Semalam semasa lawatan TPM dan MB di sek. Men. Banggol, Paya Berenjut ada sesetengah ibu mengadu kepada MB yang bekalan susu bayi mereka kehabisan..selepas TPM balik ke KL..MB pergi ke Giant Kijal, dan membeli sendiri bekalan susu bayi dan bekalan makanan untuk dihantar ke pusat pemindahan mangsa banjir di sek. Men. Banggol, paya berenjut..
Pic 1,2,3: Bekalan susu dan makanan dimuatkan di dlm trak askar dihadapn pejabat DO
Pic 4: MB bawa turun bekalan susu dan makanan di sek. berkenaan
Update dari kemaman....banyak bantuan telah sampai pada hari ini...lori tangki air dari syabas jua udah sampai...20bijik 4wheeldrive jua baharu sampai pagi tadi dengan bantuankeperluan asas serta khidmat perubatan....hujan dijangka lebat sedang membadai...air pada pagi tadi telah nampak perubahan baik namun hujan lebat...ga tahu mahu buat prediksi lagu mana...bot2 dan jetski kami kena standby semula....bantuan diesel jua telah sampai ke warehouse syarikat saya hari ini...ada diesel ok lah dikit mahu bergerak...yang mana2 berada didalam ousat pemindahan itu...jika tidak sakit demam.,,tolonglah ringankan tulang bantu sukarelawan memasak dik...jangan duduk tercongok menyembang jah...
Taniah @miawpink sebab rajin update, sebelum nie @peacheose selalu update pasal banjir dan bantuan dihulurkan, pastu ada sorg forumer menyalak tanya apa forumer buat dlm nie selain jdi keyboard warrior
Thanks pada semua forumer yg rajin update dri vol 1 lagi, yang menyalak tu biarlah dia menyalak
asrisha posted on 6-12-2013 10:08 PM
bila teman tengok ramai usaha dari rakyat biasa kumpul2 barang sedih teman dengarnya... Kat TV tiada ...
betul tu..saya yang dok tgk astro, tak la perasan ade iklan hntr bantuan ke mangsa banjir..nak kata tengok sekejap tv tak jugak..dari celik mata sampai zzzzz, tv on tak de jugak montaj pasal mangsa banjir ni...takkkan dorang tak de allocation untuk buat coverage ye ...
Kemaskini bekalan air..elektrik dan komunikasi....buat masa ini hanya didalam bandar chukais ahaja yang dibuka sumber tenaga elektrik..air dan jua talian komunikasi....berikutan TNB tidak cukup power supply...makanya kawasan2 diluar bandar chukai tidak mempunyai bekalan air dan talian komunikasi....yang update ini majority guna data plan...dan semalam rakan saya hantar technician celcom pergi repair pencawang mereka di bukit mentok...celcom telah kembali puloh pada pagi ini....
vespa_oren posted on 7-12-2013 01:42 PM
Taniah @miawpink sebab rajin update, sebelum nie @peacheose selalu update pasal banjir dan bantuan d ...
saya tak kisah sape nk nyalak ke tak
senang je
tak suka tak buka benang ni..
sy tak ada kat kg..
risau mak ayah kat kg..
share kat sini sy tau sikit perkembangan
ramai kawan, sedara mara saya kat pahang..
mersing pun ada gak famili kenalan rapat
bia la apa org lain nk ckp...
buat tak nampak je posting yang sakit kan ati
KUALA LUMPUR - Barangan keperluan bernilai RM25,000 akan diedarkan kepada mangsa banjir sekitar bandar Rompin, Pahang oleh Bridged Kesatria Pemuda Wilayah dalam Misi Bantuan Bencana yang dilepaskan hari ini.
Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, konvoi disertai 48 sukarelawan itu membawa makanan dan keperluan harian yang disumbangkan pelbagai pihak.
Menurutnya, misi bantuan dua hari sehingga esok dilakukan secara berperingkat.
"Fasa pertama kami menghantar bantuan, fasa kedua kami akan turun padang membantu mangsa banjir, dan fasa terakhir sukarelawan akan membersihkan kawasan yang terjejas selepas bah surut.
"Jumlah bridged akan kami tambah dari semasa ke semasa agar dapat membantu mangsa kembali ke hidupan asal misalnya mengemas rumah warga emas, masjid yang terjejas dan kawasan persekitaran," katanya kepada media selepas pelepasan misi bantuan itu, hari ini.
Konvoi melibatkan 10 pacuan empat roda, van dan lori itu dilepaskan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di hadapan lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Beliau berkata, antara barangan dihantar termasuk lampin pakai buang, beras, minyak masak, sardin meggi, tuala wanita dan pakaian.
"Buat masa ini difahamkan Rompin amat memerlukan bantuan kerana ada penduduk terjejas di sana sanggup menahan kenderaan bantuan untuk mendapatkan keperluan.
"Justeru, kami akan menghantar lebih banyak bantuan dalam masa tersekat kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di sana," katanya.
Pada masa yang sama, beliau menyangkal dakwaan pembangkang pemimpin Umno hanya bersuka-ria sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 sedangkan mangsa banjir tidak dihiraukan.
"Saya sanggah habis-habisan dakwaan itu. Kita buat kerja sukarela untuk bantu rakyat dengan ikhlas.
"Di sini hanya segelintir sahaja perwakilan hadir, tetapi di tempat kejadian ada ramai lagi menghulurkan bantuan, kita bukan mahu menunjuk-nunjuk," katanya.