CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
 Author| Post time 26-11-2010 01:33 PM | Show all posts
Sebaik kereta Amir berhenti di depan rumah Cikgu Zul, guruh berdentum kuat dan awan gelap mula meluahkan isinya. Pamitan di ucap dan Dahlia berlari masuk ke rumah. Amir memerhati dari kereta hingga tubuh Dahlia hilang di sebalik pintu sebelum menekan minyak.

“ Lia pergi mana?” Dingin suara Hj Zul menyambut kepulangan anaknya. Sedingin roman wajah tua itu. Langkah Dahlia terpaku. Sejak bila Babah jadi warden? Dahlia menarik kerusi meja makan bertentangan dengan bapanya.

“ Lia pergi  Sayong. Ada satu keluarga ni, susah sangat. Anak  tujuh orang. Kasihan Lia  tengok. Bapa deme baru meninggal. Mak budak budak tu Rosni namanya. Kak Rosni cuma ambil upah jahit baju.” Dahlia terhenti sekejap. Terbayang rumah kayu usang beratap zink yang luasnya lebih kurang sama dengan ruang tamu campur ruang makan rumahnya. Di situlah mereka  tidur, makan dan masak. Bilik tidur lelaki dan perempuan di pisahkan dengan dinding kadbod.

“ Habis tu, Lia buat apa di sana? Pergi dengan siapa?” Hj Zul memeluk tubuh dan matanya tajam. Dahlia senyum dengan tanda tanya. Pelik.  Selalu kalau aku balik lambat, dia tak pernah soal panjang lebar.

“ Lia pergi dengan Cikgu Amir. Anak Kak Rosni belajar di sekolah Sri Kota. Cikgu Amir kata budak tu nak berhenti sekolah sebab tak cukup duit. Kakak dia yang sulung baru habis SPM dan tengah cari kerja. Nama dia Atikah. Jadi Lia offer dia kerja jadi pembantu Lia kat kedai kita. Gaji dia RM400. Babah tak kisah kan? Lia pun penat buat kerja sorang sorang.  Lagipun apa salah kita buat amal jariah, sekali sekala tolong orang susah. Kan, Babah?” Rasa insaf  memalit diri Dahlia bila berdepan dengan mereka yang begitu daif. Kalau dulu aku pernah rasa cemburu bila melihat rumah Puan Sri Sabiha dan kehidupan keluarganya yang serba mewah, kini aku amat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku.


Hj Zul melepas desah bila suara Cikgu Amir di sebut. Anak aku ni dah rambang mata.

“ Babah bukan tak suka Lia tolong orang tapi Babah tak suka kamu keluar berduaan dengan Cikgu Amir. Kamu dah nak jadi tunang orang. Lagi satu , tadi Farid datang jumpa Babah. Dia kata Lia janji nak keluar minum teh dengan dia tapi bila dia pergi nak jemput kamu di kedai kamu tak ada. Babah tak suka Lia buat perangai macam tu. Pantang Babah kalau orang tak tepati janji. Pergi telefon Farid cakap sorry” perintah Hj Zul.

Tak malu.. tua tua nak report! Apalah Farid ni. Badan dah kurus tapi perangai Farid Buncit zaman kecil dulu tetap tak boleh hilang. Kalau tak dapat apa dia nak, mesti nak mengadu kat mak bapak. Kalau kalah main games pula, kata kita cheating. Bukan dia mengadu kat mak bapak dia, dia mengadu kat mak bapak budak budak lain. Berapa kali aku kena lecture dulu sebab Farid Buncit. Now history is repeating itself. Calon suami macam ini kah yang aku nak ? Takut nanti kalau aku masak tak sedap dia terus call Babah. Seterika baju senget pun dia mengadu. Susah woo. Tayar spare kat perut Farid boleh hilang tapi perangai anak manja susah nak buang. Tapi silap aku juga tak bagitau dia sebelum aku ikut Cikgu Amir. Hailaaa… sekali lagi Cikgu Amir dah berjaya “mandrem”kan aku.

“ Ya lah… ya lah… nanti Lia call. Lia terlupa sebab Lia excited sangat nak dapat pekerja baru.” Biar lah aku mengalah. Dia menuang secawan teh yang sudah sejuk. Perutnya berkeroncong sebab tak di isi dari tengahari. Di rumah Kak Rosni mereka di jamu dengan cekodok pisang tapi dia tak sampai hati untuk ambil lebih dari satu biji bila melihat anak anak Kak Rosni berebut berebut makan dengan begitu berselera.

Excited sebab nak dapat pekerja atau excited nak jumpa dengan Cikgu Amir? Hj Zul mendengus. Aku ni dah tua tapi aku ingat lagi zaman aku bercinta dulu. Makan minum pun boleh lupa kalau nakjumpa awek punya pasal. Demi persahabatan aku dengan Leman , aku terpaksa bertegas dengan Lia.

“ Lain kali jangan buat perangai macam ni. Babah tak suka orang mengumpat anak Babah. Ini bukan KL. Lia tinggal di pekan kecil sekarang tau. Apa yang Lia buat, dengan siapa Lia keluar, ada saja yang nampak. Babah tak suka keluarga kita jadi bahan gosip” Bebel Hj Zul

“ Di KK  Lia ni sama standard dengan artis lah ya?” Cubaan Dahlia untuk berlelucon tidak bersambut.

“ Cikgu Amir tu guru sekolah. Dia patut jaga kelakuan dia. Tak manis orang tengok seorang guru bawa anak dara orang ke hulu ke hilir. Macam mana dia nak tegur anak murid kalau dia sendiri buat perangai tak senonoh. “

Dah nama pun guru, bukan malaikat. Guru pun manusia biasa. Ala …macam lah Babah dengan Mak dulu tak pernah keluar bersama sebelum kahwin. Dua dua pun  guru juga. Babah ni dah nyanyuk kah? Mak cerita masa belum kahwin dulu dia dengan Babah selalu tengok wayang Hindi, makan ais kacang, lepak di tepi sungai.  Kalau guru tak boleh keluar dengan the opposite sex, macam mana dia orang nak cari suami atau isteri?  Tapi Dahlia cuma membentangkan hujah dalam kepala. Tak larat nak berdebat dengan Babah.

“I respected Cikgu Amir. He is a hardworking and dedicated teacher. Tapi tak sangka pula perangai dia macam ni. Selalu kah dia pergi ke kedai? Babah tak suka kamu berduaan dengan dia. Dia tu bujang, Lia anak dara.” dengus Hj Zul. Cerita Farid tadi benar benar mengejutkannya. Tak sangka Cikgu Amir boleh bergurau sakan dengan Dahlia di kedai tadi. Kawan Farid yang jadi saksi.  

“ Babah, salahkah orang datang ke kedai nak beli buku? Atau Babah nak Lia letak sign “ Lelaki bujang tak di benarkan masuk”? Babah nak tolak rezeki kah? Kalau Cikgu Amir datang dia tak pernah pulang dengan tangan kosong. Dia bukan jenis selak selak magazine lepas tu letak balik.”

Anak aku dah serap semangat Karpal Singh  dah, Hj Zul berjeda sambil mengusap dagu. Kalau aku bertekak juga mesti aku kalah. Bimbang pula kalau Dahlia ambil keputusan terburu buru untuk tolak pinangan Farid. Atau lagi teruk, dia merajuk dan pindah balik ke KL.


“ Cikgu Amir  tu tak buat salah apa pun. Dia bukannya ajak Lia keluar dating. Dia cuma bawa Lia jumpa keluarga Kak Rosni.  Bukannya kami keluar makan atau tengok wayang atau merendek di taman bunga. Babah janganlah dengar sangat cakap orang. Takkan Babah tak percaya anak sendiri. ” sambung Dahlia dengan tenang. Aku kena kontrol emosi. Jangan sampai melawan orang tua. Matanya melingas ke arah jam dinding. Sudah pukul 7.30 malam. Masa untuk menghentikan topik Cikgu Amir vs Farid sebelum perbalahan jadi hangat.

“ Babah nak makan apa malam ni? Lia masak”

“ Jangan risau pasal Babah. Lia pergi telefon Farid dulu. Kalau dia cerita kat Uncle Leman apa Lia buat, malu Babah. “

Dahlia mengherotkan muka. Geram aku dengan Babah ni. Beria ria nak jaga hati Farid sampai sanggup tak makan. Aku pula makin lama makin cemuih dengan tingkah Farid. Nasib baik aku tak bagi keputusan lagi. Liatnya aku nak terima lelaki macam dia. Adakah sebab aku dah  suka  Cikgu Amir? Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu lagi mau tanya kah? Tapi Cikgu Amir tak pernah pun cakap dia suka aku. Bagi hint pun tak pernah. Bagi mee goreng ada lah.

“ Lagi satu Babah nak  cakap. Cepatlah buat keputusan  pasal pinangan Farid. Auntie Zu dengan Uncle Leman dah banyak kali tanya. Nanti yang di kejar  tak dapat, yang  di kendung berciciran”

Babah tak ubah macam Karam Singh Walia bagi penutup kata. Tapi peribahasa dia memang pedas dan kena tepat kat batang hidung aku. Ouch!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 01:34 PM | Show all posts
Reply 760# sang_arjuna


    so bila smiley nak kasi kitorg join skali cikgu amir buat karipap dgn dahlia..? tak sabar dah ni nak join skali pergi bukit merah
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 01:35 PM | Show all posts
ohhh dah ade smbungan rupanye....erkkk mcm tegang je cikgu zul ngn dahlia tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 01:42 PM | Show all posts
aduii cikgu zul lbh bkenan dgn farid buncit aka anak manja aka playboya tu la
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 01:48 PM | Show all posts
Ek eleh si farid buncit kaki mengadu......
reject je  farid tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 02:09 PM | Show all posts
kaki ngadu rupanya si farid buncit ni.....:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2010 02:26 PM | Show all posts
n3 yg ini tak baik dibaca pada hari jumaat

.......................................................................................
Pekat malam mula menyelubungi bandaraya Ipoh apabila Farid sampai ke kondo Damaipuri.  Sepanjang perjalanan dari Kuala Kangsar dia mendongkol. Sudah lebih seminggu keluarganya merisik Dahlia tapi masih belum ada jawapan. Kerek sungguh minah tu. Tak sedar untung! Setiap kali dia menelefon jawapan tetap sama. Dia perlu masa untuk berfikir. Fikir apa lagi cik adik oi. Mentang mentang lah tawaran aku tak ada expiry date, kau jual mahal ya. Tapi jiwa lelakinya sukakan cabaran. Makin susah nak dapat, makin berbaloi. Cuma sekarang tahap konfidennya mula goyah. Dia  terpukul bukan sedikit dengan tindakan Dahlia tadi. Membazir duit aku beli bunga . Apa yang ada pada cikgu sekolah itu? Aku akan ajar Cikgu Amir yang tak sedar diri. Biar dia tahu langit ini tinggi atau rendah. Jangan harap aku nak lepaskan Dahlia dengan mudah.

Keretanya di parkir di tempat yang di peruntukkan. Sebaik dia mematikan enjin, telefon bimbitnya menjerit minta di layan. Nama yang tertera di skrin membuat dia tersenyum

“ Hi . What’s up?”

“ Sayang, you lupa kah. Hari ni birthday I. Where are you? I nak celebrate dengan you” Suara manja itu merengek.

“ Of course I tak lupa. I kena balik KK sebab ada hal dengan parents I. Give me half an hour  and I’ll come over.”

“ Mmmm… I can’t wait. Cepat tau”

“ Yes, baby. I miss you too”

Amarahnya mula surut. Farid menekan butang lif ke tingkat 5. Sebaik pintu di buka dia terus menghempas tubuh di sofa kulit yang mengadap TV. Teman serumahnya mengangkat kening.

“ Hi bro. Apa cerita?” Ainudin sekadar bertanya. Air dalam tin Carlsberg di teguk.
Sebelah lagi tangan  mengelus rambut Mimi, teman wanitanya yang sedang baring di ribanya.

“Aku tengah bengang dengan Dahlia.”

“ Kenapa? She doesn’t want you, right? ” duga Ainudin. Sengaja nak cari pasal. Dia tak pernah berjumpa dengan gadis idaman temannya tapi firasatnya mengatakan Dahlia gadis yang baik. Pastinya masih suci. Tak layak untuk lelaki macam Farid.  

“ Kalau dia tak nak, siang siang lagi dia dah cakap. I know Dahlia. Dia jenis yang outspoken. Tak reti berdolak dalih. Dia saja nak test kesabaran aku. She’s playing hard to get” Farid menanggalkan tiga butang teratas kemejanya.  Mimi bersiul rendah.

“ Body you memang lawa tapi jangan buat striptease kat sini. Kalau I tergoda, susah nanti” guraunya dengan tawa gedik.

“ Kalau you bayar I pun, I tak ingin nak tayang badan kat you” Macam manalah Ainudin boleh lekat dengan minah  ni sampai nak buat bini. Farid menggeleng. No taste ! Ainudin anak bekas Setiausaha Kerajaan Negeri ada syarikat construction sendiri. Tapi bakal isteri nya waitress yang di jumpa di pub mana entah. Tak ada kelas langsung.

“ So, what’s the problem? Apa plan kau malam ni? Or maybe kau marah sebab dia cancel date dengan kau?”  Ainudin menyimbah minyak ke api. Farid tidak memberi respon. Amarahnya yang mula reda menyemarak semula. Dia ke dapur, membuka peti ais dan mengeluarkan Coke. Malam masih awal untuk minuman keras. Tahap toleransi alkoholnya tak setinggi Ainudin yang boleh togak segala beer, brandy  dan whisky macam jus.

“ Jadi kau tak ada date malam ni? Takpe.. boleh lepak tengok bola dengan kita.” Pelawa Mimi sambil membetulkan spaghetti strap yang sudah melorot. Setiap kali dia datang, Farid dan housemate lain pasti dapat free show. Sampai dah muak.

“ Aku tak ada date? Hey.. tengok orang lah. Hari yang aku tak ada date, snow akan turun kat Malaysia.  Aku nak keluar dengan Nurul. ”

“ Oh, aku ingat  kau dengan Stacy. I can’t keep track of your women lah” Ainudin menggeleng kepala.

Farid mengurut dagu. Dia terbayang gadis serani yang lincah dan pandai menggoda tapi tak inginkan komitmen. Tak perlu “ high”  pun dia sanggup buat apa saja.  My kind of girl.  Stacy atau nama penuhnya Anastasia  Sta Maria top seed dalam ranking stok gegeli Farid.

“ Stacy balik Penang. Nenek dia sakit. Lagipun hari ni Nurul punya birthday”  
Nurul Asyikin memegang rank second seed. Bukan sebab dia kurang cantik atau kurang sexy tapi dia asal dari Kuala Kangsar. Paling di takuti Farid kalau rahsia dia di hidu. Hancur peluang aku untuk berkahwin dengan Dahlia. Mesti Hj Zul tembak aku dengan senapang patah. Silap haribulan ibubapa aku pun tak nak mengaku anak. Selama ini aku berlakun di depan mereka dan semua menyangka akulah  Lelaki Melayu Terakhir. Lakunan aku memang hebat. Kalau terbongkar rahsia habislah elaun bulanan dan segala kemewahan dari bapa aku. Kalau nak harapkan gaji sebagai  Regional Credit Manager Maybank , tak merasalah duduk kondo mewah yang ada privasi ini.

Farid ke bilik mandi dan memasang shower. Ah, indahnya hidup. Perempuan pasti layu di tangan aku. Siapa sangka budak gendut yang selalu di ejek sepuluh tahun lalu kini jadi player ternama. Ini baru di katakan semangat Malaysia Boleh! Farid tersenyum sambil membayangkan aktiviti malam nanti.. I am going to have fun tonight.. Sejak belajar di New Zealand, entah berapa gadis telah di “ pakai buang”.  Cuma seorang saja yang dia dambakan tapi belum dapat. Cik Dahlia intan payung ku sayang. But its just a matter of time.
………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 02:29 PM | Show all posts
Tubuh Nurul Asyikin yang di baluti dress merah singkat di peluk erat. Mata nya terpejam, asyik di buai alunan muzik rentak perlahan.  Nurul mendesah lembut. Desahannya menjadi rengekan bila jari Farid menjalar ke leher jinjangnya.

“ Its almost 11. I kena kerja besok” bisik Farid. Lantai tari kelab malam Hocus Pocus lengang. Cuma ada dua pasangan lain yang sedang mengayun tubuh. Tempat ini selalunya penuh dengan remaja pada malam Sabtu. Dia dengan Nurul sengaja memilih club ini untuk mengelak dari bertembung dengan orang yang mereka kenal. Kalau berskandal kena pandai cari port.

“ I pun kerja lah sayang. Tapi the night is still  young. Bukan selalu I sambut birthday. Setahun sekali saja. ”  Nurul mencebik bibirnya yang merah berkilat. Jari jemari Nurul mula meliar di dada Farid.

“ Tuan Hijaz kat mana? Takkan dia tak buat anything special for your birthday?”

“ Dia kat China tengah negotiate nak buka factory. As usual, dia beli jewellery for me. This time it’s a Chopard pendant”  Nurul meleraikan diri dari pelukan Farid dan menarik rantainya. Loket berlian yang tergantung di lurah dada  membuat Farid mengangkat sebelah kening. Dahsyat! Mesti harganya mencapai 5 angka.

“ He has very good taste. You beruntung”

“ Well, you pun untung. Tonight I’m all yours” Senyum Farid makin lebar. Tangan Nurul di genggam.

“ Let’s go, baby. Hmm… your place or mine?”  

“ Yours. Adik I si Aishah ada sini. Dia tinggal dengan I masa cuti sekolah.”

Farid memimpin Nurul ke kereta. Pintu Vios di buka. Nurul menyilang kaki di tempat duduk. Baju yang sedia pendek naik  beberapa inci. Aku tak payah guna imaginasi.. semua di tayang depan mata., desis Farid. Ini yang buat aku makin teruja untuk mendapatkan Dahlia, perempuan yang masih suci dan tubuhnya terpelihara dari mata dan tangan liar jantan jantan.

“ Is she as sexy as you?” Farid ketawa kecil bila di cubit.

“ Gatal! Tak cukup dengan satu” Nurul menyendengkan tubuh ke tingkap dengan matanya redup memandang Farid.  

“ Sama lah kita” balas Farid selamba. Nurul seorang isteri yang kesunyian. Suaminya yang 20 tahun lebih tua sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan di dalam dan luar negara.  Dari segi material , suaminya lebih dari mampu memberi segala yang di hajati.  Kelohongan yang di tinggal oleh suaminya di isi oleh Farid atau lain lain skandalnya. Selagi rahsia tak terbongkar , everybody is happy. Syaitan pun tepuk tangan. Nurul  sekadar pemuas nafsu aku dan begitu juga sebaliknya. No strings attached. Tapi aku janji akan bertaubat. Aku akan tinggalkan semua maksiat sebaik aku bergelar suami Dahlia. She is worth it.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 02:43 PM | Show all posts
wahhh makin menarik ni smiley.....ramai mreka2 yang bkenaan ade kaitang dgn cikdu amir ngn dahlia la.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 03:35 PM | Show all posts
Reply 768# sang_arjuna

Iishh.. takutnya ter nikah dgn lelaki macam Farid niihhh...

(1) Itu yg Cikgu Zul/ bapa2 kena selidik betul2 lelaki yg nak pinang atau tengah meng 'usha' anak perempuan depa tuuh... Kena pakai 'scanner' atau radar yg 'high quality' punyaa... Kalu tak nayaa...

(2)Perempuan2 pun kena cerdik bila pilih calon suami .  Jangan tengok 'handsome' je atau 'sweet talker' je..
Antara ciri2 utama calon suami yg mesti/ wajib  adalah solat 5 waktu sekurang2nya... Kena 'uji' lah jugak rasanya... kena 'check' gak sape teman2 depa niih... Kalu dpt macam si Ainuddin niih, haru gak.. bawak perempuan masuk rumah, 'tonggang' air syaitan lagikk...
Cth. datang rumah skali-sekala- suruh depa jadi Imam- nak tengok 'gementar' ke atau dak... Tapi..kalu kes saudara baru.. mungkin lain lak caranya...

Wahh.. maaf Smiley@ Arjuna, banyak lak tulis... teruja dgn cite yg menarik niihh...

Well... Cikgu Amir... NEVER EVER allow 'walkover' ..heh..heh..{:1_137:}

TK Smiley@ Arjuna... N3 baru yg banyak niih..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 03:52 PM | Show all posts
Perbuatan sumbang songsang si Farid pasti terbongkar
juga lama mana nak sorok pun.

Cikgu Zul kena siasat dulu
latar belakang farid....
jgn pandang pada persahabatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 04:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 26-11-2010 16:52

mesti rahsia dia terbongkar...
mana pernah  antagonis dapat heroin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 05:01 PM | Show all posts
Reply 772# sang_arjuna

betul..betul..betul...{:1_137:}
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 05:44 PM | Show all posts
Reply 772# sang_arjuna


    betul betul betul
    mana boleh bagi heroin merana
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 05:51 PM | Show all posts
mesti rahsia dia terbongkar...
mana pernah  antagonis dapat heroin.
sang_arjuna Post at 26-11-2010 16:49


ya betul..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 09:52 PM | Show all posts
ayohai menakutkan situsai ni!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 09:58 PM | Show all posts
haha.. tak sabar nak tau reaksi cikgu zul bila tau perangai sebenar farid tu...
diri sendiri pun perangai hampeh ada hati nak kat dahlia...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 07:29 AM | Show all posts
bijaknya si teruna Amir
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 07:38 AM | Show all posts
huhhh farid
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 09:23 AM | Show all posts
ya ampun... minta simpang la jodoh farid dgn dahlia... mcm mana agaknya klu cikgu zul dgn parent farid tahu kisah sebenar farid...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.127326 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list