Dia pikir maybe tahun depan kot baru dia pakai tudung. Niat tu memang dah ada. Tapi kadang-kadang semangat dia tu tinggi, kadang rendah. Biasalah iman meningkat dan berkurang kan, kita semua macam tu. Dah nama pun manusia. Alhamdulillah, dengan izin Allah, satu hari tu dia rasa kuat, dia bertegas nak mula pakai tudung time tu jugak. So dia keluar rumah dia terus pakai tudung. Main ambik tudung apa yang ada dalam simpanan dia dan terus dia pakai.
Keesokan hari, kalau tak salah aku sama ada pada satu atau dua Ramadhan, habis Subuh dia set dalam kepala yang dia nak baca Quran dengan tafsir. Satu muka pun jadi lah asalkan baca jugak. Tapi kepala dia rasa berat sangat sangat, so dia tidur dulu. Tak lama pastu dia terjaga sebab masuk mesej dari kawan dia, Kak Lela. Kak Lela bagi doa apa ntah eee tak puas hatinya aku lupa dia bagitau doa apa. Terus Lofa mintak kat Kak Lela doa untuk dia istiqamah. Kak Lela pun bagi lagi satu doa. Dia terus doa dengan bersungguh-sungguh, mintak Allah bagi kekuatan untuk dia istiqamah. Sebab dia rasa sangat sangat lemah. Dia doa dengan penuh perasaan, penuh rayuan kat Allah.
Allah Maha Berkuasa. Habis doa tu terus Lofa bukak Al-Quran secara random. Dan bila dia baca translate satu ayat tu terus masuk kedalam hati. Ayat yang dia baca tu seolah-olah menjawab terus doa dia tadi. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Allah dengar apa yang dia minta, Allah jawab on the spot. Lofa terus tutup Quran, dia nangis sepuas hati. Sambil dia cerita kat IKIM pun dia nangis waaa aku pun join nangis sekali huhu. Ayat aku taktau surah mana. Yang aku ingat last ayat tu "..dan Allah bersama orang-orang yang sabar". Dia rasa sebak sangat, terharu. Sebab Allah jawab on the spot apa yang dia doa tadi. Tu yang lagi menguatkan dia untuk terus bertudung macam yang Allah syariatkan.