CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 27-9-2004 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by 蝯z坞悬衻 at 2004-9-26 05:34 AM:
tu gak yg aku cakap sebelum ni..hehe..syukurlah ramai owang lain pun sedar gak


masyaAllah malangnya lah... ada lagik yg tak sedar2 tentang kebenaran yg dibawa tok guru Akasyah ni...alhamdulillah syukur pada Tuhan pada sapa2 yg terpilih utk terima kebenaran (ilmu dr Abuya) meskipun hanya melalui forum....moga2 kita tak tergolong dlm org yg telah dibuta dan dipekakkan telinga oleh Allah swt dlm mencari kebenaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2004 02:43 PM | Show all posts
Yang abu cakap tu baik juga... boleh gak dipakai.. tapi ajaran pelik-pelik yg dibawanya tu yang tak masuk akal.  Kalau nak percayakan semua kata-kata abuya tu peliklah.. sebab banyak cerita yg tak masuk akal berada dalam fikiran abuya.... sebab itu ada forumer kita yang tidak dapat menerima banyak kata-kata dari abuya sendiri, walaupun kata-kata yang dipastekan oleh rakamn kita tu menarik untuk difikirkan.  

Nak ker aku berikan contoh tentang benda pelik yang ada dalam al-arqam dulu yang diasaskan oleh abuya?... rasanya semua korang tahu....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 30-9-2004 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by Keyboard at 2004-9-30 02:43 PM:
Yang abu cakap tu baik juga... boleh gak dipakai.. tapi ajaran pelik-pelik yg dibawanya tu yang tak masuk akal.  Kalau nak percayakan semua kata-kata abuya tu peliklah.. sebab banyak cerita yg tak  ...



Bila mata tidak dapat melihat
Jangan anggap sesuatu tidak ada
Bila telinga tidak mendengar suara
Jangan anggap suara tidak ada
Subhanallah, Maha Suci Allah

Bila akal tidak dapat memikirkan
Jangan anggap sesuatu tidak ada
Bila hati tidak terbuka
Hingga tak dapat lihat mawaro-ul-madah
Jangan anggap ia tidak ada di luar alam nyata
Subhanallah, Maha Suci Allah

Bila lidah tidak dapat merasa
Atau sentuhan badan tidak terasa
Rasa dalam Ainul-zat
Jangan anggap rasa tidak ada dalam zat
Kerana yang ada tetap ada
Walaupun tidak dapat dibuktikan
Oleh alat-alat perasa

Begitulah Allah yang Maha Hebat
Allah Maha Hebat menjadikan segalanya
Allah Maha Hebat menciptakan seluruhnya
Subhanallah, Maha Suci Allah

Nukilan oleh Abuya
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 30-9-2004 08:25 PM | Show all posts
ko ni..Akasyah..aku pelik la...

ko ni..langsung x ada pendapat sendiri ke..

balik2 nukilan abuya..camtu je aku nengok pattern penulisan ko..;)
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2004 08:49 PM | Show all posts
Susah susah, korang suruhlah dia masuk kat sini, kita bincang secara terbuka hehehe
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 1-10-2004 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by 蝯z坞悬衻 at 2004-9-30 08:25 PM:
ko ni..Akasyah..aku pelik la...

ko ni..langsung x ada pendapat sendiri ke..

balik2 nukilan abuya..camtu je aku nengok pattern penulisan ko..;)


lolBukan saya tak ada pendapat sendiri tapi sebenarnya sepjg saya kat forum m&m ni dah jenuh berkali2 saya jwb persoalan2 spt yg ditimbulkan oleh forumner2 spt keyboard. Balik2 isu yg sama. Sepertimana sebelum ini, hinggakan jadi berpage2 sampai hilang tujuan topik yg saya buka.

Soal Pemudalah, soal Imam Mahdi, jinlah, sesatlah, pengakuan mengarutlah dsbnya kesemuanya saya dah jelaskan....cuba check balik posting2 saya yg terdahulu. Siap ada link pasal IM dan Pemuda Bani Tamim yg cukup complete huraiannya beserta hadis2nya sekali, dah pun diberi oleh seorang forumner di sini. Bila saya layan menda2 provokasi nih, ramai pula yg tuduh saya taksub nak angkat2 lelebih Abuya hingga moderator pun tegur agar jgn jadi mujadalah.

Jadi saya rasa ada ketika2nya saya tak perlu jwb atau cuma saya jawab dgn copy paste puisi Abuya yg berkaitan, sebab saya rasa banyak sgt buang masa dgn isu2 yg dah basi ni. Tujuan utama saya nak kongsi ilmu dr Abuya..itu pun saya tak paksa sesiapa. Saya juga cuba jawab topik dgn ilmu dr Abuya bila forumner2 lain menjawab spt tak menepati soalan yg ditanya. Contohnya persoalan bab tauhid dan tasauf.

Kalau bab hukum tu selalunya amorist atau antique yg selesaikan dan saya selalunya tak campur sbb bab2 hukum ni dah termaktub, tak perlu huraian panjang lebar.

Antaranya lihat topik 'Pasal apa malas sembahyang' atau 'Takdir dan pengertiannya' atau Cintai Allah dan Takuti Allah.'... Tajuk 'takdir dan pengertiannya' sampai berpage2 tapi malangnya tak juga terjwb persoalan si pembuka topik sehingga dia membuat andaian yg bukan2 yg boleh menjejaskan akidah...tetapi bila saya huraikan persoalan takdir tersebut hasil dr serba sedikit rujukan dan bimbingan Abuya... ianya selesai bukan?

Begitu juga topik cintai Allah dan takuti Allah...masing2 forumner 'blank' tak tau nak jawab...tapi minda Abuya jugalah yg tolong selesaikan bukan?...begitu juga topik 'Allah tidak bertempat"...topik ni tinggi dan sukar dibawa berbincang sampai naik bingung nak memahaminya. Tapi cukup sikit saja saya pastekan puisi2 ketuhanan Abuya yg 'santai' dan telah 'direndahkan' oleh Abuya...feedbacknya ramai yg terjawab persoalan selama ini. Siapa pun tak boleh nafikan bukan?

Macam manalah saya tak gunakan kuliah Abuya utk jawab, dah memang Abuya terlebih dulu dah ajar segala persoalan ilmu yg ditanya di forum m&m ini kepada saya sebagai anak muridnya iaitu hampir 99% persoalan kehidupan yg menjadi persoalan di m&m ini saya tahu jawabannya....(bukan nak riak tapi kenyataan). Cuma antara sempat dgn tidak saja saya nak jawab kerana kesuntukan masa.

Dan juga salah satu sebab kenapa saya mesti beritahu segala ilmu yg saya paparkan ianya datang dr Abuya ialah utk elak riak hadir dlm hati saya...nanti orang kata saya pula yg berilmu lebih....

Bukan nak lobi2 lebih2 Abuya....kalau tertonjol dgn sendirinya itu saya tak boleh buat apa sebab itu kerja Tuhan dlm menaikkan orang2Nya.

Seperkara lagi nanti ada pula kata saya 'eksyen' kononnya mcm lah ilmu Abuya tu hebat sgt sampai boleh jwb segala persoalan...

Untuk jawab tuduhan yg mungkin timbul spt di atas, sebenarnya utk pengetahuan semua....buku2 Abuya sebelum pengharaman Arqam saja dah melebihi 57 buah yg mencakupi segala persoalan termasuk tauhid, tasauf, kebudayaan, pemerintahan, ekonomi dsbnya. Itu baru buku....yg belum dibukukan sj dah tak terkira byknya samada dlm bentuk kuliah, puisi, nasyid, dan teks.

Dahlah gitu tiap2 hari Abuya buat kuliah dari Labuan. Kekadang tu siap sampai 2 ke 3 kuliah satu hari. Hinggakan kami anak2 muridnya boleh dikatakan naik 'tercungap2' nak menampung segala ilmu yg dicurahkan bertali arus tanpa henti...:bgrin::bgrin:

Bukan saja soal agama yg biasa tapi selalunya kuliah Abuya akan menyentuh isu2 semasa. Antara contohnya katalah sekarang soal ekonomi global...Abuya akan kupas ekonomi global juga tapi dr sudut Islam seperti ekonomi Islam vs ekonomi kafir...kalau ada isu pasal Islam hadhari..Abuya juga ada kuliahnya sedangkan kerajaan sendiri masih belum boleh keluarkan kertas putih apa sebenarnya Islam hadhari...begitu juga yg terbaru pasal keluar fatwa konsert sure heboh haram...Abuya dah siap2 ada kuliahnya sendiri.

Yang saya pastekan pasal "Falsafah Hiburan Menurut Islam' di board celebrities dan Politik tu sebenarnya kuliah Abuyalah tu. Kalau dulu heboh pasal poligami sampai ada anak2 didik Abuya dipanggil oleh orang besar polis tanya mcm mana nak selesaikan isu ini sbb depa lihat anak2 didik Abuya relax je amal poligami tapi di luar ianya kecoh...haram-haram juga tapi anak didik Abuya juga kekadang tu dicari...:lol

Itu belum lagi isu Bario yg Abuya sendiri tawarkan diri utk bantu padahal kerajaan dah buntu hingga berhabis 2 juta. Padahal sebelum itu dah berderet segala macam bomoh dan ustaz yg cuba tolong tapi tak juga berjaya..hinggalah Abuya campur tangan....

Nak tahu pasal kronologi Bario secara detail ni, sila rujuk pada buku yg baru keluar berjudul "Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia di Bario"..

So korang semua nilai2lah sendiri siapa sebenarnya Abuya berdasarkan penerangan saya di atas. Selepas ini pun saya dpt agak..pasti ada juga yg akan kata saya taksub dgn penerangan pjg lebar saya di atas .... :bgrin::bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2004 03:37 PM | Show all posts
Wokeh....hari ni kita start kuliah baru pula ye...

Tazkirah  ABUYA Selepas Subuh : Sungguh Besar Erti Hidup Dan Mati Bagi Orang Yang Bertaqwa (  Merujuk Kepada Doa Bangun Dari Tidur )

Basmalah.

Segala puji bagi Tuhan yang telah menghidupkan kita selepas dimatikan-Nya  kita dan sampai masanya kita akan kembali dan kepadanyalah kita akan kembali kepada  Tuhan. Itulah  doa kita selepas bagi tidur. Itulah doa yang kita baca selepas kita bangun dari tidur pagi. Doa  ini kalau kita faham sungguh besar ertinya, kalau orang tidak faham tidak ada erti apa-apa, sebab itu ilmu penting. Mengapa kita puji Tuhan ? Maha suci Tuhan yang telah menghidupkan kita selepas mematikan kita.

Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW  yang merupakan penghulu orang bertaqwa. Mengapa bila kita bangun dari tidur kita baca doa itu?  Bangun tidur itu mati kecil, kalau terus mati besar tidak jumpa lagi emak, ayah, adik dll. Dapat hidup itu sungguh besar ertinya. Di mana besarnya jumpa emak atau jumpa ayahkah? Itu  kecil. Hidup saja kita berhadapan dengan nikmat yang besar:

1. mulanya kita  hirup nafas yang  Tuhan beri.
2. menyedut nafas Tuhan beri. Kita pandang semua Tuhan punya.
3. guna air itu Tuhan punya.


Buang air- kalau tidak boleh buang air masuk hospital.
Lepas itu kita sembahyang lagi besar nikmat Tuhan.  Kalau  Agung atau Raja besar jemput ke istananya kita bercakap, 揈h, saya dijemput oleh raja, orang lain tidak boleh.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-10-2004 03:47 PM | Show all posts
Sambungan...

Selepas itu pergi kerja melangkah melihat bumi dari Tuhan, naik kereta Tuhan punya, pandang sana sini Tuhan punya. Sebab itu orang yang hatinya halus berjalan di bumi terasa semuanya nikmat Tuhan. Bukannya  kita berjalan dengan bergaya, paling tidak rasa kita tuan, tidak rasa pokok yang dilihat dll  itu Tuhan punya maka dia berjalan dengan megah. Sebab itu hidup adalah nikmat paling besar kita berhadapan dengan semua nikmat Tuhan lahir dan batin. Macam  mana kita rasa tidak besar?

Kita tengok apa kata doa itu, 揔epadanya aku akan kembali.擺/u] Bila berhadapan dengan mati besar (mati betul2) nak jumpa siapa? Nak jumpa Tuhan kecut perut. Kerana Tuhan akan tanya nafas, tenaga yang kita guna, kita gunakan untuk apa?  Apa  yang kita makan, untuk apa pandang, dengar untuk apa, baik kenderaan, makan makanan Tuhan untuk apa? Itu  bagi orang yang faham erti hidup dan mati. Hidup dah berapa lama malu dengan Tuhan,  nak mati lagi malu sebab Tuhan akan tanya nanti, boleh jawab atau tidak? Itulah  pengertian doa bangun tidur.

Dan semua rahmat dan nikmat ini kita dapat adalah dari berkat dan cinta Tuhan pada Rasulullah SAW. Jadi kalau begitu bukan saja dengan Tuhan sahaja, kita berterima kasih,  dengan Rasulullah saw kita kena berterima kasih. Tak ada Rasulullah saw  kita tidak boleh hidup, dapat makanan dan pakaian. Tak boleh berjalan di bumi Tuhan, tak boleh dapat nafas dari Tuhan. Jadi  Tuhan dan Rasulullah saw itu besar. Orang yang ada ilmu dan otak tajam, roh dan hati hidup, betapa kecil hidup dan besar mati.

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2004 11:54 AM | Show all posts
Sambungan....

Besarnya nikmat Tuhan terhadap hidup dan mati ini hendak serah pada Tuhan. Apakah  kita diterima oleh Tuhan sebagai hamba yang diredhainya, sebab itu orang mukmin ini, kalau senyum mesra itu bukan hak orang lain, dia tak mampu senyum
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2004 12:02 PM | Show all posts
Sambungan...

Di ayat lain:
揌endaklah kamu berbekal, bekal yang paling baik adalah sifat taqwa
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2004 12:08 PM | Show all posts
Sambungan...

Hendaklah kamu mencari bekal sebanyak mungkin iaitu sifat taqwa hingga satu nafas itu adalah taqwa yang akan menyelamatkan kita dunia Akhirat. Senang nak cakap, payah hendak dapat.  Dalam  luar tidak sah, tidak ada erti apa-apa.

Asas  taqwa adalah aqidah yang betul. Termasuk sembahyang, puasa, naik haji, zakat
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2004 12:25 PM | Show all posts
Sambungan...

Jadi sifat taqwa itu bukan ranting, batang dll  tetapi hendak dapat benih pun susah. Padahal kata Tuhan, 揅arilah bekalan taqwa sejauh yang termungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2004 01:16 PM | Show all posts
aku suker baca kuliah akasyah ni... sbb ayat2 ko sempoi dan mudah difahami.... alhamdulillah aku rasa terbuka hati skit tuk memahaminya..

aku x paham naper masih lagi ader org mempertikaikan ilmu yg berharganih?

sewenang2nya..menuding jari mengatakn kesalahan org tanpa melihat maksud tersirat dan tersurat isi dr abuya tuh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2004 01:26 PM | Show all posts
firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dr prasangka itu adalah dosa."
(Al-Hujurat: 12)

Sabda Rasulullah SAW:
"Awaslah terhadap buruk sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah perkataan yang paling bohong."
(Muttafaq alaihi)

Firman Allah:

"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir."
(Qaaf: 18)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya seseorang yang mengucapkan perkataan yang diredhai Allah SWT yang dia tidak menyangka bahawa kata-katanya itu akan mendapat keredhaan dari Allah SWT, maka keredhaan untuknya dari Allah SWT sampai hari kiamat. Dan seseorang yang emngucapkan perkataannya itu akan sampai kemana-mana. Lalu Allah SWT semurkainya hingga hari kiamat."
(HR Imam Malik)
Reply

Use magic Report

mestika This user has been deleted
Post time 17-10-2004 08:47 AM | Show all posts
aku pun suka baca artikel si akasyah nih. something different la....Kira-kira touching jugaklah dia punya ilmu.Tapi kalo dah org. lain tak suka nak buat macam mane.

[ Last edited by mestika on 17-10-2004 at 08:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2004 01:11 PM | Show all posts
ayat senang nak paham mcm ni pun dipertikaikan ker? ntah aper2la korg2 yg x paham nih...cara menegur perkataan 'menghiburkan' tu pun susah nak paham..pertikaikan ayat tu x sesuai gunerlah..ni samerlah ngan terjadi pasal kes kater tuhan ;gangster' tuh...ramai org marah sbb nik aziz kater tuhan gangster..sedangkan maksud yg dia nak sampaikan adalah..sekuat maner pun kiter..berlagak maner pun kiter... tuhan tu lebih kuat dan bijaksana sbb kekuasaan-Nya...kita sbg hamba-Nya yg lemah ni x sekuat maner pun..tuhan boleh amik biler maser jer...

aku sebenarnya x pernah tau pasal abuya ni..sbb time arqam ni dububarkan aku kecik lagi..x tau aper2..just aku sesajer lawat forum ni nak tengok aper2 yg aku dapat belajar... x sangka..mmg betul2 berharga sekali ilmu yg dia bg..rasa udara yg aku dapat sedut ni membuatkan aku rasa lagi bersyukur sbb tuhan masih pjgkan umur aku....

alhamdulillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-10-2004 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 2004-10-16 01:16 PM:
[aku suker baca kuliah akasyah ni... sbb ayat2 ko sempoi dan mudah difahami.... alhamdulillah aku rasa terbuka hati skit tuk memahaminya..

aku x paham naper masih lagi ader org mempertikaikan ilmu yg berharganih?

sewenang2nya..menuding jari mengatakn kesalahan org tanpa melihat maksud tersirat dan tersurat isi dr abuya tuh!!!




Alhamdulillah, sdr antara yg terpilih oleh Tuhan utk menerima kebenaran! Saya sebenarnya banyak juga terima private mesej menyatakan mrk suka dgn kuliah Abuya ini. Dan saya tahu ramai di sini yg suka baca dan rasa
terdidik
dr kuliah Abuya meskipun mrk tak nyatakan secara terbuka, berbanding yg tidak suka cuma beberapa kerat sj. Buktinya setiap kali saya paste kuliah Abuya biarpun tak ada sapa jawab tapi yg view tu ramai, menandakan mrk memang menunggu2 sambungannya....Alhamdulillah

Abuya sebenarnya sgt gembira bila ilmu yg disampaikannya dpt diperpanjangkan pada org lain terutama jika org yg menerimanya dpt membuat perubahan diri. Sebab itulah dlm web rasmi rufaqa, ada individu2 dr luar negara cthnya dr Indonesia melahirkan rasa, bahwa mrk cukup terdidik meskipun hanya perolehi ilmu dr buku2 Abuya atau internet sj sdgkan mrk sendiri tidak pernah bertemu dgn Abuya.

Sebenarnya ayat2 yg saya tulis tu adalah direct dr bahasa Abuya, bukan dr saya. Memang ayat dan perkataan Abuya mudah dan sempoi, tak yah pening kepala nak paham..kecualilah pada org yg susah utk terima kebenaran, biar sempoi macam mana sekalipun, ia tetap akan mempertikaikannya.

Kalau kita perhatikan kuliah Abuya memang lain dr yg lain kerana ianya sgt mendidik iaitu mudah jatuh ke hati. Tak perlu Abuya guna ayat2 Quran atau hadis berjela2, cukup satu dua....tapi Abuya akan ulas berjela2 dan korek maknanya sampai ke akar umbi. Di sinilah kelebihan dan keistimewaan yg Tuhan kurniakan pada Abuya.

[ Last edited by Akasyah on 18-10-2004 at 04:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2004 10:09 PM | Show all posts
Originally posted by Akasyah at 18-10-2004 04:02 PM:




Alhamdulillah, sdr antara yg terpilih oleh Tuhan utk menerima kebenaran! Saya sebenarnya banyak juga terima private mesej menyatakan mrk suka dgn kuliah Abuya ini. Dan saya tahu ramai d ...

alhamdulillah....:pray::pray::pray:
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2004 10:50 AM | Show all posts
Sambungan...

Buah, daun taqwa ada yang rasmi ada yang tidak rasmi. Tanggungjawab di tempat kerja itu adalah yang rasmi. Kalau bertugas di restoran selama 8 jam, adakah di restoran itu dapat taqwa?

Kalau orang faham, bekerja di kedai sudah rasa takut jika pahala tidak dapat - yang dapat hanya letih. Kita mengharapkan dengan bertani dapat buah taqwa, bercakap, berdakwah, mengajar dsbnya bolehkah jadi taqwa ? Jadi bagi orang yang diberi tugas rasmi kita harap dapat lahirkan daun, buah, ranting taqwa yang hendak dibawa kepada Tuhan.

Orang  yang tidak ada jawatan rasmi, senangkah mendengar, melihat itu hendak jadi taqwa? Sebab itu orang yang faham mengapa hidup, mengapa dimatikan, kalau dia tidak ada jawatan rasmi ertinya dia tidak ada peluang nak sembahkan buah taqwa, itu pun belum tentu cuma harap. Bagi yang tidak ada tugas rasmi bukan boleh senang-senang, relax, tidak ada kerja, bila  ditegur tidak boleh, marah. Agak-agak  itu boleh jadi taqwa?  Yang ada tugas rasmi diharap jadi buah taqwa pun payah,  betapa kalau tidak ada tugas rasmi.

Kalau orang faham hidup dan mati hendak dapat taqwa, itu bukan arahan kalau sudah arahan  itu mungkin tidak ikhlas, sebab kalau arahan yang diberi. Kalau diberi arahan (buat kerja), ianya terpaksa jadi tidak dapat apa-apa. Tapi bagi yang tidak rasmi dia buat kerja secara sukarela, itu lebih selamat. Nampak  sampah dibuang, kekotoran dibuang. Kalau ada duit sikit, 揂ku nak beli sedikit makanan untuk diberi kepada petani, itu lebih mudah. Kita bantukah?"

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-10-2004 10:57 AM | Show all posts
Sambungan...

Tak ada jawatan rasmi seronok tidak terikat,  pergi sana, pergi sini. Kalau kita faham erti hidup, erti mati untuk  Tuhan. Kita  boleh buat kerja sukarela dan ikhlas. Kalau kasut tidak tersusun akan disusun. Ada petani belanja dia makan, pernahkah kita buat? Kenyataannya kita rasa untung bukan sebab boleh belanja orang tapi untung tidak payah belanja (dibelanja).

Jangan hanya dapat sampah dunia, itukah yang hendak dipersembahkan pada Tuhan. Malangnya !

Setelah Abuya bahas... cuba fikir, macam mana, apa nasib aku, apa hendak disembahkan  pada Tuhan, macam mana aku dalam kehidupanku, apakah yang hendak disembahkan pada Tuhan. Kalau Tuhan tidak takdirkan tugas rasmi, lebih mudah untuk dapat buah taqwa. Kalau rasanya  kita tidak pasti apakah kita ikhlas atau tidak. 揂ku tidak ada kerja apa-apa, aku buang sampahlah. Aku ke dapurlah nak jamu orang bertugas.擺/i] Tapi tidak? Patut bimbang.  Macam  mana nak cari pahala, nak cari taqwa tapi tidak.   

Bersambung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.063616 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list