CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skymania

[KBS2] The Fugitive Of Joseon : Lee DongWook ♥ Song JiHyo

[Copy link]
Post time 26-7-2013 06:03 PM | Show all posts
manganini posted on 26-7-2013 04:40 PM
cite Blade & Petal.. threadnya di sini.. Blade & Petal

tapi aku tak tengok pun.. sebab rasa pen ...

Ok..Thanks..Jap lagi nak tinggal jejak kat sana
Cite Good Doctor tu hero LMH kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 07:38 PM | Show all posts
camrey posted on 26-7-2013 06:03 PM
Ok..Thanks..Jap lagi nak tinggal jejak kat sana
Cite Good Doctor tu hero LMH kan?

tak .. cite good doctor tu joo won & moon chae won yg berlakon..
LMH cite Heirs.. tapi lambat lagi cite tu, september baru start shooting.. hujung tahun la baru tayang kot..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 03:29 PM | Show all posts
manganini posted on 26-7-2013 04:40 PM
cite Blade & Petal.. threadnya di sini.. Blade & Petal

tapi aku tak tengok pun.. sebab rasa pen ...

yes!!

im waiting for this thread.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 10:41 AM | Show all posts
manganini posted on 26-7-2013 07:38 PM
tak .. cite good doctor tu joo won & moon chae won yg berlakon..
LMH cite Heirs.. tap ...

bkn ke crta GOOD DOCTOR lakonan LMH dh dtayangkn kt SBS??yg heroin Kim Hee Sun...aku ase SBS dh 2x tayang crta ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 02:11 PM | Show all posts
p.timur3831 posted on 27-8-2013 10:41 AM
bkn ke crta GOOD DOCTOR lakonan LMH dh dtayangkn kt SBS??yg heroin Kim Hee Sun...aku ase SBS dh 2x ...

oo tak.. yg tu lee min ho punya. good doctor yg joo won & moon chae won berlakon sekarang tengah tayang kat KBS.. ini link threadnye..

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=730357&extra=page%3D1

jom le tengok.. aku pun baru je tengok ep 1..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 03:24 PM | Show all posts
manganini posted on 27-8-2013 02:11 PM
oo tak.. yg tu lee min ho punya. good doctor yg joo won & moon chae won berlakon sekarang tengah t ...

dh tgk dh pn..aku x confius lh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2013 05:33 PM | Show all posts
Mcm biasa la kan. Dah tengok kena la buat review. Pastu claim tacang kat @dauswq .. kekeke

Rating Keseluruhan Drama:   7 + 7 + 7 + 3 + 3 = 6.75

1. Cerita  (7/10)

- Secara ringkasnya, drama ni mengisahkan kehidupan Choi Won, seorang doktor diraja pada zaman Joseon yg ‘terer’ tapi buat2 ‘tak terer’ kerana kehidupannya hanya fokus untuk mengubat anaknya yg sakit. Tanpa dijangka, suatu hari dia menjadi mangsa konspirasi jahat permaisuri dan menteri2 dalam istana. Dia dituduh membunuh rakan setugas padahal tidak bersalah, sehingga memaksanya menjadi seorang pelarian. Maka bermulalah kesengsaraan hidup Choi Won sebagai pelarian - terpaksa berpisah dari anak tersayang, Choi Rang dan melalui kehidupan sukar yg turut mengajarnya menjadi seorang yg lebih baik. Pelbagai usaha dilakukan (dgn bantuan watak2 lain) untuk menbersihkan namanya dari tuduhan tersebut, sehingga akhirnya dia berjaya membongkar konspirasi jahat dalam istana dan kembali ke pangkuan anak yang dikasihinya. (motip bapak kembali ke pangkuan anak?? Haha apa2 jer lah )
-Tema cerita yg menarik, tapi pengolahan cerita bukan lah yg terbaik. Walaubagaimanapun not bad, masih boleh layan walaupun ada jugak rasa mcm nak bosan.
-Yang paling menyentuh hati dlm cerita ni ialah hubungan “sweet & cute” antara Choi Won dan anaknya, bagaimana seorang bapa tunggal membelakangkan segala2nya (karier, beristeri baru) dan bersungguh2 mengubati, membesarkan anak perempuannya  serta sedaya upaya protect anaknya dari anasir2 jahat.


Yang ni time happy

- Memorable scene: Of course la masa Choi Won lari kene kejar polis sambil bawak anak dia, sampai kena panah kat belakang.

Time ni dah start sedih dah


2. Keberkesanan Lakonan (7/10)

Lee Dong Wook (Choi Won)
- Watak sebagai royal physician turned fugitive yg mengalami pelbagai ancaman serta rintangan untuk memastikan diri dan anaknya survive.
- Bagi aku lakonan LDW tidak cukup strong untuk bawak watak yg berat ni. Ekspresi muka, pergerakan badan & lontaran suara tidak benar2 mengesankan untuk aku bersimpati kepada watak ini.
- Lakonan okay, tapi tak cukup menyentuh hati, I want more.

Kim Yoo Bin (Choi Rang)

- Watak sebagai anak kepada Choi Won yg menderita penyakit kronik (TB kot aku rasa). Hidupnya berubah sengsara apabila bapanya falsely accused melakukan kesalahan jenayah.
- Sangat bagus berlakon, dan nampak sangat dinamik kalau dibandingkan dgn lakonan sebelumnya dlm Princess Man (masa tu dia kecik lagi kot)
- Lakonannya berjaya meraih simpati menyaksikan kepayahan hidup Choi Rang setelah turun kasta dari noble kepada slave. Tetapi dlm masa yg sama, watak ini juga sangat adorable kerana personalitinya yg tetap periang, bijak, sentiasa positif & cuba berdikari walaupun semasa ketiadaan ayahnya. (suka scene dia cuci kain sendiri lepas terbuang air besar masa tido)
- Scene terbaik yg dilakonkan bagi aku ialah scene2 sedih apabila terpaksa berpisah dgn ayahnya.



- Walaupun hebat dlm scene2 air mata, lakonannya juga sangat mencuit hati ketika babak2 yg comel dan happy (eg. scene buat gwiyomi play)
- Pencalonan untuk Best Actress, ke Best Supporting actress? (boleh ke?)

Song Ji Hyo (Hong Da In)
- Watak sebagai jururawat istana yg pada awalnya memperlekehkan kebolehan Choi Won, tapi as the story progress, dialah yg banyak membantu Choi Won membersihkan nama dari tuduhan, merawat Choi Rang semasa ketiadaan bapanya, sehingga akhirnya menjadi teman hidup Choi Won di penghujung cerita.
- Lakonan just biasa2 je. Okay tapi tidak menarik hati (takde x-factor)

Im Seul Ong (Crown prince Lee Ho)

- Watak putera mahkota yg cuba ditumbangkan oleh plot jahat ibu tiri (permaisuri) dan menteri2 dalam istana.
- Watak yg likeable, tapi lakonan masih perlu banyak penambahbaikan.

Yoon Jin Yi (So Baek)
- Watak sebagai anak bandit yg tomboyish, tapi jatuh cinta kat Choi Won.
- Lakonan agak bagus tapi tidak sebagus dan se-adorable dalam A Gentleman’s Dignity.
- Watak ni bising, immature dan agak annoying bagi aku.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7/10)
- Lakon layar, teknik pengarahan dan sinematografi semua aku kategorikan sebagai sederhana.
- Rasa agak exhausted menonton bila plotnya balik2 mengisahkan perkara yg sama – percubaan demi percubaan Choi Won untuk  bebaskan dirinya dari tuduhan tapi tak berjaya.

4. Skor muzik (3/5)

- Biasa aje. Okay la sesuai la dgn cerita.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)

- Agak stress kalau ditengok berulang kali. Tapi kalau skip2 untuk tengok Rang je boleh kot.

Comments

TOTAL =7+7+7+3+3 = 27/40 *10 =6.75 Terima Kasih atas review Nomination: Kim Yo Bin   Post time 30-11-2013 06:40 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 10:17 AM | Show all posts
Aku pun tak tau kenapa aku tgk drama ni sb ji hyo kot. Aku jarang tgk ji hyo berlakon sb tu agaknya aku pilih drama ni.

1. Cerita  (6/10)

Drama ni berkisarkan Choi Won tabib di raja yg ada anak perempuan yg sakit dan berusaha utk cure sakit anak dia. Dalam masa yg sama sb nk tumpukan sepenuh perhatian kat anak dia , choi won cuba untuk tidak menonjolkan diri dia sangat. Semua orang kat istana rasa dia adala sloppy physician dan mereka tak paham knp putera mahkota memandang tinggi kt skill dia. Hubungan antara choi won dgn putera mahkota dah lama terjalin sejak zmn kanak - kanak lg sb choi won pernah minta putera mahkota utk selamatkan atok dia tabib di raja juga tapi tak berjaya akhirnya atok dia di bunuh oleh raja kerana tuduhan pengkhianatan kepada negara tp mcm biasa la itu semua fitnah semata - mata sb tu choi won tak nk menonjolkan skill dia yg hebat tu supaya tak de org berasa dengki atau terancam dgn kehadiran dia kt istana sb main purpose dia masih stay kat istana semata - mata kerana nk cr buku yg bole mengubat penyakit anak dia dan dikhabarkan buku tu berada dlam istana.

dan kerana buku tu juga menyebabkan choi won terpaksa berpakat dgn putera mahkota untuk mencari siapa dalang kepada rancangan untuk membunuh putera mahkota sehinggakan mengancam nyawa choi won dan org yg berada di sisi dia.

2. Keberkesanan Lakonan (7/10)

Lee Dong Wook as Choi Won
Aku tak sangka dia ni bole jadi kelakar. Untuk watak ni dia menunjukan pelbagai perasaan. Sebagai bapa, sebagai kekasih, sebagai anak, sebagai abang pergh dasat kot. Berat watak choi won ni dan aku rasa dia bawa watak ni dgn baik.

Song Ji Hyo as Hong Da In

pada aku watak Da In tak de impact sgt. kesian gak kat ji hyo sb aku rs watak ni tak de kekuatan dan perkembangan yg sepatutnya.

Song Jong Ho as Lee Jung Hwan
Aku agak impress transition pakcik ni drpd watak yg mengejar choi won kepada org yg akan menolong choi won menyelesaikan misi dia dan akhirnya jd adik ipar choi won.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (6/10)

Teknik pengarahan dia biasa sb ada part yg aku rs bosan dan slow. tapi ada juga part yg best jdnya aku tak pasti kesalahan inconsistent disebabkan penuli skrip atau pengarahan itu sendiri.


4. Skor muzik (4/5)

Lagu - lagu dia mmg best terutamanya lagu moo myung jin sesuai sangat utk hubungan choi won dgn da in. best gile lagu ni.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (0/5)
tidak sama sekali tak de apa yg menarik perhatian aku.

@dauswq percalonan pelakon terbaik bg kt lee dong wook.

Comments

TOTAL =6+7+6+4+0 = 23/40 *10 =5.75 Terima Kasih atas review Nomination: Lee Dong Wook   Post time 1-12-2013 12:26 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.452969 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list