bila baca post ahkak tinkle..
teringat post mh370 aka adam yg suruh org berjalan dari bangunan satelit klia ke tempat boarding.
suruh redah landasan kapal terbang bagai
bluemenx posted on 18-7-2014 02:39 PM
US panas bontot, coz Russia dgn Ukraine tak perang2 lagi.. so.. kasi picahh laa kata US
sorry, iols mcm noob sikit kes gaduh gaduh Russia-Ukraine ni..
so, US gigih sangat nak tengok Russia-Ukraine bergaduh, US siding sebelah mana?
ke kalau Russia-Ukraine bergaduh, US automatic naik atas leading semua negara, sebaris dengan China?
begitu?
SEREMBAN: Pembantu juruterbang pesawat MH17, Choo Jin Leong Eugene, 45, disifatkan sebagai seorang jiran yang baik dan peramah.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, 45, yang kebetulan tinggal tidak jauh dari kediaman mangsa di sebuah perumahan elit di Seremban 2, berkata Eugene sering bertegur sapa dengan jiran tanpa mengira bangsa.
"Beliau seorang yang baik dan sering dilihat beramah mesra dengan penduduk di kawasan ini tanpa mengira bangsa.
"Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada Sabtu lalu namun tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.
Mohd Ridzuan berkata, dia melihat keluarga mangsa amat sedih dengan kejadian itu dan rumah itu menjadi lokasi saudara mara berkumpul sejak jam 5 pagi tadi.
Cubaan media untuk menemubual keluarganya tidak berhasil kerana tidak dibenarkan masuk ke perumahan itu oleh pihak kawalan keselamatan yang mendakwa menerima arahan pihak atasan, manakala isteri Eugene difahamkan sudah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
HABIBAH Ismail, 65, ibu kepada kru kabin nahas MH17, Azrina Yakob, 41, (gambar kecil) tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui pesawat MH 17 yang dinaiki anaknya terhempas di Ukraine, tengah malam tadi ketika ditemui di Alor Setar hari ini.
GAMBAR kenangan Ketua Pramugara Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar, 54, (berdiri kiri) bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) dan rakan sekerja ketika dalam penerbangan. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan