“Saya dengar cerita, saya tak boleh…” - Bapa mangsa langgar lari tak sampai hati tengok video
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Bapa mangsa insiden langgar lari di Cyberjaya pada malam Rabu tidak 'sampai hati' untuk menonton video kemalangan membabitkan anak perempuannya, Wan Amirah Wan Alias yang tular di media sosial. [size=0.98em]Bapa allahyarham, Wan Alias Wan Ismail, 66, berkata, dia baru mendapat tahu tentang rakaman video litar tertutup (CCTV) tersebut pada pagi Khamis. [size=0.98em]"Saya tak boleh... saya dengar cerita, jadi saya tak boleh (tengok). [size=0.98em]"Arwah mengalami pendarahan dalaman yang teruk di tubuhnya," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, petang Khamis.
[size=0.98em]
[size=0.98em]Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada pukul 5.30 petang dan dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan rapat. [size=0.98em]Kata pesara tersebut, anak perempuannya merupakan seorang wanita yang pendiam dan gemar mengembara. [size=0.98em]"Dia dah beli tiket ke Finland untuk melihat 'Northern Lights' pada bulan Januari, namun tidak kesampaian. [size=0.98em]"Saya juga pernah ikut dia bercuti di Pulau Maldives... dia suka selam skuba," ujar Wan Alias.
|