jadi syiriklah bila guna garam nak mengalau antu... khurafat sama macam guna tangkal azimat juga.... dah bagi banyak bukti jangan tasyabuh tak mau terima juga...
kupia Post at 5-10-2010 21:30
masalahnya ada ORANG2 AGAMA yg turut percaya dgn tangkal azimat, percaya dgn badi, percaya dgn kenan dan sebagainya. yg parah, mrk menyelitkan/membelitkan hujah2 agama supaya org melayu terus percaya dgn tangkal, badi, kenan dlm masyarakat melayu.
masalahnya ada ORANG2 AGAMA yg turut percaya dgn tangkal azimat, percaya dgn badi, percaya dgn k ...
tobby Post at 5-10-2010 21:36
Rasa-rasanya tak patut ko menyalahkan orang2 agama. Mereka juga terlibat cuba membetulkan aqidah orang melayu. Sebenarnya dah ramai orang melayu yg sudah meninggalkan kepercayaan karut dengan bantuan orang2 agama nih. Terutamanya mereka yg terlibat secara terus dalam rawatan secara Islam.Sebab bagi orang melayu yg kurang pengetahuan agama agak sukar utk membezakan antara hakikat kepercayaan pada alam ghaib dan sifat takwa dan kebergantungan kepada Allah. Mereka nampaknya macam sama jer. Bagaimana kita dapat menyedarkan mereka apabila setiap kali kita kata badi tu karut, pada masa sama banyak kejadian badi ni berlaku. Silap2 diorang kata orang2 agama ni karut. Kita kalau nak berdakwah mesti ada kaedahnya, jangan main sebut jer itu karut, ini karut, sana haram sini haram.
Kawan tanya pasal "garam dan lada hitam" kamu bagi dalil pasal ruqyah jampi... dalam thread ni tak ada orang pertikai kisah sohih ruqyah syari'i ni, mana kena mengenanya... ini jugalah salah satu sebab aku tak nak masuk thread satu lagi sana nu... ada juga membaca sikit-sikit tulisan hujah kamu dengan geng2 kamu tu aku senyum sinis je.... dulu sebelum kamu join forum ni kami dah bersilat dah topik yang sama geng2 syiah lama-lama yang menyokong kamu dulu dah tak ada nampak lagi dah sekrang ni.... (cuba tanya mnm77)... lebih banyak buang masa dari dapat faedah...
jadi syiriklah bila guna garam nak mengalau antu... khurafat sama macam guna tangkal azimat juga.... dah bagi banyak bukti jangan tasyabuh tak mau terima juga...
Ko sepatutnya kena bagi dalil yg jelas mengatakan guna garam dan lada hitam tu haram. Setakat aku baca dalil sebelum ni takde pun menyebutkan dgn jelas yg guna garam tu haram. sebenarnya kepercayaan pasal garam ini semenjak dari zaman dulu lagi baik orang melayu, arab, cina atau mat salleh, mereka percaya garam ni mempunyai sifat semulajadi yg boleh menyakitkan golongan jin. Sebenarnya ada ulama yg tidak membenarkan penggunaan garam bukan sebab syirik tapi ianya boleh menyiksakan golongan jin. Tak pernah disebut pula dalam kitab-kitab terdahulu yang menyatakn bahawa penggunaan garam menjadi syirik pula. Sebab itu aku tanya korang belajar dgn saper atau main tafsir sendiri jer. Kalau tafsir sendiri memang patut pun sebab mungkin jin yg hasut korang suruh haramkan penggunaan garam sebab mereka (jin) sebenarnya takut dgn garam.
Bagaimana kita dapat menyedarkan mereka apabila setiap kali kita kata badi tu karut, pada masa sama banyak kejadian badi ni berlaku. Silap2 diorang kata orang2 agama ni karut. Kita kalau nak berdakwah mesti ada kaedahnya, jangan main sebut jer itu karut, ini karut, sana haram sini haram.
wan72 Post at 5-10-2010 22:37
sepatutnya benda ni semua org tahu sbb dah ada dlm silibus buku teks agama di sekolah. tapi nak buat mcmn, masyarakat lebih percaya dgn cerita2 tahyul dlm mastika & cerita2 hantu di panggung wayang.
yang haram dan yang syirik itu bukan GARAM....
yang syirik itu ialah KEPERCAYAAN bahawa garam itu boleh menghindarkan jin dan syaitan dari dalam mana-mana premis....
sebab apa haram - sebab tsayabuh.... Nabi saw melarang umat Islam tasyabuh...
kepercayaan garam boleh menghindarkan evil spirit, unholy spirit ini adalah kepercayaan Yahudi, kepercayaan orang2 nasrani. Mereka guna garam dalam upacara agama mereka upacara baptist mereka untuk menghalau syaitan...
apa bukti? aku dah bagi satu bukti dari kitab ezeikel yahudi sendiri camana mereka menggunakan garam dalam kepercayaan agama mereka, blastoff dan bawak bukti melambak-lambak dalam thread ni... takkan nak kena tempek balik semula ni dah 31 muka dah ni...
oh tak ada hadis nabi mengharamkan garam.... betul... tapi nabi ada mengajar cara nak menghindarkan syaitan betul tak? melambak-lambak dah blastoff bawak ayat2 quran bawak hadis2 sahih sebagai bukti... tak mau pakai nak guna garam jugak itu urusan kamu....
ok untuk menghindarkan syaitan antara pilihan tabur garam keliling bangunan dengan pilihan baca surah al baqarah dalam bangunan tersebut, mana satu yang kamu pilih?
saya pun pernah tanya soalan ketika kita sedang solat berjemaah dalam mana-mana masjid, ada syaitan yang datang hampir dengan kita tak? masih belum berjawab lagi...
imagine bomoh Ayob (bukan nama sebenar) tabur garam & lada hitam keliling masjid utk halau hantu syaitan. boleh accept tak?? tentu kita tak boleh accept sbb ini bukan dari ajaran Islam.
Harun Din pun ada kesilapan juga, itu urusan dia dgn Allah. kita sbg umat islam kena semak balik klu ada kesilapan dari org2 lama, tok2 guru lama (mahu pun baru).
Tarekat naqsyabandi nizam haqani telah diistiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai HARAM dan SESAT dengan jelas sekali.... daripada bukti blog harun din yang dibawa oleh blastoff dipercayai harun juga adalah penganut tarekat ini... ramai penganut agama naqsyabandi dalam forum ni... lebih baik ikut nasihat Majlis Fatwa bertaubat dan kembali kepada Islam yang sebenar... malangnya mereka tidak boleh menerima kebenaran... sia-sia membawakan seribu dalil dan fakta...
ehk!yeke?ramai ke pengikut2 naqshabandi nizam haqani kat tread ni..wau..???sungguh menakjubkan!
ekh! yeke harun din cakap dia pengikut nizam ???tapi harun din cakap lain woo!...
tak mustahil le kerja korang bawak dalil dan fakta tu sia-sia...memang betoi sia-sia...(tu pun haron din yg cakap)
Siapa "korang" yang dimaksudkan? hukum mengenai tareqat naqsyabandi nizam haqani adalah SESAT (bukan hanya menyeleweng tetapi SESAT) adalah diistiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan kebanyakan ulamak-ulamak terkemuka dunia dulu dan sekarang, bukan "kamiorang" yang mengeluarkan hukum. Fakta dan dalil-dalil dari majlis fatwa kebangsaan akan dikemukakan dalam masa terdekat.
laa..memang le tareqat naqsyabandi nizam tu sesat....same le macam korang 4ekoq anak pak wahab...sesat lagi menyesatkan...tu harun din le cakap...
Manusia Islam pun boleh ganggu yang Islam lain!! Ingat Jin Islam takdak yang jahat ka?
Tu yang hadith kata Jin di Madinah ada yang masuk Islam tu, dan jelmaan Ular tu salah satu bentuk gangguan la. Apa, ingat semua Jin yang jelma Ular tu Syaitan je?
Syirik, Sesat, Khurafat, Takfir sekarang FITNAH!
TAHNIAH!
rilex bro'...anak2 pak wahab memang camtu...diaorg berdakwah memang camtu...kite kena tenang cool nak berhujah ngan anak2 pak wahab ni...tenang ok! haaa..camtu le...peace
yang haram dan yang syirik itu bukan GARAM....
yang syirik itu ialah KEPERCAYAAN bahawa garam itu boleh menghindarkan jin dan syaitan dari dalam mana-mana premis....
Ini berkenaan aqidah, cuba la terangkan syuhud dan iktiqad tentang garam (nampaknya si kucin takut nak balas bab nih..hang tolong la dia..) ..Adakah semua yg kita buat kalu Nabi tak buat tu HAROM?
oh tak ada hadis nabi mengharamkan garam.... betul... tapi nabi ada mengajar cara nak menghindarkan syaitan betul tak? melambak-lambak dah blastoff bawak ayat2 quran bawak hadis2 sahih sebagai bukti... tak mau pakai nak guna garam jugak itu urusan kamu....
Haa...tau pulak. Nabi tunjuk salah satu kaedah menghalang gangguan jin dan syaitan tp tak pulak Nabi haramkan guna garam..hangpa yg pandai2 nak mengharamkan benda halal..hukum mengharamkan benda halal cuma murtad jer...
merubah hukum wadhoei sket jer..apa la sangat murtad tu, tak gituuu???
mengikut apa yang ditulis oleh harun din sendiri
"bukan sahaja nizam hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh harun din (di kg baru kalau tak silap) malah nasihat nizam dipatuhi dengan akur oleh harun din dalam permulaan usaha menubuhkan darussyifa'... mustahil harun din tidak mengenali siapa pendeta besar tariqat naqsyabandi nih..."
anda boleh anggap ini sebagai tuduhan atau fitnah... tapi bagi kami ini adalah satu BUKTI besar....
kupia Post at 5-10-2010 18:32
Apa yang BUKTI besar tu? Cerita la sikit? Adakah dengan mengenali Nizam tu dikira BUKTI BESAR? Adakah bina Darussyifa' dan kaedah rawatan kat darussyifa tu semuanya dari silibus Tarekat Sheikh Nizam tu?
Bila bab nak menyesatkan, tak bubuh pun terperinci, setakat kenal dan 'nasihat' dah jadi bukti BESAR?
Syaitan (jelmaan manusia sebagai pencuri dan penipu) pun pernah bagi nasihat yang Abu Hurairah sendiri terima. Mana ada kita kata Abu Hurairah tu pengikut Syaitan/Pencuri/Penipu (Na'uzubillah)? Tengok la nasihat tu apa. Kalau nasihat suruh tolong mengubati orang yang dirasuk Jin, nasihat siapa-siapa pun saya rasa Harun Din terima.
Boleh jelas sikit apa nasihat tu?
ini baru betul satu tuduhan dan pembohongan besar yang nyata... baru hari ini saya tau ada ruangan khas untuk harun din dalam site ustaz zaharuddin berhubung dengan persoalan tentang jin. Yang saya tau site ustaz zaharuddin khas membincangkan sistem kewangan, perbankan dan ekonomi islam, ustaz zaharuddin memiliki kelulusan dan kepakaran dalam soalan kewangan Islam. Dan saya selalu masuk kesana mencari maklumat mengenai sistem kewangan Islam, bukan maklumat mengenai jin atau tariqat naqsyabandi, sampai sekarang ruangan aqidah dalam site itu belum pernah saya jejaki.
Saudara kata saya buat pembohongan yang nyata? Dah buat search kat blog ustaz tu kah? Tak pernah jumpa bukan bermakna itu satu pembohongan. Macam tak pernah jumpa hadith pasal tupai, adakah tupai tu tak wujud?
Kalau saya tersalah info, saya rela mohon maaf, tapi sila siasat dulu dan terangkan pada saya yang anda TAK DAPAT JUMPA!
Search: Bolehkah Manusia Masuk Alam Jin & Sebaliknya
Ruangan yang diberi kepada harun din untuk menjawab soal jawab mengenai jin tidak relevan dengan diqiaskan dengan apa yang ditulis oleh harun din dalam blog dia sendiri.
Relevan. Sebab ada orang menyesatkan Harun Din berdasarkan 'kenal' dan 'jumpa' atau terima 'nasihat' dari orang yang dikatakan sesat. Ustaz Zaharuddin pula terima ilmu Harun Din (tak menyesatkan) dan ambil maklumat dari Harun Din sendiri (dalam bab Jin)
Ilmu berkaitan Jin oleh Harun Din diterima pakai sebagai panduan oleh Ustaz Zaharuddin. Setuju atau tidak?
yang haram dan yang syirik itu bukan GARAM....
kupia Post at 5-10-2010 23:54
Betul dan setuju
yang syirik itu ialah KEPERCAYAAN bahawa garam itu boleh menghindarkan jin dan syaitan dari dalam mana-mana premis....
Bukan setakat garam, kaedah hembusan pun boleh jadi SYIRIK tanpa meletakkan kepercayaan pada Allah.
Kaedah hembus tu ada dalil dari Sunnah.
apa bukti? aku dah bagi satu bukti dari kitab ezeikel yahudi sendiri camana mereka menggunakan garam dalam kepercayaan agama mereka, blastoff dan bawak bukti melambak-lambak dalam thread ni... takkan nak kena tempek balik semula ni dah 31 muka dah ni...
Blastoff bagi dalil Al-Quran dan Hadith berdasarkan, 'tiada riwayat' melalui kaedah am nenek moyang yang dikira sesat belaka bila tak dijumpai dalam riwayat Sunnah.
dan sejak bila pula satu bukti dari kitab Yahudi ni boleh jadi sumber untuk menyesatkan pula? Adakah semua yang tertulis dalam kitab terdahulu tu PALSU dan DUSTA belaka? Bukankah kita disarankan untuk TIDAK mendustakan dan TIDAK juga mengiyakan kandungan kitab terdahulu, apa-apa yang Allah sampaikan menerusi Rasulnya kita semua BERIMAN?
Seorang forumer ada bawa dalil Janggut dari kitab terdahulu (agama Samawi). Boleh keluarkan hukum pasal janggut dari kitab terdahulu?
ok untuk menghindarkan syaitan antara pilihan tabur garam keliling bangunan dengan pilihan baca surah al baqarah dalam bangunan tersebut, mana satu yang kamu pilih?
Saya pilih baca Surah Al-Baqarah. Nak kata guna garam tidak dijumpai dalam Sunnah, ya saya berani setakat ni belum jumpa. Nak kata sesat, saya tak berani. Ada Ulama membenarkan daun bidara untuk rawatan Sihir/Jin, tiada kesalahan dilihat. Ada yang kata Jin takut Srigala, pun Ulama tak sesatkan. Ini pun tiada dijumpai dalam riwayat Sunnah.
Siapa yang kata sesat, silalah bawa kesaksian Ulama yang kata demikian. Baru adil. Kalau sendiri-sendiri baca Al-Quran dan Hadith, pastu keluarkan hukum sesat, siapa-siapa pun boleh buat macam tu!
jadi syiriklah bila guna garam nak mengalau antu... khurafat sama macam guna tangkal azimat juga.... dah bagi banyak bukti jangan tasyabuh tak mau terima juga...
Tula org suh mengaji miker tamo...baru belajor alif be te dah nak hukum org tu org nih takbaik mcm tuh...
Dalam kitab Syamsul Maarif Kubro ada menukilkan sebuah hadis:
Diceritakan daripada Rasullullah s.a.w ketika duduk di dalam masjid selepas Solat Dhuha, maka turunlah malaikat Jibrail di depan beliau seraya memberi salam dan berkata, ‘Allah s.w.t telah memberikanmu syurga Firdaus serta orang yang membaca doa ini lebih besar pahalanya. Apabila dibaca kepada orang sakit, insyaallah lekas sembuhnya, apabila dibaca oleh orang yang mempunyai hutang maka akan lekas berhasil hajatnya dan mendapat petunjuk yang lurus, mudah mencari rezeki dan tidak akan susah dunia dan akhirat. Apabila tidak dapat membaca, maka TULISANnya diGANTUNGkan di atas pintu, insyaallah dijauhkan daripada bahaya dan hajatnya akan lekas terkabul.’
Imam Ahmad r.h Menulis & Membolehkan Ayat Al-Quran Digunakan Sebagai Tangkal/Azimat/Wafak.
Dalam satu riwayat, Al-Mirwazi daripada Abu Jaafar bahawa Muhammad b. Ali telah ditanya tentang pemakaian tangkal. Kata Muhammad b. Ali, “Jika ia memang dibenarkan oleh Al-Quran dan Hadis, maka pakailah dan gunakanlah sebagai ubat sebaik yang mungkin”. Abu Abdullah (Imam Ahmad) yang mendengar hadis ini dan Al-Mirwazi pun bertanya kepadanya, “Patutkah aku mennulis ruqyah (tangkal) ini untuk penyakit demam dengan Nama Allah?, maka jawab Imam Ahmad, ‘Ya’.
Ibnu Qayyim Al-Jauzi r.h. juga turut menambah bahawa Imam Ahmad r.h tidak membantah (melarang) apabila beliau ditanyai tentang hukum memakai tangkal apabila seseorang itu menghidapi penyakit ataupun mengalami musibah. Berdasarkan penerangan ini, kita dapat melihat bagaimana Imam Ahmad r.h. membenarkan penggunaan tangkal bukan hanya setakat untuk mengubati demam malah untuk menghilangkan dukalara serta musibah.
Dalam satu lagi riwayat oleh Al-Mirwazi katanya, Imam Ahmad r.h. telah dimaklumkan bahawa dia (Al-Mirwazi) mengalami demam, lalu Imam Ahmad sendiri yang menulis ayat Al-Quran yang berikut,
“Bismillahirahmanirahim, Kami berfirman, “Hai api, menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”. (Surah Al-Anbiyaa’: 69)
Ayat itu kemudiannya dipakai olej Al-Mirwazi r.h. setelah ditulis oleh Imam Ahmad r.h.
Hok yang ini lagi besh daripada cerita Imam Ahmad.... Sheikhul Islam Al-Imam Ibnu Taimiyyah Mengamalkan Penulisan Azimat & Tangkal yake nih ?
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah merupakan seorang ulama yang ‘all rounder’ dan merupakan guru utama bagi Ibnu Qayyim. Menurut Imam Ibnu Qayyim, gurunya itu pernah mengalami pendarahan hidung akibat panas, lalu beliau (Ibnu Taimiyyah) telah menulis sepotong ayat dari Surah Hud;
“Dan difirmankan, “Hai bumi telanlah airmu, dan Hai Langit (hujan) berhentilah”, dan airpun disurutkan perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan, “Binasalah orang-orang yang zalim”. (Surah Hud: 44)
Imam Ibnu Taimiyyah juga pernah berkata kepada Ibnu Qayyim,
“Saya telah menuliskan ayat ini kepada beberapa orang dan mereka telah sembuh”,
Ibnu Taimiyyah menambah lagi,
“Tidak dibenarkan menulis tangkal dengan menggunakan darah yag mengalir daripada hidung seperti yang dibuat oleh sesetengah orang, kerana sesungguhnya darah itu kotor dan seseorang itu tidak dibenarkan menggunakannya untuk menulis Kalamullah”.
Berdasarkan fakta di atas, kita dapat lihat bahawa Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah sendiri pernah menulis azimat ayat Al-Quran untuk dirinya sendiri dan juga untuk orang lain.
magine bomoh Ayob (bukan nama sebenar) tabur garam & lada hitam keliling masjid utk halau hantu syaitan. boleh accept tak?? tentu kita tak boleh accept sbb ini bukan dari ajaran Islam.
Harun Din pun ada kesilapan juga, itu urusan dia dgn Allah. kita sbg umat islam kena semak balik klu ada kesilapan dari org2 lama, tok2 guru lama (mahu pun baru).
Ini seorg lagi asyik main kat tepi ja...kalau ada hujah tu tala la kat sape2 miker nak...ini asyik duk gelintir kat tepi melukut ja...
Ini buah tangan dari kami yang Nabi Besar Muhammad SAW pon penah wat qaedah pemagar org drpd gangguan jin buka mata miker tuh BESOR2...{:1_126:}
Amru b. Ghailan pernah datang kepada Ibnu Mas’ud dan bertanya; “Benarkah kamu pernah bersama Rasullullah s.a.w pada malam pengiriman utusan jin?”, “Benar”, jawab Ibnu Mas’ud. “Tolong ceritakan kepadaku bagaimana keadaan baginda pada saat itu?” tanya Amr lagi.
“……Rasullullah s.a.w keluar dan di tangan baginda terdapat tangkai buah kurma, kemudian baginda hayunkan tangkai itu pada dadaku, lalu kujawab ‘Masya Allah’. Ini dilakukan sebanyak 3 kali dan aku pun menjawab ‘Masya Allah’. Lalu akupun mengikuti baginda sehingga kami sampai di makam yang terkenal dengan nama Baqiul Farqod. Kemudian Rasullullah s.a.w menggaris dengan tongkatnya dan bersabda;
“Duduklah di sini dan jangan pergi selama aku belum ke sini lagi”. Seraya baginda terus berjalan dan aku melihat baginda antara pohon-pohon kurma sehingga dapat kulihat ada semacam asap hitam yang menutup Rasullullah….Dalam hatiku berkata bahawa asap yang menutup Rasullullah s.a.w itu ialah jin yang menipu daya baginda untuk mereka bunuh, kemudian aku bercadang untuk meminta pertolongan orang-orang kampong, tetapi aku ingat akan pesan Rasullullah s.a.w supaya aku tidak meninggalkan tempat yang digarisi oleh baginda untukku…….(setelah selesai Rasullullah s.a.w berdakwah kepada jin) Rasullullah s.a.w bersabda, “Wahai Ibnu Mas’ud, andaikata engkau keluar dari garis yang kubuatkan untukmu itu, aku tidak bertanggungjawab akan keselamatan dari kejahatan jin….”
(Riwayat Imam Abu Nuaim)
Ini satu lagi....
Diriwayatkan oleh Zubair b. Al-Awam mengatakan bahawa, “Rasullullah s.a.w pada suatu hari melakukan solat subuh berjemaah dan saya termasuk makmumnya. Solat jemaah itu dilakukan di masjid Nabawi, setelah baginda member salam, seraya bersabda, “Siapa yang ingin mengikutiku berjumpa dengan utusan para jin?”.
Para jemaah pada ketika itu senyap semua. Lalu baginda mengulangi pertanyaan yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian baginda membawaku pergi dengan menggandeng tanganku, dan berjalanlah aku bersama baginda melewati gunung-ganang Kota Madinah. Setelah itu kami sampai di satu kawasan tanah yang luas. Tiba-tiba ada sekumpulan orang lelaki yang tinggi-tinggi, mereka berpakaian putih-putih, sehingga tampak seperti panah.
Setelah aku melihat mereka, timbullah rasa takut sehingga kedua kakiku gementar. Setelah kami mendekati mereka, Rasullullah s.a.w membuat garisan SEGI EMPAT dan memerintahkan aku untuk duduk di situ. Dan setelah aku duduk, ternyata segala sesuatu yang aku rasakan tadi hilang sama sekali…”
(Riwayat Imam At-Thobrani)
Maknanya Nabi penah buat qaedah pemagar ini dlm bentuk empat segi....ada apa2 komen nk dengar jgk dari miker....jgn main2 kat tepi tuh tu nti jatuh longkang....
Tula org suh mengaji miker tamo...baru belajor alif be te dah nak hukum org tu ...
salikin Post at 6-10-2010 10:42
itulah salah faham ramai org. pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan hidup orang Islam.
Reply tobby
Ust Dr Amran Kasimin dia nih bukankah anak didik Ust Harun Din ka?
salikin Post at 6-10-2010 11:37
itulah masalah kebanyakan kita. bila taksub dgn satu2 org kita buang terus semuanya. dan bila suka sgt dgn satu2 org tu kita terima kesemuanya tanpa perlu semak, tanpa tapis. sikap taksub ni dah mcm org politik, contohnya bencikan satu2 parti tu maka benci kesemuanya. suka dgn parti sendiri telan kesemuanya tanpa dolak dalik. ustaz harun din & darul syifa pun byk jasa mrk. cuma teguran yg dibuat hanya sekadar teguran. aku pun kesal dgn golongan yg mengkritik ustaz harun din & darul syifa tanpa ada adap & susila. kita org melayu ni dididik dgn adap sopan. itu yg lebih disukai oleh Allah.
mengapa jumhur ulama melarang penggunaan tangkal. ialah krn utk keselamatan akidah. sila dengar ...
tobby Post at 6-10-2010 11:48
Jd ada dua pendapatlah di situ kan? satu kata bole satu lagi kata tak bole kan? Selagi ia itu tidak menjejaskan Aqidah, Syariat dan Akhlak maka bolehlah kan? yang jadi tak bole tu pi ambk azimat/tangkal dsbnya daripada org-org fasik, zindik, munafik, murtad dan kapir...tak gitu... kalu macam Ibnu Taimiyah takkan tak bole kot?