CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Falsafah] ...budaya ilmu vs budaya tular...

[Copy link]
Post time 6-8-2017 06:40 AM | Show all posts
Saya rasa ilmu bermula dari rumah.... Parents kene terapkan nilai ataupun apresiasi terhadap ilmu dari kecil serta daya inquisitive. Selain itu, parents kene ada 2-way communication dengan anak2 dan juga sekarang walaupun social media adalah platform penting untuk berhubung atau mendapat maklumat, tetapi adalah penting untuk parents mendedahkan anak2 kepada nature, frequent visits to museums supaya dorang informally appreciate nature, history tanya paksaaan. Itu selalunya saya tgk kalau kat London, mmg berpusu2 parents dan anak2 ke museum especially natural history museum... Anak2 yg close to nature secara tak langsung diterap budaya menghargai alam sekitar dan sejurus selepas itu akan mempunyai perasaan empathy terhadap alam sekitar dan meningkatkan curiosity mereka terhadap  flora dan fauna.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Budaya ilmu ni penting bermula dari didikan keluarga. Sebab tu org cakap, dari kecik anak tu dibentuk oleh ibu bapa. Tapi tak bermakna, ibu bapa boleh lepas tangan bila anak diorg dan besar dan put 100% trust yg anak diorg boleh jaga diri sbb dari kecik dah dididik dgn sempurna. Byk kes begini.

Yg namanya anak tu, perlu sentiasa dipantau walau pun dah besar panjang. Sbb tu penting ibu bapa kena tahu dan kenal dgn siapa anak berkawan. Kawan tu penting. Pengaruh rakan sebaya sangat kuat. Kdg didikan ibu bapa je tak cukup sbb bila anak membesar jadi remaja, diorg akan explore more.  Ada benda yg mak bapak tak pernah ajar dan kenalkan pd diorg. Bila berkawan baru diorg tahu benda tu. More to culture shock. Diorg belajar benda baru. Didikan ibu bapa dilupakan.

So my point is, bukan hanya didikan mak bapak,  tapi jugak environment, culture itu sendiri. Just sharing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 09:48 AM | Show all posts
budaya ilmu ni mesti ditekankan dr ibu bapa...dr rumah. budaya membaca mesti diterapkan dr kecil di rumah. kalau tunggu masuk sekolah, alamatnya...
cabaran generasi muda ialah diaorang terpaksa lawan budaya ilmu  dr buku dgn gajet2. kecik2 lagi dah dapat gajet...dan ada parent yg bangga anak sekolah rendah pandai explore apps dlm gajet dr datang sekolah, anak tak boleh baca tp mak ayah suka sangat anak faham nak main game dlm phone. inilah kenyataan....bila dah addict dgn gajet, so yg lebih disukai mestilah budaya tular.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut diterapkan dari kecil...parents kena didik sebab anak2 ni akan ikut apa diorng nmpk parents buat...bukan apa yg parents ckp... So jadi ibu dan ayah ni kenalah rajin membaca juga...tunjuk pada anak...sekolah pun penting jugak utk terapkan nilai2 membaca...so ada continuity...plg penting must let them know how importance reading is...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Back to basic..belajar menghormati,bertolak ansur..asuhan dari kecil bermula dari ibu bapa..kawal kemarahan dan tanamkan sifat sabar dalam diri..insyaallah masyarakat majmuk yang harmoni dapat dibina..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Budaya ilmu adalah merupakan sesuatu yang umum. Ilmu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara.

Ramai yang menyangka buku adalah alat utk memberi ilmu. Namun ilmu yang didapati dari pengalaman adalah jauh lebih bermakna. Pengalaman mengajarkan erti hidup. Sekaligus ini dapat membuktikan amalan tersebut adalah berguna ataupun tidak.

Hayati setiap ilmu yang diperolehi tidak kira walau bagaiman sekalipun cara anda mendapatkannya. Bukan pepatah ada menyebut... carilah ilmu walaupun sampai ke negera China.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2017 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya akan mengutarakan pendapat menggunakann bahasa rojak supaya dpt difahami semua tahap pendidikan pembaca, makanya mohon kurangkan sensitiviti anda terhadap gaya bahasa yang saya akan gunakan.

Sorry but not sorry..berdasarkan kebanyakan pendapat di atas saya simpulkan mengaitkan budaya ilmu dengan HARUS BACA BUKU. Oh come on..... terang lagi bersuluh definisi ilmu itu luas (Kamus Dewan). Dewasa ini kita haruslah kreatif dalam memupuk budaya ilmu. Internet, gadget n teknologi itu tidak salah. Ilmu bukan hanya ada di buku, di media massa even social media banyak pengetahuan yg boleh kita dapati setiap hari. Dalam e-perpustakaan ribu riban journal, research dan references yg kita boleh dapati dari dalam dan luar negara. Adakah orang yg menyebabkan budaya tular itu tidak berilmu??? Or tidak mahu BACA BUKU?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Seterusnya saya nak berkongsi artikel berkaitan dengan budaya viral (budaya tular) .Pendapat ini dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kolumnya di ruangan Cetusan - Sinar Harian pada 24 Februari 2016

Beliau berpendapat, amat dangkal jika ada yang mengeluh marah dengan aplikasi media sosial ini atau ingin sewenangnya mencadangkan diharamkan terus penggunaannya.

Menurutnya, pelbagai media sosial kini hanyalah alat yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan atau sebaliknya. Analoginya seperti sebilah pisau yang boleh sahaja digunakan untuk perbuatan mungkar seperti membunuh dengan cara yang tidak sah ataupun dimanfaatkan untuk kebaikan seperti memotong daging untuk disedekahkan kepada yang memerlukannya.

Tambahnya, aplikasi media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instragram dan Telegram, boleh sahaja digunakan untuk penyebaran ilmu dan dakwah hingga seseorang itu mampu mengumpulkan pahala jariah yang berterusan sehingga hari kiamat walaupun jasadnya sudah mati.

Sebaliknya jika aplikasi media sosial hari ini dijadikan alat penyebaran berita-berita tidak benar mahupun maklumat-maklumat berupa fitnah atau ghibah, nescaya kita boleh terjerumus dalam kancah dosa-dosa jariah atau istilah yang digunakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai maksiat jariah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2017 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Viral, ada baik dan buruk

Budaya viral bukan satu isu baharu kerana ia sentiasa hangat diperkatakan. Ledakan teknologi menjadikan mesej atau bahan yang diviralkan tersebar luas umpama ada butang yang berfungsi secara automatik.

Bentuk penyebaran yang tidak dapat dibendung itu menjadikan bahan yang disebarkan kadangkala tidak sahih. Jika sekadar lawak jenaka yang diperkatakan, mungkin ia boleh dianggap hiburan ringan di kala menghilangkan tekanan, tetapi jika membabitkan unsur-unsur penghinaan, fitnah dan cacian, ia langsung memberi impak negatif kepada imej individu dan negara.

Boleh dikatakan semua perkara berpotensi untuk dijadikan viral, cerita manusia bermula dengan seorang bayi hinggalah kepada pemimpin negara, tokoh-tokoh politik, usahawan hinggalah kepada binatang, perangai manusia, dan pelbagai elemen boleh mencetuskan viral.

Pendek kata, viral tidak mengenal sesiapa, jika ada yang mencipta, dan ada pula tukang sebar, ia menular bagaikan virus menyerang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Di negara kita setakat ini,  pihak kerajaan mengambil berat akan berleluasanya isu tular ini. Antara usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah mewujudkan portal SEBENARNYA.MY di bawah seliaan SKMM bagi memberi informasi yg tepat kepada setiap lapisan masyarakat.
Selain itu, mahkamah di Malaysia membenarkan mereka yang difitnah di media massa atau media cyber untuk mendapat ganti rugi bagi sebarang fitnah atau tohmahan yang dilemparkan berdasarkan Akta Fitnah 1957.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Budaya tular ini dapat dikekang jika timbul kesedaran dihati kita dan mempunyai pengetahuan terhadap undang undang Fitnah di Malaysia. Sebelum tekan butang SEND OR FORWARD pastikan anda meluangkan seeikit masa utk menghadami pemakaian undang-undang fitnah  di Malaysia.
Apakah itu FITNAH OR DEFAMATION?“.
Fitnah atau defamation adalah:
“The publication of a statement about a person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking members of the community or to make them shun or avoid him– Oxford Dictionary

Dalam kata lain, ia merujuk kepada penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang mengakibatkan reputasi seseorang itu jatuh di mata masyarakat. Contohnya: Jika A mengatakan B merogol C dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat, maka kenyataan A itu boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada elemen-elemen yang digunakan di dalam undang-undang ini.

JENIS-JENIS FITNAH

Dari segi bentuk UNDANG-UDANG:
Di dalam Akta Fitnah 1957, fitnah telah diklasifikasikan kepada dua bahagian :
1)      Libel. Sebarang penerbitan yang kekal yang ditujukan kepada mata. Kefitnahan juga boleh tergolong sebagai fitnah jenayah atau fitnah sivil. Fitnah jenayah diambil tindakan di bawah Kanun Kesiksaan (Akta 574) dan fitnah sivil diambil tindakan di bawah Akta Kefitnahan 1957 (Safar, 2002).
2)      Slander. Fitnah ini berbentuk percakapan dan ia adalah jenis fitnah yang tidak kekal dan ditujukan kepada telinga. Di Malaysia slander boleh dianggap sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 499 Kanun Jenayah. Terdapat peruntukkan khas di mana terdapat jenis-jenis fitnah tidak perlu dibuktikan seperti fitnah terhadap wanita (Seksyen 4 Akta Fitnah), slander berkaitan reputasi rasmi, professional atau pemiagaan dan slander hak milik.


Agak penting mengenal pasti yang mana satu slander dan yang mana satu libel kerana undang-undang mengenakan tanggungan berbeza terhadap kedua-duanya.
Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secaras lander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special damages, kecuali dalam kes-kes tertentu) .
Tetapi dalam libel undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitnah secara libel .

PUNCA-PUNCA FITNAH
1) Bahasa yang memiliki sifat ‘menunjuk’(showing) lebih daripada ‘memberitahu’(telling).
2) Perbuatan dan cerminan perasaan seseorang.
3) Keperibadian sesseorang yang mengangkut hal-hal seperti emosi,  luahan perasaan dan pendapat.
4) Struktur bahasa yang mempunyai nilai sosiolinguistik yang dipengaruhi oleh unsur budaya, gender dan lain-lain.

BENTUK TINDAKAN FITNAH
   i.            Fitnah Jenayah

Tindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502
·         Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam.
·         Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda.

Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)
·         Hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan.
·         Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan.
·         Menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia.
·         Jika sabit dengan kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya, penjara tidak melebihi 5 tahun.
·         Tindakan hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui individu.


      ii.            Fitnah Sivil

Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
·         Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.
·         Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi.

Pihak yang terlibat
·         Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
·         Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit, pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
·         Dalam kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, system pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar dan pembekal maklumat tersebut.

Bentuk Ganti Rugi dan Penghakiman
·         Ganti Rugi Khas – perkara ini perlu dibuktikan secara khusus oleh plaintif bahawa kerugian tersebut ditanggung. Butir-butir ganti rugi mesti diberikan.
·         Ganti Rugi Am – Mahkamah selalunya memutuskan perkara ini berdasarkan fakta kes.
·         Ganti Rugi Teladan (Exemplary Damages) – harus dituntut secara khusus dan mahkamah hanya membenarkannya sekiranya mahu menghukum defendan.
·         Ganti Rugi Teruk (Aggravated Damages) – hanya dibenarkan jika kes fitnah tersebut amat serius.
·         Sekatan/halangan (Injunction) – ini bertujuan menghalang penerbitan atau pencetakan diteruskan pada masa akan datang.
·         Memohon Maaf Secara Terbuka – selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut agar defendan memohon maaf dengan cara pengiklanan.


CONTOH FITNAH DI MALAYSIA
Antara fitnah di Malaysia adalah dari segi politik, perkauman, skandal, dan lain-lain.
Faktor ini menyebabkan kerosakkan akhlak dan buruk sangka terhadap individu mahupun perkauman. Contoh contoh fitnah di keratan akhbar dan laman sosial.

credit to :perleluasaanfitnah.blogspot
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Manakala pada pendapat peribadi saya berkaitan dengan budaya tular ini ialah jaga mata, jaga hati, jaga pemikiran. Baca boleh percaya jangan dan apa yg kita nampak tidak semestinya betul. Tuhan berikan kita akal utk berfikir jadi gunakan lah sebaiknya. Jika kita  tutup la aib orang nescaya aib kita akan ditutup. Itu sahaja. Sorry terlebih lebih pulak bagu pendapat ni. Rasa nak buat research persepsi budaya tular  pulak pas ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju budaya ilmu bermula di rumah. Tapi sistem pendidikan sekolah juga perlu berubah. Disekolah anak2 lebih diberi teori , praktikal sangat2 kurang. Silibus trlalu banyak perlu dikejar dan dihabiskn semata2 utk dpt A . Faham ke tak lantakla asal dpt A. Rasanya lebih seronok jika anak2 diberi peluang mmpraktikkan teori yg dipelajari next level beri peluang mereka berinovasi pulak.Ilmu akan berkembang. Teori dlm buku tak la dok statik mcm tu je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sokong kebanyakan kawan2 forumers yg lain- budaya ilmu bermula dari rumah.

Budaya tular ni bukan sahaja boleh diragui keberkesanannya, tapi kalau dipraktikkan oleh orang yang salah boleh membawa kepada kemudaratan yang sangat sangat besar.

Ambil contoh permainan Pokemon Go yang tidak lama dulu tular bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Jika budaya ini diikuti oleh mereka yang kurang bersenama atau mengalami tahap stress yang tinggi, semestinya bermain permainan ini akan memberikan kesan yang baik. Tapi bagaimana dgn org yg tidak berpeluang bermain permainan ini, seperti kanak kanak yg dilahirkan dalam keluarga yg kurang senang? Melihat rakan rakan lain yg mempunyai kemampuan utk memiliki telefon bimbit yg mahal dan bermain permainan ini pastinya membuat mereka rasa tersisih kerana mungkin dalam komuniti mereka, mereka adalah golongan minoriti yg tidak bermain permainan ini. This is what we call 'Peer Pressure'. Kesannya, ibu bapa mereka juga semestinya akan merasa sedih dan tertekan.

Atas sebab ini lah budaya ilmu harus diterapkan dalam diri dari awal lagi kerana kita sedia maklum dunia ini penuh dengan cabaran. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepandai dan sebijak kita, mari lah balik ke asas, pandai mengaji. Dah lanjut usia ni, tak malu mengaku baru gigih nak mengaji balik. Gosh, rugi rasa nya hidup ini . Unless pandai mengaji , orang itu lah berjaya sepenuhnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 10:07 PM | Show all posts
Exposure. Sangat penting kerana ia refleksi pemikiran dan tindakan kita. Cara mudah menambah exposure? Tonton banyak TedTalk umpamanya. Banyak tema dari teknologi, humanity, kekeluargaan, macam2 laa...Ibu bapa, guru atau pensyarah elok menggalakkan anak/pelajar menonton video2 manfaat begini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Budaya ilmu merujuk kepada amalan mencintai ilmu dan mencari kebenaran sepanjang hayat, sentiasa dahaga akan ilmu, keinginan untuk memiliki ilmu, kesungguhan memperkembangkan ilmu, kepintaran memanfaatkan ilmu, menggunakan ilmu pada tempatnya serta meletakkan ilmu sebagai nilai yang paling dihargai dalam kehidupan.

Ciri-ciri utama:
- pembelajaran sepanjang hayat
- berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini
- menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu
- menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
- mengamalkan penyelidikan

Credit to ipgkti.edu.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:33 PM | Show all posts
Budaya ilmu memang amat penting bukan sahaja untuk pembangunan ummah bahkan juga untuk kejayaan sesebuah negara.. That is why pentingnya ibubapa menggalakkan anak2 membaca quality books bersesuaian dengan perkembangan umur anak2 mereka...Budaya tular juga ilmu jika isinya bagus serta mendatangkan maanfaat pada minda si pembaca..

Cuma budaya tular ini boleh mendatangkan kesan yang tidak baik atau mudarat jika isinya tidak betul & diterima bulat2 oleh sipembaca

Budaya ilmu amat cantik jika dapat diselaraskan antara IQ, EQ & SQ... Dapat mempersimbangkan secara interlektual, secara emosional & secara spiritual . Ciri2 ini harus diterapkan sejak permulaan anak2 dibangku sekolah macam yang dibuat di jepun..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 06:49 PM | Show all posts
Dulu ada Program Nilam di sekolah, so pelajar memang kena masuk library dan membaca. At least ada usaha walaupun sekadar baca sinopsis di belakang buku dan copy ke Buku Nilam

Sekarang zaman IT. Segala-galanya boleh dapat di hujung jari. Boleh jimatkan masa. Tapi tu la, dunia tanpa sempadan. Kena ada pengawasan untuk anak-anak supaya tak terbabas

Budaya Ilmu vs Budaya Tular

Pilihan di tangan anda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat saya semua bermula di rumah...jangan tunggu dah mula sekolah baru nak biasakan anak2 dengan buku...dah banyak benda lain yg dia minat kalau tunggu masa tu.
Selain tu, perlu ditekankan bahawa belajar bukan hanya di sekolah..di mana2 pon boleh belajar..pada umur berapa pun kita boleh dan perlu belajar..jika ditanya kepada saya bila kita berhenti belajar..jawapan saya kita hanya akan berhenti belajar bila sampai masa untuk kita masuk ke liang lahad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.472154 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list