CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 4-10-2010 04:09 PM | Show all posts
Setiap respon yang di beri oleh mereka yang menjadi penyokong buta tuli harun din dalam thread ni me ...
blastoff Post at 4-10-2010 10:55


mana ko tahu syaitan tak memperdaya ko didalam menuduh org lain khurafat dan syirik (jatuh kafir la tu) sedangkan ulamak2 terkenal seluruh dunia tak ada pun cakap cam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 04:13 PM | Show all posts
So dah jelas pembohonglah manusia seperti harun din dan mnm77 dan yang sewaktu dengan mereka yang kata mereka boleh tahu mengenai jin itu ini menurut persangkaan mereka semata-mata atau melalui komunikasi dengan jin sekali punblastoff Post at 4-10-2010 13:03


maksudnya ko kata adalah satu pembohongan mereka yg kata mereka boleh dan pernah (secara eksiden) berinteraksi/berkomunikasi dgn jin? Maksud ko.. semua tu persangkaan semata2??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 04:46 PM | Show all posts
Boleh defined apa maksud Ilmu Ghaib?  Aku tgk TT berpendapat jin ni adalah ilmu ghaib. Sedangkan apa yg aku tahu, maksud ghaib dlm ayat tu tu ialah alam roh dan alam akhirat.  Nanti aku cuba periksa sekali lagi apa definisi ilmu ghaib dlm mengikut ayat2 yg diberi TT.

Tidak apa yg pelik berinteraksi dgn jin dan syaitan. Banyak ahli sufi pun pernah berinteraksi dgn jin dan syaitan.. apa yg peliknya?  Syed Qadir Al-Jilani pun pernah didatangi syaitan yg cuba menyesatkannya.. tak kan lah dia berperangsangka ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 05:09 PM | Show all posts
Hanya Allah sajer yg tau tentang Ilmu Ghaib. Saper lah kita nak definisikan ilmu ghaib.Ada orang kata jin itu pun sebenarnya belum boleh didefinisikan sebagai ghaib sebab dia juga adalah makhluk macam kita cuma kita tak boleh nampak jer. Kalau ada orang boleh nampak pun sebenarnya bukanlah satu keistimewaan sebab seluruh kehidupannya akan jadi tak normal nanti. Susah tau nak mandi pun tak boleh, dok nampak jer benda perhatikan kita. Itu belum lagi dikira hubungan suami isteri. Itu pasal nabi dah ajar kita jangan fikirkan pasal benda-benda ghaib ni sebab akal kita ni tak mampu memikirkannya. Apa yg berlaku tu kita terima jer,  cuma jangan sampai syirik kepada Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 07:09 PM | Show all posts
Korang kan, duk pakat serbu tred garam neh

Pi lah jenguk tred neh http://forum.cari.com.my/redirect.php?tid=498599&goto=lastpost#lastpost  bantu mamat tak berapa nak betul neh..... senak jantung beta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 10:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 4-10-2010 22:44
(We are groups having different ways.) "This means among us are believers and among us are disbelievers.'' mnm77 Post at 4-10-2010 15:03

Golongan jin ada dua saja, yang Islam bermakna taat, dan yang kafir bermakna betul-betul menderhaka hingga bakal menghuni neraka jahannam , sila baca apa yang jelas tertera di maksud ayat 14 dan 15 di bawah ni .

72:14 Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barang siapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus.  72:15 "Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api neraka Jahanam""."  

Sebab tu Nabi hanya suruh beri amaran 3 kali , dan Nabi tak teragak-agak untuk suruh bunuh saja jin menyerupa yang mengganggu manusia kerana jin itu adalah sah jinsyaitan kafir.

Tak ada jin Islam yang jahat pun , kalau tidak nescaya Nabi tak akan arahkan membunuh jin yang mengganggu kalau jin tu jin Islam walau jahat sekalipun , kerana mana boleh bunuh makhluk Allah yang Islam pulak sewenang-wenangnya !!

Kerana jin hanya ada yang kafir atau yang Islam sajalah maka yang mengganggu manusia Allah sendiri labelkan sebagai syaitan yakni jin kafir  !


Ahmad bin Sulayman An-Najjad reported in his (book of) Amali that he heard Al-A`mash saying, "A Jinn came to us, so I said to him, `What is the most beloved food to your kind' He replied, `Rice.' So we brought them some rice and I saw the morsels being lifted but I did not see a hand lifting it. So I asked him, `Do you have these desires (religious innovations) among your kind as we have among ours' He replied, `Yes.' Then I said, `Who are the Rafidah among you' He said, `They are the worst of us.''' I presented this chain of narration to our Shaykh, Al-Hafiz Abi Al-Hajjaj Al-Mizzi and he said its chain is authentic to Al-A`mash.
mnm77 Post at 4-10-2010 15:03


Tu diaa, kata-kata tok Shaykh yang bagi makan jin pulak yang di quote nya , ish ish ish yang dok bagi makan jin selalunya di link kan pada tok bomoh dan ahli sihir yang membela jin tersebut oleh itu jin tu bergantung kat dia untuk makan , ni sah ikut perangai harun din yang kemaruk dengan kata-kata shaykh nazim haqqani tu, nampak nama shaykh aje lalu kalut ikut !



... menurut 2 hadis sahih bawah ni , makanan jin Islam adalah arang serta najis yang mereka mudah dapati di mana-mana pun , dan tulang yang datangnya dari sisa binatang sembelihan orang Islam .

Sahih Muslim : Book 004, Number 0903:

They (the Jinn) asked him (the Holy Prophet) about their provision and he said: Every bone on which the name of Allah is recited is your provision. The time it will fall in your hand it would be covered with flesh, and the dung of (the camels) is fodder for your animals. The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Don't perform istinja with these (things) for these are the food of your brothers (Jinn).

(Abu dawood) Book 1, Number 0039:

Narrated Abdullah ibn Mas'ud:
A deputation of the jinn came to the Prophet (peace_be_upon_him) and said: O Muhammad, forbid your community to cleans themselves with a bone or dung or charcoal, for in them Allah has provided sustenance for us. So the Prophet (peace_be_upon_him) forbade them to do so.





Sebaliknya menurut hadis sahih muslim bawah ni jinsyaitan yang gemar mengutip sisa makanan manusia tak kiralah makanan apa pun yang manusia tu jatuhkan , so jinsyaitan yang bergantung hebat pada manusia untuk mendapatkan makanan .

Jadi yang sampai dok kena pi bagi makan siap berpinggan segala pada jin tu memang sah jinsyaitan , seperti yang suka di buat oleh tok-tok bomoh dan ahli sihir yang membela jinsyaitan  !

Sahih Muslim : Book 023, Number 5044:

Jabir reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: When any one of you drops a mouthful he should pick it up and remove any of the filth on it, and then eat it, and should not leave it for the Satan, and should not wipe his hand with towel until he has licked his fingers, for he does not know in what portion of the food the blessing lies.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2010 12:32 AM | Show all posts
Nak mohon perlindungan Allah kena amalan tu di terima Allah terlebih dahulu , tapi belek lah ha ...
blastoff Post at 2-10-2010 13:45
kang nanti org tuduh wahabi lak........
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 08:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 5-10-2010 10:31
Tu diaa, kata-kata tok Shaykh yang bagi makan jin pulak yang di quote nya , ish ish ish yang dok bagi makan jin selalunya di link kan pada tok bomoh dan ahli sihir yang membela jin tersebut oleh itu jin tu bergantung kat dia untuk makan , ni sah ikut perangai harun din yang kemaruk dengan kata-kata shaykh nazim haqqani tu, nampak nama shaykh aje lalu kalut ikut !

blastoff Post at 4-10-2010 22:32


Kau buka tafsir Ibn Kathir tak? Kalau kau tak buka, saya sarankan kau baca dulu.

Adakah kau nak sesatkan para masyaikh yang disebut dalam riwayat Tafsir Ibn Kathir? Kau nak sesatkan Ibn Kathir juga? HEBAT!!!!


... menurut 2 hadis sahih bawah ni , makanan jin Islam adalah arang serta najis yang mereka mudah dapati di mana-mana pun , dan tulang yang datangnya dari sisa binatang sembelihan orang Islam .


Oooo bila dah baca dua hadith tu kau ingat itu saja ka makanan Jin Islam? Macam tu kau buat kesimpulan?

Makanan Jin Islam tu najis? Betul ka kau baca tu?

Bukankah hadith tersebut melarang untuk beristinjak menggunakan najis haiwan & tulang kerana benda-benda tersebut adalah makanan binatang Jin (dunia Jin pun ada binatang) dan makanan Jin?

Najis haiwan tu makanan kepada binatang untuk Jin
Tulang-tulang yang disebut nama Allah dijadikan halal kepada Jin Islam

Adakah ini bermakna hanya benda-benda tersebut adalah makanan Jin atau binatang Jin?
Atau larangan menggunakan benda-benda tersebut untuk beristinjak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 08:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 5-10-2010 09:12
Tarekat naqsyabandi nizam haqani telah diistiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai HARAM dan SESAT  dengan jelas sekali.... daripada bukti blog harun din yang dibawa oleh blastoff dipercayai harun juga adalah penganut tarekat ini...

ramai penganut agama naqsyabandi dalam forum ni... lebih baik ikut nasihat Majlis Fatwa bertaubat dan kembali kepada Islam yang sebenar...  

malangnya mereka tidak boleh menerima kebenaran... sia-sia membawakan seribu dalil dan fakta...
kupia Post at 3-10-2010 13:56


Saudara kupia, anda dah siasat ke Harun Din tu dah jadi pengikut tarekat tu? Hanya disebabkan ada maklumat dalam blog tu, adakah cukup kuat untuk tuduh yang dia (Harun Din) terseleweng?
   
Saya tengok saudara pun dok bagi jawapan berdasarkan blog Ustaz Zaharuddin. Dalam blog ustaz tu pun bila ada persoalan Jin dia refer Harun Din. Cuba buat search kat blog dia:

Bolehkah Manusia Masuk Alam Jin & Sebaliknya

http://www.zaharuddin.net/aqidah ... n-a-sebaliknya.html
Soalan

Banyak perkara ganjil berlaku. Salah satu yang ganjil adalah cerita mengenai manusia yang dilarikan jin masuk ke alamnya dan hilang dari alam manusia. Beberapa ketika kemudian orang berkenaan muncul balik dan memberitahu dilarikan jin. Ada orang kampung saya yang hilang, selepas tujuh hari mencarinya, tiba-tiba dia ditemui di belakang rumahnya. Betulkah cerita-cerita sebegini. Harap Dato' dapat jelaskan.

SUBHAN JAMAL,Kuala Langat


Jawapan oleh Dato' Dr Haron Din

Saya pun banyak mendengar cerita seperti yang saudara sebutkan itu. Boleh dipercayai atau tidak, jawapan saya boleh.


Cerita sebegitu boleh dipercayai. Tetapi ingin saya berpesan, jangan sesekali kita mempercayainya bulat-bulat tanpa diselidiki sehalus-halusnya.

Dunia kita ini didiami oleh banyak makhluk. Manusia, jin, haiwan, unggas-unggas, ikan dan sebagainya. Apabila kita berkongsi tempat tinggal di dunia ini, maka dengan sendirinya kita akan berinteraksi dengan semua makhluk ini.
Kita akan berjumpa, berkawan, bersapa, bermusuh dan sebagainya.

Syaitan (makhluk halus) wujud. Mereka pada umumnya adalah musuh manusia. Makhluk halus boleh menyerupai manusia dengan pelbagai rupa.

Salah satunya mereka boleh menyerupai manusia seperti yang disabitkan dalam Firman Allah SWT dalam al-Quran (mafhumnya): "Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku (syaitan) adalah pelindung dan penolong kamu........(hingga akhir ayat)." (Surah al-Anfaal, ayat 48)
Kesimpulan daripada ayat ini menurut ahli tafsir, adalah peristiwa dalam Perang Badar, apabila syaitan yang zahir dalam bentuk manusia, dikenali menyerupai Suraqah bin Malik bin Jukshum.

Suraqah (syaitan tadi) bersama dengan bala tenteranya, kononnya mahu menolong kuffar Makkah ketika itu untuk mengalahlan umat Islam.

Akhirnya apabila bertemu kedua-dua pasukan, Suraqah bersama bala tenteranya, lintang pukang cabut lari dari medan peperangan. Rupa-rupanya Suraqah dan tenteranya, bukan Suraqah sebenar yang dikenali oleh puak Musyrikin, ia adalah jelmaan syaitan.

Jelas daripada ayat ini, menunjukkan syaitan (makhluk halus) boleh berubah menjadi makhluk kasar, dan atas perkara yang sama, makhluk kasar (seperti manusia) boleh berubah menjadi makhluk halus. Manusia boleh hilang pada pandangan mata kasar dan berada dalam alam makhluk halus.

Dalam Kitab Gharaib Wa'ajaaibul Jinn karangan Al-Muhadith al-Qadi Badruddin as-Syubli, di halaman 99 ditulis suatu tajuk ‘Hukum ke atas isteri yang suaminya dilarikan jin'.


Diceritakan di dalam bab tersebut, bahawa pada zaman Umar al-Khattab (r.a.) menjadi khalifah, seorang perempuan mengadu kepada Umar tentang kehilangan suaminya (dilarikan jin). Umar bertanyakan wanita tersebut dan membenarkan dakwaannya.

Umar memberi hukum, perempuan itu terpisah dengan suaminya dan hendaklah ber'idah selama 4 tahun. Sesudah genap ber'idah, dia mendatangi Umar sekali lagi untuk meminta kebenaran berkahwin.

Setelah berkahwin dengan suami yang kedua, suami pertama yang hilang dahulu muncul semula dan mereka bersengketa kerana perempuan itu ada dua orang suami.

Mereka mendatangi Umar semula kerana dialah yang membenarkan perempuan itu berkahwin.

Umar berkata kepada suami pertamanya mengapa kamu menghilang diri begitu lama. Lalu lelaki itu menjawab dengan mengatakan beliau mempunyai alasan yang kuat kerana, dia ditawan oleh jin sepanjang masa dia hilang tersebut. Dia akhirnya dibebaskan.

Umar memberikan pilihan kepada suami yang pertama itu iaitu, sama ada hendak bersama dengan isterinya, dia akan memfasahkan perkahwinan kedua, atau dia menceraikan isterinya kerana ada suami yang kedua dan dia berhak mendapat kembali mahar yang dibayarnya semasa berkahwin dahulu.

Kisah ini dengan sendirinya membenarkan cerita bahawa terdapat manusia yang hilang kerana disembunyikan makhluk halus dan boleh kembali semula.

Namun demikian tidak semua cerita seperti ini benar. Kadang-kadang ada orang yang mengambil kesempatan, dia menghilang diri, bukan disorok jin, tetiba muncul semula dengan dakwaan sedemikian.

Tidak mustahil, orang yang mempunyai masalah dirinya, menghilangkan diri daripada orang ramai dengan pergi ke tempat yang jauh, akhirnya pulang dengan masalah-masalah yang tertentu.

Hal sebegini, kes-kes manusia dihilangkan jin jarang berlaku. Ianya kes terpencil, kita patut berhati-hati.

Wallahua'lam.

(Petikan dari Ruangan bersama Ustaz Dr. Haron Din: Harakah Bil.1340)



Adakah ustaz Zaharudin pun jadi pengikut Harun Din yang dituduh sesat pula?

Ada pemimpin Malaysia (Islam) yang pi kuil Hindu, ada laporan dari internet. Jika disahkan laporan itu betul, adakah pemimpin itu dah jadi penganut Hindu?

Macamana kaedah korang keluar hukum ni? Cerita la sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:09 PM | Show all posts
Golongan jin ada dua saja, yang Islam bermakna taat, dan yang kafir bermakna betul-betul menderhak ...
blastoff Post at 4-10-2010 22:32


Ini lah rupa orang yang tak ada guru, hurai Al-Quran mengikut akai singkat..betui la cakap ulama, barangsiapa tiada guru yg mempunyai sanad maka dia akan berhujah mengikut hawa nafsu sesuka hatinya..pada garam itu sendiri pon dia takkan dapat beza yg mana syuhud dan yg mana iktiqad..inikan pulak nak bezakan pada agama Allah, yang mana syuhud dan yg mana iktiqad..

Berhujah la sesuka hati hang, nescaya iblis akan bimbing hang..dan hang cuma rasa syok sendiri dgn hujah hang (itu kan perangai iblis)
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 01:42 PM | Show all posts
Reply 727# blastoff
3) Apa yang Nabi lakukan adalah Nabi membaca ayat-ayat yang memperlihatkan pergantungan Nabi sepenuhnya pada Allah untuk mengatasi gangguan iblis itu , lalu Allah sendirilah yang menghilangkan gangguan iblis itu dari Nabi
.

memang le dlm waktu tu nabi xgune garam...bile mase le nak sempat ambik garam waktu nak sembahyang...ade akai ka?
so time tu berdoa dan bace ayat quran je la yg sempat...lagi pun Nabi...xpayah le nak guna alat cam garam ke.. makamnya tinggi yop!lain le mike..'bile kena cirit birit mau pulak makan ubat'!?time tu le klam kabut mkn pil chikit teckaun le'..time tu le klam nak p'klinik..last2 doctor suruh makan ORAL REHYDRATION SALTS..last2 kena gune garam jgk...Doktor moden pun pake garam woo..tu kire kurafat jgk woo..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 02:01 PM | Show all posts
Reply 732# blastoff
So nampak jelas lah mnm77 ni menfitnah jin Islam , dia buat penilaian mengenai jinsyaitan based on persangkaan dia semata-mata tanpa merujuk Quran Sunnah sedangkan Allah menegaskan persangkaan semata-mata tidak membawa kebenaran, tambah-tambah lah lagi persangkaan yang di buat mengenai makhluk ghaib golongan jin  !


ha!!! yg tu jin islam mazhab wahabi salafiah le tu...antara jin2 islam yg paling jahat jin wahabi le...tu Haron din yg ckp....ade betoi jgk sebab jin ni umor panjang2 woo..dari zaman salafi deme tu dah idup...dan jin2 ni ngaku kate depa ni berfahaman wahabi salafiah..jadi xheran le benor ape yg dicakap tu..'lagi satu jin2 dari zaman2 salafi ni..suke berupe2 cam binatang..conthnya kucing,..mickey mouse,dan sebangse dgnnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 02:15 PM | Show all posts
Reply  a_gen2

Aku cabar blastoff buat report ke pejabat Agama Islam mengatakan Harun Din sesat. Ada berani?
janganlah hanya berani buat tuduhan di belakang pc je.
came77 Post at 4-10-2010 11:10


hahaha....takdenya dia berani.....kat sini boleh la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 02:16 PM | Show all posts
Reply 703# Amir

Apakah jenis frekuensi yang dia pakai untuk berhubung dengan hantu/jin/syaitan? Tidak dibagitahu ke Blastoff?

    kalu xsilap teman dia pake frekunsie 96.9 sinar fm..tapi kalu nak lebih clear dan lebih mantop kena pakai frekunsie 102.7 ikim fm...kalu gune frekunsie ni jin paling takut woo..!!sebab frekunsie ni di lebih kepade penggunaan garam....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 06:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 5-10-2010 18:41
Tarekat naqsyabandi nizam haqani telah diistiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai HARAM dan SESAT  dengan jelas sekali.... daripada bukti blog harun din yang dibawa oleh blastoff dipercayai harun juga adalah penganut tarekat ini...

    ramai penganut agama naqsyabandi dalam forum ni... lebih baik ikut nasihat Majlis Fatwa bertaubat dan kembali kepada Islam yang sebenar...  

    malangnya mereka tidak boleh menerima kebenaran... sia-sia membawakan seribu dalil dan fakta...
    kupia Post at 3-10-2010 13:56

Saudara kupia, anda dah siasat ke Harun Din tu dah jadi pengikut tarekat tu? Hanya disebabkan ada maklumat dalam blog tu, adakah cukup kuat untuk tuduh yang dia (Harun Din) terseleweng?
mnm77 Post at 5-10-2010 08:32


Saya dah tak jumpa URL link site harun din yang dimaksudkan, nak kena cari balik.  Saya dah baca site harun din ni lama dah dari awal 90an lagi kalau tak silap...  daripada apa yang dinyatakan dalam tulisan tu asas untuk menuduh lebih dari mencukupi... apatah lagi kalau mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau makin tambah terserlah... cuba dengar jawapan beliau dalam youtube mempertahankan salawat bida'ah tafrijiah...

mengikut apa yang ditulis oleh harun din sendiri
"bukan sahaja nizam hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh harun din (di kg baru kalau tak silap) malah nasihat nizam dipatuhi dengan akur oleh harun din dalam permulaan usaha menubuhkan darussyifa'...  mustahil harun din tidak mengenali siapa pendeta besar tariqat naqsyabandi nih..."

anda boleh anggap ini sebagai tuduhan atau fitnah... tapi bagi kami ini adalah satu BUKTI besar....

Saya tengok saudara pun dok bagi jawapan berdasarkan blog Ustaz Zaharuddin. Dalam blog ustaz tu pun bila ada persoalan Jin dia refer Harun Din. Cuba buat search kat blog dia:

Bolehkah Manusia Masuk Alam Jin & Sebaliknya

http://www.zaharuddin.net/aqidah ... n-a-sebaliknya.html


ini baru betul satu tuduhan dan pembohongan besar yang nyata...   baru hari ini saya tau ada ruangan khas untuk harun din dalam site ustaz zaharuddin berhubung dengan persoalan tentang jin.  Yang saya tau site ustaz zaharuddin khas membincangkan sistem kewangan, perbankan dan ekonomi islam, ustaz zaharuddin memiliki kelulusan dan kepakaran dalam soalan kewangan Islam.  Dan saya selalu masuk kesana mencari maklumat mengenai sistem kewangan Islam, bukan maklumat mengenai jin atau tariqat naqsyabandi, sampai sekarang ruangan aqidah dalam site itu belum pernah saya jejaki.

tapi menarik juga kalau boleh saya dapat tau bagaimana boleh jawapan2 saya dilihat berdasarkan maklumat dari dalam site ustaz zaharuddin?

Adakah ustaz Zaharudin pun jadi pengikut Harun Din yang dituduh sesat pula?

Ada pemimpin Malaysia (Islam) yang pi kuil Hindu, ada laporan dari internet. Jika disahkan laporan itu betul, adakah pemimpin itu dah jadi penganut Hindu?

Macamana kaedah korang keluar hukum ni? Cerita la sikit?


Ruangan yang diberi kepada harun din untuk menjawab soal jawab mengenai jin tidak relevan dengan diqiaskan dengan apa yang ditulis oleh harun din dalam blog dia sendiri.

melawat ke kuil hindu atau ke gereja juga tidak relevan untuk diqiaskan dengan tulisan harun din dalam blog dia...

Siapa "korang" yang dimaksudkan? hukum mengenai tareqat naqsyabandi nizam haqani adalah SESAT (bukan hanya menyeleweng tetapi SESAT) adalah diistiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan kebanyakan ulamak-ulamak terkemuka dunia dulu dan sekarang, bukan "kamiorang" yang mengeluarkan hukum.  Fakta dan dalil-dalil dari majlis fatwa kebangsaan akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Boleh atau tidak manusia masuk kedalam alam jin kena buka satu thread yang lain... bakal akan panjang berjela-jele...

wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 08:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 5-10-2010 20:18

Reply 667# kupia

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika Baginda ditanya tentang jampi yang di amalkan pada zaman jahiliah yang diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik Al-Asja'ie maksudnya:

"erlihatkan kepadaku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik".(Riwayat Al-Imam Muslim)

Sebelum batu meroyan miker lari bior teman cite ckit...tgk hadis tuh...hok jampi sebelum teagknya syiah islam selagi ia tidak mengandungi syirik bole diterima...itu pendapat Manusia Agung Nabi Muhammad SAW. Miker tuh sape nak sesatkan org? lawyer, tok sihir. tok bohmau, maharagu ahlul muzik ha! pengikot anak pak wahab ja chess!!....

Apala sangat garam tuh.....tetiba hukum harus jadi syirik....nk sembang pasai tariqat pi la ketempat yg telah disediakan...itu pon klu berani...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 08:33 PM | Show all posts
Itu kau kata jin Islam ada yang jahat, kau ingat itu ingat ini tapi itu semua persangkaan kau se ...
blastoff Post at 4-10-2010 12:44


Nama pon dh jin mn ada baik....tula jin pon tak kenai pastu nk tujuk pandai....bagilah puak2 harun din buat keje nih sbb dema memang ahli dlm bab jin/hantu nih...

sekurang2nya dapat mengelakkan org ramai dr pi jumpa tok bohmau siam ka tok bohmau asli/sakai tok bohmau bunian...selamat akidah byk org tuh....(bohmau= tak boh pengeras tamo jadi)
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:00 PM | Show all posts
Teman nak buat jemputan benang terbuka.Kalo nak berbincang, berhentam, bergusti, beradu, sesat dan menyesatkan pasal tariqat sila ke rumah yang telah disediakan di atas. Bukanke thread ni bincang pasal garam yang telah dirasuk oleh hantu?

file:///C:/DOCUME%7E1/Semooth/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/Semooth/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-2.png
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:26 PM | Show all posts
Reply 756# salikin
Miker tuh sape nak sesatkan org? lawyer, tok sihir. tok bohmau, maharagu ahlul muzik ha! pengikot anak pak wahab ja chess!!..
.

aik!Ateh..!ni dailog teman nih...tapi teman setuju benor le tu...correction sikit pase dialog teman tu...camni sebenornya...
SIAPA ?????anak pak wahab????pantang keturunan aku anak pak wahab...kau dengar baik-baik kupiah aku bagi kate dua pade kamu...kalu nak berdialog tentang tarekat bukan disini tempatnya...tapi disinunnnn...ape disana takpaham..???
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:30 PM | Show all posts
Reply  kupia
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika Baginda ditanya tentang jampi yang di amalkan pada zaman jahiliah yang diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik Al-Asja'ie maksudnya:

"erlihatkan kepadaku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik".(Riwayat Al-Imam Muslim)

Sebelum batu meroyan miker lari bior teman cite ckit...tgk hadis tuh...hok jampi sebelum teagknya syiah islam selagi ia tidak mengandungi syirik bole diterima...itu pendapat Manusia Agung Nabi Muhammad SAW. Miker tuh sape nak sesatkan org? lawyer, tok sihir. tok bohmau, maharagu ahlul muzik ha! pengikot anak pak wahab ja chess!!....

Apala sangat garam tuh.....tetiba hukum harus jadi syirik....nk sembang pasai tariqat pi la ketempat yg telah disediakan...itu pon klu berani...
salikin Post at 5-10-2010 20:17


Kawan tanya pasal "garam dan lada hitam" kamu bagi dalil pasal ruqyah jampi... dalam thread ni tak ada orang pertikai kisah sohih ruqyah syari'i ni, mana kena mengenanya... ini jugalah salah satu sebab aku tak nak masuk thread satu lagi sana nu... ada juga membaca sikit-sikit tulisan hujah kamu dengan geng2 kamu tu aku senyum sinis je....  dulu sebelum kamu join forum ni kami dah bersilat dah topik yang sama geng2 syiah lama-lama yang menyokong kamu dulu dah tak ada nampak lagi dah sekrang ni.... (cuba tanya mnm77)... lebih banyak buang masa dari dapat faedah...

jadi syiriklah bila guna garam nak mengalau antu... khurafat sama macam guna tangkal azimat juga.... dah bagi banyak bukti jangan tasyabuh tak mau terima juga...

banyak ada ustaz, ulamak-ulamak yang guna ruqyah syari'i bedepan dengan jin ni... dia suruh orang ambik wuduk dulu, dia suruh orang pempuan tutup aurat, dia suruh musnahkan semua tangkal2 azimat yang ada simpan, dia suruh turunkan gambar-gambar makhluk dalam rumah barulah dia mau baca quran.... tak ada pun dia suruh bawak garam, bawak lada hitam, bawak ibu kunyit, bawak kain hitam, bawak kain kuning semua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.098571 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list