|
Interfaith Commision (merged: iDputera, Iman_6)
[Copy link]
|
|
Betul, itu sangat betul, saya setuju niceghost...
Tapi usaha yg kita kena buat tu macam mana niceghost? Niceghost sendiri cakap, usahanya adalah pasang alarm system kat rumah. Atau pergi cari pencuri dan hantar dia pergi sekolah sivik untuk mengubah diri dengan harapan rumah kita tak dimasuki pencuri?
Macam ni lah niceghost, usaha kita yg paling utama adalah untuk betulkan yg dalam, itu yg buat dulu. Bukan pergi betulkan yg luar dulu yg dalam terabai. Kuatkan asas anak-anak kita, insyaallah tak masuk Hindu. Jangan pergi bunuh orang Hindu yg berkawan dgn anak kita jika anak kita masuk Hindu.
Betul faktor luaran pun adakalanya menyumbang, iman manusia lain-lain... tapi come to think of it, apa bezanya kehadiran Bible in English dan Bible in Malay?
[ Last edited by antiQue at 25-1-2006 09:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 25-1-2006 08:41 PM
Betul, itu sangat betul, saya setuju niceghost...
Tapi usaha yg kita kena buat tu macam mana niceghost? Niceghost sendiri cakap, usahanya adalah pasang alarm system kat rumah. Atau pergi cari pe ...
Assalamualaikum antiQue,
Tambah skit lagi............
USAHA perlu di buat di luar dan juga di dalam.
Semuer nya kena ler ada COLLECTIVE ACTION.
Tetapi dewasa ini....USAHA di DALAM adalah amat rapuh.
Dan di kenakan pelbagai sekatan olih pihak berkuasa sendiri.
Sila perhatikan di mesjid n surau di negara ini.
Sebagai contoh nya di tempat teman.
Pendakwah serta Ustaz2 TIDAK DI BENARKAN 'masuk'.
Ustaz2 yg mengajar pun telah di beri TAJUK2 tertentu olih pihak AJK Mesjid or JKKK.
Sana sini tulisan 'Kanak2 di bawah umur 7 tahun tidak di benarkan masuk'
Pelajaran Agama Islam hanya di ajar bbrp kali sahaja di sekolah.
Ini menambahkan lagi kerapuhan keimanan oghang Islam.
Apatah lagi sekiranya di benarkan Bible di terjemahkan ke Bahasa Melayu.
Pendapat teman ini adalah utk semuer umat Islam.
ff:
Teman ada terdengar di TV3 MHI mengenai seorg perempuan yg BANGKANG mengenai Tajuk pagi td.
Ia itu Adakah ibu bapa harus di persalahkan sekiranya anak kurang ajar???
Dia kata, dier ada 8 oghang anak.
Dan ke semuer nya elok elok. Taat kpd ibu bapa dan kerja pun bagus bagus.
Persoalan nya, adakah semuer ibu bapa mendapat anak anak mcm dier??(yg mudah di bentuk/didik)
Persoalan kedua, adakah semuer ibu bapa semacan dier? (yg pandai mendidik anak2)
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
|
dan alangkah "perlunya" dan "berkesannya" usaha luaran yg dibuat dengan menghalang penghasilan Bible BM tersebut... pada masa Bible English dijual merata-rata..... pada ketika usaha meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa inggeris diadakan dari peringkat akar umbi....
lepas ni akan keluar pula arahan, Bible English tak boleh diedar kepada awam... hanya Bible bahasa Tamil dan Cina sahaja yg dibenarkan diedar kepada awam...
atau mungkin agaknya arahan seterusnya berbunyi "jangan ajar English kepada anak Melayu, ditakuti dia terjumpa Bible di dalam English lalu membacanya semasa melawat Singapura"
[ Last edited by antiQue at 25-1-2006 10:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 25-1-2006 09:42 PM
Pendakwah serta Ustaz2 TIDAK DI BENARKAN 'masuk'.
Ustaz2 yg mengajar pun telah di beri TAJUK2 tertentu olih pihak AJK Mesjid or JKKK.
Sana sini tulisan 'Kanak2 di bawah umur 7 tahun tidak di benarkan masuk'
Pelajaran Agama Islam hanya di ajar bbrp kali sahaja di sekolah.
Unsur luar lagi.....
Sama macam kata "it makes me feel lazy when it rains outside" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pesnipersnake at 24-1-2006 05:41 PM
soalan saya, adakah sdr benar2 faham akan agama islam atau tidak?kalau sdr faham, mustahil saudara boleh menulis seperti diatas.
adakah sdr juga benar2 faham akan agama islam atau tidak? kalau sdr faham, tak kan sdr tak tau islam tu maha adil termasuk terhadap bukan islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 24-1-2006 08:02 PM
Assalamualaikum braderjoni,
Ada bacer Surah Al Kafirun?
Wsalam
waalaikumsalam niceghost2005,
boleh tlg terangkan relevannya surah al kafirun dlm hal ini?
adakah sdr beranggapan tindakan nabi menubuhkan piagam madinah menjaga dan mendengar kepentingan agama lain tidak patut dicontohi? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 25-1-2006 10:17 PM
Unsur luar lagi.....
Sama macam kata "it makes me feel lazy when it rains outside"
Assalamualaikum antiQue,
Teringat teman akan ceghiter Rasulullah saw n para sahabat r.a.
Ada yg kuat iman nya....ada yg tidak.
Ada yg mendengar ceghiter Rasulullah saw pasal api neraka, deme menangis.
Tetapi biler balik ke ghumah bersama keluarga n isteri, deme ketawa riang.
Ada yg spt Abu Bakar as sidiq.
Ada yg spt Umar Al Khatabb.
Macam macam jenis manusia ada, antiQue.
Tetapi deme saling bantu membantu.....di dalam bab duniawi dan juga iman.
Adakah itu berlaku di zaman sekarang?
Sebab itu......kita perlu membantu oghang Islam dan juga diri kita bila saja ada peluang.
Ini bukan lah utk menindas penganut Agama lain.
Spt miker cakap juga.........kalau tiada Bible didlm Bahasa Malaysia pun, mereka masih bolih membaca nya di dalam Bahasa lain.
So, apa masaalah nya sekarang?
Tetiba jer berminat nak baca Bible di dalam Bahasa Malaysia?
Ratusan tahun dok baca Bible di dalam Bahasa Inggeris. :cak:
Dan teman TIDAK NAMPAK isu di sinii. :hmm:
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by braderjoni at 25-1-2006 10:22 PM
waalaikumsalam niceghost2005,
boleh tlg terangkan relevannya surah al kafirun dlm hal ini?
adakah sdr beranggapan tindakan nabi menubuhkan piagam madinah menjaga dan mendengar kepentingan agama ...
Assalamualaikum barderjoni,
Dah baca ker belum?
Kalau dah baca.......bley terang skit tafsir nya.
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
tiM This user has been deleted
|
Originally posted by niceghost2005 at 25-1-2006 09:32 PM
Assalamualaikum antiQue,
Teringat teman akan ceghiter Rasulullah saw n para sahabat r.a.
Ada yg kuat iman nya....ada yg tidak.
Ada yg mendengar ceghiter Rasulullah saw pasal api neraka, ...
Minat baca Bible dlm bahasa Msia bukan baru sekarang. Sebelum ini Bible telah ada dlm bahasa Msia dan Brunei. Tapi ia diharamkan kebelakangan ini. Itu yg menjadi persoalan. kena tempias juga bible dlm bahasa Iban seketika sehingga ia dikutuk sampai peringkat antara bangsa pulak tuuuu. barulah paklah kata nak kaji semula, lalu dibenarkan sekarang. Bible dlm BM sekarangpun dalh diluluskan dah. Tapi terpampang di muka surat pertama... Paham2lah perkataan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tiM at 26-1-2006 08:16 PM
Minat baca Bible dlm bahasa Msia bukan baru sekarang. Sebelum ini Bible telah ada dlm bahasa Msia dan Brunei. Tapi ia diharamkan kebelakangan ini. Itu yg menjadi persoalan. kena tempias juga bib ...
Itu syarat jer......
Seghoper cam yg tercetak kat jutaan kotak rokok.
Begitu juga ler yg tertulis kat ribuan kedai judi number ekor. |
|
|
|
|
|
|
Iman_6 This user has been deleted
|
Assalamualaikum semua,
Satu lagi perkara yang perlu ditekan di sini berkenaan tuntutan mereka dalam IFC itu adalah tuntutan supaya perkara yang berbangkit berkenaan pengadilan yang bersangkutan dengan ajaran Islam hendaklah dianggotai oleh orang-orang yang dilantik oleh suruhanjaya tersebut yang tiada langsung mempunyai kepakaran dalam bidang agama Islam, iaitu mereka menolak mahkamah syariah seperti kekecohan yang berlaku sekarang ini.
Mereka sebenarnya ingin memperbetulkan pada pandangan mereka apa yang dilihat sebagai kepincangan dalam perundangan Islam terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan isu murtad dikalangan orang yang asalnya bukan Islam, isu anak patut diberi kebebasan memilih agama sendiri ketika umur 18 tahun, pasangan bukan Islam yang berkahwin dengan orang Islam dibenarkan menganut agama asal mereka.
Kita sebagai orang Islam dituntut supaya mengikut Al-Quran dan sunnah Nabi serta hadith yang sememangnya sudah cukup terbaik dalam Islam.. Islam bukannya agama yang menindas mana-mana golongan, tetapi mereka mempunyai anggapan yang berbeza apabila melihat agama Islam sebagai mengongkong hak kebebasan asasi seperti yang digembar-gemburkan terutamanya oleh Persatuan Peguam Malaysia yang memang diakui terlampau degil oleh pakar cendiakawan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
UNTUK ANTIQUE
NICEGHOST : So, apa masaalah nya sekarang?
Tetiba jer berminat nak baca Bible di dalam Bahasa Malaysia?
Ratusan tahun dok baca Bible di dalam Bahasa Inggeris
INGATLAH PERISTIWA INI
Bagaimana boleh membaca kitab-kitab suci yang telah diselewengkan dan dimansukh, sementara ketika sahabat Umar memegang sebuah lembaran Taurat saja Rasulullah mengingatkan dengan keras dan mengatakan,擝ukankah aku datang kepada kalian dengan (AlQur抋n)yang putih bersih???
Jika Rasulullah Shallallahu 慳laihi wa salam tidak senang ketika mengetahui sahabat Umar melihat selembar isi Taurat,
APAKAH RSAW JUGA SEKIRANYA BELIAU MASIH HIDUP, SENANG DENGAN KITA YG MEMBACA BIBLE ?...
ANTIQUE : saya secara peribadi pun membaca Bible time and again...
sedangkan kita semua tahu IMAN S. UMAR itu AMAT TINGGI DAN MERUPAKAN AHLI SYURGA YG DIJAMIN, RSAW TETAP DGN KERAS MELARANG BELIAU DARI MEMEGANG dan melihatnya..
JADI APA KEDUDUKAN KITA INI YG BUKAN SETAKAT MEMEGANG MALAH MEMBACA DAN JUGA MENGALAKKAN PULA ORG LAIN MEMBACANYA ?...
JAWAB LER ANTIQUE......jgn hanya guna logik akal, akal perlu/WAJIB dipandu dengan WAHYU....
[ Last edited by serihartatie at 28-1-2006 12:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
sekadar berkongsi...
Firman Allah swt :
Surah al-an'aam :
92. Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya.
Suran An-Nisaa' :
136. Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.
Surah Faathir :
31. Dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu yaitu Al Kitab (Al Quran) itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Mengetahui lagi Maha Melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya.
Surah Yunus :
37. Tidaklah mungkin Al Quran ini dibuat oleh selain Allah; akan tetapi (Al Quran itu) membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya[691], tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) dari Tuhan semesta alam.
Surah Yusuf :
111. Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
------------------------------------------------------------------------------
pipi : yang bersalahnya, orang yang menyelewengkan ayat-ayat ALLAH swt. tetapi, kata-kata ALLAH swt adalah benar lagi benar dan benar daripada tiap-tiap sesuatu.
Surah Al 'ankabuut :
47. Dan demikian (pulalah) Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran). Maka orang-orang yang telah kami berikan kepada mereka Al Kitab (Taurat) mereka beriman kepadanya (Al Quran); dan di antara mereka (orang-orang kafir Mekah) ada yang beriman kepadanya. Dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat kami selain orang-orang kafir.
sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 28-1-2006 12:05 AM
INGATLAH PERISTIWA INI
Bagaimana boleh membaca kitab-kitab suci yang telah diselewengkan dan dimansukh, sementara ketika sahabat Umar memegang sebuah lembaran Taurat saja Rasulullah mengi ...
Membaca untuk ilmu, bukan membaca untuk ikutan. Al-Qur'an telah Allah turunkan kepada kita sebagai panduan, tidak perlu pada kitab terdahulu. Sudah lengkap!
Anda tidak perlu baca langsung Bible, malah semua orang Islam tidak perlu baca langsung, namun jangan juga buat hukum sendiri untuk mengharamkan org lain membacanya, dan jangan bersangka-sangka pula pada apa "perasaan" Rasulullah kalau melihat umatnya membaca Bible.
Apa kedudukan hadith ini mengikut pandangan anda yg sentiasa menyerang tafsiran orang lain yg sekiranya lain dari tafsiran anda, selalu sahaja anda katakan batil, kerana hanya anda seorang yg faham sepenuhnya wahyu Allah:
Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Sesungguhnya pernah suatu ketika dua orang Yahudi lelaki dan perempuan yang berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berangkat menemui orang-orang Yahudi lalu bertanya: Apakah hukuman ke atas orang yang melakukan zina sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Taurat? Mereka menjawab: Kami akan mencontengkan muka mereka dengan warna hitam, dan menaikkannya di atas kenderaan dalam keadaan beriringan, kemudian kami membawa mereka mengelilingi jalan. Selanjutnya baginda berkata: Datangkanlah kitab Taurat itu sekiranya kamu berlaku jujur. Kemudian mereka mengambil kitab Taurat dan membacanya. Ketika bacaan mereka sampai pada ayat rejam, tiba-tiba dia meletakkan tangannya di atas ayat tersebut dan dia hanya membaca ayat yang sebelum dan selepasnya. Abdullah bin Salam yang turut bersama Rasulullah s.a.w pada waktu itu berkata kepada beliau: Perintahkanlah dia supaya mengangkat tangannya. Pemuda tadi lalu mengangkat tangannya. Dan ternyata ayat yang ditutupinya itu ialah ayat rejam. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kedua orang yang berzina tadi dihukum rejam. Lalu hukuman itupun dilaksanakan. Abdullah bin Umar berkata lagi: Aku adalah termasuk daripada mereka yang ikut merejam mereka. Dan aku melihat lelaki tersebut berusaha mengelak dari rejaman batu itu (Sahih Muslim)
Saya hidup dikelilingi orang Cina, dan knowledge saya tentang isi Bible telah banyak membantu saya menghalang pertanyaan sinikal orang Kristian terhadap Muslim seperti saya.
Antara contoh perbualan saya dgn rakan Kristian (perbualan tu sounds harsh, tapi that's the way we talk, most of the time dengan gelak ketawa):
Kristian : You don't eat pork?
Saya : No
Kristian : Not even when you were in UK?
Saya : Nope, never.
Kristian : Your God prohibit you from eating pork?
Saya : Yes, clearly stated in the Qur'an
Kristian : Your God is too fussy!
Saya : Do you believe in Jesus and the Father?
Kristian : Yes
Saya : Do you believe that the Bible comes from the words of God?
Kristian : Of course! What a silly question!
Saya : Then don't be silly to ask me silly question. In Leviticus and Deutronomy (Part of Old Testament), your God clearly stated that pork is prohibited. If my God is fussy, then your God is also fussy. Though you choose not to follow it, do you want to deny that your God did create that instruction during the time of Moses?
Satu contoh lagi perbualan :
Kristian : Hey woman ... tak rimas ke pakai tudung? (she always call me woman)
Saya : Nope... dah biasa
Kristian : A must?
Saya : Well.... yes.... in front of men
Kristian : Your God ask you to do it?
Saya : yup to a certain extent.. some in prophet Muhammad's tradition
Kristian : It should be a choice isn't it? Why should he ask us to wear certain thing?
Saya : Yang, Paul is your apostle isn't he?
Kristian : Yes
Saya : Eh, you know that Paul also ask you guys to wear certain thing while praying? In Chorinthian, he said if you don't use cover while praying you dishonour your head?
Nanti jangan kata saya samakan pulak dgn kitab diorang. Explain the reasoning of sesuatu hukum is one way, but to catch them lighly from behind is another way. Kita bukan nak remehkan kepercayaan mereka, cuma kita minta mereka memahami juga kepercayaan kita sebagaimana kita memahami dan menghormati kepercayaan mereka.
Kita ni pandai cakap je... padahal kita tak perasan kenapa Allah kata "mereka suka merubah perkataan Allah dari tempatnya".
[ Last edited by antiQue at 28-1-2006 07:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 28-1-2006 12:05 AM
ketika sahabat Umar memegang sebuah lembaran Taurat saja Rasulullah mengingatkan dengan keras dan mengatakan,擝ukankah aku datang kepada kalian dengan (AlQur抋n)yang putih bersih???
Tatie boleh bagi reference? Di mana tatie jumpa hadith ni? Nanti kita tengok context dan maksud dia betul2. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 25-1-2006 10:33 PM
Assalamualaikum barderjoni,
Dah baca ker belum?
Kalau dah baca.......bley terang skit tafsir nya.
Wsalam
waalaikumsalam niceghost,
belom baca... kalau baca pun belom tentu paham... dan kalau baca dan paham pun belom paham seperti cara sdr memahaminya...
tlg terangkan sikit apa yg relevannya dlm hal ini. |
|
|
|
|
|
|
uripituhidup This user has been deleted
|
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang
menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat
kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz
yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa
cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat
bahawa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
Tuan-tuan tau diorang minta apa kat PM? Diorang send memorandum kepada
PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam
perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia
tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak
boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?" Kalau dia kata nak jadi
hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita
itu, diorang minta di "tiada" kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau tak ada, habis la kita tuan-tuan. Walaupun
sekarang ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang
defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid
pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana? Kalau
tak ada mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di
atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia?
..lagi 3 saya tak ingat, anda boleh refer dalam majalah Millenium
Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitivity kita terhadap agama kita sendiri? Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa? Diorang kata
kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open
minded langsung!" Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium
Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang
terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!" Ini dia kata-kata seorang ulama
di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam
ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada
raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang
Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan
lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib
diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak
berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan
tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.
Cetakan Beirut)
[ Last edited by uripituhidup at 22-2-2006 03:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|