CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coyotemawi

Masalah-masalah Yang Cikgu Hadapi -

[Copy link]
 Author| Post time 10-4-2008 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by belanga at 10-4-2008 08:39
Adoi..... bab vacation ni kita boss,anak kena ikut jadual boss! :bg:
Sekolah lama pun anak I lah yg. tuang lama sekali. setahun biasanya sampai 32 hari.
Dulu di US, jadi balik ...



bagusss...
sangat bagussss...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2008 04:57 PM | Show all posts
banyak sungguh masalah...tapi tak jadi masalah biasanya bagi guru2 yg dah terbiasa dengan masalah2 ituwwww......
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 05:41 PM | Show all posts
salah satu sebab lagi mengapa cikgu terpaksa gunakan juga waktu pembelajaran pada sesi persekolahan (terutama pagi) adalah kerana di kebanyakan negeri ada sesi sekolah agama /petang. jadi kalau kita buat waktu petang pun, sama juga kita ambil hak mereka untuk belajar agama kan? bagi yang non-muslim biasanya mereka dihantar ke kelas tambahan atau kelas piano ke lukisan ke oleh ibu bapa mereka ebrgantung kepada kemampuan.

tapi biasanya guru akan cuba elak dari menggunakan waktu terutama waktu subjek yang utama/peperiksaan. yang akan jadi mangsa adalah waktu seni, agama / moral, pj, KH dan muzik. seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, latihan intensif hanya akan dilaksanakan pada minggu sebelum pertandingan sebagai contoh sekarang ini sekolah saya sedang melatih pasukan bola baling untuk wakil daerah ke kejohanan peringkat negeri. ada 4 sekolah dengan kebanyakan pemain adalah dari sekolah saya. hanya 2 hari yang diambil iaitu hari ini khamis dan jumaat terus sambung sabtu. ahad bergerak ke Kuala Lubu Bharu, Hulu Langat, latihan sikit di padang SMK Kalumpang (tempat kejohanan) dan Isnin hari kejohanan.

dan mungkin sebab itulah mengapa murid kelas A sering menjadi perhatian. kerana mereka mampu "kejar" apa yang tertinggal di dalam kelas walaupun terpaksa meninggalkan kelas. kita bukan menidakkan kemampuan murid kelas lain tapi jika mereka juga boleh buat perkara yang sama (tak banyak sikit pun jadi la) kami tetap terima untuk sertai apa-apa acara yang sesuai. malahan memang setiap kali ada acara yang hendak dipertandingkan (contoh catur) pendaftaran adalah terbuka dan saringan akan dibuat. tapi malangnya ada murid yang ambil kesempatan untuk tuang dari kelas. yang ni memang kita buat tapisan segera. tanya knight gerak macam mana. kalau fail..keluar dari senarai.

itulah masalahnya, lain padang lain belalang.

cuma jangan heran, saya dah jumpa Guru penolong kanan yang dah siap bagi warning, hantar cuma pertandingan yang menjamin kemenangan. kalau hantar lingkup. tak payah. bagi saya, kita hantar murid dalam sesuatu acara / pertandingan bukan dengan matlamat untuk menang sahaja,ada banyak benda tersirat yang bakal murid terima jika menyertainya. adatla kalah memang. kalau semua nak menang siapa nak kalah dan memanglah kita pergi bukan untuk kalah. tapi jika kalah pun, secara tidak langsung ia mampu melatih murid untuk bersedia menerima kekalahan (itupun setelah dia bermain bersungguh-sungguh bukan main-main) ...jadi anda sendiri boleh nampak mengapa ada cikgu yang berusaha melatih murid "bermati-matian"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 05:59 PM | Show all posts

Reply #760 belanga's post

Tidak semua murid berpeluang macam anak Belanga. dan kalau anak orang putih datang ke sini sekalipun buat macam apa yang anak Belanga buat dan pamerkan kat anak orang putih kat sana, anak -anak di sini pun kagum. andai la ada anak omputih stay kat sini bawa gandum sekalipun, mesti anak tempatan akan ternganga dengar ceritanya..tu pun kalau anak omputih tu pandai cakap melayu.

dan jangan terkejut, pengalaman kawan saya di bandar di mana dia bertanya kepada anak muridnya ayam dan beras asal dari mana... jawapan yang diberi dari Carrefour! dan saya pernah mengajar kajian tempatan, saya minta buat folio (dengan bimbingan) tapi yang betul-betul siap 1 sahaja dan saya yakin ahli yang lain lebih kepada menumpang. kita memang nak cuba agar murid lebih terbuka fikiran bukan lagi kepada kaedah suap je. kita mahukan murid berusaha sendiri dengan bimbingan guru. apatah lagi kini dah zaman komputer, murid dah mula kenal komputer, dah boleh buat tugasan. walaupun telah dilatih untuk menggunakan masa lapang dengan membaca buku, siapkan kerja rumah dan sebagainya, anak-anak kita masih lagi belum sampai ke tahap itu. masih lagi umpama paku dengan tukul. cuma anak-anak yang telah dilatih dari rumah sahaja yang mampu berbuat demikian. apa pun warga guru tetap akan terus membimbing anak murid untuk terus maju dan berjaya dalam hidup. cuma kami perlukan sokongan daripada ibu bapa dan usaha daripada murid itu sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2008 07:33 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 10-4-2008 17:59
Tidak semua murid berpeluang macam anak Belanga. dan kalau anak orang putih datang ke sini sekalipun buat macam apa yang anak Belanga buat dan pamerkan kat anak orang putih kat sana, anak -anak d ...



setuju sesangat..
sebb bukan seme students bernasib baik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 05:02 PM | Show all posts
Kementerian jamin atasi masalah guru

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memberi jaminan akan mengatasi semua masalah membabitkan profesion perguruan dalam masa terdekat supaya warga pendidik dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Jaminan itu diberikan Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail dalam pertemuan dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kelmarin.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Peng, berkata dalam pertemuan itu, kementerian juga setuju untuk mengambil kira pandangan warga pendidik dalam melaksanakan dasar pendidikan negara selepas ini.

揘UTP berpuashati dan gembira dengan hasil pertemuan yang diadakan dengan Timbalan Menteri Pelajaran yang baru. Kementerian sangat positif mendengar segala pemasalahan guru yang dibangkitkan.

揔ami juga menyerahkan memorandum masalah yang membelenggu profesion perguruan kepada Razali dan berharap ia dapat diselesaikan segera untuk manfaat semua. Ini kerana tugas guru amat berat dalam mendidik anak bangsa,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2008 07:50 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 12-4-2008 17:02
Kementerian jamin atasi masalah guru

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memberi jaminan akan mengatasi semua masalah membabitkan profesion perguruan dalam masa terdekat supaya warga pendidik  ...



bagus la
dah sampai masanya ada orang amik kisah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:08 PM | Show all posts

Reply #766 dexa's post

Sokong sangat buat MOU dengan kementerian Pertahanan letak anggota tentera kawal disiplin pelajar...at least buat percubaan dulu untuk 6 bulan..tengok ada tak hasilnya........cikgu tukang ajar je.....

[ Last edited by  sayawifenikmie at 14-4-2008 06:09 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2008 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by sayawifenikmie at 14-4-2008 18:08
Sokong sangat buat MOU dengan kementerian Pertahanan letak anggota tentera kawal disiplin pelajar...at least buat percubaan dulu untuk 6 bulan..tengok ada tak hasilnya........cikgu tu ...



meaning..ada tentera yang akan berkawal kat kawasan sekolah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 08:58 AM | Show all posts
Haar begitulah cadangan saya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 01:52 PM | Show all posts

- apa tindakan jika guru diugut pelajar...?~

- apa tindakan jika guru diugut pelajar...?
hmmm apa agak2 tindakan yg sepatut dan sebetul nya boleh diambil seorang guru
/ guru disiplin jika diugut pelajar...?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 02:13 PM | Show all posts

Reply #1 gorgonz's post

bebudak skrg terlampau kurang ajar dan berani so kalau ugutan tu mengancam diri, ade bukti dan saksi, Buat laporan polis la.

Ade kes kat tempat aku. Tauke kedai ni taknak jual rokok jual batang kat bebudak sekolah nih. Next day kereta dia kena bakar..nasib baik kereta buruk jer.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #2 subline_code's post

kereta kena bakar? eh! kalau ada orang tu..benda salah camni mesti salah cikgu...tak kiralah apa masalah yang ditimbulkan oleh murid/pelajar lain orang tak terbabit...

back to topic,

jika ada bukti yang kukuh, memang boleh dilaporkan kepada polis namun jika berlaku dalam kawasan sekolah, rasanya kena rujuk dengan pihak pentadbiran dan PPD sebelum tahu sama ada boleh atau tidak ia dilaporkan kepada polis.masalahnya kalau ugutan secara lisan. kalau bertulis ke, sms ke atau sampai berlaku kerosakan harta benda dan diketahui siapa puncanya mudah sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 02:28 PM | Show all posts

Reply #768 sayawifenikmie's post

kang ada plak NGO kata kita nak training askar bawah umur   sedangkan merotan apatah lagi menjeling pun dah trauma budak lagi nak suruh Sarjan Misai bagi arahan...huhuuuh...kang tak pasal ada forummer kata..masalah dispilin berpunca dari askar dan guru

anyway yang dekat kem pun baru kena sikit dah ngadu kat mak bapa, masuk paper. inikan pula kat sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 02:37 PM | Show all posts

Reply #771 CharlieDale's post

Cadangan saya....

1. Gunakan kepakaran pegawai tentera dalam membina disiplin pelajar...kaeadahnya terpulanglah kepada KPM.....cikgu lebih kepada P&P sahaja...

-komplen, bantahan, rungutan pasti takan berakhir..namun kita boleh mencuba..mungkin ada kesan yang lebih baik..

tq..

[ Last edited by  sayawifenikmie at 15-4-2008 02:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 03:16 PM | Show all posts
first of all... b4 u report pd sesiapa atau apa2 je.. tulis dlm diari bila, di mana, sapa dan bagaimana situasi tu... pastu report dgn org atas kalau benda tu jd kat sekolah. kalau kat luar i think better report pd polis.. lg bagus kalau ada bukti dan saksi. tak payah takut kat bebudak tu... dorang nak jd samseng.. esok2 menyesal ( ingat tak kisah budak sekolah agama bunuh kwn dorang tu? masa depan gelap giler coz umo 16 tahun dah ada rekod membunuh dgn niat )

apa2 pon i tak tau sgt undang2 malaysia. undang2 kat sini consider diari bekerja dan report dlm diari tu pon consider as bukti  esp kalau benda nie berlaku constantly dan lead toperkara2 yg tak diingini.. kalau bebudak tu masih okie lagi... let say just ckp2 je, guna saikologi tp kalau dah guna fizikal.. jgn lawan lari je. paling sahih kalau ada kesan lebam semua tu, u pegi hospital buat medical check up dan kemudian buat report polis. biar polis tangani bebudak tu... biar merasa sket cara idup kat lock up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 10:37 PM | Show all posts
repot polis!... senang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 10:59 PM | Show all posts
x payah repot bagai2.cr member dlm 5,6 org.pastu serang hendap bdk sekolah tu.pastikan anda memakai topeng atau melakukannya di tempat gelap bg mengelakkan identiti anda dikenal pasti.

atau pun upah sahaja samseng utk melakukannya.small matter.kalo blh tinggalkan sikit kecacatan kekal pd mangsa spt patahkan kakinya supaya dia jd tempang n pastu x de tokoh nak jd samseng lg.amacam ada bran?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 06:36 AM | Show all posts
Originally posted by sayawifenikmie at 15-4-2008 14:37
Cadangan saya....

1. Gunakan kepakaran pegawai tentera dalam membina disiplin pelajar...kaeadahnya terpulanglah kepada KPM.....cikgu lebih kepada P& sahaja...

-komplen, bantahan, rungutan  ...



aku pun kalu bule nak concentrate on PNP aje
bule tak benda2 lain share ngan tentera ker (disiplin..)
setiausaha (kerja2 office..)
aku muak dah nak ngisi borang n so on...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by sayawifenikmie at 15-4-2008 02:37 PM
Cadangan saya....

1. Cadangan saya....

1. Gunakan kepakaran pegawai tentera dalam membina disiplin pelajar...kaeadahnya terpulanglah kepada KPM.....cikgu lebih kepada P&P sahaja...

-komplen, bantahan, rungutan pasti takan berakhir..namun kita boleh mencuba..mungkin ada kesan yang lebih baik..


pandangan saya pula:

1. kepakaran ini sudah ada dalam diri setiap cikgu. cuma kita masih terikat dengan pelbagai peraturan sehingga nak mendisplinkan murid juga menjadi berat. disamping guru tiada sebarang bentuk perlindungan terhadap diri serta harta benda guru tersebut daripada sebarang tindakan negatif terutama murid/pelajar yang kita hendak disiplinkan.

mengenai cadangan guru perlu lebih tumpu pada p&p dan mengabaikan pembentukan disiplin dan sahsiah murid. saya tidak dapat menerimanya sama sekali. bagi saya guru seharusnya mendidik dan bukannya mengajar subjek semata-mata. jangan kerana nama kementerian sudah ditukar kepada pelajaran dan bukan lagi pendidikan maka kita guru pun sama pikir nak mengajar sahaja. mana yang lebih anda suka, budak dapat 5A tapi disiplin dan sahsiahnya teruk atau murid yang setakat lulus atau gagal tapi masih tahu membaca menulis namun ada disiplin dan keperibadian yang baik.kita sendiri kena faham yang sahsiah serta disiplin murid itu bermula dari rumah dan cermin kepada ibu bapanya. guru disekolah hanya perlu membantu memperbaiki serta menambah yang mana kurang dan meningkatkan mana yang perlu.saya rasa tentu anda sendiri akan bangga jika anda sendiri dapat lahirkan murid yang pintar disamping disiplinnya tinggi. untuk guru lepaskan tugas mendisiplinkan murid adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. tapi kalau ia ditambah dengan kepakaran lain seperti polis dan tentera kepada apa yang sudah guru lakukan (mengajar dan mendidik/mendisiplinkan /membentuk sahsiah) dengan erti kata lain membantu, yang ini saya boleh terima. bantuan di sini mungkin dalam bentuk ceramah, latihan, kem motivasi dan sebagainya. untuk mereka terlibat secara langsung, saya harap anda faham kerana mereka juga ada tangungjawab mereka sendiri dan kita dengan tanggungjawab kita.

seperti yang saya katakan, setiap cikgu sememangnya ada kepakaran, cuma mungkin kepakaran kita berbeza. saya adalah seorang yang pernah menganggotai pasukan wataniah (kini dalam proses untuk menyambung semula perkhidmatan jika saya rasakan masa utk keluarga dan kerja benar-benar seimbang). saya pun ada aplikasikan "gaya" tentera dalam cara saya mengajar terutama dalam mendisplinkan murid. saya tekankan semangat berpasukan @ espirt de corps contoh kalau kelas tak bersih, satu kelas kena. sama ada balik lambat sampai kelas bersih (kebetulan kebanyakan kelas saya waktu akhir). tapi rasa perkara ini pernah dipertikaikan oleh seorang dua forummer  dalam satu thread mengenai tindakan sedemikian, mengapa sorang salah semua kena. mengapa yang salah sahaja tidak dihukum? sila ambil contoh macam kes warden rendam murid dalam kolam di Sabah ke sarawak akibat tandas tersumbat kerana sikap tidak bertanggungjawab seorang? pelajarnya) jawapannya: kalau kita tahu siapa buat salah, tentu mudah untuk kita kenakan hukuman dan juga, kalau semua kena jika dia prihatin di lain masa dia akan mengingati kawannya yang nak buat salah, sebab dia tahu kalau kantoi dia pun terbabit sama. secara tidak langsung ia mampu mencegah daripada kesalahan berlaku. untuk kesalahan seorang, biasanya amaran diberikan dan jika berulang ia akan dikenakan hukuman yang telah kita nyatakan semasa memberikan amaran pertama.

jadi saya rasa untuk serap pegawai atau LLP tentera ke sekolah bagi tingkatkan disiplin sebenarnya boleh ditangani oleh guru. cuma apa yang kita mahukan ialah kepercayaan dan sokongan ibu bapa dalam mendidik anak mereka disamping ibu bapa sendiri jangan lepas tangan dalam soal mendidik sahsiah dan disilpin anak mereka sendiri. terus terang saya katakan, institusi kem tentera sendiri pun sekarang macam sudah mula tercalar sama macam sekolah kerana sikap ibu bapa yang memanjakan anak serta tidak memberikan kepercayaan. maka sebab itu kita ada dengar kes pelatih tentera/rekrut yang lari mengadu kerana tidak tahan dengan ketegasan di kem. di zaman dulu, ada pernah dengar macam tu?

sebenarnya, apa yang ada di dalam tentera ialah ketegasan. jika anda tegas dengan murid insyaallah, murid akan berubah, tak banyak sikit pun tentu anda rasainya.

pasal koemn dan komplen, biasalah, kadangkala mereka tak nampak dari sudut positif apa yang kita lakukan. ingat saja sukasuka nak hukum murid tanpa sebarang kesalahan? ingat semua kesalahan boleh main kaunseling jer? bagi saya hukuman rlulah berpada dan berpegang kepada ayat orang lama " cikgu ajarlah anak saya, pukullah dia kalau buat salah cuma jangan sampai patah atau mati" kalau ibu bapa sekarang pun buat macam ni, balik rumah tau anak dia kena sebat dengan cikgu..dia pun tambah lagi...so kita tak akan perlukan tentera atau polis dalam sekolah kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.062332 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list