|
[DPS v17] Road to MU 2013; Transformasi Carey di bawah Elaine Daly!
[Copy link]
|
|
cikgojesss posted on 20-7-2013 01:13 AM
lolz sapa komen tu? tak bule belah
|
|
|
|
|
|
|
|
mana pegik dia ni?
chloe chen |
|
|
|
|
|
|
|
cikgojesss posted on 20-7-2013 12:27 AM
iklan sat.. siapa pakai smartphone, boleh download mobile apps 'TNMUM 14' kat apps store/google play ...
Taun ni ade bootcamp lg ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
cikgojesss posted on 20-7-2013 01:13 AM
Lawanyer miss thailand
|
|
|
|
|
|
|
|
ryn78 posted on 20-7-2013 01:42 AM
Lawanyer miss thailand
Thailand tu mmg lawo.. tp kalau gambar candid biasa je.. lagi2 tang hidung dia yg mcm jambu air tu.. tp kalau dia operate hidung dia! iols rasa dia boleh jd stunner.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok kat sini, Carey Ng dgn Debby yg stunning.
|
|
|
|
|
|
|
|
4 gadis Islam finalis Miss Malaysia World 2013
KUALA LUMPUR 18 Julai - Seramai empat gadis Islam merupakan antara 20 peserta yang dipilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.
Pemilihan finalis untuk pertandingan ratu cantik itu dibuat dalam satu sesi interbiu tertutup yang berlangsung di sini pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka berlangsung baru-baru ini.
Mereka dipilih berdasarkan kemampuan membawa diri dengan penuh keyakinan, personaliti dan cara mereka mengikut tema pertandingan iaitu 'Kecantikan Dengan Tujuan'.
Peserta yang dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2013 akan mewakili negara pada pertandingan Miss World 2013 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 28 September nanti.
Penganjur pertandingan, Datuk Anna Lim ketika dihubungi mengesahkan penyertaan empat finalis beragama Islam pada pertandingan ratu cantik itu tahun ini.
"Mereka dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak berpakaian bikini atau sut renang," katanya.
Menurutnya, selain gelaran utama, peserta turut akan merebut lapan lagi gelaran yang disediakan iaitu Miss Fashion Metrojaya, Miss Body Beautiful Wacoal, Miss Beautiful Eyes Optimax, Miss Personality, Miss Photogenic, Miss Beautiful Skin dan Miss Elegance.
Katanya, Miss Malaysia World 2013 akan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan menjadi duta bagi beberapa produk.
Fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik.
Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.
Selepas fatwa dikeluarkan, Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992.
Isu penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik mendapat perhatian semula apabila tiga gadis Melayu menyertai pertandingan itu di Selangor pada 1997.
Selain itu pada 2011, lima wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 di Kuching, Sarawak walaupun sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan mendapat bantahan pelbagai pihak.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -2013#ixzz2ZXOhnCHf
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 20-7-2013 07:51 AM
4 gadis Islam finalis Miss Malaysia World 2013
Ni yg Ead seram sejokk ni
kalo dah masok media aka utusan haruslah jadik debate awam
pastu tau2 pejabat agama tangkap 4 muslim yg masuk Miss World tu
dah ar bulan2 puase ni kannn
|
|
|
|
|
|
|
|
lotionmilo posted on 20-7-2013 10:38 AM
carey betulkan gigi eh?
ha'ah, Carey tgh dalam process betol kan gigi dkt mydentist.
|
|
|
|
|
|
|
|
lotionmilo posted on 20-7-2013 10:38 AM
carey betulkan gigi eh?
haah lotionmilo
carey masih lagik buat dental correction treatment termasuk pakai veneer utk putihkan gigi nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
baru jek Ead kata
sian Wafa, Kathrina semua...
KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa.
Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Feb 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
"Justeru itu pihak penguat kuasa diminta agar melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas berhubung laporan akhbar semalam bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan.
Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
nazrul90 posted on 20-7-2013 06:52 AM
kalau tengok kat sini, Carey Ng dgn Debby yg stunning.
Mata ni napelah tetumpu trus kat Debby....
|
|
|
|
|
|
|
|
Eadead2009 posted on 20-7-2013 12:36 PM
baru jek Ead kata
sian Wafa, Kathrina semua...
Rasanya 4 wanita melayu islam ni fikirlah sehabis2nya.. ada masa lagi... nak tarik diri .. walaupun di buat secara tertutup sekali pun ... nanti tak pasal2 pula kena tangkap.. hu hu
|
|
|
|
|
|
|
|
Eadead2009 posted on 20-7-2013 12:20 PM
haah lotionmilo
carey masih lagik buat dental correction treatment termasuk pakai veneer utk pu ...
Oklah... masih lg dlm proses nk bg tip top ye... harap2 hasilnya nanti meletop ye.. tak sabar nk tgk...
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak nya Wafa, katrina semua kena withdraw diri lah, tapi yg peliknya yg dewi remaja, gadis m2 tu tade sape nak kesah pulak. tapi betul lah, kita islamic state, so respect lah title tu at least. |
|
|
|
|
|
|
|
Mel007 posted on 20-7-2013 12:52 PM
Rasanya 4 wanita melayu islam ni fikirlah sehabis2nya.. ada masa lagi... nak tarik diri .. walaupu ...
kan kak mel
dari satu segi mmg berdosa pun nak bulan2 poser ni
tapi dah ada yg pertikai cakap ape beza dengan akademi fantasia, anugerah bintang popular
semua pun ada perempuan melayu yg pakai x menutup aurat terjerit terlolong bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
nazrul90 posted on 20-7-2013 01:02 PM
nampak nya Wafa, katrina semua kena withdraw diri lah, tapi yg peliknya yg dewi remaja, gadis m2 tu ...
haah kan nazrul
dewi remaja pun konsep sama x de swimsuitt
mufti x tau kot tahun ni x de segment swimsuit
|
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat posted on 20-7-2013 01:05 AM
apa muka jinjang uols sebut pun i taktau. i tau leher jinjang ja
i view beauty as unique ...
Jinjang tu nama tempat kat KL
Situ ramai cina
Cina pprt larrr
Bukan cina urban cam kat damansara bagai tu
= Cina Jinjang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|