CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: billionaire

NIKAH MUTAAH - ( jawapan untuk always_typo)

[Copy link]
 Author| Post time 23-7-2005 10:48 AM | Show all posts
salam

Apabila anda sememangnya sejak awal apabila menyentuh tentang mazhab syiah, mempunyai niat menjatuhkan Syiah dengan segala tuduhan anda, maka bill percaya untuk satu beberapa tempoh lagi anda akan tetap menyalahkan Syiah dalam apa jua keadaan pun - tanpa mengira fakta dan logik akal.

Tugas anda sekarang pastilah mencari-cari titik kesalahan dan kecacatan dalam hujah Syiah tanpa mahu menggunakan akal sihat dalam membandingkan dan mengkaji lebih saksama tentang apa yang telah dibawakan di sini dari sisi pandang mazhab Ahlul Bait a.s ini. Dan daripada posting2 anda, memang anda tampaknya begitu bekerja keras untuk mencari segala kesilapan hujah, tetapi membutakan mata pada fakta-fakta dan logik akal. Sekiranya seorang peguam diupah untuk membela seorang pesalah, maka anda yang dikongkong ketaksuban mazhab anda, melakukan yang serupa dengan menindas akal anda. Anda pun menyimpulkan dan menisbahkan segala kekotoran kepada kami, dan membersihkan mazhab anda.

Di sekeliling anda ada banyak bacaan tentang isu sunni-syiah. Bacalah dari kedua2 mazhab. Biarlah akal anda kemudiannya menetapkan natijahnya. pak malau telah memberikan link URL nya. Pada akhirnya, Kita semua akan dihitung dengan niat dan amalan kita. Bagi kami, tetap akan di sisi Ahlul Bait a.,s dan bagi anda, akan tetap bersama orang2 selain mereka.

wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


belut This user has been deleted
Post time 23-7-2005 12:00 PM | Show all posts
Salamun Alaikum...

Pada peringkat awal sejarah Islam, golongan Umayyah menzalimi Ahlil-Bayt. Hanya mereka yang "corrupt" menyebelahi Umayyah. Ali sendiri menerima celaan dari atas mimbar masjid rasmi Umayyah. Amalan ini hanya dihapuskan oleh Umar Ibn Abdul Aziz. Kezaliman panglima Umayyah seperti Al-Hajjaj Bin Yusoff Ath-thaqafy seolah-olah mahu dilindungi oleh para ulama Sunnah. Walaupun tangan Muawiyah bukanlah terlibat secara langsung di dalam jenayah terhadap ahlil-Bayt, tetapi jelas beliau seorang Machieavallian (seperti Mahathir dan sebagainya). Jika beliau seorang yang baik, sudah tentu beliau tidak melantik Al-Hajjaj menjadi orang kanannya. Al-Hajjaj telah membunuh seorang yang alim, peaceable dan non-violent seperti Sa'eed Ibn Jubair. Cucu Abu Bakar As-sidiq juga telah dibunuh orang kanan Muawiyah ini (Abdullah Ibn Az-zubair, anak kepada Asma Bt Abu Bakar).

Membaca hadis yang ditulis oleh penulis pro-Umayyah, bermacam-macam yang anda temui, "Hanya tiga yang aku percayai - Allah, Jibril dan Muawiyah". "Pokok-pokok di dalam syurga tertulis nama Muawiyah".

Saiyidina Ali (sepupu dan menantu Nabi) pula dipinggirkan seolah-olah beliau hanya hadir sekali-sekala sahaja dalan hidup Nabi. Otak yang waras akan dapat melihat perkara ini dengan jelas apabila membuka hadis Bukhari, Muslim dll. yang menjadi rujukan golongan Sunnah. Malah, Abu Talib yang menjaga Nabi adalah bapa kepada Ali. Golongan Sunnah di dalam cubaan memperkecil Ali sanggup menuduh Abu Talib (ayah kepada Ali) sebagai ahli neraka yang paling istimewa. Abu Sufyan (ayah Muawiyah) yang mengetuai golongan kufr memerangi Nabi dan akhirnya tewas telah disanjung. Abu Sufyan memeluk Islam di hujung pedang setelah tentera beliau tewas. Beliau diberi pilihan samada meninggalkan Madinah atau memeluk Islam dengan segala kedudukan dan status beliau sebagai orang penting Bani Umayyah tidak hilang. Bani Umayyah ialah bani terakhir memeluk Islam. Hendon (ibu Muawiyah) ialah isteri kepada Abu Sufyan. Hendon dikatakan telah memakan hati Hamza (bapa saudara Rasulullah) setelah Hamza terbunuh. Kisah Hamza yang syahid tidak dimasukkan di dalam hadis Bukhari kerana Bukhari mendapat restu dari Umayyah ke atas kerja beliau (berjalan ke serata tempat mencari cerita berkaitan dengan Nabi). Mungkin Khalifah Umayyah tidak selesa kisah Hamza diungkitkan kerana ibu mereka (Hendon) terlibat di dalam kematian Hamza.

Cuba bayangkan, Abu Talib yang melindungi rasulullah dikatakan orang engkar(kufr). Walaupun Abu Talib tidak mengambil bahagian dalam jihad dan sebagainya kerana kedudukan beliau di dalam masyarakat sebagai "payung" atau "tok batin", tetapi manusia tidak berhak menuduh beliau dari golongan engkar. Mungkin beliau bukan dari kalangan orang mu'meen, tetapi itu tidak bermakna beliau dari golongan engkar. Quran telah menggariskan yang orang mu'meen akan mendapat ganjaran dua kali ganda berbanding orang awam yang berserah kepada Allah (Muslim). The basic requirement is to be a Muslim first (don't set up partners to GOD, be kind to parents, believe in Afterlife). Mu'meen are Muslims who scarifice their life and wealth in the path of God. Allah says He will double the rewards for this group. Every Muslim must strive to become a Mu'meen.

Unfortunately, today's Muslims have abandoned the Quran. As such, they use the terms "Muslim" and "Mu'meen" interchangeably as if they are the same. This is different from what's taught in the Quran.

May GOD guide us all.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 23-7-2005 02:01 PM | Show all posts
Bukan orang Syiah yang memperkenalkan konsep perkahwinan mut'ah ini. Tetapi ia telah diamalkan di dalam masyarakat Arab turun-temurun. Secara beransur-ansur ia dihapuskan setelah kedatangan Rasulullah dan Quran menjadikan manusia semakin maju, berfikir dan bertambah civil (hadhari) dari hari ke hari. Walaupun begitu, oleh kerana golongan Syiah telah cut-off atau independent dari pemerintah pada zaman kerana mereka tidak mengiktiraf khalifah terbabit, amalan ini agak lambat untuk berakhir di kalangan orang Syiah. Saya ulangi, bukan Syiah yang memperkenalkan amalan nikah mut'ah ini. Memandangkan Quran telah menyeru kita supaya menyelidik sesuatu perkara menggunakan akal dan "verify" sebelum mempercayainya, saya telah mendekati penganut Syiah sendiri serta mendapat perkara sebenar mengenai amalan nikah mut'ah ini. Sebenarnya ia bukanlah suatu isu bagi saya, tidak seperti yang cuba digambarkan oleh gerakan anti-Syiah, sebenarnya amalan ini bukanlah untuk berkahwin seronok atau contract sexual seperti yang disangkakan oleh kebanyakan kita. Itu pun, amalan ini telah semakin hilang dari hari ke hari. Cuma ia agak perlahan ditinggalkan di kalangan Syiah jika dibandingkan dengan Sunnah. To me, it's a cheap issue exploited by anti-Shi'a movements. Quran telah menyarankan kita supaya berlaku adil walau kepada golongan lain atau kita tidak menyukai golongan tersebut. Only GOD can guide.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2005 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by belut at 2005-7-23 02:01 PM:
Memandangkan Quran telah menyeru kita supaya menyelidik sesuatu perkara menggunakan akal dan "verify" sebelum mempercayainya, saya telah  mendekati  penganut Syiah sendiri serta mendapat perkara sebenar mengenai amalan nikah mut'ah ini.


Interesting approach.

Berapa orang penganut syiah yang anda soal siasat? Saya assume ramailah sebab sorang takkan valid kot noo...

Adakah mereka pengamal syiah complete atau sedikit-sedikit? Sub-mazhab apa?  Dari negara manakah mereka? Adakah mereka pernah berdusta?  Berapa lamakah tuan fikir tuan perlu mengenali mereka untuk mengetahui samada mereka pendusta ataupun tidak? Adakah tuan yakin mereka merupakan representative yang benar utk mewakili golongan Syiah secara keseluruhan?  Secara statistik? Atau approach tuan jenis approach Top-Down, bertanya terus kepada "marja".

Saya yakin tuan amat teliti dalam hal ini.

Mungkin tuan boleh juga berkongsi dengan forumer di sini cara atau methodologi tuan "verify" apa yang diceritakan oleh penganut2 syiah yang tuan "dekati" itu, bolehlah juga kami belajar sedikit sebanyak.

Thanks.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 25-7-2005 09:22 PM | Show all posts
Saya bukan menyokong amalan mut'ah. Saya suka ia dihapuskan sama sekali, sama seperi penghambaan. Cuma saya ingin tekankan di sini terdapat "exaggeration" di kalangan golongan anti-Syiah mengenai perkara ini.

Quran tidak mengajar kita supaya membenci kepada mana-mana pihak. Hanya Allah sahaja yang boleh memberi petunjuk kepada manusia. Hanya mereka yang hati dipenuhi perasaan benci akan menganggap setiap orang Syiah itu perlu dicurigai kerana mereka berpura-pura baik dan sebagainya. Ini bukan ajaran Islam seperti yang dianjurkan oleh Quran.

Semasa saya mengamalkan Sunnah, apabila saya berkawan dengan orang Syiah, Kristian, Hindu dan sebagainya, saya seolah-olah berpura-pura menjadi "open-minded" tetapi dalam hati penuh dengan nilai-nilai tidak murni dan curiga. Ini zaman saya tidak mendengar muzik dan mematuhi hadis lah.

Alhamdulillah, the Quran has liberated my mind. No more bad faith. Only care and love for others, that's because I know I cannot guide anyone.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2005 10:08 PM | Show all posts
salam
saudara belut,

Hujah anda yang berdasarkan hanya kepada pendapat semata-mata, dan tidak pula didokongi oleh ayat2 al-Quran tentunya kurang bernilai. Semua orang boleh mengeluarkan pendapatnya, dan dalam hal ini, anda telah pun mengeluarkan pendapatnya tanpa sebarang hujah kuat baik al-Quran, hadis maupun akal. Oleh itu, ianya tentulah tidak akan diambil kira.

wassalam

[ Last edited by billionaire on 6-8-2005 at 10:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2005 08:11 PM | Show all posts
Islam itu bukan Agama yang menyusahkan penganutnya......
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2005 04:07 AM | Show all posts
Rasa cam org berdebat , seolah2 ..macam..psl 2 agama yg berbeza je..pelik..pelik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2005 04:09 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 20-7-2005 12:32 PM
Apa yg dikatakan a_typo itu benar. Itulah sebabnya saya katakan kita kena semak kalau kita nak tahu duduk perkara sebenar.

Wassalam.

Siapa boleh varifiedkan, siapa yg benar ?:hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2005 08:17 PM | Show all posts
Quran dapat menjelaskannya;
hadis menguatkan hujah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2005 02:18 AM | Show all posts
Hadis pun ada hadis syiah dan ada hadis sunnah , so how ?
Al quran mmg 1 , tp cara intepretation membuatkan ayat yg sama tp diterjemahkan berbeza2 berdasarkan level of understanding2 yg berbeza2 , am i right ?
Dan akhirnya , soalan yg paling popular , SIAPA BOLEH SAHKAN GOLONGAN MANA YG BETUL ?
The answer is nobody n it will remains till kiamat , wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2005 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 30-11-2005 02:18 AM
Hadis pun ada hadis syiah dan ada hadis sunnah , so how ?
Al quran mmg 1 , tp cara intepretation membuatkan ayat yg sama tp diterjemahkan berbeza2 berdasarkan level of understanding2 yg berbeza2 , am i right ?
Dan akhirnya , soalan yg paling popular , SIAPA BOLEH SAHKAN GOLONGAN MANA YG BETUL ?
The answer is nobody n it will remains till kiamat   , wassalam
Hadis pun ada hadis syiah dan ada hadis sunnah , so how ?
Al quran mmg 1 , tp cara intepretation membuatkan ayat yg sama tp diterjemahkan berbeza2 berdasarkan level of understanding2 yg berbeza2 , am i right ?


(bahagian yang di bold dan diwarnakan merah adalah dari bill)

definitely...

You are absoultely wrong!

anda mengatakan:
"SIAPA BOLEH SAHKAN GOLONGAN MANA YG BETUL ?
The answer is nobody n it will remains till kiamat,

Apakah ini dari andaian anda sendiri atau dari al-Quran dan hadis? atau sebarang sumber kitab ulamak anda?

"Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar" (al-baqarah,2: 111)

Kalau bill dapat buktikan (dengan izin Allah SWT) apa yang anda nyatakan salah, dan bahawa ada petunjuk jelas terang, baik ayat al-Quran hadis dan dikuatkan logik akal untuk menyokong apa yang bill akan bawakan ke hadapan anda - apakah anda akan tunduk kepada kebenaran ataupun anda tetap kepada pendapat anda yang anda a cipta sendiri?  

"yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang diberi Allah ptunjuk dan mereka itulah orang2 yang berakal." (az-Zumar, 39: 18)

lalu marilah kita berbincang.

wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2005 07:52 PM | Show all posts
Try me sis , aku ni open minded , aku x sebelah sunni or syiah , aku hanya seek 4 the truth , tq
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2005 09:07 PM | Show all posts
salam....

nampaknya encik bateesta ingin mencuba... insya'allah, dengan keikhlasan anda, pasti membawa anda kepada kebenaran. Tetapi jalan menujunya begitu sukar dan sulit serta berduri. Sukar, sulit dan berduri yang berpunca dari dalam diri sendiri, iaitu keakuan ataupun sebagai tambahan kepada EGO.

semoga anda cekal dan menemui kebenaran yang HAK. apabila sudah diberikan HAK, sekiranya anda menolak, maka anda benar-benar rugi.

semoga berjaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2005 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 2-12-2005 07:52 PM
Try me sis , aku ni open minded , aku x sebelah sunni or syiah , aku hanya seek 4 the truth , tq

salam

Sebelum berbicara lanjut, apakah anda berkeyakinan bahawa agama Islam itu suci?
Reply

Use magic Report

mamba13embun This user has been deleted
Post time 5-12-2005 12:47 PM | Show all posts
Salam

Sangat tertarik dengan thread ni. Apa khabau Nahzalus?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2005 01:03 PM | Show all posts
salam...

sila sila tarik menarik thread ini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2005 02:53 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 4-12-2005 07:45 PM

salam

Sebelum berbicara lanjut, apakah anda berkeyakinan bahawa agama Islam itu suci?

Y u ask me that kind of question , is it necessary :stp:
Reply

Use magic Report

siti_free This user has been deleted
Post time 27-12-2005 06:32 PM | Show all posts
A/kum sumer. Sila ke:- http://www.al-islam.org/index.php

Baik punya w/site
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2005 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 14-12-2005 02:53 AM

Y u ask me that kind of question , is it necessary :stp:

absoulutely,

kalau Islam itu suci, pastilah hanya orang2 suci sahaja yang seharusnya menjaganya selepas Rasul suci. Apakah ada sesiapa di antara Malik, Abu Hanifah, Syafi'e, Hanbal, ABul Hasan Asy'ari yang suci?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.080581 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list