Apa Itu Hair Mask ?
Hair mask merupakan produk rawatan pelembap rambut yang berfungsi merawat kerosakan rambut dari akar dan lapisan bawah kulit kepala. Fungsi hair mask hampir sama dengan pelembap atau conditioner. Akan tetapi ia jauh lebih kaya dengan kandungan nutrien yang diperlukan oleh rambut seperti minyak semulajadi dari sumber tumbuhan dan lain-lain. Kuasa penembusan krim hair mask menyerap lebih jauh ke dalam akar rambut dan kulit kepala berbanding dengan pelembap rambut yang hanya bertindak pada lapisan luar kulit kepala dan rambut. Terdapat beraneka jenama hair mask di pasaran. Sedia jenama memaparkan kandungan bahan yang berbeza. Akan tetapi secara asasnya hair mask mempunyai persamaan iaitu kandungan minyak tumbuhan. Antaranya minyak jojoba, minyak zaitun, minyak kacang almond dan avokado. Sumber lain yang mengandungi kandungan nutrien yang unik seperti pisang dan madu adalah antara bahan lain dalam penghasilan hair mask oleh sesetengah syarikat pengeluar rangkaian produk rambut. Siapakah Sesuai Memakai Hair Mask?Hair mask dicipta sesuai untuk semua jenis rambut. Sudah tentu ia dicipta untuk mengembalikan semula kerosakan pada rambut. Untuk mencegah kerosakan rambut, hair mask berfungsi memberi perlindungan maksimum bagi mereka yang melalui keadaan seperti berikut. Antaranya : - Penggayaan rambut yang berisiko merosakkan rambut seperti teknik backcombing, mengikat dan mewarnakan rambut dengan pelbagai pewarna tiruan.
- Pendedahan rambut terhadap cahaya UV dari pancaran matahari
- Memakai tudung atau mengikat rambut semasa dalam keadaan basah
- Rambut kering dan bercabang
- Rambut berminyak
- Keguguran rambut
Fungsi hair mask yang menyerap lebih jauh ke dalam lapisan kulit, struktur dan akar rambut yang lebih berkuasa berbanding conditioner akan membantu anda mengatasi beberapa masalah rambut secara lebih cepat dan berkesan.
|