|
[Dunia]
V16: MH370- SKALA OPERASI SAR SEMAKIN BESAR MELIBATKAN BYK NEGARA
[Copy link]
|
|
Last edited by bluemenx on 19-3-2014 03:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendedahan Thailand ni membuat aku rasa lega.. sekurang kurangnya kita tahu yg mmg negara di rantau ni tak berprasangka buruk antara satu sama lain... sampai foreign aircraft terbang kat angkasa masing masing siapapun tak ambik pot |
|
|
|
|
|
|
|
pls snap gambar then upload dimana kapal tu berada kalau betul (media asiang terutamanya) mengatakan plane ada landed kat diego garcia,maldives,afganistan etc...tp hingga kini, specu remains specu... |
|
|
|
|
|
|
|
gadget posted on 19-3-2014 03:16 PM
system tu saya xpasti sama ada sama atau x...tp kotak hitam sure ada hampir di semua boards...airc ...
Nanti leh dengar la yer kabin crew2.. This is kapten.... tp banyak kes bus eksiden kat malaysia ni mcm x de fungsi pun... Ke x ada kotak hitam tu.. Ke aku yg tertinggal jet pejuang ni |
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 19-3-2014 03:22 PM
Air laut biasa ok lagi tp ada jerung lak.. Wa wa wa x psl2 jd santapan en jerung... Tp mcm teringi ...
kalau susah sangat duduk je diam2 kat rumah.... kalau dh ajal, duduk depan tv pun boleh mati....tiba2 TV meletup misalnya
|
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 19-3-2014 03:24 PM
pada aku mudah je, dia dah macam bagus sangat menulis dlm blog psl soalan yg dia nak wartawan tany ...
mcmm la hang taktau, paling seronok mengutuk org.
tambah kalo org yg dikutuk tu mmg dah sebelum ni hang benci gila selama ni...
tak payah duk suh depa buat camtu, seribu alasan depa akan bg.
bg depa tu bkn kutukan tp kritikannnnnn padahal lebih pada lepas geram
|
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 19-3-2014 03:27 PM
kalau susah sangat duduk je diam2 kat rumah.... kalau dh ajal, duduk depan tv pun boleh mati....ti ...
Hehehe jiran aku ada wei meletup tv dia tp x mati pun.. lawak je dengar citer dr dia tgh lyn hindustan lak tu katanya... |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 19-3-2014 03:26 PM
tgk thread asyik ke laut je..
dari MRSM bitara sampai budak atheis..
habis semua stress dam. biar la ada hiburan sikit dicelah2nya. tapi jgn la sampai putus harap. doa2la agar cepat dpt jumpa. jumpa dalam keadaan macamana pun la kan. redha je. sedih la kenangkan nasib semua dlm kapalterbang dan family dia org tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz posted on 19-3-2014 02:40 PM
Ada speku drp membe yg kenal grup alim ulama ni..katanya ada ustaz buat solat hajat dan berdoa minta ...
Ade terfikir gak 2,3 hari ni xde ke mana2 alim ulama yg dpt petunjuk melalui mimpi ke, gerak hati ke or whatsoever. Coz diorg mesti da buat solat hajat bnyk2 and alim ulama ni biasanya cpt je makbul doa dia. Plus org alim ulama ni mesti ada gifted kan? Iolss tertunggu2 ada x mana2 alim ulama yg tampil ke dpn ckp dpt petunjuk ke apa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 19-3-2014 03:28 PM
mcmm la hang taktau, paling seronok mengutuk org.
tambah kalo org yg dikutuk tu mmg dah sebelum ...
yg kelakar, ada pulak yg mengharap message tu sampai secara tak sengaja ke pihak berkuasa dgn cara sharing is caring bagai.....
aku kalu, tongsampahkan aje blog2 mcm tu......
|
|
|
|
|
|
|
|
Changa posted on 19-3-2014 03:24 PM
kan akak dah bilang,
mustahil radar negara lain tak boleh detect, mereka pun sama dengan tanah ai ...
Hri tu kt twitter perasan ada org tempek jarak radar thailand smpai penang, kedah, perlis
|
|
|
|
|
|
|
|
uols..ada update terbaru tak???
ter bz lak kat opis ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nk abis ni... Adoyai.... |
|
|
|
|
|
|
|
coco_chanel posted on 19-3-2014 03:04 PM
Nape? Apa yang pakcik tu nampak rekaan ke semata-mata...kalau gitu yang org new zealand kat pelant ...
ioll tak rasa rekaan..ioll mmg rasa betul..tp bukan flight terbakar..tp flight tentera..ada kn flight tentera yg blkg ada api..kn waktu tu mlm..mustahil la mamat nz tu nmpk mh370..tp heol nmpk flight tentera..heol mana tahu beza mh370 dgn flight tentera sbb jarak pon puluh km dr pelantar..but ioll percaya heol mmg nmpk..flight tentera tu la mgiringi mh370..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika ada rundingan sulit yang berlaku...aku harap ianya berjalan lancar...
aku cuma doakan agar para penumpng & crew semuanya selamat... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 teori dah kluar.
Sampai teori kpltbg meliwat pun ado...
Camne le satu dunia tak golakkan Msia... |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 19-3-2014 03:12 PM
Eloklah isam cakap mcm tu terang terang... ikan paus nama lydia berenang di lautan pun diaorang bo ...
patut la soseh2 yg akak post yg akak baca hari tu memang mengatakan banyak negara termasuk US suppress info yg buatkan investigasi jadi payah dan agak terhenti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Keyword tred V16
|
|
|
|
|
|
|
|
MH370: Setiap kemungkinan nyalakan harapan
KUALA LUMPUR:Misi mencari dan menyelamat pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu telah pun memasuki hari yang ke-12, dengan fasa baru yang melibatkan koridor utara dan selatan.
Namun, masih adakah harapan bagi penemuan pesawat tersebut setelah pelbagai teori, spekulasi dan 'harapan palsu' yang sering kita didengari semenjak kehilangannya pagi Sabtu minggu lepas.
Bagaimanapun laporan baru mengenai insiden itu ada kemungkinan membawa harapan baru kepada penduduk Malaysia dan dunia, terutama sekali bagi keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat Boeing 777-200 itu.
Terbaru,penduduk sebuah pulau terpencil di Maldivestelah mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah pada pagi hari yang sama ia hilang, kira-kira jam 6.15 pagi.
Perkara itu telah mendapat perhatian pihak berkuasa republik itu yang segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
Memetik laporan portal berita Haveeru Online, penduduk pulau itu memberitahu mereka ternampak sebuah pesawat berwarna putih dengan jalur merah iaitu warna yang sama dengan badan pesawat Malaysia Airlines, terbang menuju ke arah selatan Maldives.
Mereka juga mendakwa telah mendengar bunyi bising yang kuat semasa pesawat itu melintasi pulau mereka.
Dakwaan itu turut mendapat perhatian seorang pakar tempatan Maldives yang berpendapat ada kemungkinan pesawat itu merupakan MH370 kerana pada masa tersebut tidak ada pesawat yang dijadual terbang melintasi pulau berkenaan.
Satu lagi perkara yang mungkin membawa harapan baru ialahpengesanan sebuah pesawat oleh radar tentera Thailandoleh yang dipercayai pesawat MH370 milik MAS itu.
Maklumat radar itu menunjukkan pesawat berpatah balik dan dikesan di utara Kuala Lumpur sebelum menuju ke Butterworth dan kemudian hilang.
Namun, jurucakap Tentera Udara Montol Suchookorn memaklumkan bahawa Thailand tidak pasti sama ada maklumat itu berguna sehingga menerima permohonan rasmi daripada Malaysia.
Selain itu,laporan Organisasi Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO)yang berpengkalan di Austria turut memberi harapan baru terhadap pencarian pesawat itu.
Menurut akhbarThe Star, sensor CTBTO yang sangat sensitif di seluruh dunia itu tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac lalu.
Dalam pada itu, dalam sebuah laporan akhbarThe Hinduhari ini pula,seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) Indiatelah menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac.
Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370 itu.
Harapan bagi MH370 itu juga turut diakui oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media mengenai usaha mencari pesawat MH370, semalam.
Menurutnya, hakikat bahawa tiada panggilan kecemasan, tiada pihak menuntut wang tebusan dan tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 memberi harapan bahawa pesawat itu dapat ditemui.
Bagaimanapun, pelbagai teori dan spekulasi tentang penemuan pesawat MH370 telah timbul semenjak hari pertama ianya dilaporkan hilang.
Pelbagai dakwaan dan harapan itu kebanyakannya ditimbulkan oleh pelbagai pihak dari dalam dan juga luar negara.
Banyak andaian telah dibuat sama ada daripada mereka yang berlatar-belakangkan bidang penerbangan, keselamatan, pelayaran, teknologi dan tidak kurang daripada mereka yang tiada kepakaran tetapi mahu menjadi pakar atau 'penganalisis segera' tentang insiden itu.
Di laman sosial sebagai contoh, pelbagai pandangan, spekulasi dan khabar angin dikongsi begitu tanpa mengkaji dahulu kesahihannya, termasuk yang 'retweet' atau menekan 'share' apabila teruja mendapat maklumat yang 'baharu' itu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|