|
Author |
Post time 25-6-2019 12:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
azelinaputeri replied at 25-6-2019 12:29 PM
bestnya criter ni..
Terima kasih.. ^^ |
|
|
|
|
|
|
|
TT best! nnti ada cerita lg smbg k |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-6-2019 08:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 3: Selamat Walaupun Bahaya
Edited by KIM.K at 25-6-2019 09:05 PM
Cerita kali ni tak seram sangat tapi kerja bodoh aku ketika berumur 21 tahun zaman kadet di U dulu. Tak der penampakan apa2, cerita aku suka berak dalam air
Masa training kat hutan, aku tak suka berak kat tandas cangkung yang digali dalam perimeter kubu. Tandas tu dekat khemah kawan2 lelaki, kencing pun dengar. Pastu kayu melintang tempat pijak tu tak selesa..boleh nampak tahi kat bawah. Aku pernah try kencing situ..urin tak keluar langsung. Segan kat member di luar. Masalah air satu hal
Akhirnya aku belajar trick berak dan kencing dalam air. Pe'el aku sorang je. Asal nak terkencing je aku turun kat sungai terdekat. Samada longgarkan seluar atau tak buka langsung. Berak pun dalam air huhu..habit aku sampailah dah bergelar pegawai muda
Satu hari kami camp dekat tebing sungai yang lebar dan tenang. Tebing pasir tu cenuram sikit tinggi 5m sebelum cecah air. Malam tu kapten mengail udang, disuruhnya aku jaga joran dia. Dia kata lubuk udang biasanya ada buaya, sebab buaya makan udang. Tapi sungai ni takde buaya kot
Tak lama jaga joran, aku pun nak terberak sangat. Aku tengok air yang tenang tu dilimpahi cahaya bulan macam save. Selepas lama gaduh dengan diri sendiri aku pun rasa perut nak terburai dan turun beting pasir tu slow2, sorang2, takde sape tau
Masa tu jantung macam nak pecah takut kat buaya, tapi dah turun air sampai lutut. Takut plak kapten tengok bontot aku nanti, so aku turun lagi sampai paras dada..berpaut pada dua kanoe kayu yang bocor di bahagian bawah (air masuk). Aku takut orang nampak kerja bodoh ni, so aku berenang diantara kanoe tu dan melepas dalam air. Kaki tak cecah dasar sungai, punyalah tinggi paras air sungai tu
So aku lepas hajat cepat dalam 2-3 minit, sucikan diri dalam air tu dan naik ke darat. Baju celoreng aku basah dari dada ke bawah. Memang gitulah kalau aku pegi membuang hehe. Beberapa bulan lepastu baru aku terfikirkan keselamatan diri dan tindakan bodoh waktu tu. Sebab aku turun dalam sungai2 di negeri Bujang Senang. Semua sungai negeri ni ada buaya..staf Iban pun tak pernah turun. Alhamdulillah pelik juga aku boleh selamat. Buayanye tak kacau orang kot
Pernah sekali aku melepas kat dalam tasik. Tak minta izin or doa dulu. Esoknya kitorang kena rollcall dan kena denda sebab ada buat mistake apa tah. Dendanya guling side roll sampai bawah bukit. Sambil aku guling bukit tu seluar loreng aku tersingkat, nampak la betis. Member aku tanya, ko buat ape sampai lebam satu kaki? Rupanya dua2 belah kaki aku penuh bertompok2 merah biru lebam macam kena terajang dari pangkal peha sampai buku lali. Tapi tak rasa sakit plak malah aku sendiri taktahu bila mendapat
Maaf kalau cerita kalini tak seno-oh. Tapi sampai harini rasa ajaib sebab sungai2 tu memang orang tak turun
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-6-2019 09:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 4: Wanita Bertelekung di Surau
Edited by KIM.K at 25-6-2019 11:29 PM
Kisah berlaku semasa cuti mid semester, Kim tak balik kampung dan berjimat. Hostel lengang kecuali 4-5 rumah dalam bangunan tu masih ada penghuni tak balik macam saya
Waktu zuhur, Kim rasa nak solat di surau hostel, nak ambil feel berkhalwat sikit. Best solat situ tenang. Takde oranglah sebab cuti kan
Lepas baca quran, Kim pun solat di bucu kanan dekat kipas dinding. Masa rukuk saya nampak dari ekor mata ada seseorang solat di sebelah sana belakang sikit dari saya. Student tu bertelekung putih tengah duduk antara dua sujud pastu turun sujud
Kim lega la ada orang dalam surau. Taklah sunyi sangat sendirian dalam tu. Ketika Kim beri salam lepas tahiyat akhir tu terkejut besarlah saya apabila mendapati takde orang pun kat situ. Baru je nampak kelibat perempuan tadi, rupa2nya takde sesiapa. Takkanlah dia baru datang, solat 2 rakaat terus balik? Kalau ikutkan, tak sempat pun dia nak habiskan solat tu
Berderau juga darah saya, terus jadi tak keruan. Kim terus bergegas balik dan tak pegi dah surau tersebut |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-6-2019 11:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
gummygummy replied at 25-6-2019 01:39 PM
TT best! nnti ada cerita lg smbg k
Huhu..terima kasih gummy..^^
Saya ada sambung dua cerita lagi di sticky notes muka depan |
|
|
|
|
|
|
|
Tt, comei pulak hambar celoreng2 kat page 1 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-6-2019 08:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
laila_zi replied at 26-6-2019 04:20 PM
Tt, comei pulak hambar celoreng2 kat page 1 tu
Hihi terima kasih sis..
TT sambar celoreng BAPE, luxury brand terus huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Best gak layan citer tt, sila smbg citer lain bila ada masa ye tt
Btw aku rasa boya2 dlm sungai tu dah terbau taik sblm ko turun melepas. Masing2 cabut lari menyelamatkan idung
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-6-2019 03:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-6-2019 03:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 5: Bomoh Katak Panggil Hujan
Edited by KIM.K at 27-6-2019 04:24 PM
Zaman kadet adalah kenangan terindah bagiku walaupun ketika itu terasa hazab dan serik. Kejap2 tukar pakaian kawadlah, celoreng lah. Rushing sangat sampai masa ikat tali kasut tu pun aku dah berpeluh balik, padahal baru je mandi T_T
Time kawad dan training di hutan bawah panas terik memang menduga semangat. Bayangkan waktu latihan menembak, senjata kat muka kau berasap2 fatamorgana pasal panas sangat. Masa ni aku temui kebolehan aku minta hujan
Sekali sekala bila terlalu lama berhangit di lapang sasar, aku minta hujan. Tak sampai 5 minit hujan pon turun. Semua kadet masuk khemah. Bila kawad lama sangat aku pon minta hujan. Kawad pun tangguh kejap
Ada satu hari menembak tu aku malas sikit. Pasal dah 2 minggu perah tenaga, nak rehat lah pula. So 4-5 kali minta hujan hehe..hujan sekejap2. Kawan2 serumah aku pun macam syiok jugak asyik rest. Aku pernah bagitau diorg kebolehan ni, so diorg pun apa lagi, "Kim minta la hujan. Aku dah tak larat". Jap lagi hujan pun turun..tapi aku ngan kawan2 macam percaya-tak percaya je dengan apa yg berlaku
Oleh sebab hujan kerap sangat, time berbaris coach pun troll member, "sikit2 hujan, sikit2 hujan. Ni keje kau la ni ustaz katak!"
Kat sana memang aku dan kawan2 gegirls suka hujan. Kami berdansa dalam hujan lebat, takde kilat kat sana. Kami menyanyi, melompat, siap push up lagi dalam hujan. Kolej kami kat bekas resort, so surrounding cantik dan kami menari orang tak dapat lihat. Tudung pun tak pakai. Riang ria muda mudi..hehe
Aku tanya sorang bomoh, bomoh tu kata mungkin Allah kasihan kat aku orang merantau. Jadi diperkenankan hujan ketika hati terdetik. Aku tak pernah minta di Semenanjung. Sekarang ini, kadang kala jika minta, hujan turu juga..tapi keyakinan diri aku dah tak kuat. Dulu aku alim, sekarang kurang sikit..minta pun 2-3jam baru hujan atau lambat diperkenankan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-6-2019 04:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 6: Siapa Buka Pintu?
Edited by KIM.K at 27-6-2019 04:41 PM
Seperti ku ceritakan, hostel kami cantik banglo kayu bekas resort. Cantik sampai ia dibeli oleh tentera buat Kem Semboyan sampai ke hari ini
Oleh kerana negeri Bujang Senang ni selamat, aku terlupa dalam dunia ni ada makhluk lain seperti bunian dan jin. Aku agak pemberani sebab tak jumpa apa2 keganjilan di resort tu. Satu hari aku terdengar sayup2 suara lelaki berbisik2 dalam banglo aku pukul 2pagi
Aku dok bilik bawah, member2 kat bilik atas. Pukul 2-3 pagi aku pun menyelinap dalam semak belakang rumah cuba mendengar..dari mana suara tu datang. Kejap dengar kejap tak dengar, aku jadi curious..selinap ke banglo sebelah, ke rumpun sebelah etc. Rupanya kawan2 aku bawa budak laki masuk banglo kami ke bilik diorang! Takdapat nak katakan aku marah sebab geng tu agak sosial..kena jaga hati
Tak lama lepastu aku dengar lagi! Marah betul aku. Kul 3-4 pagi time tu. Aku pun selinap ke semak samun belakang rumah dan menyiasat sorang2 sampai 5pagi. 5pagi kat sana dah solat subuh. Malangnya aku takdapat apa2 hasil siasatan haritu
Aku pun balik mandi, solat dan gosok baju nak gi kelas. Bilik aku sebelah dapur. Tetiba aku tengok pintu tu tak berkunci, ada gap sikit. Lagi la marah, ni mesti diorg lari ikut dapor! Aku pun tutup dan kunci
Tengah2 menggosok tu aku dengar lagi pintu tu terbuka. Pi tengok. Memang betul pintu tu terbuka lagi..tapi takda sesiapa di floor ni kecuali aku. Aku kunci pintu tu dan fahamlah aku bahawa ada makhluk yang menegur..
Sejak tu aku tak mencari2 lagi perkara yang mencurigakan. Dan faham tempat tu aku kongsi dengan makhluk lain
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-6-2019 05:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 7: Gamelan dan Histeria
Edited by KIM.K at 10-7-2019 12:05 AM
Kisah ni berlaku semasa jadi cikgu ganti di MRSM lepas grad. Iols selalu lepak kat bilik guru sampai 12tgh malam sebab sana ada Wi-Fi dan boleh buat kerja sekali. Bujang kan
MRSM baru je buka tak cukup cikgu dan tempat pun keras. Satu hari, iols habis kerja dan tutup opis kul 11.30malam. Otw berjalan balik ke rumah warden (jadi fellow jugak jaga budak, duk depan hostel), iols terdetik, "kalaulah malam ni budak2 histeria.." Taktaulah kenapa aku sampai boleh fikir begitu..aku tak berniat, tapi barang terlintas di fikiran
Sampai2 je aku di bangunan hostel, terus budak2 top floor histeria..
Kawan2 diorang turun gelabah cari fello. Aku dah merinding tegak bulu tengkuk..Ya Allah..akukah yang penyebabnya. Ya Allah..kenape aku cakap macamtu. Tau dah malam ni aku kompom takleh tido
Aku naik dorm atas sekali yang dikatakan angker dengan fello2 lain. Ramai gak budak kena sampuk, 3-4 orang. Budak2 dah lembik, menangisss je sebab takleh control tubuh sendiri. Ada yang berkikik gelak buat2 ok. Itu tandanya tak ok..sebab time serun macamtu mana ada orang ketawa..member keliling duk baca yasin
Yang tak pulih kami bawa turun. Tetiba berjangkit lak kat bangunan depan, mengilai. Kumpul2 dekat 8 orang budak kena sampuk malam tu. Kami call parents suruh bawa balik
Ada sorang budak bagitau, sebelum histeria berlaku dia dengar gamelan dimainkan. Gamelan tu disimpan di dewan, import dari Indonesia..malam tu dia main sendiri
Bermakna semasa aku berjalan pulang dari bilik guru tu..gamelan sedang dimainkan. Tetapi kata guru2 gamelan itu memang berpenunggu. Ia hanya main lagu, tak kacau orang
Jadi siapa yang kacau budak2 di hostel? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 28-6-2019 05:55 PM
Kisah ni berlaku semasa jadi cikgu ganti di MRSM lepas grad. Iols selalu lepak kat bilik guru sampai ...
bunyi gamelan yg live memang menyeramkan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-6-2019 11:15 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
azelinaputeri replied at 29-6-2019 09:11 AM
bunyi gamelan yg live memang menyeramkan
Merinding sebab bunyi macam loceng. Gema kuat |
|
|
|
|
|
|
|
Bab pad x basuh ni.. Mmg mencari pasal betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dashyat sgt tu. apa yg dorang buat smpai TT sumpah dorang jd macam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 29-6-2019 01:07 PM
Semasa TT sambung postgrad, kali pertama belajar realiti postgrad tak sama dengan degree. Masa degre ...
Uish tt ni ade ilmu pape ke sampai terkene diorg2 yg pedajal tt ni? Btw best nya story uolssss |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kisah darah haid tu memang setan suka sangat benda kotor.
jangan sesekali biarkan darah haid tak berbasuh ya
ada makhluk yang hisap darah tu nanti
Anyway, citer best. Lagi tt
|
|
|
|
|
|
|
|
Best pulak..sambung lg TT |
|
|
|
|
|
|
| |
|