CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ilahkhatibrani

Pengalaman Mistik III- Ilahkhatibrani

 Close [Copy link]
Post time 29-6-2009 10:08 PM | Show all posts
salam..yuhuu...!!
wah kak ilah..tak sabar nak tggu part two pulak..
ehmm..rasanya dah mula faham ckit nape abah kak ilah kalau boleh berat nak mengubat org lain selain keluarga sendiri..

ehemm...
kak ilah punye profile,

Honour

Rank: 5Rank: 5

Thread
    2141
Credits
    2777  

suka number 2777 nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2009 08:32 AM | Show all posts
Salam sume & samat pagi..

Abeh part 1.. Penuh misteri tul famili kak milah neh.. dorg pn ade pedamping jgk ye.. Suka suki nk menguji org.. tah2 dorg nk mguji ilmu y abah Ilah ada agaknya..

Tabik ngan abah Ilah.. betul2 penyabar+banyak ilmu & luas pengalamannye..

x sabau nk tggu part 2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 08:58 AM | Show all posts
Salam Yana...

ada sebab Danil cakap macam tu..sebab kat thread ilah nie semua leh  masuk baca..takder limit........jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan....

pasai kena gangguan nie..ilah bagi jawapan yg senang difahami....tak kira samada kita nie beriman atau tidak.....yg tak beriman lagi senang dorang nak kacau dan goda...haaa yg nie selalunya yang mai kacau level rendah jer....tapi mana yg susah nak kacau atau diperkotak-katik...yg mai datang tahap atau level kekuatan tinggi sedikit..tapi mana yg memang tahu atau sentiasa dicahaya ngan kalimah suci ....dari jauh dah terasa getaran aura...erk! faham ker...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 09:00 AM | Show all posts
yuhuuuuu..salam n monen to allz
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 09:01 AM | Show all posts
salam ilah n kawan2 sume...

dah katam dah part 1...misteri tul... x sabar nk tahu kesudahan cite ilah ni..
makin di baca makin x sabar..

tapi tabik spring kat ayah ilah..
dia pandai kendalikan keadaan, x mudah kelam kabut...bukan senang nk ada
kekuatan mcm ayah ilah bile berdepan dengan keadaan yg mcm 2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 09:10 AM | Show all posts
salam Ilah,

Teringin nye nak jumpa Ilah sekeluarga...jarang kita dapat berkenalan ngan org2 yg mcm ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2009 09:11 AM | Show all posts
753# halimi78



Salam halimi...

erk! ilah mengubat..hmmm sebenarnya ilah tak berminat dalam bidang nie....sebab dah lihat kesan masa dahulu abah aktif mengubat org dan kwnnya......lagipun ilah perempuan ..banyak emosi berbanding lelaki.....malahan dalam family ilah pun yg mana lelaki ....abah pun tak galakkan kalau abah ajar pun untuk buat diri sendiri atau family sendiri.....tapi kalau mereka dah memilih jln nie satu hari nanti pun abah tak menghalang sebab tujuan yang baik lagipun asalkan perjalananayg dipilih tidak lari drpd landasan islam serta menyekutukan Allah

Hmm lagipun sekarang dah ramai yg terlibat dalam dunia perawatan islam..tak macam dulu..hanya segelintir..sahaja....tapi kalau nak tips atau panduan ilah leh tolong rujuk ngan abah atau suami ilah.......tapi bergantung kpd soalanlah..mana yg kami rasa tak leh atau tak perlu dijawab..hmmm kami tidak menunjukkan jwpnnya...diharap ..kengkawan faham dan hormati keputusan kami...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 09:24 AM | Show all posts
salam nemo,
hmm lebih kurang camtulah..erk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2009 09:27 AM | Show all posts
salam kroit...

nak tanya sikit..kat kawasan mana dan daerah mana jumpa "sicomel" nie...jangan terperinci sangat yek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 09:46 AM | Show all posts
salam nemo, lady d dan zbmj..

ish!! jangan dipuji keterlaluan pasai abah ilah...biasa jer.....hmm pasai sambungan untuk part II nanti ilah upload yek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 09:52 AM | Show all posts
salam Awinn...

Insya-Allah kita leh bertemu..tapi bukan sebagai keluarga ilahkhatibrani....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 09:55 AM | Show all posts
yuhuuuuuuuu Naq.....dan salam

suka yek ngan no 2777.....kalau suka leh wat password tuk kad atm
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 09:57 AM | Show all posts
Salam,
Ilah,
baru habis baca pasal badi tu...pengolahan cerita yang menarik..he he..
bila Ilah nak sambung kisah selanjutnya..dah tak sabar nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 09:58 AM | Show all posts
Ilah, nk tny la.. entiti y blh terbang neh, kita blh dgr ke bunyi dia terbang, cne nk ckp ek.. adeh.. xreti lak nk terangkn. cth: kita amek kertas keras nk kibas/kipas, haa.. mcm bunyi y trhasil bila kita kibas/kipas tu laa..

lg 1, soklan ritu Ilah x jwb agi.. entiti ni ada byg mcm manusia x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 10:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 13-7-2009 17:48

http://mforum5.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=1
SAMBUNGAN KISAH MISTIK PESAKIT GANJIL -BADI

PART II.

Setelah kami keluar daripada kawasan  perumahan kakmilah abah terus mengarahkan ilah memberhentikan kereta ke tepi jalan.....dan ilah melakukannya tanpa bantahan....tambahan masa nie masih lagi waktu petang....
abah terus keluar daripada kereta dan terus masuk ke hutan yang berdekatan ....dan macam biasa sebelum abah beredar abah tepuk kereta dengan tiga kali sambil membaca sesuatu.....dan berpesan kepada ilah   sekira abah lewat balik dalam masa sejam..abah menyuruh ilah meneruskan perjalanan bersama mak...sementara mak hanya mengangguk sahaja dan menyalami tangan abah serta menyuruh abah berhati2..hmmm tak suka bila abah cakap cam nie sebenarnya....sebab kalau abah bertindak macam nie..bermaksud...kejadian yang berlaku kat umah kak milah dipandang serius oleh abah..dan abah mengambil tindakan berhati2....dan selalunya kalau cam nie abah akan bertindak berseorangan...di mana ilah langsung tidak dibenarkan ikut termasuk mak..demi menjaga keselamatan kami .....

setelah abah hilang daripada pandangan kami berdua ...ilah terus berpaling kepada mak sebab nak bertanya pasai kejadian yang berlaku kat rumah kak milah tadi..tapi bila ditanya mak hanya diam jer....malah mak terus mengambil kitab Yassin dan terus membacanya ....sambil mengamit ilah bersama membaca.....dan ilah mengikut tanpa bantahan...

sampailah mak terlelap semasa ilah menyambung membaca yassin wat kali ke lapan....kesian mak mesti mak letih sangat nie....
ilah menhabiskan bacaan yasin tersebut..setelah selesai .membaca .ilah lihat hampir sejam abah meninggalkan kami berdua di sini..hmm nasib baik kawasan nie tak terpencil dan sunyi....tapi kekadang macam ternampak kelibat hitam bergayut kat pokok tinggi berhampiran macam mengawasi dan memerhatikan kami berdua dalam kereta...tetapi bila diamati2 betul2 macam daun pokok bergerak serumpun jer.terutama bila terkena cahaya matahari yang terik ....last2 ilah tak amik kisah sebab siang lagi....sampai  boring sangat menunggu abah..terutam bila tengok mak terlena...akhirnya .ilah mengira kereta yang lalu lalang..sampailah kiraan yang ke 22 buah kereta....berderau darah ilah sebab terkejut secara tetiba mendengar ketukan bertalu2 di tingkap kereta..bila ditoleh   ..hmm abah rupanya....siap mengeleng melihat telatah ilah yang terkejut....sementara mak pula..dah terbangun bila mendengar  ketukan yang bertalu2 abah...

abah membuat isyarat kepada ilah..agar beralih tempat duduk tanpa keluar drpd kereta dimana kali nie  abah akan memandu kali nie..macam biasa ilah menurut tanpa bantahan....dan terus abah masuk ke dalam kereta sebelum mengambil sekepal tanah dan baling kearah  pokok hutan yang berhampiran..betul2..yang ilah ternampak cam ada kelibat hitam bergayut......cepat2 ilah toleh ke arah berkenaan...dan ilah lihat pokok tersebut bergoyang kuat dan ada bunyian jeritan panjang.......cepat2 ilah toleh kat abah...sementara mak tidak menunjukkan reaksi...siap pesan ngan abah singgap masjid yang berdekatan sebab dah nak masuk asar........dan terus menyambung tidur sebab keletihan....hmmm diam jer...dan sementara abah hanya mengiyakan serta tidak menunjukkan reaksi mengenai jeritan panjang tersebut.....kira 2 dua puluh minit kemudian baru abah membuka mulut setelah pasti mak betul2 terlena...

menurut abah....ada makhluk hitam sedang menunggu waktu menyerang ilah atau mak jika kami berdua keluar drpd kereta semasa ketiadaan abah....dan nasib baik kami berdua menuruti pesanan abah agar  jangan sesekali keluar daripada kenderaan...dan tambahan abah pula makhluk tersebut tidak dapat mendekati kenderaan kerana abah dah wat pendinding keliling kenderaan....kecuali kalau kami berdua membuka pintu serta melangkah daripada lingkaran yang telah dibuat..dan semua nie abah mengetahuinya kerana semasa bergerak keluar daripada kawasan umah.

Menurut abah lagi....sepeninggalan abah tadi ...adalah menyiasat apa sebenarnya yang berlaku di rumah kak milah..di mana abah berpatah semula ke rumah kak milah.tanpa disedari oleh mereka..untuk scanning keadaan dalam umah tersebut..dan keputusan yang didapati amat memeranjatkan abah..serta berlainan .daripada yang didapati semasa datang pertama kalinya...(hmmm yang nie ilah tak pasti macam mana abah buat..sebab ilah tiada disisi masa nie....tetapi kalau keadaan genting dan bahaya..kebiasaannya abah tidak membawa ilah..terutama bila ilah masih tidak pandai atau menguasai ilmu penguasaan minda...erk! korang paham ker...isk! bantailah...korang pahamkan sendirilah..ilah tak pandai nak cakaplah......)

Abah dapati aura yang dirasainya berbeda sekali..drpd pertama kali memasuki rumah kak milah........maksud abah disini....aura yang pertama dirasai macam aura yang dihantar tetapi kali nie abah merasai banyak aura yang lingkarannya hitam serta kabut seolah 2 ...tuannya ada berdekatan.....jadi abah merasakan ada tidak kena dengan kejadian yang berlaku di rumah kak milah....dan membuat keputusan mengambil tindakan berhati2.......

terus abah menyuruh ilah menelefon Wak Man kawan baik abah yang di mana abah telah berjanji akan datang  ke rumahnya sekembali daripada perjalanan ke rumah kak milah....dimana untuk maklumkan kepadanya yang kami akan sampai ke rumahnya selepas solat asar....

dan..alhamdullilah ..kami tiba di rumah Wak Man iaitu sahabat baik abah..yang tinggal di felda berhampiran dengan kawasan Gunung Ledang...dan abah bercadang bermalam di rumahnya pada hari tersebut.....Kami tiba sebelum azan Maghrib.....jadi abah dan Wak Man pergi menunaikan solat di masjid bersebelahan dengan sekolah agama untuk solat berjemaah..dan akan pulang selepas solat isyak...sementara ilah tinggal di rumah bersama mak serta isteri Wak Man menolong menyiapkan makan malam .....

Selepas solat maghrib berjemaah..kami meneruskan membaca Yaasin memandangkan malam tersebut malam Jumaat..sehingga solat Isya' di mana Isteri wak man menjadi Imam.....setelah abis solat Isya'....mak dan isteri wak man berbual2 kosong di ruang tamu sambil menunggu kepulangan suami 2 memasing ...sementara ilah di dapur menyediakan makanan yang telah siap di mask untuk dihidangkan....disebabkan ilah sudah biasa dengan keluarga wak man sejak dari kecil lagi..jadi ilah tidak janggal kalau dibiarkan sendirian di dapur .....

semasa ilah sedang mengacau teh susu panas di dapur tetiba ilah macam terdengar bunyi binatang mengaru atau mencakar pintu dapur dengan kuku....macam bunyi kucing sedang mencakar2 .manja nak masuk umah ..tetapi  pelik..sebab bunyi cakaran tu panjang dah tanpa bunyian kucing cuma bunyi binatang menderam panjang dan garau...

pada mulanya ..ilah tidak menhiraukan bunyian dan cakaran tersebut sebab memikirkan mungkin kucing..tetapi sampailah tetiba ada bunyian kuat melantun seperti ada benda yang dibaling kuat selepas tu melantun balik macam bola..abis bergegar pintu dapur tu..sampai terjatuh kuali serta periuk yang di gantung di dinding yang berhampiran....sementara ilah..terpelanting sudu di tangan ilah....terkesima ilah serta terkejut....

Sementara itu..mak  bergegas ke dapur ..pabila mendengar bunyi bising di dapur...bila jer mak melihat kuali dan periuk berpusing2 kat lantai terus mak bising . tapi bila mak lihat muka ilah dah lain jer ...terus mak berhenti membebel...terutama bila lihat jarak ilah dengan kuali dan periuk yang digantung lebih daripada tiga langkah...jadi mana mungkin ilah penyebab kuali dan periuk tu terjatuh....

tanpa disangka pintu dapur kembali bergegar macam digegar oleh seseorang daripada luar..dengan bunyi suara angin mendesir macam suara org menangis dan mengerang...berselang- seli .....kami berdua hanya berdiri terkesima dan melihat satu sama lain .sementara raub wajah mak mulai berubah menjadi cemas...dengan segera ilah memegang pergelangan tangan mak..
dan menekan nadi dengan menggunakan ibu jari alhamdullilah mak mulai pandai mengawal emosi...

Bunyian yang bising tadi hampir mengejutkan isteri wak man..dengan pantas dia bergerak ke  dapur meninjau keadaan kami berdua...
Isteri Wak Man hampir membuka pintu dapur bila dilihatnya pintu tersebut bergegar sekali lagi..dengan pantas ilah memegang lengan Isteri wak man serta memberi isyarat agar jangan berbuat demikian.......tanpa disangka gegaran tersebut diganti dengan suara wanita bersuara lembut memberi salam ....tetapi kalau didengar dengar betul ..bukan "Assalammualaikum" tetapi "salamekum" sebanyak lebih daripada tiga kali..selepas tu hilang dengan hilaian ketawa yang panjang...

Mengucap panjang isteri wak man....sementara ilah sudah bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan..sekiranya gangguan bersambung sekejapan lagi....

Tetiba hilaian ketawa yang panjang terhenti tanpa disangka dan terus diikuti dengan bunyi org memberi salam dengan jelas dan nyata sebutannya daripada pintu hadapan ....tanpa menunggu reaksi daripada mak dan isteri wak man ..terus ilah bergegas membuka pintu..kerana pasti suara tersebut milik abah....alhamdullilah tepat jangkaan .......pantas ilah menarik nafas lega melihat kepulangan abah serta wak man..


Manakala wak man serta abah pantas menuju ke dapur seolah2 tahu apa yang terjadi sebentar tadi.....abah memberi isyarat kepada ilah agar membawa mak dan isteri wak man ke bilik ..dan macam biasa ilah menuruti kehendak abah walaupun dalam hati meronta ingin melihat apa yang berlaku....sampai jer dibilik tidur..mak terus menemani isteri wak man..untuk menenangkan diri memasing yang terkejut dengan gangguan tadi..sementara ilah keluar daripada bilik tanpa diketahui oleh mereka berdua untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku (hmmm abah takder cakap dan pesan pun kat ilah duduk dalam bilik.sama ngan mereka berdua...tu pasal ilah kuar )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 10:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 11-8-2009 11:14

[fly][/fly]PART II

Apabila tiba di dapur ilah lihat pintu dapur sudah terbuka luas....sementara daun pintu dibahagian luar penuh dengan tanah berwarna merah
sementara wak man sedang berdiri di hadapan pintu tersebut sambil mengenggam garam putih dan membaca sesuatu  sebelum dilontar ke tanah yang melekat di pintu tersebut......dan menakjubkan tanpa disangka tanah merah tersebut menggelegak seperti mendidih dan terus mengeluarkan bau yang amat busuk sekali...dan tanpa membuang masa terus wak man membentangkan kain putih dilantai dan terus mengosok kesemua daun pintu tersebut dengan sabut kelapa yang diikat dengan daun sirih serta daun senduduk sehingga bau busuk tersebut hilang ..manakala kesemua tanah merah tu habis jatuh ke atas kain putih yang direntangnya tadi..barulah wak man berhenti....

Sementara abah ilah lihat kira-kira dua langkah daripada wak man sedang duduk membelakangi wak man dengan duduk seperti antara dua sujud mengadap ke arah belakang rumah wak man yang gelap gelita....abah berkeadaan macam itu sehinggalah wak man habis mengosok tanah merah tersebut..barulah abah berubah kedudukan dengan bersila di atas tanah ......sementara wak man membungkus dan mengikat tanah yang jatuh di atas kain rentangan tadi dengan dua lapisan kain sambil setiap lapisan kain tersebut wak man memerah limau nipis ...dan cara ikatan kain tersebut ilah lihat berlainan sungguh....maksud ilah disini seperti memintal pun ada tetapi diikat dengan setiap dipenjuru kain  dengan bersilang dan terus ikatan dimatikan dibahagian tengah...dan semasa wak man berbuat demikian ilah lihat muka wak man berkerut seperti sedang mengikat sesuatu benda yang amat susah dan berat ...dan ilah perasan juga belakang abah berpeluh seolah2 menahan sesuatu daripada menerpa masuk ke arah pintu terutama setiap kali Wak man cuba mengikat kain tersebut...

Serentak ..wak man siap mengikat tali yang terakhir terus abah bangun dan melaungkan azan dengan kuat ....serentak tu juga bunyi angin kuat menderu serta sahutan burung hantu bersahutan2 (aduihlah! naik bulu roma ilah bila ingat balik) ..abah terus menhentakkan tumit kaki kirinya dan terus berpaling  ke belakang....ke arah wak man...manakala wak man terus memberikan bungkusan tersebut kepada abah...tanpa berlengah lagi terus abah berlari pantas ke arah  belakang rumah wak man..dan terus hilang dalam kegelapan....

sementara ilah terkesima melihat tindakan spontan abah....manakala wak man terus bersila didepan pintu sambil berzikir....dan ilah pasti wan man sedang melawan dengan secara batin.....dalam masa tu juga dari belakang wan man .ilah lihat peluh sudah membasahi baju belakangnya...namun wak man masih tidak berganjak daripada tempat  persilaannya...semakin kuat wak man berzikir..semakin mengila bunyi diluar….sekejapan bunyi org menyeretkan sesuatu dirumput.dan juga bunyi seseorang menyeret sesuatu di tanah...sekejapan bunyi gema muzik macam org bergendang,,serta diselangi dengan  bunyi loceng panjang,....sekejapan bunyi org melenguh serta merintih panjang dan sekejapan bunyi jeritan halus meliuk ..

.dan …bila didengar  dengan terlalu lama akan terasa bingit yang amat sangat sehingga gegendang telinga akan merasa ngilu dan berdenyut-denyut  kesakitan........Terutama apabila kesemua bunyian misteri ini mulai berpadu diantara satu sama lain dan bergema kuat serentak dalam waktu2 tertentu..Ya-Allah..degungan bunyinya terlalu nyaring sampai boleh terasa gegendang telinga dilanggar dengar sesuatu hembusan kasar dan juga seperti tekanan udara yang berdesir dengan kuat....

.Di sini  yang paling menghairankan ilah .ialah punca..gemaan bunyian misteri ini hanya datang  daripada arah di hadapan wak man sahaja ...
seolah2.ada sesuatu yang hanya berlegar2 ditempat yang sama..dengan kata yang lain seolah .terperangkap dalam satu ruang atau kawasan yang telah dikunci....Ini adalah kerana..ilah  tiada mendengar gemaan bunyi misteri  tersebut dari arah yang berlainan selain daripada arah yang ilah nyatakan tadi......hmmm pelik.....

Memandangkan kedudukan ilah sekarang kurang memberikan ruang gambaran penglihatan dengan jelas terutama situasi yang berlaku  dihadapan wak man..pada masa itu... ilah bernekad untuk melangkah dua langkah ke kiri ...di mana dengan penambahan langkah tersebut ..ilah dapat melihat dengan jelas  berbanding kedudukan ilah tadi yang hanya 35 darjah daripada sudut pintu dapur...

tepat.90 puluh darjah daripada sudut pintu dapur belakang.....tanpa disangka2 gegendang kedua belah telinga ilah mulai rasa sakit.yang amat sangat..hampir ilah tidakdapat mendengar dengar jelas selain bunyi berdesing ......tanpa berlengah lagi..dengan segera  ilah menekan pusat titik urat dibelakang kedua belah telinga dengan menggunakan ibu jari  sambil membaca surah al-fatihah...dan  ayat pertama Surah Ikhlas sebanyak  3x...di dalam satu nafas....dan apabila kesakit gegendang kedua belah telinga mulai berkurangan terus ilah meneruskan membaca ayat kedua Surah ikhlas sehingga habis...Alhamdullilah ...telinga ilah tidak berdesing lagi  dan  sekirannya paduan gema suara misteri tersebut bergema kuat sekali lagi Insya-Allah gegendang telinga ilah tidak akan rasa sesakit macam tadi......

Tetapi tanpa disangka paduan gema suara tersebut berbunyi sekali lagi  dan alhamdullilah tidak memberi kesan kepada gegendang teling a ilah seperti tadi....Tanpa memebuang masa..ilah mengambil kesempatan ini dengan memandang ke arah hadapan ...mencari punca arah bunyian misteri tersebut.....dan tepat jangkaan ilah...iaitu punca gema bunyi misteri tersebut datang dari arah hadapan wak man...

Sekarang pada  kali ini kedudukan berdiri ilah betul2 berada dibelakang wak man....dan kawasan penglihatan  mata ilah tadi terlindung sedikit .serta terbatas .kini dapat dilihat dengan jelas...dan .terbentang luas serta  mengungkai jawapan untuk paduan gema bunyian  misteri tadi...

Dihadapan ilah.....atau dengan lebih tepat lagi dihadapan wak man dalam jarak kira2 lapan langkah .daripada pintu dapur atau tempat wak man bersila ..ilah melihat cahaya berbalam2 merah menyerupai sesusuk makhluk  yang tegap berambut panjang yang hanya tumbuh dibahagian dahi hingga ke kepala ...dan menyerupai wajah yang amat hodoh sekali...berserta telinga yang panjang dimana dibahagian atas sedikit runcing ....melayang 2   di tempat yang sama ..seperti sesat dan hilang arah tujuan....

Makhluk tersebut meronta-ronta ingin keluar daripada zon tahanan dan adakalanya merintih seperti mengerang kesakitan yang amat sangat..terutama apabila makhluk tersebut terpelanting apabila cuba melanggar dinding zon tahanan ...Setelah terpelanting .pasti makhluk tersebut akan berkecai dimana cahaya berbalam-balam merah akan berkecai sehingga menjadi pecahan cahaya yang sangat kecil seperti cahaya kunang kunang....dimana warna cahaya merah tersebut menjadi malap sedikit ...dan barulah ilah tahu..dan mengerti iaitu punca.paduan gema yang sangat kuat serta nyaring tadi sehingga menyebabkan gegendang telinga ilah sakit ialah datang daripada makhluk tersebut apabila dia terpelanting serta terus berjecai menjadi cahaya berbalam merah bintik kecil....

Disamping itu juga..setiap kali makhluk tersebut gagal menembusi zon tahanan ...makhluk tersebut akan mengeluarkan suara yang ilah dengari tadi.....Malahan apabila .. makhluk tersebut mulai bertahan  dengan kesakitan yang dialaminya ..makhluk tersebut mulai meningkatkan semangat kuasanya dengan menyeru..kesemua cahaya merah malap kecil tadi agar bersatu  semula menjadi kekabus merah dan terus membentuk kembali menjadi  sesusuk tubuh makhluk seperti tadi cuma yang membezakan cahaya berbalam2 merahnya menjadi pudar sedikit...

dari tempat ilah berdiri.....ilah dapat melihat dengan jelas makhluk tersebut mengagahkan diri walaupun kesakitan mengangkat kepalanya   memandang tajam ke arah wak man dengan sorotan mata hitamnya ...Dia .seolah-olah  ingin menerkam dan menyerang  ke arah wak man...dan serentak itu juga wak man menepuk tangan kanannya ke tanah  dan ...terus makhluk tu menjerit nyaring  panjang .serta halus dan terus berkecai sekali lagi..dan terus hilang...dimana tempatnya diganti pula dengan kabus merah hitam  yang melayang2 secara perlahan2 dan akhirnya membentuk seperti sesusuk tubuh menyerupai manusia..tanpa muka sehinggalah wajah yang tadi hanya kosong tanpa muka ..kini perlahan2 menyerupai Kak Milah..terbaring lemah dilantai tanah ......dan memandang ke arah kami dengan pandangan kosong ....tanpa disangka dalam sekelip mata... wajah kak milah bertukar pula kepada wajak mak milah....dimana mak kak milah memandang tajam ke arah kami terutama ke arah ilah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2009 10:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 11-8-2009 16:56

[fly]PARTII[/fly]

Ya -Allah.....hitamnya mata dia langsung tiada anak mata  seperti manusia.......di dalam keadaan gelisah kerana ditenung semedikian tanpa disangka  bahu ilah di tepuk daripada arah belakang . dan hampir nyaris  ilah membalas tepukan tersebut dengan serangan silat jikalau mak tidak menjerit nama ilah..serta bergetus kurang senang kerana  ilah tiada bersamanya  di dalam bilik..Tanpa menjawab soalan mak , terus ilah menarik mak ke belakang ilah kerana risau makhluk tersebut memandang ke arah mak pula....manakala mak pula terkejut serta terpinga2 melihat tindakan mengejut ilah....malahan emak sempat membebel kepada ilah dengan menegur tindakan kurang sopan tersebut seolah2 emak tiada perasan apa yang sedang berlaku..sehinggalah emak memandang pelik ke arah wak man .....begitu juga dengan ilah kerana mendengar wak man terbatuk dengan secara tetiba  sehingga tersembur mengeluarkan darah merah pekat.....terus wak man berhenti zikir seketika...ilah dah rasa bersalah sebab menganggu tumpuan dan kefokusan wak man melawan makhluk tersebut secara batin....

dan kerisauan ilah semakin menebal bila melihat mata makhluk menyerupai wajah mak minah mulai beralih pandangan sorotan matanya kearah mak dengan senyuman..dalam sekelip mata dalam sesaat wak man terbatuk sehingga mengeluarkan darah..makhluk tersebut menggunakan kesempatan ini walaupun dalam kesakitan...dengan meludahkan sesuatu daripada mulutnya ketapak tangannya dan terus membaling kearah kami berdua  Namun begitu ....wak man sempat menepis serangan tersebut serta memesongkan arah tuju serangan tersebut walaupun dalam kesakitan menahan batuk.....malangnya mak pada masa tu sudah menjerit kerana gelabah dan berlari daripada kedudukan di belakang ilah...dengan segera ilah cuba mengawal dan menenangkan emosi mak.dengan menarik lengan mak..untuk memeluknya .....tanpa membuang masa lagi terus ilah membaca An-Nasroh dan meniup lembut di belakang telinga untuk menenangkan mak..alhamdullilah mak menjadi tenang cuma mak terkulai layu dalam pangkuan ilah....

Aduihlah .hampir putus nafas ilah kerana .hampir terjelepuk dilantai  di sebabkan  tidak dapat menampung berat mak...tetapi alhamdullilah  ilah masih sempat memegang bucu meja makan dengan sebelah tangan untuk menahan ilah daripada jatuh .ke lantai ...Sementara itu pula..ilah tidak dapat melihat apa yang berlaku seterusnya diantara wak man dan makhluk yang menyerupai mak milah kerana ilah membelakangi mereka......tetapi semasa ilah sedang cuba mengimbangi badan ilah dengan berat mak drpd tersungkur dilantai ...ilah sempat menangkap bunyi jeritan panjang daripada makhluk tersebut....diikuti dengan  suara wak man bersuara dengan lantang melaungkan  "Allahuakhbar" dan kemudiannya diikuti dengan bunyi suara lagaknya seperti bersilat bertarung dari arah luar....dan rasanya macam suara abah...dan diselang-seli dengan suara wak man juga....

Disebabkan sifat ingin tahu terlalu tinggi pada masa ini... ilah telah mencuba untuk menukar posisi kedudukan agar dapat melihat dengan lebih  jelas.dimana pada masa ini kedudukan ilah tersasar jauh  dari 90darjah .daripada sudut pintu dapur....tetapi malangnya agak sedikit sukar kerana ilah perlu berhati2 dengan kedudukan mak yang masih terkulai pengsan di dalam pelukan ilah..jadi ilah perlahan2 merendahkan posisi badan  ilah dengan merebahkan kepala mak di riba ilah..dengan harapan ilah dapat melihat apa yang sedang berlaku diluar..dan pada masa ini juga ilah berdoa agar isteri wak man menyedari kehilangan mak yang tidak kembali semula ke dalam bilik bersama dengan ilah...alhamdulilah..di dalam keadaan terkial-kial mencari kedudukan yang selesa ...tetiba ilah mendengar suara isteri wak man dimuka tangga dapur...yang mengucap melihat keadaan ilah..lalu lantas isteri  wak man menolong ilah memangku mak....dan terus ilah memberi signal kat isteri wak man agar meletakkan kepala mak di riba ilah....sambil tu ilah isyarat agar diam apabila melihat dia berkerut mendengar bunyi bising diluar rumah...

Tetiba kami dikejutkan dengan jeritan garau yang nyaring diluar...serentak itu juga pintu dapur yang tadi terkuak luas tiba-tiba tertutup rapat seolah-olah ada kuasa yang menutupnya..dalam selang saat itu juga  kami mendengar bunyi deruan angin seperti mengongoi melanggar muka pintu daun dari luar seolah-olah ingin masuk ke dalam dapur rumah tetapi gagal....di sini ilah boleh nampak keadaan daun pintu yang bergegar seolah-olah ada sesuatu yang memukul dari arah luar untuk menolak daun pintu tersebut terbuka....tanpa disangka kami mendengar suara Wak Man melaungkan azan dengan suara yang lantang dan dihujung akhir azan pula dengan jelas ilah dapat mendengar suara tangisan ngogoian halus diikuti dengan suara abah membaca beberapa potong ayat Yassin dan diakhiri dengan beberapa potong surah Al-Baqarah....hmmm jadi jelaslah abah sudah pulang bersama-sama melawan makhluk tersebut dengan Wak Man..

Sementara itu..isteri wak Man ilah lihat dari tadi tak putus-putus membaca ayatul kursi dengan sembilan kali berhenti....sementara ilah pula hanya terkesima sebab jeritan tangisan daripada makhluk tersebut benar-benar membuatkan jantung ilah berdegup kencang ..terasa seperti berada sebelahan sahaja....dalam terkesima tersebut...tiba-tiba ilah mendengar abah menjerit dari luar  memanggil nama ilah ...tanpa membuang masa terus ilah menerpa  ke pintu dan berlari keluar melihat apa yang berlaku...

Ya-Allah...Wak Man  masih lagi terbatuk-batuk sampai  mengeluarkan darah pekat likat..manakala abah pula terduduk tidak jauh daripada wak man dengan duduk antara dua sujud....habis basah baju abah dipenuhi dengan peluh.....muka abah berkerut seolah-olah menahan kesakitan.....manakala makhluk yang menyerupai mak milah hilang.entah dimana ...tiada di situ.....cepat-cepat ilah bergerak ke arah abah dan bertanya apa yang perlu ilah lakukan....lantas abah menyuruh ilah dengan segera mencari daun pucuk senduduk berbunga putih , daun kaduk  ,daun lidah buaya serta air muda kelapa berwarna  jingga muda ....alhamdullilah... ilah berjaya mencari semua yang dipinta memandangkan ilah sudah biasa dengan selok-belok dirumah wak man (wak man rajin menanam tanaman herba di kawasan rumahnya jadi kebanyakan herba yang dipinta oleh abah ada yang ditanam oleh wak man...begitu juga air kelapa muda berwarna jingga)

Pucuk daun senduduk bunga putih dan daun kaduk abah kunyah mentah-mentah dan diludahkan semula lantas dilumurkan dibelakang tengkuknya sambil membaca sesuatu kemudiannya terus disapu baki kunyahan campuran tersebut dari ubun-ubun hingga ke seluruh mukanya sampai telinganya kemerah-merahan....setelah itu abah mengeluarkan lendir lidah buaya dan terus mencampurkan dengan air kelapa muda jingga sambil membaca beberapa potong ayat dari beberapa surah termasuk al-fatihah untuk penawar racun .dan menyerahkan kepada wak man untuk diminum dalam satu nafas....alhamdullilah perlahan-lahan wajah wakman yang tadi pucat lesi bertukar menjadi merah-kemerahan...manakala batuknya mulai berkurangan serta tidak mengeluarkan darah lagi....

Setelah pasti keadaan wak man mulai kembali pulih, abah terus menuju ke arah mak untuk melihat keadaan mak.Sementara wak man masuk dan menuju ke dalam bilik untuk menukar persalinan pakaian yang lebih bersih kerana pakaiannya habis kotor  berlumuran dengan darah dan tanah kotor.
Apabila tiba ke tempat mak, tanpa membuang masa abah terus meminta isteri wak man menyediakan sebalang air suam bersama jintan putih serta lada hitam ..dimana kedua2 bahan ini abah mahu ianya ditumbuk kasar setelah itu dicampur bersama dengan air suam serta satu sudu madu lebah setelah itu , campuran air suam tersebut harus diberikan kepadanya dengan kadar segera....Sementara isteri wak man terua melakukan apa yang dipinta oleh abah tanpa banyak soal..

Sementara menunggu air yang dipintanya,abah telah meneliti dan membelek kedua belah telinga mak dengan dahi berkerut namun begitu abah tiada menyuarakan apa yang dijumpai di telinga mak. malah terus bertanya dengan ilah berapa lama mak  berkeadaan macam nie dan terus ilah bercerita apa yang berlaku .....berubah muka abah bila  penceritaan ilah tiba masa makhluk tersebut meludahkan sesuatu daripada mulutnya dan terus melemparkan ke arah ilah dan mak.....tetapi abah hanya diam sahaja....Sebenarnya ilah kurang gemar sebabnya bila abah memberikan reaksi seperti begini bermakna ada sesuatu telah berlaku diluar jangkaannya....dan semestinya membuatkan ilah gusar dan tertekan sedikit terutama bila abah lebih memilih mendiamkan diri daripada biasa.
Tiba-tiba abah bersuara memecahkan keheningan di dapur dengan meminta ilah mencabut daun bawang dengar akarnya sekali dan setelah itu dicuci akarnya sehingga bersih sebelum menyerahkan kepadanya diluar rumah dengan ditemani oleh isteri wak man…Namun begitu , langkah ilah terhenti apabila pada waktu itu , wak man sudah berada diperkarangan dapur dengan persalinan pakaian yang bersih telah menawarkan diri untuk mengambil-alih tugas tersebut drpd ilah. Alhamdullilah abah setuju dengan cadangan wak man.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2009 10:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 18-3-2011 09:42

PART II


Setelah pemergian wak man ke luar rumah mencari daun bawang yang dipinta oleh abah, abah telah memberi isyarat kepada ilah dan isteri wak man yang abah ingin memindahkan mak ditempat yang lebih selesa . Dengan segera isteri wak man menyediakan tempat tersebut diruang tamu..sementara ilah masih dalam keadaan terkesima serta termanggu kebingungan.Kemudiannya abah terus mengangkat mak menuju ke ruangtamu di mana isteri wak man telah menghamparkan tikar mengkuang dengan tilam bujang untuk mak.Dan dari sini ilah sudah dapat meneka yang sesuatu telah berlaku kepada mak terutama bila abah berbisik perlahan ditelinga wak man sebelum dia bergegas keluar untuk mencari  daun bawang yang dipinta.

Manakala mak pula tidak menunjukkan tanda-tanda positif untuk bangun daripada pengsan….pelik betul sebab tidak mungkin mak tertidur pula sebab keletihan...….ilah mulai risau melihat keadaan mak...Perasaan ilah mulai berkecamuk bercampur sedih dan menyesal kerana dengan sifat yang terlalu ingin tahu …telah menyebabkan mak menjadi begini…
Air mata ilah mulai bergenang .dan perasaan menyesal semakin menebal bila melihat muka mak mulai pucat .tanpa disangka abah mengusap kepala ilah menyuruh ilah bersabar dan memujuk ilah Insya-Allah tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan dan abah sedang berusaha untuk membuang badi yang telah terkena kepada mak.....ya-Allah bila ilah dengar perkataan badi ..semakin deras air mata ilah mengalir sebab kali ini ilah benar-benar menyesali tindakan terburu-buru ilah telah menyebabkan orang tersayang terkena tempiasnya. sementara isteri wak man terus duduk disebelah ilah apabila melihat ilah semakin beremosi.....manakala abah pula cepat-cepat berdehem memberi signal kepada ilah agar mengawal perasaan dan emosi ilah terutama ketika abah perlu menumpukan perhatian dalam mengubati mak...hmm alhamdullilah ilah dapat mengawal emosi..walaupun masih tercalit perasaan bersalah di dalm diri... .....dan kebetulan pada masa wak man sudah kembali dengan daun bawang yang dipinta..dan .terus diberinya kepada abah...


dan tanpa disuruh..wak man bersila terus duduk bersila betul2 disebelah kiri hujung kaki mak  seolah2 telah tahu apa yang perlu dibuat..dengan kain batik lepas panjang dihamparkan disebelahnya...dengan balang tanah liat kosong..serta daun keladi yang besar saiznya .. manakala abah pula duduk bersila berhampiran disebelah kanan pinggang mak ...


Tanpa membuang masa ..abah terus mengambil sebalang air yang telah disediakan oleh isteri wak man   dan terus membaca beberapa potong ayat yang ilah pasti salah satunya daripada surah jin ,surah al-maun dan surah Tin....dan selebihnya ilah gagal menangkap kerana suara abah sangat perlahan....tetapi ilah tahu abah sedang membuat penawar bisa....untuk mak dimana boleh disuling dan ditawar bisanya jika masih diperingkat awal.....setelah itu abah merendamkan akar daun bawang sepenuhnya dalam beberapa minit dengan membaca ayat terakhir ayatul kursi sebanyak tiga kali..dan terus di olesnya akar daun bawang yang basah di bibir mak sebanyak tiga kali olesan......pada olesan pertama mak mengeluh dengan mengeluarkan suara seperti kesakitan...apabila tiba olesan kedua ...tubuh badan mak mulai tersentak-sentak..namun abah tidak menunjukkan reaksi malahan meneruskan untuk olesan ketiga.....apabila sampai olesan ketiga..tanpa di sangka ..mak terbangun dengan keadaan duduk dan terus terbatuk dengan kuat seolah-olah ada benda atau sesuatu yang cuba dikeluarkan daripada tekaknya....namun gagal mengeluarkannya..yang hanya keluar hanya lelehan air liur dan lendir yang sangat banyak

dan kali nie terus abah menekan dibahagian belakang pinggang mak dengan ibu jarinya.. semakin kuat mak batuk..dan kali nie batuk mak kelihatan teruk...kemudiannya terus abah bangun dan bergerak di belakang mak...terus memukul belakang leher mak dengan akar daun bawang yang basah tadi  sambil melaungkan Allahuakhbar ...dengan lantang....tanpa disangka...kali ini mak terbatuk seperti bersin ..dimana kali ini ilah dapat menangkap dengan jelas ada sesuatu kabus hitam gelap yang terpelanting keluar laju daripada hembusan batuk mak....seperti terbang laju keluar..

tanpa disangka..wak man melompat menangkap benda tersebut dengan balang tanah liat ...dan dengan sekilat mungkin terus ditutupnya mulut balang tersebut dengan daun keladi kemudiannya diikat dan dibalut dengan kain batik lepas yang dihamparnya tadi.....dan baru ilah perasan dihamparan batik lepas tersebut penuh dengan butiran garam....apabila butiran garam tersebut melanggar daun keladi ..tanpa disangka ia mengeluarkan asap yang nipis.....dengan segera wak man menepuk ditepi balang yang telah dibungkus rapi sambil membaca sesuatu..terus hilang asap nipis tersebut....

Tanpa disangka ..terus wak man keluar rumah dan hilang dalam kegelapan malam....terus abah berkata kepada kami yang wak man pergi ke sungai untuk membuang sesuatu....dan kami berdua terus faham .......

manakal mak pula menunjukkan tanda positif ....dan mulai sedar daripada pengsan....terutama apabila mak minum air campuran tersebut ......setelah itu  abah menyuruh ilah memandikan mak dengan lebihan air suam campuran tersebut dengan pertolongan isteri wak man..untuk mengeluarkan sisa-sisa bisa yang mungkin tertinggal dalam badan...ilah menurut tanpa bantahan..

Manakala abah pula bergerak untuk membersihkan badan dan bersiap untuk solat hajat dan sujud syukur....dimana kebiasan yang abah buat setelah berjaya mengubati pesakit....

Alhamdullilah setelah mandi dengan campuran air tersebut....mak kelihatan bertenaga sedikit...ilah benar-benar lega melihat keadaan mak.....dan terus ilah memeluk serta mencium pipi mak dengan linangan air mata..sementara isteri wak man hanya tersenyum girang melihat telatah ilah ..mak pula hanya tersenyum lemah sambil mengalirkan air mata.....

Sekembalinya kami daripada memandikan mak...ilah lihat wak man sudah kembali dan sedang berbual-bual dengan abah sambil menepuk-nepuk bahu abah..sementara pula ilah lihat wajah abah sangat sugul...namun ilah tidak menunjukkan minat untuk mencuri perbualan mereka..walaupun terusik serta gusar dihati kerana bimbang kesugulan diwajah abah disebabkan oleh ilah...sebaliknya ilah terus masuk ke bilik tidur menemani mak tidur...di mana pada malam itu ilah tidur dengan memeluk mak dengan erat...

THE END PART II











Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 10:13 AM | Show all posts
moning...................

tak sabar nak baca bhgn kedua citer badi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 10:16 AM | Show all posts
ilah.peko ade pm ilah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.313390 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list