CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: sitiku

[Jenayah] penjual nasi lemak maut dilanggar india positif dadah mabuk arak

[Copy link]
Post time 17-6-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesiannya anak2 mesti umur sekolah lagi tu. jgn gantung lesen je, gantung skali musibat ni terus. kalau bunuh org pon penah, setakat drive takde lesen tu ape la sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nant ada la campur tgn peguam negara utk tlg gugurkan kes.

#gangrentung
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 17-6-2019 01:07 AM
Apasal xda yg bantai

Kan...pelik aku...mana gangster melayu semua
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lostfaith replied at 17-6-2019 08:55 AM
Untuk kes dui, aku harap akta sekarang dipinda. Beratkan hukuman sebab at any time boleh mencederaka ...

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/tingkat-hukuman-ke-atas-pemandu-mabuk-usaha-pinda-akta-pengangkutan-jalan-1987-dikaji-201760%3famp=1

Tingkat hukuman ke atas pemandu mabuk, usaha pinda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikaji
Rahimah Abdullah, Astro Awani |  Published Mac 21, 2019 14:28 MYT
Ahmad Jazlan bertanya adakah kementerian merancang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi meningkatkan hukuman terhadap pelaku kesalahan jalan raya sehingga menyebabkan kematian terutamanya yang memandu di bawah pengaruh alkohol. - Gambar hiasan
Ahmad Jazlan bertanya adakah kementerian merancang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi meningkatkan hukuman terhadap pelaku kesalahan jalan raya sehingga menyebabkan kematian terutamanya yang memandu di bawah pengaruh alkohol. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: : Kementerian Pengangkutan akan meneliti dan mengkaji cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedia ada.

Menterinya Anthony Loke berkata, langkah itu selaras cadangan meningkatkan hukuman terhadap pesalah jalan raya sehingga menyebabkan kematian, terutamanya yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Cadangan itu bagaimanapun memerlukan pandangan dan persetujuan pelbagai agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

Pada masa sama, katanya, pandangan semua pihak termasuk pihak industri pengangkutan perlu diperoleh sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Pada ketika ini, Seksyen 41 Akta 333 telah memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang telah didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.

"Jika sabit kesalahan, jika pemegang lesen memandu percubaan, maka mahkamah akan batalkan lesen memandu percubaan itu,” kata Loke menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, mereka yang disabitkan di bawah Seksyen 41 juga akan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang tiga tahun dan lima tahun bagi Seksyen 44.

Di bawah peruntukan Seksyen 44, mana-mana orang yang menyebabkan kematian atau kecederaan akibat berada di bawah pengaruh alkohol, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000.

Selain itu, lesen memandu pesalah dan yang sedang dalam proses pertuduhan juga, akan digantung berkuatkuasa dari tarikh pertuduhan dibacakan pertama kali.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kokocrunch replied at 17-6-2019 10:39 AM
Takziah buat keluarga arwah...semoga tertuduh ni dihukum setimpal perbuatan

Under seksyen 44 apalah sgt, max 10 tahun penjara denda max rm20k
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:30 PM | Show all posts
axl_bach replied at 17-6-2019 10:24 PM
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/tingkat-hukuman-ke-atas-pemandu-mabu ...

huntung la geng kicap

dah ada video khianat malaysia kat holland pun, masih ada barua backup kaw kaw

mak kau ittewww  tul la




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 17-6-2019 12:18 AM
ada nnt spesis kicap ni yg salahkan plk peniaga ni sbb niaga tepi jalan, puak dema je yg btl wpun ke ...

Mmg itulah skrip yg mereka akan ulang2...play victim to the max
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
paz replied at 17-6-2019 07:36 AM
Kasihannya ahli keluarga peniaga. Takziah buat mereka.

Yang nak berseronok minum alkohol tu tolon ...

You...area kaka nie mmg selalu nmpk kereta terhuyung hayang mabuk...tu yg kaka selalu pesan kat anak bujang naik moto baik2 sebb kawasan nie byk yg mabuk mlm mahu pun siang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya cerita ni. I terfikir kat anak2 dia je. Mesti masih sekolah lagi. Meninggal Dalam mencari rezeki lagi tu. Harap suami ya cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 11:09 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la org tak bagi meniaga tepi jalan
Kan dah nasib malang

Yg memandu sambil mabuk tu sama spesis babi dgn yg drive sambil main hp etc
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2019 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nk tgk hukuman apa yg dia dpt
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 08:24 AM | Show all posts
Nenolen replied at 17-6-2019 10:41 PM
You...area kaka nie mmg selalu nmpk kereta terhuyung hayang mabuk...tu yg kaka selalu pesan kat an ...

Kan memang bawa kereta kena tengok and aware keadaan sekeliling.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasik lemak arwah mmg sedap. Aku suka beli bila lalu situ. Cina2 pun suka beli situ.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sitiku replied at 17-6-2019 12:06 AM
punya la laju, sampai kotak tnb pun tumbang

Babi ni nyusahkan penduduk setempat jgk..bekalan letrik terputus
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sitikau replied at 17-6-2019 10:30 PM
huntung la geng kicap

dah ada video khianat malaysia kat holland pun, masih ada barua backup ka ...

Maaf Ba, aku melayu penganut agama Islam bkn penganut agama melayu racist

Agama aku ajar sesiapa saja, sahabat atau musuh yg dipertanggungjawabkan atas satu kesalahan/jenayah wajib diberi peluang utk diadili dan mempertahankan diri.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha, post aku yg kata lobai2 pangai jahiliah sebab pukul cina lepaih solat depan masjid dah kena delete yer?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 01:43 PM | Show all posts
Pekerja ladang didakwa memandu bawah pengaruh dadah, sebab kematian

BUTTERWORTH: Seorang pekerja ladang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga tepi jalan, Ahad lalu.

Tertuduh, G Ravi, 30, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M Kalaiarasi.

Mengikut kertas pertuduhan, Ravi didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga Roslinda Mohamad Isa, 44.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 10 pagi pada 16 Jun lalu, di tepi jalan di Bertam Indah, di sini.

Ravi didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan maksimum 10 tahun dan boleh didenda minimum RM8,000 dan tidak lebih RM20,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memberitahu mahkamah tiada jaminan ditawarkan bagi kesalahan itu, seperti beberapa kes terdahulu.

“Bagaimanapun jika mahkamah mahu beri jaminan, RM20,000 adalah jumlah yang munasabah kepada tertuduh,” katanya.

Peguam tertuduh, Muhaimin Hashim memohon jaminan minimum berikutan Ravi menyara tiga anak dengan pendapatan RM1,200 sebulan.

Kalaiarasi kemudiannya menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, bermula hari ini.

Kes akan disebut semula pada 22 Julai hadapan.

Sementara itu, keluarga Allahyarham Roslinda yang turut hadir mendengar prosiding dilihat tidak dapat menahan kesedihan sebaik pertuduhan selesai.

Anak sulung mangsa, Muhamad Razin Naufan Mat Subri, 20, ketika ditemui berkata dia hanya mahu keadilan ditegakkan atas kejadian yang berlaku terhadap ibunya.

“Saya hanya mahu kematian ibu saya dibela. Sejak kejadian itu, kami adik beradik belum pulang ke rumah kerana masih terbayang sosok ibu ada di rumah,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2019 11:57 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058541 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list