CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Update #114. 'Plot guling Najib' - IGP kata kes tutup, laporan hanya andaian

[Copy link]
Post time 27-7-2016 08:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 08:37 AM | Show all posts
Ketua Pemuda Umno Perak pengarah kepada 20 syarikat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 08:38 AM | Show all posts
Zeti dapatkan khidmat peguam

http://www.malaysiakini.com/news/350027

Alyaa Alhadjri      26 Jul 2016, 10:42 malam      26 Jul 2016, 10:45 malam

ekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sedang mendapatkan khidmat peguam selepas beliau diadukan kepada polis oleh Pemuda Umno siang tadi.

Ditanya wartawan berhubung laporan polis dibuat pemimpin pemuda itu, Zeti bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

"Saya tidak akan berkata apa-apa tanpa peguam saya," katanya di Kuala Lumpur malam ini.

Siang tadi Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dengan mendakwa Zeti terlibat dalam satu konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak serta kerajaan.

Turut dinamakan dalam laporan berkenaan ialah dua individu berprofil tinggi, iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam laporannya yang turut diperolehi Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Gani dipetik Bernama malam ini menyifatkan dakwaan beliau terlibat dalam konspirasi berkenaan hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.

"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas," katanya.

Zeti ditemui di majlis makan malam perpisahan untuk Abu Kassim yang bersara secara rasmi daripada agensi pencegahan rasuah itu mulai 1 Ogos ini.

Pada 23 Jun lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengatakan Abu Kassim memohon supaya perkhidmatannya bersama SPRM tidak diteruskan.

Ali berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima permohonan berkenaan selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Abu Kassim, 55, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010.

Sementara itu ditanya wartawan, Abu Kassim pula memberitahu beliau akan membuat kenyataan mengenai laporan polis berkenaan kemudian.

"Saya tak mahu komen malam ini. Saya akan buat kenyataan esok," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:41 AM | Show all posts
Khairul Azhar  Haron, timbalan Ketua pemuda Umno ni,
BODOH PAING ke.......???????
Sungguh memalukan, buat kerja bodoh  macam ni semata-mata
untuk membodek. Nampak sangat dia ni memang pemakan dedak.
Dia tak tahu ke segala maklumat yang didapati secara illegal,
tidak ikut prosedur diangap sebagai ADMISSIBILITY OF ILLEGALLY
OBTAINED EVIDENCE  IN A CIVIL CASE di Amerika dan akan di tolak
oleh Hakim ketika perbicaraan di mahkamah.



Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 08:42 AM | Show all posts
kalau dapat kemain jilat
bila xdapat mengamuk mcm ni



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2016 08:42 AM | Show all posts
Gani: Dakwaan nak guling PM muslihat cari publisiti

http://www.malaysiakini.com/news/350023

Bernama      26 Jul 2016, 10:01 malam      26 Jul 2016, 10:06 malam

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.

"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.

"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama.

Abdul Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya.

Beliau menyatakan demikian menerusi WhatsAppnya bila diminta mengulas mengenai laporan bahawa Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 08:45 AM | Show all posts
Pemuda Umno dikritik berkait laporan polis tentang 'konspirasi'

http://www.malaysiakini.com/news/350048

Hari ini, 8:25 pagi      Hari ini, 8:39 pagi

Kritikan menghujani Pemuda Umno selepas Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun membuat laporan polis semalam mendakwa wujud konspirasi antara pegawai tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Khairul Azwan mendakwa dalam laporannya bahawa baru-baru ini gabenor Bank Negara Malaysia yang bersara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia yang sah.

"Laporan Pemuda Umno (adalah) satu juta langkah ke belakang untuk kemajuan dan pembaharuan di negara ini," kata bekas senator Umno Ezam Mohd Nor di Twitter.

Sebaliknya, kata Ezam, mereka patut buat laporan terhadap Jho Low dan pelakunya.

Ezam merujuk kepada ahli perniagaan Low, yang merupakan antara empat orang yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas aset dikaitkan dengan 1MDB.

Yang lain yang dinamakan ialah anak tiri Perdana Menteri Riza Aziz dan dua bekas pegawai Abu Dhabi.

Dalam laporan polisnya, Khairul Azwan  mendakwa  ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

FBI adalah sebahagian daripada 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' DOJ, yang meneruskan siasatannya terhadap kes 1MDB, walaupun memfailkan saman sivil pelucuthakan Rabu lepas.

Pemuda Umno juga dibidas oleh bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan yang mendakwa laporan polis itu menunjukkan pergerakan Pemuda menyokong rasuah.

"Malah Najib pun telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan mereka yang terlibat perlu membersihkan nama mereka.

"Jadi, saya tidak faham mengapa (Khairul Azwan) panik," kata Khairuddin.

Beliau berkata sebagai orang Islam, Khairul Azwan perlu menentang rasuah, tidak kira siapa pelakunya.

Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh berkata, jika Pemuda Umno benar-benar mahu menjadi pembela nombor satu Najib, ia sepatutnya menasihati PM untuk menafikan bahawa beliau adalah 'Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman sivil DOJ itu.

"Ini pasti akan menjadi langkah pertama dalam sebarang usaha untuk membersihkan nama Najib dalam skandal itu, walaupun soalan seterusnya ialah sama ada Najib masih mempunyai sebarang kredibiliti dalam meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan 'Malaysian Official 1'," Wong berkata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 09:07 AM | Show all posts
Edited by cabalero at 27-7-2016 09:10 AM

This my 2 sen berkenaan dgn laporan polis Khairul Azwan terhadap Tan Sri Zeti, Tan Sri Gani dan Tan Sri Abu Kassim

Pada hemat saya ianya umpama udang disebalik batu
Tindakan yang dibuat dan dilihat is more than implied rather than explicitly stated

It's not that they want all the 3 Tan Sri's to be charged what they really doing is putting pressure to this 3 Tan Sri's to come out in open and spill the beans

For those who knew and has been following this 1MDB shit akan maklum mengenai tindakan dan kecondongan KJ and his boys on 1MDB 's matters

I doubt that they're doing it for the sake of moral principle but more likely of grabbing opportunity yang terhidang di depan mata

Until...

Bila pecah berita pasal skandal rasuah di KBS....baru mereka ini slowly receding but calmly waiting for the next opportunity to come

and now with the explosive expose by the DoJ geng2 ni mula bersemangat kembali

and this time around the facts and evidence presented was much more overwhelming

they know what are the outcomes that going to be from the case, orang kampung kata crystal clear

But what is going to happen in US also need some follow up which means not only the local authority but for everyone to take action

and this 3 Tan Sri's are the missing jigsaw pieces that they been waiting for

imagine if these 3 Tan Sri's start to sing










Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 26-7-2016 09:29 AM
aku igt yg dah tua veteran je bahlol...pemuda pun sama gak

Kan syarat wajib menjadi ahli umno ialah kebodohan yg tak tercapai akal
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:08 AM | Show all posts
kenapa nama mahathir tak de? bukan mahathir pun nak jatuh kan peyeem kita ke?


ouh terlupa taip kot masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:16 AM | Show all posts
Macam tak tercapai dek akal ku bila dikaitkan ngan Zeti Aziz......... Ni dah tahap kronik sgt ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:19 AM | Show all posts
paranoid la kan....
cash...
padahal satu malaysia nak bijan blah...
kecuali tobby, dijek dan beberapa ekor macai2 lain
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:56 AM | Show all posts
nape x cakap konspirasi seluruh rakyat malaysia (minus pemakan dedak) untuk menjatuhkan PM?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 10:06 AM | Show all posts
turunla....turunlah....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 10:09 AM | Show all posts


pewittttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 10:13 AM | Show all posts
atira replied at 27-7-2016 09:19 AM
paranoid la kan....
cash...
padahal satu malaysia nak bijan blah...

nanti dorg xboleh jilat bontot bijan g


Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 10:15 AM | Show all posts

pompuan yang hat penjuru kiri bawah baju merah tu macam kawan kelas matrik aku je
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 11:16 AM | Show all posts
So btol la Malaysian Official 1 tu jibby yer pemuda ameno??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 11:27 AM | Show all posts
Peguam khuatir Sosma diguna terhadap 3 dituduh konspirasi

http://www.malaysiakini.com/news/350055

Hari ini, 10:15 pagi      Hari ini, 11:01 tengahari

Peguam Syahredzan Johan khuatir seorang pegawai tinggi dan dua bekas pegawai tinggi kerajaan akan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang membolehkan penahanan awal sehingga 28 hari tanpa bicara.

Syahredzan berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan polis yang dibuat semalam oleh Pemuda Umno terhadap Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mendakwa dalam satu laporan polis itu bahawa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri DatukSeri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.

"Ini adalah dakwaan yang berat dan serius," kata Syahredzan dalam catatan di Facebooknya semalam.

"Saya khuatir mereka bertiga akan ditahan di bawah SOSMA kerana disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan - 'activiti memudaratkan demokrasi berparlimen'.

"Saya harap tidak," tambahnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.284327 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list