CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

[Mini Novel] DUA DIMENSI

[Copy link]
Post time 30-11-2017 01:50 PM | Show all posts
Salam semua,

Dah lama tak masuk cari... skill menjoyah kat forum pun dah tumpul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2017 06:06 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 28-11-2017 10:04 AM
okay ... jangan lak bertapa lepas 2 tahun baru muncul balik

Oucchh....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 06:08 PM | Show all posts
UsuFie replied at 30-11-2017 11:21 AM
patut rasa mcm pernah baca sebelum ni..

kiranya rev-1 la ni yer..

Ini dah taktau berapa kali revised Usu. Berpuluh-puluh kali dah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 06:09 PM | Show all posts
sellie003 replied at 30-11-2017 01:50 PM
Salam semua,

Dah lama tak masuk cari... skill menjoyah kat forum pun dah tumpul...

Hai Sellie. Sihat ke? Lama tak 'jumpa'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 06:18 PM | Show all posts
BAB 6

JAM sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Kantuk masih belum hadir lagi malah, tiada rasa langsung mahu melelapkan mata. Lama terkebil-kebil memandang siling, Anaqi akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari bilik. Selimut di tolak. Anaqi lantas bangun, menggeliat seketika dan terus meninggalkan bilik.

Dia berjalan menuju ke dapur. Mendapatkan segelas air sejuk sebelum pergi ke ruang tamu. Lampu tidak di hidupkan, lebih suka membiarkan suasana kekal suram. Punggung dihenyak atas sofa. Mata memaku pada laptop biru yang tergeletak kaku atas meja kopi itu – punca kepada kegelisahannya sejak akhir-akhir ini.

Apa benda ni, Adif? Kau ada sembunyikan apa-apa rahsia ke?

Laptop itu di tenung lama. Separuh hati meronta-ronta ingin tahu, mahukan penyelesaian kepada beberapa siri misteri yang berlaku. Sebahagian pula menghalang, lebih rela teka-teki itu dibiarkan tanpa jawapan. Wajah-wajah asing yang kerapkali menganggu fikirannya kini menjelma satu demi satu.

Gerbang dua dimensi. Adakah ianya berkait dengan Adif?

Anaqi meraup muka. Jiwa berperang. Mungkin…seandainya dia mendapat logika walau sedikit, hatinya akan beroleh tenang?

Perlahan-lahan, tangannya membuka laptop biru, terus dihidupkan. Jari menaip kata laluan. Seketika kemudian, gambar Son Goku muncul di skrin.
Begitu pun, dia masih lagi berbelah-bahagi. Haruskah jawapan itu di cari?

Terketar sedikit, jari mengetik dua kali pada folder yang di beri nama Phantasmargoria. Anehnya, tiada apa-apa yang terjadi.

“Biar betul?” Dahi berkerut. Jari semakin laju menekan tetikus. Son Goku masih tersenyum ke arahnya. Hampir seminit berlalu, ianya masih begitu. Tiada perubahan.

Jadi, dua kejadian pelik berlaku sebelum ini hanyalah khayalan? Atau dia sudah kurang siuman?

“Damn!” Anaqi melurut rambutnya kebelakang. Terasa ingin dibaling saja laptop biru itu ke dinding. Badan disandar kasar ke belakang sofa. Hati panas membara. Terasa seperti ada sesuatu sedang mempermainkannya kala ini. Lama skrin laptop ditenung penuh geram.

Dan tak semena-mena, skrin laptop bertukar legam. Anaqi terpaku, hampir tak bernafas. Sejurus, ayat berwarna merah itu muncul.

Kau mencari kami?

Anaqi kekal pegun.

Pintu ini sentiasa terbuka untukmu

Merinding menjalar perlahan-lahan, dari tengkuk turun ke kaki. Anaqi memandang kiri kanan tanpa sebab.

“Ah, gilalah.” Tangan Anaqi pantas menerpa laptop, mahu ditutup namun ayat seterusnya mematikan niatnya.

Amariya juga sedang menunggumu

Dahi Anaqi berkerut.

Sila tekan pautan ini

Lama Anaqi merenung skrin tanpa berbuat apa-apa

Marilah. Apakah kau tidak sudi lagi?

Teragak-agak mahu menuruti permintaan pautan misteri. Namun, rasa ingin tahu meluap-luap, melampaui rasa takutnya. Jarinya bersedia di tetikus.

Sila tekan pautan ini

Anaqi menghela nafas. Tetikus ditekan. Serentak dengan itu, cahaya putih terang mengambil-alih skrin komputernya. Silau sehingga Anaqi mengecilkan mata, terus tertutup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 06:30 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 3-12-2017 07:37 PM

BAU seperti udara pengap menerjah rongga hidung. Perlahan-lahan, Andra membuka mata. Suasana kabur menyambut pandangan. Sandar kepalanya beralaskan dinding batu. Tengkuk terasa lenguh dan sakit, berkemungkinan akibat dari bersandar miring terlalu lama. Begitu juga seluruh tubuh, seolah-olah sudah berjam-jam dia duduk dalam keadaan pegun begini. Andra menegakkan leher, berdetap bunyi urat kesan dari ketegangan. Seluruh tubuhnya turut digerakkan.

Dengan susah-payah, dia cuba berdiri dengan memegang apa yang pada penglihatannya, sebuah peti besi yang besar. Andra membuat gerakan kecil, mahu mengalirkan darah ke seluruh tubuhnya yang kebas sehinggalah dia menjadi lebih stabil. Udara dihela sedalam-dalamnya, tanpa menghiraukan bau yang kurang menyenangkan. Suasana agak suram namun tidaklah terlalu gelap. Sumber cahaya hanyalah dari tingkap-tingkap di sekeliling bilik. Tiada sesiapa pun berada di sini.

Andra bergerak selangkah.

TANG.

Kaki tertendang sesuatu. Akibatnya, barisan kayu yang tersusun cantik di dinding jatuh serentak, mengakibatkan bilik itu bergema seketika. Andra menggelabah namun, tak ada apa boleh dibuat untuk menyelamatkan keadaan. Lalu dia membiarkan saja sehingga bunyi itu reda.

Sebatang kayu yang jatuh digapai dari lantai, lalu diteliti. Ianya adalah temara yang diperbuat dari kayu dan bermata besi. Sejenak, pandangan ditebar ke seluruh kawasan. Barulah Andra sedar, bilik yang luas ini dipenuhi dengan pelbagai senjata. Rentaka, lembing, parang, busur dan anak panah serta banyak lagi tersusun elok di tempatnya.

Kali ini, Andra melangkah dengan penuh berhati-hati. Perasaan gerun dan dalam masa yang sama, teruja kerana tidak pernah seumur hidup dia melihat himpunan senjata sebanyak ini. Ada diantaranya, langsung tidak pernah dilihat. Sambil berjalan, tangannya menyentuh beberapa bilah badik dan parang.     

Hampir ke bahagian tengah bilik, keterujaannya bertambah. Di dalam peti kaca, tersimpan pedang-pedang pelbagai bentuk dan saiz. Andra mengira, ada 17 dan kesemuanya di simpan dalam peti simpanan khas. Tangannya cuba membuka penutup peti, satu demi satu namun ianya berkunci kecuali peti terakhir. Andra membuka penutup peti, penuh berjaga-jaga lalu diletakkan ke bawah. Kemudian, dengan penuh hormat, dia mengeluarkan pedang dari peti kaca.   

Tatkala bersentuhan kulit dan hulu pedang, Andra serta-merta merasakan jalinan keserasian antara dia dan senjata itu. Seolah-olah pedang itu menyambut kehadirannya dengan mesra. Malah, ianya cukup selesa digunakan. Andra meneliti penuh minat. Bilah pedang ditempa dari campuran besi baja dan perak. Hulunya diperbuat dari emas dan mata pedang melengkung ke atas. Kehebatan pedang itu amat terserlah, berbanding dengan pedang-pedang yang lain.

Terdapat satu tulisan panjang terpahat di badan pedang. Andra cuba membaca namun dia tidak memahami aksaranya. Andra menghayun pula pedang itu ke kiri dan kanan. Beberapa gerakan langkah dibuat dan agak mengejutkan kerana Andra sendiri tidak pernah tahu, bahawa dia mahir dalam seni bermain pedang.

Pintu bilik itu terbuka tiba-tiba. Langkah Andra terhenti dan dia terpaku. Empat orang bersenjatakan tombak di tangan, menyerbu masuk. Andra terus gementar tatkala melihat kesemua tombak itu teracu ke arahnya.

“Siapa kamu? Apa tujuan kamu menceroboh bilik simpanan senjata?”

Soalan itu dilontar keras. Andra terasa mulutnya kering. Terketar-ketar dia memandang mereka itu bersama senjata dalam genggaman. Dari pakaian yang mereka pakai, Andra meneka bahawa mereka adalah pengawal.

Mampukah dia melawan mereka semua?

“Jangan tangkap saya.” Bagaikan anak kecil, Andra merayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2017 09:09 PM | Show all posts
“Turunkan senjata kamu semua. Penceroboh itu adalah Putera Andra.” Pengawal yang paling hadapan memberi arahan. Andra lega, ada juga yang mengenali. Arahan itu dituruti serta-merta. Meskipun begitu, empat orang pengawal itu kekal bersiap-siaga.

“Bagaimana putera boleh masuk ke bilik senjata? Bukankah bilik ini dikawal rapi?”

Salah seorang pengawal itu bertanya. Walaupun berbisik, Andra dapat mendengar soalan itu dengan jelas. Ianya terbiar tanpa balasan.

Soalan yang bagus. Andra sendiri tidak pasti, bagaimana dia boleh berada dalam bilik simpanan senjata ini. Dia cuba mencari mencari jawapan tetapi, segalanya kabur. Apa yang Andra ingat hanyalah cahaya putih yang menyilaukan mata. Dipaksa otaknya bekerja lebih keras mengakibatkan, kepala menjadi sakit berdenyut-denyut.

“Putera Andra, patik mohon, letakkan pedang itu.” Ujar pengawal itu tadi.

Andra melihat tangannya. Pedang itu masih erat digenggam. Entah mengapa, dia terasa berat hati mahu melepaskan pedang itu.

“Jika Putera Andra engkar, kami terpaksa menggunakan kekerasan.”  

“Putera?” Kening Andra terangkat, bagai tersedar dengan gelaran yang digunakan. “Jadi, aku adalah putera raja?”

Empat pengawal berpandangan antara satu sama lain.

“Putera Andra tidak ingat apa-apa?”

Kerana keliru, Andra tidak membalasnya. Dia cuba berfikir tentang sesuatu tetapi tak, kepalanya semakin teruk sakitnya. Spontan, dia mencengkam rambut, berharap dengan cara itu, sakit akan berkurangan.

“Putera Andra.” Empat orang pengawal itu memanggil serentak. Andra tidak menghiraukannya.

“Ke tepi. Saya nak keluar.” Arah Andra. Tak seorang pun dari pengawal itu berganjak.

“Aku kata…tepi!” Suara Andra meninggi.

“Letakkan dulu pedang itu.” Pengawal bertegas. Bimbang terjadi perkara yang tidak diingini. Lagipun, pedang di tangan Andra tidak boleh dibawa keluar sesuka hati. Ianya perlu mendapat kebenaran khas.   

“Arrgghh…” Andra meraung apabila sakit di kepala memuncak.

“Putera Andra.”

Pengawal-pengawal mengelilinginya, cuba membantu. Walaubagaimanapun, Andra menjadi semakin tak keruan. Dia meronta-ronta dan menjerit bagaikan kehilangan akal. Bukan saja meronta, malah dia cuba menumbuk dan menendang apa saja yang ada berdekatan.

“Apa yang telah berlaku?”

Perhatian mereka beralih. Keempat-empat pengawal berpaling ke arah pintu. Hanya Andra yang masih terpunduk memegang kepala.
Syakilla memandang mereka dengan penuh tanda-tanya. Terdapat satu ikatan anak panah dalam pegangan, digunakan untuk berlatih sebentar tadi. Dia ke mari kerana mahu memulangkan kembali anak panah ke bilik senjata. Tanpa diduga, berlaku pula kekecohan.

Syakilla memandang ke arah Andra dan pedang yang tergeletak di tepinya. Terus wajahnya berubah.

“Mengapa dengan Andra?” Soal Syakilla.

“Putera Andra mencuri masuk ke dalam bilik senjata.” Jawab pengawal.

“Tidak.” Dalam kesakitan, Andra bersuara mempertahankan diri. “Aku tak mencuri masuk. Aku tak tahu bagaimana aku boleh ada di sini.”
Untuk kesekian kali, pengawal-pengawal itu berpandangan sesama sendiri. Raut wajah salah seorang darinya terang-terang menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kata-kata Andra.

“Kami terdengar bunyi bising dari dalam. Apabila diperiksa, kami melihat Putera Andra ada di sini, sedang bermain-main dengan pedang itu. Kami meminta Putera Andra menyerahkannya tetapi, putera enggan. Dan kemudian, dia meraung dan mengamuk.” Pengawal menerangkan panjang lebar.

“Aku tak mengamuk. Kepala aku sakitlah.”

Pengawal itu merenung Andra dengan tajam. Ada saja yang dijawabnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2017 09:15 PM | Show all posts
“Kami sumpah, kami tidak leka ketika mengawal bilik ini.” Pengawal yang tirus wajahnya berkata. Tidak dapat disembunyikan rasa bimbang, akan dijatuhi hukuman atas tuduhan bekerja dengan sambil lewa.

Syakilla mendengar dengan tekun, setiap bicara pengawal-pengawal yang ada. Sesekali, matanya memandang kepada Andra.

“Sudah kalian periksa, andai ada kesan-kesan pecah masuk?”

“Belum lagi.” Jawab salah seorang pengawal.

“Jika begitu, kalian lakukan apa yang perlu dan buat laporan dengan segera. Selebihnya, biarkan yang lebih arif lakukan siasatan.” Arah Puteri Syakilla.

“Baiklah.” Arahan itu dipatuhi tanpa banyak soal.

“Bagaimana dengan Putera Andra?”

Syakilla merenung Andra dan berfikir. Kasihan melihat keadaan Andra begitu, dia berjalan menghampiri.

“Andra.”

Andra mengangkat muka. Wajah seorang gadis nampak berbalam-balam di pandangan.

“Andra. Bagaimana keadaanmu?” Syakilla turut melutut, agar lebih mudah berbicara.

“Kau siapa?”

“Ini aku, Syakilla. Kau ingat padaku, bukan?”

Satu sentuhan lembut terasa dibahu. Andra cuba memfokuskan penglihatan. Kian jelas, wajah gadis bermata tajam bak helang itu menyapa pandangan. Satu kelegaan meresap dalam jiwa. Sekurang-kurangnya, ada seseorang yang dia kenali di sini, yang boleh diletak percaya.

“Apa benar…kepalamu sakit?”

Andra menjawab dengan anggukan.

“Kalau begitu, mari kita kembali ke kamarmu. Barangkali, ada ubat yang boleh kau guna untuk melegakan sakitmu.”

Andra tidak bersuara, hanya bersetuju dalam diam walaupun dia tidak tahu, adakah apa-apa ubat yang mampu membantu menghilangkan rasa sakit ini.

“Boleh kau bangkit? Atau kau perlukan seseorang untuk membawamu ke kamar?”

Andra memandang ke arah empat-empat pengawal itu. Bengis-bengis semuanya. Lebih baik jangan. Dengan susah-payah, Andra cuba bangun dan akhirnya, berjaya. Dia berdiri, terhuyung-hayang umpama kemabukan.

“Sungguh kau tidak mahukan bantuan?” Syakilla meminta kepastian.

“Tak nak. Aku boleh jalan sendiri.” Andra menguatkan semangat.

“Jika begitu, marilah. Kau perlu rehat yang cukup untuk majlis makan malam nanti.”

“Majlis…makan malam?” Satu lagi maklumat baru yang membuat Andra terpinga-pinga.

“Kau sudah lupa? Arania akan berkecil hati jika dia tahu. Hari ini adalah hari ulangtahun Arania yang ke-21. Seluruh Istana sedang sibuk dengan persiapan. Sebaliknya, kau pula membuat onar di sini.”

Andra terdiam. Tersinggung dalam masa yang sama dengan kata-kata Syakilla.

“Maaf. Aku bukan sengaja.” Ucap Andra, lirih.

Syakilla menarik nafas, menelan rasa kesal kerana terlepas kata.

“Sudahlah. Kembali saja ke kamarmu dan berehat. Pastikan kau cukup sihat untuk majlis itu nanti.”

“Kamarku…di mana?”

Syakilla merenung Andra, bagai tak percaya dengan soalan yang diberi. Kemudian, dia tersedar satu perkara, dan kesal kembali bertamu. Keadaan Andra masih belum pulih semenjak kejadian itu. Dia sepatutnya lebih cakna tentang kesihatan Andra yang tak menentu.

“Tak mengapa. Aku akan bawa kau ke sana.”

Andra mengangguk. Dia berpaling seketika kepada empat pengawal bilik senjata.        

“Maaf.” Ujar Andra, tulus. Sejujurnya, dia langsung tiada niat mahu menimbulkan kekecohan.  Tiada ucapan balas dari mereka. Sebaliknya, mereka kelihatan terkejut menerima ucapan maaf dari Andra.

“Mari.”

Andra membiarkan Syakilla berjalan terlebih dahulu dan menurut dari belakang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2017 07:46 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 3-12-2017 06:09 PM
Hai Sellie. Sihat ke? Lama tak 'jumpa'

Alhamdulillah, sihat... sorry lambat reply. busy dengan kerja...hujung tahun kena buat laporan bagai...pastu nak kejar dateline...busy sagt...buka CARI pun dah jarang sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2017 09:25 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 3-12-2017 06:08 PM
Ini dah taktau berapa kali revised Usu. Berpuluh-puluh kali dah ni


reviselah bnyk mana pun nicki...usu hari2 ada kat cari... dah jd mcm ofis ke2 plak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 09:59 AM | Show all posts
Nicki...

Masa tercampak ke amariya, anaqi otomatik tukar baju ke?

#sajatanya  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2017 03:21 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 6-12-2017 09:59 AM
Nicki...

Masa tercampak ke amariya, anaqi otomatik tukar baju ke?

Otometik tukar . Nama tukar, baju pun ikut tukar

Tgh pening kepala fikir, camna nak describe baju2 kat amariya ni dlm bentuk ayat. Naknak yg lelaki




Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 03:29 PM | Show all posts
bahasa menarik la Nicki.

Soalan yang bagus. Andra sendiri tidak pasti, bagaimana dia boleh berada dalam bilik simpanan senjata ini. Dia cuba mencari mencari jawapan tetapi, segalanya kabur. Apa yang Andra ingat hanyalah cahaya putih yang menyilaukan mata. Dipaksa otaknya bekerja lebih keras mengakibatkan, kepala menjadi sakit berdenyut-denyut.
rasanya>>mencari-cari

yang lain,

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 6-12-2017 03:21 PM
Otometik tukar . Nama tukar, baju pun ikut tukar

Tgh pening kepala fikir, camna nak des ...

Bagus tu kalau dpt describe. Bak pahlawan melayukah atau umpama warrior thor?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2017 04:49 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 6-12-2017 05:38 PM
Bagus tu kalau dpt describe. Bak pahlawan melayukah atau umpama warrior thor?



Nak yg helok camni . Tapi mcm tak sesuai lak dgn identiti bunian melayu

@Ipo yg itu typo. Malas nak betulkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2017 04:55 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 11-12-2017 12:42 AM

BAB 7

PADANG rumput nan hijau meluas, menadah tumpah pandangannya. Landskap itu telah sekian lama menjadi penyeri Istana Suriyan sejak ratusan tahun dahulu. Hanya kerana keindahan sebegitu, kawasan ini telah menjadi pilihan raja pertama Amariya untuk membina kediaman. Istana yang pada dahulunya cuma berkeluasan sebuah rumah marhaen beranak lima, sehinggalah ianya bertukar menjadi demikian gah dan besar, taman itu masih dibiarkan dengan pemandangan semulajadi, tanpa sebarang penambahan dan perubahan.

Begitulah permintaan raja Amariya yang pertama, yang amat terpersona dengan Taman Aurora. Lalu meletakkan syarat, ianya tidak akan diusik, tidak akan dibubar, tidak akan dicela. Haruslah keindahan semulajadi itu dipelihara sebaiknya walau apa jua kemajuan yang akan terjadi di sekelilingnya nanti. Amanat itu diturunkan kepada anak dan kepada anak, sehinggalah 12 keturunan seterusnya.

Raja Amsyar terus-menerus menikmati suasana itu meskipun fikiran dipenuhi dengan pelbagai perkara. Majlis hari lahir puteri kesayangannya akan berlangsung pada malam ini. Ia telah turun-temurun menjadi tradisi buat semua puteri dan putera di raja. Saat tiba umur mereka 21 tahun, putera puteri ini akan diraikan dalam satu majlis khas sebagai tanda mereka telah mencapai kedewasaan.

Bukan sekadar makan, minum dan bergembira. Majlis ini sebenarnya lebih dari itu. Pada waktu inilah, putera atau puteri yang dirai, akan dinilai oleh para pentadbir, menteri dan cendekiawan. Pelbagai kriteria akan di hakimi – keperibadian, cara pergaulan, kebijaksanaan malah cara mereka bertutur juga akan di nilai. Tekanannya lebih teruk lagi sekiranya putera atau puteri itu bakal mewarisi takhta. Putera puteri ini akan dimaklumi segala kelemahan dan kelebihan mereka. Apa yang perlu diperbaiki dan apa yang harus dikekalkan.

Raja Amsyar juga pernah melaluinya. Namun dia bukanlah waris utama Amariya waktu itu. Raja Zulkhan, sebagai anak yang sulung telah dipilih secara sah sebagai pengganti Raja Aryan. Tiada sesiapa mempertikaikannya. Zulkhan sememangnya layak tanpa sebarang keraguan. Dan Amsyar pula tidak pernah terfikir untuk duduk di takhta Amaiya. Minatnya lebih kepada sesuatu yang lain. Sehinggalah, keadaan Zulkhan tidak mengizinkan untuk terus memerintah, maka dia mengambil alih, terus kekal hingga kini.

Sekarang, tiba giliran Arania untuk dirai. Harapan Raja Amsyar, semoga Arania akan melaluinya dengan sempurna. Pernah mereka berbual dari hati ke hati. Arania memberitahu, menjadi pemerintah seterusnya bukanlah impian. Sang Puteri lebih suka hidup tanpa menjadi perhatian ramai. Raja Amsyar teramat mengerti perasaan itu. Berat bagaimana sekalipun, Arania perlu melakukannnya sementelah hanya tinggal puteri itu saja waris pengganti yang layak. Demi kesejahteraan Amariya dan juga memelihara warisan keturunan pemerintahan, Arania akur dengan ketentuan takdir .  

Semoga Yang Maha Agung merahmatimu, puteri yang ku kasihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2017 04:59 PM | Show all posts
Raja Amsyar melepaskan nafas, perlahan. Fikirannya beralih kepada Syakilla. Sedari awal lagi Syakilla telah mengumumkan untuk melepaskan hak itu, sungguhpun dirinya adalah waris pertama. Atas sebab-sebab tertentu, Syakilla merasakan dia bukanlah calon yang sesuai. Menurut Syakilla, masih ada hati yang terluka, kerana peristiwa lama. Justeru, demi mengelakkan sebarang kejadian tak diingini berlaku, dia mohon undur diri. Meskipun dipujuk, Syakilla tetap dengan keputusan itu.

Dan Andra.

Raja Amsyar mengeluh. Andra yang patut menggantikannya selepas Syakilla melepaskan hak. Di awalan, semuanya berjalan lancar. Tiada siapa yang dapat menafikan, Andra punyai semua ciri-ciri yang diperlukan untuk menggalas tugas sebagai pemerintah Amariya. Putera yang satu masa dulu penuh wibawa dan penyayang, di timpa malang. Kesihatan Andra merosot. Kejadian tak terduga itu merubah sikapnya.

Bunyi tapak kaki seseorang yang datang menghampiri membuatkan semua perkara yang bermain dalam fikirannya hilang. Semakin lama semakin hampir. Raja Amsyar tidak berpaling. Walaupun tidak melihat, dia tahu siapa yang hadir. Haruman dari bunga Rosoideae perlahan-lahan memenuhi deria bau. Tanpa sedar, Raja Amsyar tersenyum.

“Taman Aurora terlalu indah nampaknya, sehingga kehadiran dinda tidak dipeduli.”

Tiada rajuk, hanya ingin bermanja. Raja Amsyar tahu itu. Senyuman semakin lebar.

“Ke marilah. Kita nikmati keindahan alam ini sambil berbicara.” Pelawa Raja Amsyar. Ratu Malaeka menurut. Penuh tertib, dia menghampiri Raja Amsyar lantas berdiri bersebelahan. Jari-jemari dengan sendirinya bertautan. Sela masa antara mereka di isi dengan jeda berpanjangan.

“Tinggal beberapa jam saja lagi sebelum malam menjelang.” Setelah lama berdiam diri, Ratu Malaeka memulakan bicara.

“Dinda bimbang?”

“Memikirkan Arania, dinda jadi runsing. Kanda tahu bukan, Arania tidak pernah berhasrat memegang tampuk pemerintahan. Adakah kanda yakin, Arania mampu melaluinya?”

“Dinda tidak yakin?”

“Bukan begitu. Cuma dinda bimbangkan penerimaan para menteri dan yang lain-lainnya.Segelintir dari mereka, nampak ragu-ragu dengan kebolehan Arania menggalas tugas ini.”

“Mereka ragu-ragu kerana masih belum nampak kemampuan Arania yang sebenar. Selama ini, ianya tersembunyi kerana ia tak perlu di perlihatkan. Kini, masanya telah tiba untuk Arania menyerlah. Percayalah dinda, Arania mampu melakukannya.” Ujar Raja Amsyar.

“Lagipun, jika tidak kita yang memberi sokongan, siapa lagi?”

Ratu Malaeka mengangguk. Sungguhpun hati merasa bimbang, tiada apa yang dapat dilakukan lagi. Demi kesejahteraan Amariya, Arania perlu menerima takdir ini dengan sepenuh hati. Dan dia, sebagai bonda, akan terus memberi semangat dan sokongan selagi hayatnya masih ada.

“Jika Andra tidak ditimpa kemalangan, hati dinda tak akan serisau ini.” Ratu Malaeka meluahkan sedikit rasa terkilan.

“Bersabarlah dinda. Kanda sedang berusaha mencari penawar untuk Andra. Lagipun, kini Andra sudah menunjukkan sedikit perubahan. Dia tidak lagi sentiasa berkurung di kamar. Bukankah itu satu kemajuan?”

Ratu Malaeka mengangguk.

“Semoga harapan untuk Andra pulih seperti sediakala, tetap ada. Kanda tidak akan berputus asa.”

“Dinda tidak akan berhenti berdoa untuk itu.” Balas Ratu Malaeka, sepenuh hati berharap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2017 05:55 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 11-12-2017 02:30 PM

UBAT yang dimakan tadi benar-benar membantu. Sakit kepala beransur-ansur hilang. Lebih dari itu, Andra merasa lebih tenang dari sebelumnya. Namun, bila teringat betapa pahit rasa ubat itu, sera-merta tekak jadi kembang. Sudahlah pahit, warnanya yang hitam-legam betul-betul mematikan selera. Jika tidak kerana Syakilla bersungguh-sungguh memaksa, tak akan sekali-kali ubat itu di telan.

Syakilla. Wajah garang gadis bermata tajam bak helang itu bermain-main di fikiran. Tidak tahu mengapa, Andra merasakan, dia dan Syakilla pernah rapat satu waktu dulu. Sepertinya terjalin satu ikatan, setiap kali matanya dan mata Syakilla bertautan. Bagaikan ada sesuatu mengusik kolam hati, apabila Syakilla datang menghampiri. Tapi, tanpa sebab yang diketahui, ikatan itu terungkai.  

Tilam empuk beralas cadar baldu, menjadi tepat duduknya. Hampir tenggelam punggungnya dek kerana keempukan tilam itu. Mata liar memerhatikan sekeliling kamar, seperti pertama kali masuk ke sini. Kebanyakan perabot dan perhiasan diperbuat dari kayu yang di sudah diwarnai dengan warna putih. Terdapat ukiran kerawang menjadi hiasan di siling dan dinding. Begitu juga pada katil, meja, kerusi dan almari. Permaidani baldu warna hijau lembut menghiasi lantainya. Lampu kandil yang besar, tergantung di dua bahagian siling. Selain itu, terdapat juga pelita-pelita pelbagai ukuran di setiap sudut.Tampak sangat mewah namun Andra tidak begitu menyukainya.

Cermin ukiran kerawang yang tergantung tidak jauh dari katilnya, menarik perhatian. Andra bangun perlahan-lahan dan kemudian, melangkah perlahan menghampiri cermin itu. Semakin dekat, semakin jelas biasan wajah dan susuk tubuhnya terlihat. Di hadapan cermin, Andra tegak berdiri.

Pertama sekali, paras wajah sendiri diperhati. Rambutnya panjang rata sehingga paras telinga, tidak disisir, tidak terurus. Andra melihat pula tubuh badannya sendiri. Baju yang dipakainya berwarna hijau gelap. Dengan sekali sentuhan, Andra yakin kainnya adalah dari kain kapas bermutu tinggi – tidak pula dia tahu bagaimana dia punya pengetahuan mengenainya. Celana yang dipakai berwarna hitam, juga dari kain kapas. Sabuk dari kulit, mengikat kemas celananya dipinggang.

Terasa aneh melihat gambaran di cermin. Apakah itu dirinya yang sebenar?  

“Putera Andra.”

Hampir-hampir Andra melompat gara-gara terperanjat. Terus, dia berpaling ke belakang. Seorang pemuda sedang memandangnya pelik dan dalam masa yang sama, sedaya-upaya menahan tawa.

“Ma…maaf, putera. Patik tak sengaja.” Ujar anak muda itu, kini takut-takut.

“Awak…siapa?” Andra pura-pura tenang.

“Putera tak kenal patik?” Keningnya berkerut.

Andra diam.

“Ini patik, Madein.”

“Madein?”

“Benar.”

Andra berjeda. Siapa pula Madein?

“Malam akan menjelma sebentar lagi. Tuanku perlu bersiap. Patik telah sediakan ramuan ubatan untuk Putera, di sana. Silalah minum dulu.” Dengan tertib, Madein menunjukkan gelas besi di atas meja.

“Ubat?” Tekak Andra kembang lagi. “Ubat apa pulak?”

“Ubat apa?” Bibir Madein terbega-bega. “Ubat yang telah tabib preskripsikan khas untuk tuanku. Err… untuk kecergasan. Barangkali…” Madein sendiri tidak pasti.

“Sedap tak? Ke…pahit?”

Wajah Madein berubah. Tak tahu apa yang patut dijawab. “Patik tak pasti.”

Andra diam semula. Mata terarah kepada gelas besar atas meja. Leher dipanjangkan, cuba melihat isi kandungan gelas. Janggal dengan perubahan sikap Andra, Madein memutuskan untuk meneruskan kerjana

“Patik akan siapkan air mandian tuanku.” Usai berkata, Madein berlalu. Kerana rasa ingin tahu yang membuak-buak, Andra menuruti langkah Madein.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2017 06:04 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 11-12-2017 02:35 PM

“Wah…” Ternganga Andra melihat kamar mandian itu. Ianya sangat besar dan lengkap dengan kolam mandian. Semua perhiasan adalah dari batu marmar dan kaca. Bagai kanak-kanak kecil yang girang, Andra mengelilingi kamar mandian itu. Lagaknya seperti pertama kali berada di sini. Hampir segala benda yang ada, Andra sentuh.

Madein menelan rasa lucu, bimbang dimurkai. Dia sedia maklum akan masalah kesihatan yang Andra alami. Selalunya, Putera Andra tampak sedih dan murung. Hendak mendengar sepatah perkataan dari mulutnya juga teramat sukar. Hari ini, ulah Putera Andra sangat berbeza.

Madein terus menjalankan tugasnya seperti biasa. Kolam mandian diisi dengan air suam. Setelah suhunya sesuai, cecair sabun haruman Theaceae dimasukkan ke dalam air. Air untuk bilasan juga sudah tersedia.

“Putera Andra.” Setelah lengkap, Madein memanggil. Andra berpaling kepadanya.

“Silakan Putera bersiram.”

Andra memandang kolam mandian dan Madein berganti-ganti.

“Mandi?”

Soalan itu Madein jawab dengan anggukan.

“Baiklah.” Walau teragak-agak, Andra menurut juga. Dia menghampiri kolam mandian, memerhatikan air suam berbusa dan berbau sangat harum itu.

“Eh...apa ni?” Suara Andra meninggi dek kerana terkejut. Tak disangka, Madein begitu berani menyentuh tubuhnya.

“Apa kau cuba buat?”

Madein terpinga-pinga. Dia hanya menjalankan tugas yang diberi. Sejak jatuh sakit, Putera Andra tidak mampu melakukan apa-apa tanpa bantuan. Jadi, tugasnya adalah membantu putera itu menjalani urusan harian. Termasuklah menjaga kebersihan diri, makan dan minum serta segala yang perlu.

“Maaf….Putera Andra. Patik cuma nak…”

“Keluar!” Arah Andra, garang.

Madein terdiam. Buntu memikirkan salah-silapnya.

“Keluar. Aku kata keluar. Jangan sekali-kali kau tunjuk muka kau padaku lagi. Keluar!” Andra menengking lebih kuat. Wajah bengisnya menggerunkan.

Bimbang Andra bertambah murka, Madein menurut arahan. Dengan berat hati, Andra ditinggalkan sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 10:21 AM | Show all posts
okay... nexttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.133569 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list