CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: senahsirap

BALQIS

[Copy link]
Post time 22-9-2004 12:02 PM | Show all posts
wah .. aku dah termiss dah .. macammana nak tengok balik .. tapi tak per lah ..minggu depan ada lagi ..

alamak .. minggu depan pun ada program waktu tu .. aduh duh du
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2004 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by low_profile at 2004-9-21 03:41 PM:
kawan balqis tu yg name naemah tu lawa jugak kan...
suke laa watak dia...si kecoh yg comel dan baik hati....

:setuju:suka nengok naemah..kalut je manjang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2004 03:29 AM | Show all posts
zack x-factor....ble thn gak lakonan dia skrg nih....sumer tv asik tayang lakonan dia je...tgh laku la katakan......best jugak citer balqis ni tp slalu lompat2 tgk casa idaman kt ria......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2004 10:32 PM | Show all posts
Amanda - Melangkah dalam sunyi
Oleh Jamliah Abdullah

``Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu''
REVOLVERS menyanyikan Namun Ku Punya Hati, sebuah lagu puitis penuh kepiluan tentang seorang insan yang lahir kurang upaya. Lagu yang mengundang air mata jika dihayati dari jiwa yang mendalam.

Empat baris lagu tersebut pada rangkap pertama meluahkan dirinya yang serba kekurangan.

Namun jika anda menatap wajah gadis manis yang menghiasi ruangan ini, sempurna penampilannya.

Senyum manis, gaya selincah penari ballerina dan mata pula bulat bercahaya.

Cuma barangkali seperti baris keempat lagu itu, kicau burung yang kedengaran dari kelopak telinganya tidak semerdu.

Gadis istimewa itu adalah Amanda Farliany Faishal yang dilahirkan cacat pendengaran 21 tahun lalu.

Barangkali Amanda antara golongan istimewa yang lebih istimewa kerana kecekalan hatinya melangkah dunia yang penuh cabaran.

Ikhtiar hidup Amanda mengagumkan. Jika tidak masakan dia dapat membolosi dunia glamor yang penuh dengan individu yang sempurna itu.

Amanda adalah model dan pelakon drama televisyen yang sedang menempa nama di Indonesia.

Di sini, peminat yang menonton drama bersiri televisyen Balqis yang ke udara di TV1 setiap Isnin pukul 9 malam tentu biasa dengan penampilannya.

Amanda mendukung watak utama sebagai Atiqah Balqis iaitu remaja pekak dari kampung yang menjalani pelbagai cabaran untuk mengharungi hidup di kota besar.

Hampir dua bulan Amanda berada di Kuala Lumpur menjalani penggambaran filem tersebut bersama syarikat produksi Antah UTV.

Seronok bukan kepalang dapat menjenguk ke Malaysia, katanya yang ditemani ibu, Arlinda Faishal.

Lebih membanggakan dirinya kerana mendapat kepercayaan daripada syarikat produksi tempatan berlakon di sini buat pertama kali.

Sesuatu yang menyeronokkan dirinya juga kata Amanda, itu adalah kali pertama dia berpeluang berlakon menjadi pekak.

Selesa dengan watak gadis pekak
Barangkali sesuatu yang agak mengejutkan apabila Amanda memberitahu bahawa dalam siri Balqis, dia buat pertama kali menerajui watak sebagai gadis pekak.

Di Indonesia, Amanda, memang terkenal sebagai satu-satunya pelakon cacat pendengaran yang berjaya meletakkan dirinya sebagai pelakon.

Dia membintangi lebih 10 buah drama di Indonesia seperti Kho Ping Ho, Wewe Gombel dan Crazy Boy.

Namun dalam drama televisyen itu menampilkan dirinya sebagai seorang yang normal. Tutur katanya digantikan dengan suara latar pelakon lain.

``Saya suka bila menjadi diri saya walaupun dalam lakonan. Saya selesa tidak perlu menjadi orang lain,'' kata Amanda yang mendapat bantuan bertutur daripada ibunya.

Walaupun pekak Amanda masih boleh bertutur dengan nada tersekat-sekat dan memahami pertuturan orang lain melalui gerakan bibir.

Dia juga tidak memerlukan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Selain berlakon Amanda juga minat menari dan dia seorang yang cukup peka pada getaran muzik hanya pada sentuhan kakinya ke lantai.

Sebelum ke sini Amanda berada di Belanda kerana menghadiri satu festival tarian tradisional selama lapan minggu.

Demikian Maha Kaya Tuhan yang sentiasa mengasihi hamba-Nya kerana menyelitkan di sebalik yang kurang itu ada kelebihan yang lain.

Tentu saja di sebalik kekurangan yang dimiliki oleh Amanda tersembunyi kelebihan yang diberikan oleh Tuhan kepadanya.

Apabila ditanya tentang masa depannya, kata Amanda, dia seperti insan seni lain yang sempurna ingin mengecapi kejayaan.

Pernah putus harapan
Di sebalik kejayaan itu juga tersimpul satu perjalanan yang panjang kerana ia bukan kerja semalaman.

Amanda mengakui sebelum `bangun' hidup seperti orang yang sempurna dia juga pernah putus harapan dan menyesali dirinya yang dilahirkan cacat.

Dulu dia gemar menyembunyikan diri di rumah kerana bimbang ejekan orang ramai.

``Sampai satu ketika saya merasakan sampai bila harus begini. Jadi saya tanamkan semangat ingin ubah persepsi diri,'' katanya.

Amanda memulakan kerjayanya dalam dunia glamor sebagai model di catwalk. Sememangnya dengan ketinggian lebih 172sm itu gayanya lincah di pentas catwalk.

Bukan itu saja, Amanda juga seorang model popular. Wajahnya yang cantik itu sering menghiasi majalah dan iklan.

Semuanya kata Amanda berkat didikan dan dorongan ibu yang merangkap pengurusnya itu.

Serik bercinta dengan artis
Naluri Amanda seperti juga wanita sempurna yang ingin mencintai dan dicintai.

Amanda mengakui dia pernah beberapa kali bercinta dengan mereka yang terbabit dengan dunia lakonan sepertinya.

Namun beberapa kali itu juga hatinya dikecewakan.

``Pada satu ketika saya memahami bahawa mereka cuma menyukai rupa paras dan status saya saja. Tidak lebih. Kadangkala mereka juga suka mempermainkan hati saya.

``Ia sungguh mengecewakan. Kalau boleh saya ingin cari teman hidup yang bukan artis. Apa yang penting dapat menerima saya seadanya,'' kata anak saudara kepada penyanyi Hetty Koes Endang itu.

Jangan sorok anak cacat - ibu Amanda
Sememangnya ibu Amanda, Arlinda adalah antara ibu contoh yang cekal mengasuh dan mendidik anak kurang upaya seperti Amanda.

Tiada ibu yang berharap anaknya lahir serba kekurangan tetapi menangisi dan menyesali hakikat dunia itu bukan hidup Arlinda.

``Dulu saya sering dihujani dengan persoalan dan tangisan Amanda.

``Kenapa dia dilahirkan cacat seperti itu. Saya sentiasa mengajarnya, bahawa setiap orang masih mempunyai keistimewaan tersendiri,'' katanya.

Ketika masih remaja, kata Arlinda, dia mula mengenali bakat anaknya itu dan memberi semangat kepadanya untuk membabitkan diri dalam bidang itu.

``Sesuatu yang saya ajar dia adalah untuk mempercayai dirinya sendiri bahawa dia boleh melakukan apa yang orang lain buat,'' tambahnya.

Langkah pertamanya kata Arlinda menggalakkan Amanda menyertai pertandingan modelling.

Dia pernah menjadi juara dalam satu pertandingan kecantikan anjuran produk kosmetik Covergirl, cerita ibunya.

Kejayaan itu memberi semangat kepada Amanda untuk terus melangkah.

``Apa yang saya ingin lakukan adalah cuma untuk memastikan anak saya hidup seperti orang sempurna walaupun dengan dirinya yang serba kekurangan.

``Saya percaya ia adalah peranan ibu bapa untuk memberi dorongan dan paling penting tidak menyorok anak mereka yang cacat di rumah saja,'' ujar Arlinda lagi.

source : utusan malaysia, sunday, 26 september
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2004 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by senahsirap at 26-9-2004 10:32 PM:
Amanda - Melangkah dalam sunyi
Oleh Jamliah Abdullah

``Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu''
REVOLVERS menyanyikan Namun Ku Punya  ...



:clap::clap::clap:

ado gambo ke weihhh :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2004 03:13 PM | Show all posts
jangan lupa malam nih .. ramai ramai kita nontonnyerrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2004 10:43 PM | Show all posts
episod malam nih best sgt...aku tgh rajin nih..so meh aku story sket apa yg aku ingat...
zach tuh setuju syarikat die dan syarikat bapak suraya digabungkan tapi tak setuju dia ditunangkan dgn suraya..suraya cam frust sebab dia minat sangat ngan zach tuh...zach ngan mak dia gi umah suraya tuh bincang pasal penggabungan syarikat..mak dia bagi hadiah kat suraya, tapi suraya gi belakang dan buang hadiah tuh dlm tong sampah..
naemah plak semenjak dua menjak nih busy memanjang..balqis ngan ayu pegilaa intip dia kat library sebab naemah nih berahsia sgt..rupa2nya naemah dah kamcing ngan daud skarang..daud yg buta tuh..naemah tolong bacakan buku utk daud..apalagi diorg seronokla dok sakat naemah..
waktu kat library balqis terjumpa ngan firdaus, firdaus nak belanja dia minum tapi dia tolak sebab dia ada mesyuarat..makwe firdaus maria nampak, so dia sound balqis jangan gunakan kecacatan utk membeli cinta......
firdaus ajak balqis pegi gotong royong kat umah org tua2..balqis setuju nak ikut..balqis ajaklaa daud ngan naemah sekali, waktu nak naik kat van maria pertikaikan kenapa firdaus ajak org yg cacat sekali sebab menyusahkan...
paling kesian time kat rumah org tua tuh..blqis pimpin seorang makcik tuh..maria dari belakang terus langgar balqis dan makcik tuh..lepas tuh dia buat2 nak tolong...dah tuh dia marah balqis..macam2 dia hina balqis..balqis sedih dan lari balik hostel..kat hostel dia menangis...
time balqis tgh tahan teksi zach lalu..zach terus berentikan kerete sebab dia perasan muka balqis..balqis selalu muncul dlm mimpi dia sebelum nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2004 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by senahsirap at 2004-9-27 10:43 PM:
episod malam nih best sgt...aku tgh rajin nih..so meh aku story sket apa yg aku ingat...
zach tuh setuju syarikat die dan syarikat bapak suraya digabungkan tapi tak setuju dia ditunangkan dgn sura ...


best..best...
jahatlaaa budak pompuan yg syok kat firdaus tuh...
tapi dia tuh kiut gak...
ciannya balqis..dia ingat balqis tak paham dia dok kutuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kay_k This user has been deleted
Post time 28-9-2004 01:08 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by low_profile at 28-9-2004 11:15:


best..best...
jahatlaaa budak pompuan yg syok kat firdaus tuh...
tapi dia tuh kiut gak...
ciannya balqis..dia ingat balqis tak paham dia dok kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2004 09:51 PM | Show all posts
yaa .. dua dua kiut laa

hmm mana satu nak sokong ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2004 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by stretcher at 28-9-2004 09:51 PM:


Tumpang komen skit yerk.  :cak:

Hmmm... aku tertengok drama Balqis tu semalam. Cadang sekejap.. lelama terus terpaku depan TV tu.  :lol

Wow.... terkesima (btol ker perkataan baru aku nih ?? :lol ) aku sekejap !

Tak sangka TV1 ader drama yang begitu bagus sekali.
Bangga pulak rasanya bila menonton drama tu.   

Lakunan hidup. Dialog berilmiah dan bersahaja.
Pelakunnya pulak... wah ! Moden (tapi sopan) dan cun cun belaka !

Tahniah lah pada RTM.  :love:

Ada nilai komersial drama nie... silap silap boleh  eksport ke luar negara nie !
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2004 09:30 AM | Show all posts
Betul Kan ,aku sokong tu. the color the quality semer pelakon di choose elok elok. harapnya jalan citer nya tak mengarutlah pas pas ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2004 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by mutantninja03 at 28-9-2004 10:25 PM:


Tumpang komen skit yerk.  :cak:

Hmmm... aku tertengok drama Balqis tu semalam. Cadang sekejap.. lelama terus terpaku depan TV tu.  :lol

Wow.... terkesima (btol ker perkataan baru aku nih ...


:setuju::setuju:

ada quality lar drama .. kalau ada marketing strategy baik ... promotion bagus
sure rating tinggi nyee .. boleh beat Gerak Khas & Sembilu (menyampah tahap kronik betul drama2 niii ):kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2004 09:17 PM | Show all posts
Originally posted by mutantninja03 at 2004-9-28 10:25 PM:


Tumpang komen skit yerk.  :cak:

Hmmm... aku tertengok drama Balqis tu semalam. Cadang sekejap.. lelama terus terpaku depan TV tu.  :lol

Wow.... terkesima (btol ker perkataan baru aku nih ...

:setuju:drama nih memang best dan berkualiti...jalan cerita setakat nih diolah dgn baik...hope akan datang camtu gakla...nampaknya antah utv berjaya wat drama yg best selepas idaman...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2004 05:35 PM | Show all posts
wooo .. antah tu yang buat idamang jugak ke?? baro ako taoooo
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2004 01:44 PM | Show all posts
hah???
minah pekak cute tuh minah indon?? macam tak caye plak aku...apa pun...aku jatuh hati ngan minah tuh!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2004 10:03 PM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 2004-10-1 01:44 PM:
hah???
minah pekak cute tuh minah indon?? macam tak caye plak aku...apa pun...aku jatuh hati ngan minah tuh!!!

a'ah..dia memang dari indon..model kat sana...kalo ko dah falling in love with her copat2laa masuk meminang...hehehe...
Reply

Use magic Report

myville This user has been deleted
Post time 4-10-2004 04:38 PM | Show all posts


drama ni best....

memula aku ingatkan balqis yg belakon jadi bisu tu kat luar set tak bisu, org malaysia, rupa rupanya baru baru ni part paper kata dia memang bisu, org indonesia...

tapi best sangat lakonan dia and the others dalam drama ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2004 09:33 AM | Show all posts
Tak tukar ke waktu siaran? Semalam Chic nak tengok takder....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2004 12:07 PM | Show all posts
haa? semalam tak de ker? aiseh man .. nasib baik .. ngah memandu balik dari kampung tuuu ..

meh kita kompolkan orang ramai ramai pi ke UIA pas tu sokong minah ni ramai ramai .. jommmmmmm

ari tu tengok live.. perghhhhhh .. memang cunnnnnn

tapi dalam mimpi laa .. bila laa nak dapat jumpa real live nii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078037 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list