CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6381|Reply: 68

[Tempatan] Jururawat dikatakan diculik, ditahan bersama bekas tunang. # 25 Jururawat rela i

[Copy link]
Post time 6-4-2017 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 6-4-2017 11:57 AM

Jururawat dikata diculik, ditahan bersama bekas tunang

http://www.malaysiakini.com/news/378247

Hari ini, 3:21 petang      Hari ini, 3:23 petang

Polis menahan seorang jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang dikatakan diculik, baru-baru ini, bersama seorang lelaki yang dipercayai bekas tunangnya, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita dan lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Alor Setar, Kedah selepas polis bertindak atas laporan yang dibuat bapa jururawat itu, hujung bulan lepas.

"Pada 31 Mac lepas, bapa jururawat itu ada membuat laporan polis yang menyatakan anak perempuannya itu melarikan diri sehari sebelum itu (30 Mac)," katanya menerusi kenyataan di Johor Bahru ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata pesanan ringkas berkenaan kehilangan jururawat itu kemudian turut menjadi tular melalui aplikasi WhatsApp yang menyatakan bahawa jururawat itu telah diculik dan diugut bunuh.

Beliau berkata menerusi temu bual awal terhadap jururawat itu semalam, jururawat tersebut mengaku dia telah bertindak keluar dari rumah bersama lelaki tersebut secara rela hati dan tanpa paksaan mana-mana pihak untuk mengikut lelaki itu berkahwin di Thailand.

Wan Ahmad Najmuddin berkata jururawat itu turut memberitahu dia tinggal di rumah ibu angkat lelaki itu di Pendang, Kedah sejak 30 Mac lepas.

"Jururawat dan lelaki itu telah berkahwin di Thailand pada Isnin lepas (3 April) dan dia turut menyatakan bahawa tiada kejadian culik dan ugutan bunuh sepanjang tempoh bersama lelaki itu," katanya.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 363 dan 342 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan pengurungan salah.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam biase masing2 xbleh nak dibawa berbincang
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 03:58 PM | Show all posts
Ingatkan bebudak Wechat jer yang berperangai macamni. Rupanya acik-acik jua
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 03:58 PM | Show all posts
tahniah je la.. jangan lupa register kawin kat malaysia ye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:09 PM | Show all posts
agak2 kena denda x ?

#tanyaje
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:13 PM | Show all posts
mieymiey replied at 6-4-2017 07:58 AM
Ingatkan bebudak Wechat jer yang berperangai macamni. Rupanya acik-acik jua

cikki tu umur berapa?  andartu ke?  birahnya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2017 04:15 PM | Show all posts
terlebih layan drama melankolik ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:16 PM | Show all posts
nanti kalau ada masalah atau perkahwinan tak bahagia..baru lah ingat ibubapa yang melahir dan membesarkan...

kahwin lari bukan satu penyelesaian masalah tetapi bakal punca kepada masalah di hari mendatang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 04:17 PM | Show all posts
Xpe la kak.. kurang2 ko dh  x bergelar Andartu! umur dh 40.. tahniah dan takziah juga!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua2 gitu pon nak kawen lari... ke jd binik no 2?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:28 PM | Show all posts
Selamat pengantin baru...
Semoga berbahagia...
Semoga ke anak cucu...

Cu, kahwin lari macam tu, tak ada restu keluarga, akan banyak kesusahan dari bahagianya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la cikki nurse tersebut..Dapat berlaki tapi membelakangkan family sendiri..Hopefully aman2 je la hidup..Sebab banyak kes yg kawin lari ni x bahagia mana pun..

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm...smga bhgia. Esok ni klau ank2 buat kat hampa..baru tau pedihnya hati
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:46 PM | Show all posts
X ke mana nya kawen xdak restu ni kak oiii...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:55 PM | Show all posts
knp tak direstui? mungkin sebelum ni pasangan ni dah bgtau family dorg nak nikah..tapi dihalang.. klu dah suka sama suka dan takde masalah knp sampai kahwin lari? lagipun katanya bekas tunang? mesti dah kenal sebelum ni kan.. kdg tu family juga penyebab hal2 ni terjadi.. lain lah klu lelaki tu penjenayah, kaki dadah atau yg patut dijauhi..mesti ada sbb juga ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:01 PM | Show all posts
kesian la dah 40an pon kawen lari gak ker...adussss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gatai bijik punya pasal. Sanggup jadi bini nth no brp kawin siam. Kalau setakat nak kongsi batang nan sebatang, hadap la ko dik oi! Memalukan diri sendiri je sampai kes polis bagai. Adoi. Kalau kakak aku adik aku ke mau lama dah aku sepak luku kepala memasing biaq ada akai skit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 6-4-2017 04:13 PM
cikki tu umur berapa?  andartu ke?  birahnya

Katanya 40 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
La sial betul la pangai bini @namirulmukminin, dah berlaki pi lari dgn bekas tunang pulak.

Ni mesti sebab tak puas main si laki lemah syahwat ni.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:46 PM | Show all posts
emma_lee replied at 6-4-2017 04:09 PM
agak2 kena denda x ?

#tanyaje

Kalau tak salah kena bayar denda.  Tak pe lah.  Yg penting berdaftar supaya anak2 nanti ada sijil kelahiran dan boleh bersekolah.  Pun begitu JAKIM tetap ada prosedurnya untuk memastikan bahawa pernikahan mereka sah, diakadkan oleh kadi yg bertauliah, bukan kadi bersindikit.  Kenapa tak nak nikah kat Perlis?

Masalah kawen lari rupanya.  Susah nak justifai soal kawen lari ni.  Anak dah besar, nak kawen, makpak tak izinkan tentu ada sebabnya. Mungkin saje lelaki 40thn tu suami orang. Jadi isteri ke berapa? Bekerjakah dn dpt dipercayai menjadi suami/menantu yg solihin, baik serta bertanggungjawab?  Kawen lari ni, senang dulu tapi takut nanti susah kemudian.  Kawen tanpa restu orang tua banyak cabarannya, rapuh dan boleh menjadi sesalan di belakang hari.  Tapi kalau anak pompuan sudah cukup bersedia, cinta mati yg tak dpt ditawar2 lagi, sudah pula menikah di selatan Thai, maka apalah daya keluarga memisahkan.  Jalan masa depan sudah dipilih anak, mau tak mau keluarga kena terpaksa redha.
Boleh kita keluhkan,  sampainya hati si anak bertindak membelakangi keluarga atau memang salah keluarga juga sehingga anak terpaksa bertindak begitu?  Kita berdoa semoga kita yg ada anak ni akan diberi taufik hidayah dlm mengambil sesuatu keputusan demi kesejahteraan dan kebahagiaan sekeluarga. Amin.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 1.523939 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list