|
Markas Usaha Tabligh Seluruh Dunia
|
|
|
|
|
|
|
MASYAALLAH, banyaknya.. greenland tak aja yg tak ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sauber at 8-7-2005 10:04 AM:
Mujadalah atau sikap suka bertekak ni adalah satu tabiat sebenarnya. Susah nak lepaskan tabiat ini kerana sudah sebati didalam jiwa seseorang. Seperti orang yang suka minum arak atau hisap rokok. ...
yer ker sauber....apa-apapun logik gak teori anda tu...
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Pejuang Syariat Mesti Ikut Kaedah Syariat
Dalam ajaran Islam, perkara wajib yang menjadi rukun Islam lebih besar daripada perkara wajib yang tidak menjadi rukun. Wajib yang tidak menjadi rukun itu banyak. Berjuang itu wajib, memberi nafkah pada anak isteri itu wajib, taat kepada ibu ayah wajib, taat kepada pemimpin itu wajib, meninggalkan yang haram itu wajib dan masih banyak wajib-wajib yang lain. Tetapi wajib-wajib yang bukan rukun ini tidak lebih besar dari wajib yang menjadi rukun Islam.
Jadi kalau ada orang yang berjuang untuk menegakkan dan mem-besarkan perkara wajib yang bukan rukun sampai meninggalkan atau melalaikan perkara wajib yang menjadi rukun, itu sudah tidak betul. Dia sudah tertipu.
Dalam masyarakat, kita lihat ada orang yang begitu bersemangat memperjuangkan hudud. Apakah hudud itu rukun Islam? Mengapa kerana hendak memperjuangkan hudud sampai lalai mengerjakan puasa, solat, membayar zakat dan naik haji .Jangan sampai hudud sudah dijadikan lebih penting dari rukun Islam.
Jadi dalam memperjuangkan syariat Islam mesti mengikut tertibnya iaitu:
1. Mesti memperjuangkan Tuhan pemilik syariat lebih dahulu agar Tuhan dikenal, dicintai, dibesarkan, disucikan, dijadikan sandaran, ditakuti dan lain-lain
2. Setelah itu memperjuangkan rukun Islam yang lima yang menjadi asas agama. Setelah Tuhan dikenal maka dia akan melaksanakan rukun Islam yang lima atas dasar cinta dan takutkan Tuhan. Bukan semata-mata atas dasar kewajipan saja.
3. Setelah itu barulah memperjuangkan wajib-wajib yang lain. Wajib yang lain itupun ada yang fardhu ain, ada yang fardhu kifayah. Yang fardhu ain pada setiap individu mesti didahulukan.
Bila dikerjakan, maka akan mendapat pahala, dan bila tidak kerjakan, dia akan menanggung dosa. Ada wajib fardhu kifayah yang berbentuk umum misalnya menyediakan makanan halal, yang mana kalau ada sekelompok umat Islam yang sudah membuatnya, maka yang lain akan terlepas dari dosa. Tapi kalau tidak ada sekelompok yang melakukannya, semua umat Islam di situ berdosa.
Kalau begitu, sebelum memperjuangkan suatu wajib kifayah, mesti dinilai dulu taraf wajib kifayah tersebut, mana yang nombor satu, dua, tiga, empat dan seterusnya. Mana yang lebih wajib, memperjuangkan hudud atau memperjuangkan adanya satu kedai atau warung makan dalam masyarakat Islam?
Menurut saya memperjuangkan adanya satu kedai atau warung makan dalam masyarakat Islam lebih wajib dan lebih utama sebab itu keperluan umum. Sedangkan hudud itu keperluan untuk orang jahat saja. Kedai atau warung makan dalam masyarakat Islam keperluan umum untuk semua, keperluan setiap hari. Kalau tidak ada kedai atau warung makan di satu masyarakat Islam itu akan menyusahkan semua orang, semua umat Islam menanggung dosa.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian soal fardhu kifayah, jangan kerana ada benda yang belum dapat dibuat, maka yang dapat kita buat kita tinggalkan atau tidak usahakan. Kalau kita ingin memperjuangkan syariat, sebagai pejuang syariat mesti mengikut kaedah syariat, iaitu: jika tidak atau belum dapat membuat semua, jangan tinggalkan semua. Ertinya kalau belum dapat menegakkan hudud dalam negara jangan tinggal-kan pendidikan, jangan tinggalkan membangunkan ekonomi Islam, kedai, restoran, klinik atau hospital, kebudayaan Islam dan aspek-aspek kehidupan Islam lainnya dalam jemaah kita yang kita ada kuasa di dalamnya dan pemerintah tidak melarangnya. Pemerintah tidak melarang bahkan mendorong jemaah jemaah Islam untuk mem-bantu pemerintah membangun ekonomi Islam, klinik Islam, pen-didikan Islam, kebudayaan Islam dan sebagainya.
Jadikanlah jemaah kita itu sebagai gelanggang dan tempat laluan untuk menegakkan syariat Islam yang sangat kita kehendaki itu dalam bidang ekonomi, kedai, restoran, klinik atau hospital, kebudayaan Islam dan aspek-aspek kehidupan Islam lainnya. Setelah orang nampak keindahannya, kemakmuran dan kedamaiannya se-hingga masyarakat merasakan jemaah kita membawa rahmat bagi mereka, mudahlah kita meyakinkan masyarakat termasuk golongan pemerintahan untuk mengamalkan syariat Islam di seluruh negara.
Tanpa kita suruh-suruh mereka akan meniru-niru sistem hidup Islam dalam jemaah kita yang cantik. Mereka akan meniru ekonomi Islam kita, kebudayaan Islam, kesihatan Islam, pendidikan Islam dan aspek-aspek lain yang sudah kita amalkan dengan begitu cantik dalam jemaah kita. Kalau kita tidak dapat mengamalkan dengan cantik sistem hidup Islam tersebut dalam jemaah kita yang kita ada kuasa di dalamnya, apa jaminannya kita dapat mengamalkannya dengan cantik di peringkat negara?
Memperjuangkan syariat Islam tidak sama dengan memperjuangkan ideologi dan undang-undang ciptaan akal manusia. Orang yang memperjuangkan syariat dahulu padahal masyarakat belum lagi kenal, cinta dan takutkan Tuhan pemilik syariat, sebenarnya mereka tidak mengikut Sunnah dan jalan yang pernah ditempuh oleh Rasulullah SAW. Mereka mengikut jalan yang telah ditempuh oleh pejuang-pejuang ideologi yang sekular. Sejarah Rasulullah SAW yang berjuang selama 23 tahun itu, 13 tahun pertama baginda mengenalkan Tuhan kepada manusia agar Tuhan dikenal dicintai dan ditakuti. Kemudian barulah baginda memperjuangkan syariat Tuhan selama 10 tahun.
Padahal Tuhan itu satu, sedangkan syariat Tuhan beribu-ribu banyaknya, tapi waktu yang diambil untuk memperjuangkan Tuhan lebih banyak. Sebab, apa erti berjuang bila tidak kenal dan cinta Tuhan. Apa erti solat, zakat, puasa, haji, menutup aurat, bila tidak kenal, cinta dan takutkan Tuhan. Apa erti menolong orang tua dan kawan-kawan bila tidak dibuat atas dasar hendak mencari redha Tuhan. Mengerjakan satu amalan syariat, suatu kebaikan atau meninggalkan suatu larangan bila dibuat bukan atas dasar Allah, maka dia mungkin riyak atau munafik. Dosa riyak atau munafik ini lebih besar daripada dosa tidak menutup aurat, menipu atau mencuri.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aza at 29-10-2003 10:26:
media kan banyak..kenapa tak gunakannya...daripda media ni digunakan untuk benda2 tak elok baik kita serapkan media ni sebagai jalan ut berdakwah
buat cara moden..islam sendiri suh kita maju...
tak semua kawasan ceruk pendalam yang sampai sumber media kepada meraka. mcm org asli, jemaah karkun pun sering keluar berdakwah ke sana. mana ada tv, komputer internet mcm kita ni kat sana? relevan lah sikit aza. memang islam nak umat sejajar dengan kemajuan tapi bertempat lah. takkan jemaah tabligh mampu nak supply semua benda media tu kalau mereka (org pendalaman) takda.
so, the conclusion is, itu saja cara dan kemampuan org jemaah tabligh mampu sampai kepada mereka yg tidak sampai sumber kemajuan utk berkomunikasi, dengan cara masuk ke tempat mereka. bukan nak menyesatkan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ctredzuan at 9-7-2005 12:05 PM:
tak semua kawasan ceruk pendalam yang sampai sumber media kepada meraka. mcm org asli, jemaah karkun pun sering keluar berdakwah ke sana. mana ada tv, komputer internet mcm kita ni ...
betullah tu kak ct....org yg tak biasa masuk hutan, atau dok kawasan pendalaman mana dia tau kesukaran hidup org kampung.....dia tak terfikirpun punyalah teruk depa nak dapat berkomunikasi dgn org luar..proper roadpun tak der..apatah lagi internet atau TV...
kita kena beri credit pada segolongan pendakwah yg sanggup meredah hutan belantara, sungai dan tasik semata-mata utk tujuan berdakwah demi menegakkan syiar Islam...depa ni tak bergaji pun tapi sukarela sajer pergi berdakwah....
itupun ada jugak yg tergamak nak komen lagik..hai..tak faham ler sikap sesetengah manusia ni..ya Tuhan ampunilah kami semua sekiranya kami sudah melampaui batas..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 29-10-2003 19:36:
Peristiwa Jemaah Tabligh keluar daripada rutin kebiasaannya dan membantu mangsa tsunami telah saya baca juga berlaku di Sri Langka.
Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh Jemaah bersesuaian dengan keadaan semasa dan semoga jika panggilan Jihad diserukan, harap dapat merekalah yang tampil kehadapan
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ZORRO_05 at 29-10-2003 15:02:
Asslkm, semua!
Nampak gaya dah jadi perang buku, cut & paste ni!!
Come on, men!. K/o tahu la.. kamu Arqam & Tabligh ni org baik2, byk amal soleh, dll.
Kita tak ada masa nak baca po ...
memang kena cut and paste lah saudara :ah:sbb nak memberikan dalil sesuai dengan soalan yg di tanya mereka2 yg keliru dengan persoalan ini, rujuk tajuk thread. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuman at 29-10-2003 07:40:
Muzakarah dah jadi mujadalah.. Jadi, Gravediger ikram sajalah diaorang baik-baik ,
Maaf ustaz nazhulus..bab politik malaysia saya tak mahu sentuh, nanti tak berkesudahan. Saya menarik diri dari perbincangan ini.
ustaz nahzaluz, kenapa nak jadikan medan diskusi ni sebagai medan penerangan politik pula. kalau politik, masukkan je ke topik LP. agama mana boleh di campur aduk kan dengan politik, maaf ye ustaz nahzaluz, saya tau awak mod kat sini. tapi lebih baik kita berbincang secara terbuka mengenai agama begini dengan tidak mengenengahkan bab politik. nanti dah jadi rojak pula.
my 2 cents..;)
kuman, jangan tarik diri, masih ramai yg mahukan penerangan dan intipati dari saudara. teruskan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 29-10-2003 11:20:
betullah tu kak ct....org yg tak biasa masuk hutan, atau dok kawasan pendalaman mana dia tau kesukaran hidup org kampung.....dia tak terfikirpun punyalah teruk depa nak dapat berkomunikasi dg ...
:hug: tatie |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ctredzuan at 2005-7-9 12:53 PM:
ustaz nahzaluz, kenapa nak jadikan medan diskusi ni sebagai medan penerangan politik pula. kalau politik, masukkan je ke topik LP. agama mana boleh di campur aduk kan dengan p ...
Bukan maksud saya nak panaskan thread ni dgn politik. Tidak sama sekali. Kuman dah sanggup nak beri penjelesan ttg sebarang isu melibatkan tabligh sebab beliau org tabligh. Jadi saya hanya nak tahu penjelasan kuman ttg satu isu yg saya selalu dgr org kata, org tabligh ni tak campur politik, org tabligh ni tak keluar mengundi dsbnya. Betul ke mcm tu? atau bagaimana ...
itu yg saya nak tahu tu ... sbb saya tak tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ctredzuan at 9-7-2005 12:53 PM:
ustaz nahzaluz, kenapa nak jadikan medan diskusi ni sebagai medan penerangan politik pula. kalau politik, masukkan je ke topik LP. agama mana boleh di campur aduk kan dengan p ...
Minta maaf ingin mencelah. Saya setuju jika term" elakan perbincangan politik dalam board room M&M" (utk mengelak objektif board room ni lari) tapi saya kurang setuju jika"agama mana boleh di campur aduk kan dengan politik". Apa yang saya faham ISLAM IS THE WAY OF LIFE" Semua perbuatan dikira ibadah jika niat kerana Allah (perbuatan yang berlandas tertib Islam). Politik tak boleh lari dari Islam , Pekerjaan juga tak boleh lari dari Islam. Pendekkata sebagai umat Islam kita tak boleh lari dari Islam dalam semua perbuatan kita. Atau dgn kata lain semua perbuatan kita mesti berlandaskan syariat Islam.
berbalik kepada topik :
Teringat ustaz saya bagi nasihat , berdakwahlah ikut kemampuan , kalau dgn sepatah atau dua kata jika itu saja yang termampu , insyallah berkat. Jangan melampau jika benar benar tak mampu sebab Islam pentingkan kesederhanaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ctredzuan at 9-7-2005 12:49 PM:
memang kena cut and paste lah saudara :ah:sbb nak memberikan dalil sesuai dengan soalan yg di tanya mereka2 yg keliru dengan persoalan ini, rujuk tajuk thread.
Orang lain tak dibenarkan cut&paste kerana ia hanya dikhaskan untuk Abuya saja...Kak Ct! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sauber at 8-7-2005 10:04 AM:
Mujadalah atau sikap suka bertekak ni adalah satu tabiat sebenarnya. Susah nak lepaskan tabiat ini kerana sudah sebati didalam jiwa seseorang. Seperti orang yang suka minum arak atau hisap rokok. ...
Too bad...contoh yang anda bawa ini tidak tepat!
Bertekak dan berbahas untuk Islam tidak sama dengan merokok atau minum arak. Ada masanya ia perlu dilakukan demi kebenaran dan mencari kebenaran.
Setiap orang diberikan kelebihan dan perlu menggunakan kelebihannya untuk menggapai kebenaran.
Orang Tabligh dengan sifat lemah-lembut mereka mengajak kepada kebenaran.
Orang-orang ABIM, JIM dengan kemampuan intelectual mereka berdialog,berseminar,berbahas dan berdebat untuk kebenaran
Orang-orang politik PAS dan UMNO dengan keagresifan mereka menegakkan Islam
dan
Kita perlu juga orang-orang seperti al-Qaeda untuk menyerang mempertahankan Islam! |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
Originally posted by Gravedigger at 10-7-2005 09:06 AM:
Orang lain tak dibenarkan cut&paste kerana ia hanya dikhaskan untuk Abuya saja...Kak Ct!
Fitnah yang amat Dasyat!!!!
Pak Malau, Abu Talib, Snipersnake , luluguagua malah AWAK sendiri yang melakukan tak mengapa pulak!
Kenapa awak selalu melihat kesalahan (walaupun cute n paste ni bukan kesalahan) orang lain, sedangkan awak lupa nak muhasabah diri awak.
Jangan lah kuman diseberang laut nampak, bangkai gajah didepan mata tak nampak. Yang nampak ketawa awak yang macam orang gila jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ctredzuan at 9-7-2005 12:49 PM:
memang kena cut and paste lah saudara :ah:sbb nak memberikan dalil sesuai dengan soalan yg di tanya mereka2 yg keliru dengan persoalan ini, rujuk tajuk thread.
Kan saya dah cakap Kak CT....puak-puak yang kurang cerdik ni susah nak bawa berbincang. Nak ikram depa seperti yang kuman syorkan itu memang payah sebab mentaliti mereka yang rendah.
Mereka yang banyak buat cut&paste dan kemudian ada lak tu ahli depa sendiri yang bantah pada cut&paste bukan dari golongan mereka dan kemudian pulak tu depa pulak kata fitnah dan.....eeeeh melalut pula saya Kak CT. Sorry yer. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya melihat faedah yang besar boleh didapati dari thread ini sekiranya info-info yg berilmiah dipaparkan. Tetapi apabila dirosakkan oleh segelintir netters yang sengaja suka melihat berlaku perbalahan, maka ia menjadi kurang ilmiah.
Saya harap kita semua sentiasa mencari jalan untuk mencari perdamaian bukan untuk menambahkan pertelingkahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 2005-7-9 06:09 PM:
Bukan maksud saya nak panaskan thread ni dgn politik. Tidak sama sekali. Kuman dah sanggup nak beri penjelesan ttg sebarang isu melibatkan tabligh sebab beliau org tabligh. Jadi saya hanya nak ...
Macam ini ustaz, saya bukan pandai.. tetapi setakat yang saya tahu JT berkecuali dari menyokong mana2 parti, ini sebenarnya adalah strategi yang telah disusun oleh org2 alim terdahulu, sebab jika kami sokong UMNO nanti ORG pas memusuhi dan membenci kami, jika sokong PAS pun susah jugak . Jadi kami mengambil jalan tengah dengan tidak menyokong atau menolak mana2 parti politik dengan maksud matlamat dakwah menjadi lebih lancar dan kami boleh berhadapan dengan sesiapa sahaja tanpa ada rasa permusuhan. Ini telah terbukti dimana bukan sahaja diMalaysia bahkan JT boleh masuk kemana2 negara pun didunia tanpa banyak masalah. Bahkan didalam negara Israel pun JT boleh keluar masuk dengan mudah untuk jumpa org2 islam disana.
Tidak ada kerajaan didunia yang menggangap JT adalah jamaah yang merbahaya. Dengan ini mudah kami dapat jumpa saudara2 kita yang jauh dari agama supaya kembali kepangkal jalan. Dimalaysia nie kira oklah taraf pendidikan org2 islam, kecil2 lagi sudah diasuh sembahyang, bagi seseparuh negara, org2 islam ditindas, pembelajaran mereka disekat, sehingga ramai yang islam hanya pada nama. Jadi kunjungan JT ke perkampugan mereka membawa manafaat yang besar.
Perjuangan JT sebenarnya lebih mengarahkan kepada keujudan semula sistem khalifah. Semasa zaman khalifah Dakwah adalah kerja no1.
Copy dan Pastre:
Penerangan 2:
Maulana Manzoor Nukmani menulis:
'Shah Waliullah telah menyatakan dengan jelas didalam 'Fuyuzul Harmain' bahawa orang-orang yang berjuang dengan penuh keikhlasan dan tiada motif lain melainkan untuk menyebarluaskan risalah Allah Taala melalui cabang kerja kenabian seperti mendakwah ajaran agama dan moral, pengarahan, memberi petunjuk dan reformasi adalah (tidak kurang didalam)menjalankan tugas Khalifah Rasulullah SAW seperti mana orang-orang yang melibatkan diri mereka secara langsung dan ikhlas didalam urusan politik dan pemerintahan, seperti jihad dan perlaksanaan keamanan, keadilan dan persamaan. Perbezaannya cuma satu bahagian merupakan 'luaran' atau 'zahir' kepada kekhalifahan, manakala yang satu bahagian lagi adalah 'dalaman' atau 'spiritual' (kepada kekhalifahan). (Secara ringkasnya), Shah Waliullah telah membahagikan tugas kekhalifahan kepada dua bahagian; 'luaran' dan 'dalaman'.
Kekhalifahan sebagai institusi politik dan kerajaan telah hilang untuk satu jangka masa yang lama. Negara orang-orang Islam hari ini kebanyakannya tiada kaitan dengan matlamat dan tujuan nabi, dan ia - negara orang-orang Islam - juga tidak menunjukkan ciri-ciri ke arah itu. Sebahagian yang lain pula secara umumnya tidak (banyak) berbeza dengan (prinsip) pegangan mana-mana negara bukan Islam di dunia. Walaubagaimana pun, separuh lagi unsur kekhalifahan, iaitu tugas berakwah melalui penyebaran risalah agama diluar dari naungan kerajaan masih lagi wujud; pintu-pintunya masih terbuka dan ruang lingkup untuknya adalah lebih besar dari sebelum ini. Peluang (untuk penyebaran risalah) di zaman moden ini adalah tidak terbatas. (Oleh itu), hendaklah lebih ramai lagi hamba-hamba Allah yang melibatkan diri didalam lapangan yang mempunyai harapan ini dengan segenap kemampuan mereka, biarlah lebih ramai yang turun ke padang didalam arena (dakwah agama) ini dengan tidak mementingkan diri, dan mengabdikan diri sesuai dengan kapasiti dan kebolehan masing-masing, didalam menjalankan tugas menyebarluaskan cara kehidupan Rasulullah SAW ke seluruh dunia. Berjuang dan berjihad di jalan ini dengan pengorbanan adalah jihad terbesar di zaman moden, bentuk kesetiaan serta keikhlasan yang sebenar kepada Rasul SAW dan pewaris (kerja) nabi yang paling tulin. Mereka yang meletakkan kaki di atas (jalan) ini akan jelas nampak jalan-jalan (penyelesaian) lain yang akan dibuka kepada mereka oleh Allah Taala. Apa yang kita hadapi hari ini adalah merupakan kesinambungan yang tidak jauh dari apa yang dijanjikan dan khabar gembira yang diberitakan kepada para muslimin di Makkah melalui ayat terakhir Surah Al-Ankaboot:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)'
(Terjemahan bebas - Kitab Islamic Faith and Practice, karangan Maulana Manzoor Nukmani, terbitan Idara-e-Islamiyyat, m/s 123-124, 1999)
Maulana Manzoor Nukmani menulis:
'Langkah pertama didalam kebangkitan struktur teokrasi Islam didalam Negara orang-orang Islam ialah dengan 'pengorientasian semula agama' didalam kehidupan masyarakat Islam. Dengan ini, kita maksudkan pengalihan pemerhatian dari keghairahan keduniawian kepada keghairahan keakhiratan, dengan matlamat supaya menjadi mudah bagi mereka untuk mengetepikan kecintaan materialistik kepada mencapai keredhoan Tuhan. Tiada jalan yang lebih mudah dari ini. Sejarah telah membuktikan kebenaran kenyataan ini dan roh dalaman Islam juga menuntut perkara ini. Melainkan dengan kesedaran agama diusahakan dikalangan masyarakat Islam, usaha peningkatan tahap negara orang-orang Islam kepada pembentukan Negara Islam yang sebenar, sekurang-kurangnya pada zaman kita ini, hanyalah mimpi kosong. Ini adalah proses yang susah dan memerlukan pengorbanan besar, tetapi tiada alternatif lain, tiada jalan singkat lain bagi pembentukan kerajaan Islam. Walaupun dengan secara tidak sengaja sistem Islam terbentuk di mana-mana, adalah mustahil baginya untuk berfungsi dengan jayanya melainkan keintelektualan dan mekanisma emosi masyarakat Islam yang hidup dibawah naungannya (kerajaan Islam tersebut) dan amalan mereka didominasi oleh kesedaran agama dan moral. Sistem (yang terbentuk secara tidak sengaja) ini akan dikoyak-koyakkan kepada cebisan-cebisan oleh orang-orang Islam (yang tidak ada kesedaran agama) itu sendiri.'
(terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 132, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999)
Maulana Manzoor Nukmani menulis:
Persoalan mengenai perlantikan khalifah; yang timbul selepas kewafatan Baginda Nabi SAW, tidaklah seperti yang disalah anggap oleh sesetengah orang, iaitu (beranggapan bahawa) ia adalah sama dengan perlantikan ketua bagi sesebuah negeri (head of state). Isu sebenar yang dihadapi oleh para sahabat r.anhum ialah untuk menentukan siapakah diantara mereka yang berkelayakan untuk menanggung beban tanggungjawab yang besar didalam mendakwah dan menyebarkan risalah keimanan, pengarahan kerohanian, bimbingan, Jihad dan Amar makruf Nahi mungkar yang baginda Nabi SAW telah wariskan kepada ummat sebagai sebahagian dari misi ketuhanan bagi pengislahan ummat dan organisasi dan pengurusan keduniawian menurut kehendak Allah Taala. Kita mempunyai (bukti atas kebenaran pernyataan ini dari) sumber yang sahih, iaitu kandungan khutbah yang disampaikan pada satu perhimpunan oleh Hazrat Abu Bakar r.anhu (diantaranya) seperti berikut: Muhammad SAW telah wafat; sekarang menjadi satu keperluan bagi melantik seseorang yang berkemampuan untuk bertanggungjawab diatas urusan keimanan.
(terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 122, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999, diterjemahkan dari bahasa Urdu ke bahasa Inggeris oleh Dr. Muhammad Asif Kidwai)
Abul Khairi Al-latifi menulis:
Allah (s.w.t.) telah menjanjikan bahawa khilafah dan tamkin-Nya di atas muka bumi adalah menjadi milik orang-orang yang beriman semata-mata. Ini adalah sebagaimana firman-Nya (mafhumnya):
'Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan-amalan soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sesungguhnya Dia meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka.'
(An-Nuur 55)
Khilafah bukan sahaja bermaksud kerajaan, pemerintahan dan kekuasaan bahkan maksudnya lebih luas. Khilafah bermaksud penggantian di mana orang-orang Islam adalah wakil bagi keadilan, dan kasih sayang Allah. Sebagaimana kesemua makhluk taat kepada Allah SWT, begitu jugasebagai khalifah Allah SWT semua manusia sama ada yang beriman ataupun yang kafir taat dan akur kepada perintahnya dan berkhidmat untuknya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada khulafak-khulafak Ar-Rasyidin umpamanya Umar (r.a.) dimana angin telah berkhidmat untuknya didalam menyampaikan suaranya kepada Amir satu jemaah.*
(Dipetik dari buku 'Keruntuhan Martabat Ummat Islam - Mengapa dan apakah jalan penyelesaiannya?', tulisan Abul Khairi Al-Latifi, terbitan Darul Nukman, m/s 210, tahun 1994).
[ Last edited by kuman on 11-7-2005 at 08:57 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kuman atas respon. |
|
|
|
|
|
|
| |
|