enggan.

“Namun empat ke lima hari selepas itu keadaan tangan semakin kritikal. Ia mula berair dan menghitam.

“Kedua-dua tangan saya membusuk sampaikan keluar ulat dari celah-celah jari.

“Apabila keadaan semakin teruk, saya setuju tangan dipotong,” kata Hairuman yang terpaksa menjalani pembedahan memotong tangan selama lebih kurang tujuh jam.

Sebaik sahaja sedar, Hairuman tidak dapat membendung rasa sedihnya.

“Walaupun saya tahu saya bakal kehilangan tangan, namun pertama kali saya melihat tangan saya kudung, saya tidak mampu sembunyikan perasaan sebak.

“Saya menangis sepuas-puasnya. Masa itu terlepas juga dari mulut saya, kenapa saya yang kena. Apa salah saya.

“Mujurlah ada keluarga terutamanya kakak dan abang ipar yang tidak putus-putus memujuk dan memberi sokongan,” katanya yang terpaksa menjalani pembedahan memotong kakinya 10 hari selepas kehilangan kedua-dua belah tangannya.

Selepas berbulan-bulan duduk di hospital dan menjalani lebih 10 kali pembedahan, keadaan Hairuman beransur pulih.

Sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital, dia terus dibawa pulang ke rumah abang iparnya di Tanjung Malim, Perak.

“Hairuman ada menyatakan hasrat untuk pulang ke Tanjong Karang, tetapi saya dan suami mengatakan kepadanya yang dia perlukan tempat dan suasana baru untuk kembali sihat.

“Kini, Alhamdulillah, selepas tiga bulan tinggal di sini, keadaannya bertambah baik,” kata Maryuni.

Selesa tinggal dalam persekitaran hijau, Hairuman tidak lagi bersedih meniti hari-hari yang bakal mendatang.

Tahun ini, walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna, Hairuman dapat melengkapkan ibadah puasa selama sebulan.

“Sayang nak tinggalkan puasa, apatah lagi bila memasuki malam tujuh likur. Doakan saya diberi kekuatan untuk terus berpuasa pada tahun-tahun mendatang,” ujarnya yang bakal menerima tangan dan kaki palsu tidak lama lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 10:48 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


betul tu bling....dugaan hidup kita berbeza2...yg penting bagaimana kit ...
latahzan Post at 5-9-2011 22:44


Hari tu saya ingatkan nyawa dia dah berakhir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2011 10:59 PM | Show all posts
Hari tu saya ingatkan nyawa dia dah berakhir
cmf_blingblings Post at 5-9-2011 22:48



Allah Maha Mengetahui...perancanganNYA tak siapa yg tau....
   

menitis air mata baca ketabahan adik ni
mudah2an ketabahan adik Hairuman jadi pembakar semangat pd kita ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 11:14 PM | Show all posts
Allah Maha Mengetahui...perancanganNYA tak siapa yg tau....
   

menitis air mata baca ket ...
latahzan Post at 5-9-2011 22:59

hara-harap ramai takyat M'sia yg menghulurkan sumbangan untuk membantu dia, susah dia nak kerja...adehh..raya-raya emotionallah, pagi tadi kawan saya meninggal.....muda lagi, rasa tak percaya, mayatnya pun sy tak sempat nak tengok..petang baru tahu, maklumlah masih musim raya...bilalah pula hari kita
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:28 PM | Show all posts
selamat hari raya semua..selama ni jadi SR ygsetia kat bod FND ni..Sy kemusykilan sedikit pasal proses penceraian.Bukan sy tapi org terdekat dgn sy yg bakal bercerai.

Si isteri dah failkan penceraian seminggu lepas raya haritu coz tak puas hati  dan menyampah dengan perangai suami  yg culas bab sembahyang,perbelanjaan isi rumah yg sering tak mencukupi dan 1001 hal kecil yg sengaja diperbesar2kan .

Si suami pula...mmg terkenal dgn sikap sambil lewanya..suka bertangguhan sejak remaja dan terbawa2 perangai tu sampai dah beranak pinak...tapi itu cuma isu kecil..yg benonya..si hubby ni memang sering tak cukup duit sebab potong utang sana sini termasuk ler duit minyak keta yg wifenya gunakan setiap hari p kerja.Wife pula mengamalkan konsep DUITMU DUITKU NAMUN DUIT AKU TETAP DUIT AKU..tak boleh kongsi walau 1 sen pun!.kalau wife guna duit untuk beli keperluan anak2...dia akan siapkan list untuk claim balik hingga harga syiling pun nak dituntut.Tanpa pengetahuan wife..si hubby ni sering menjadikan adik sendiri sbg bankers semata nak beli susu anak2. Nak tunggu cukup bulan lambat lagi..poket dah tinggal duit sen aje..gitu ler pusingan hidupnya setiap bulan.

Sebelum mereka bernikah..mak si hubby dh warning kat bakal menantu yg anak dia ni tak berduit ..kelak jangan harap kemewahan sangat.Awal perkahwinan pula terpaksa berPJJ hingga anak 1..masuk anak ke 2 wife mula tunjuk belang..merajuk tak tentu pasal time beraya kat umah hubby tanpa perasaan segan dgn sedara mara yg datang bertandang melihat aksi mogok dia..Siap ugut2 nak terjun keta dgn si anak sulung..Berposah laa pak mertua temankan hntr blk menantu ni ke kg dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:35 PM | Show all posts
Masalah wife dia ni acapkali balik kampung tak kira time raya ke tidak mesti buat feel dan perangai yg sama ms kes  pertama dulu..Sering shj dia perlekehkan si suami dpn2 pak dan mak mertua..Tanpa pengetahuan wife jugak si hubby ni sering mengadu pd parents yg dia ms dok kuaters selalu kene tido kat luar sebab balik lewat..Wife dia suspek dia p ngulor & berfoya2 padahal si hubby kerja ..ada kalanya tugasannya terpaksa dirahsiakan demi keselamatan negara.Bab makan memang kene catu sebab wife jns tak mkn malam so others kene laa follow.

Bila dah dok umah sendiri pulak ...asal balik lambat mmg kene tido luor sebab bini tukor padlock lain..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:45 PM | Show all posts
Menurut sumber terdekat dgn bini dia bgtau bukan takat kat kampung hubby dia meroyan malah kat umah pak mak dia pun dia sering merendahkan maruah hubbynya tak kira masa jugak..Pulak tu ramai yg jadi penasihat2 tak bertauliah .maka semakin  buruks laa si hubby pada pandangan sedara mara belah wifenya.

Asal mereka ni berperang beso mesti pak mertua (bapak suami) kene p mengadap besannya untuk mendamaikan.Besannya takde pulak nak amik insiatif buat perkara yg sama..Dah lebih 3 kali mereka perang dayak nak bercerai berai tapi tak jadi jugak malah rakyat makin menciak2 .Bila perang ke 4 meletus sampai bergusti2 dpn anak & jiran..pak mertua bagi warning..kalu nak sangat title J..pergi failkan penceraian namun tak buat pergi juga..heheheh..

nnt sy sambung lagi ya!.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:56 PM | Show all posts
berdasarkan citer diatas..bolehkan si wife tuntut fasakh manakala suami pula failkan nusyuz?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 02:55 PM | Show all posts
berdasarkan citer diatas..bolehkan si wife tuntut fasakh manakala suami pula failkan nusyuz?
kodoklawa Post at 8-9-2011 15:56



boleh...
wife boleh teruskan fasakh... tuntutan fasakh kat malaysia nih wajib amik loyer...
suami boleh failkan nusyuz... tk pasti kena loyer ke tak...

cumanya nanti time bicara mmg kena kemukakan saksi dan fakta berkaitan...
tgk hakim tuh bagi keputusan apa...
ada je kes isteri tuntut cerai, tup tup suami fail nusyuz...
pehtu atas nasihat loyer keduanya di satukan kepada kes nusyuz...
(ini sbb mmg terbukit wife tuh ada jantan lain so mmg konpom nusyuz)
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 03:04 PM | Show all posts
boleh...
wife boleh teruskan fasakh... tuntutan fasakh kat malaysia nih wajib amik loyer...  ...
tehlaut Post at 9-9-2011 14:55



    yup. wife boleh fail fasakh, suami boleh fail nusyuz. nanti biar keluar segala hujah kat mahkamah and hakim tentukan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 03:16 PM | Show all posts
Reply 755# tehlaut


    Tak pasti si wife tu ada boifren ka tak tapi nusyuz tu tidak tertakluk pada curang semata-mata..kan..Sekarang ni si suami tengah tunggu surat dari pejabat agama..Si isteri walau masih duduk serumah langsung tidak mengendahkan suami lagi..gasak ko laa nak makan ke minum ke tonggang terbalik sekalipun..dia dah berpatah arang dengan suaminya namun harta suami dia masih diguna seperti biasa..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 03:26 PM | Show all posts
Reply  tehlaut
Tak pasti si wife tu ada boifren ka tak tapi nusyuz tu tidak tertakluk pada curang semata-mata..kan..Sekarang ni si suami tengah tunggu surat dari pejabat agama..Si isteri walau masih duduk serumah langsung tidak mengendahkan suami lagi..gasak ko laa nak makan ke minum ke tonggang terbalik sekalipun..dia dah berpatah arang dengan suaminya namun harta suami dia masih diguna seperti biasa..hehehe

kodoklawa Post at 9-9-2011 15:16


iye... TIDAK TERTAKLUK PADA CURANG SEMATA... yg aku cakap tadi tuh... kes itu... loyer both husband n wife suh fokus pada satu kes iaitu nusyuz coz mmg terbukti wife dia curang... so mmg senang nk abihkan kes...

si isteri masih belum diceraikan lagi kan? so mmg dia berhak guna harta si suami....

skang neh kes yg diceritakan nih macam saling menyalahkan kedua belah pihak... so the best is tunggu je waktu bicara...
hakim tuh pandai la study sapa benornya yg patut disabitkan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 07:27 AM | Show all posts
berdasarkan citer diatas..bolehkan si wife tuntut fasakh manakala suami pula failkan nusyuz?
kodoklawa Post at 8-9-2011 15:56


uik... apa ke bendenye ni?
naper nak lawan fail kes pulak?
membazir uwang aje.

kalu isteri nak failkan fasakh, biorlee
sisuami relax aje laaa....
tiba masa pergi leee beri keterangan ...
kalu memang nak lepaskan...setuju aje laaa
kalu tak nak lepaskan, wat poyo jee
hakim takleh watpe kalu fakta kes tak cukup kukuh

takde peraturan umum yang mengatakan kes fasakh mesti pakai lawyer.
mungkin ikut peraturan negeri

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 05:30 AM | Show all posts
terima kasih atas pendapat semua..tunggu aje laa pengakhirannya sebab bila hati dah menci ilang semua cinta dihati..hanya anak2 yg jadi kekuatan suami untuk pertahankan perkahwinan itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.934529 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list