CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FaiQ_FeuhRer

USTAZ ASHAARI MUHAMMAD & JEMAAHNYA (bincangkanlh dgn baik)

[Copy link]
Post time 14-4-2006 07:57 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 13-4-2006 07:09 PM


bila pulak ana tersesat di Johor ni?..hehehe...


:lol sapa kata kau? aku refer pada soang minahyg pernah sekolah agama kat johor dan masul cult ajaran ngarrrrut. sian kat mak abah dia. ingatkan anak pi blajar, rupanya jadik macai org.kalo anak aku aku tempeleng jer.baik takder anak dari dapat anak yg derhaka. :lol baik kau educate belalang lagik bagus la. kesian dia, tua2 pon perangai camtuh :lol

[ Last edited by  snipersnake at 14-4-2006 07:59 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2006 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by FaiQ_FeuhRer at 8-3-2006 05:33 PM
baiklah sy mulakan dgn satu persoalan yg sy minta pd yg lbih memahami, agar jelaskan pd sy. krn sy benar2 inginkan kepastian dr anda. semoga kita beroleh manfaat...

persoalan sy:

"MENGAP ...



Salam semua,


Kenapa hampa semua berbincang tersasar daripada tajuk dan yang ditanya? Aku pun hairan dengan hampa semua.......marilah berbincang hanya pada topik yang dikemukakan,jangan tersasar...

Faiq mengemukakan soalan,saya quote balik:

persoalan sy:

"MENGAPA USTAZ ASHAARI (AM) PERLU MENDAKWA DIRINYA SEBAGAI PEMUDA BANI TAMIM YG DISEBUTKN OLH NABI MELALUI HADISNYA?" maksud sy apakah tujuan AM berbuat demikian?



Tujuan AM berbuat demikian:

Mula-mula sekali, imam tarikat mereka itu diwar-warkan sebagai Imam Mahadi yang akan muncul. Oleh itu, siapa lagi yang layak menjadi pemuda bani tamim selain AM. Sebabnya,diceritakan tentang persoalan Imam Mahadi dalam bab ' corak pemerintahan Imam Mahadi' iaitu pemegang panji-panjinya ialah seorang pemuda bani Tamimi yang datang dari Timur.

Begini; saperti yang dikemuka oleh AM sendiri dalam bukunya,mengikut hadis yang dibawa riwayat Ibnu Majah, pemuda bani tamimi ini lah yang memperjuangkan syariat Islam hingga mencapai kemenangan. Setelah mencapai kemenangan,kejayaan itu diserahkan kepada Imam Mahadi.

Itu sebabnya pengikut-pengikutnya,pemuja-pemujinya sibuk mempermosikan nama AM sebagai pemuda bani tamim.Siap angkat serta julang dia dengan bermacam darjat seperti yang kamu pernah dengar dan baca.


Last sekali,pemuda bani tamim yang dikatakan itu masih lagi berjuang tetapi melalui puisi,sajak,syair dan sebagainya yang dibuku,diCDkan,diVCDkan serta kaset-kaset melalui company keluarga pemuda bani tamim itu. Company itu pun dikatakan world macam Mawi World.

Pemuda bani tamim sekarang berehat hanya downlinenya saja yang bekerja macam ketua ajaran kahar iaitu dia dah letak jawatan daripada menjadi "nabi".


:lebai::tq::pray:

[ Last edited by  Amir at 19-4-2006 12:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 19-4-2006 12:11 PM



Salam semua,


Kenapa hampa semua berbincang tersasar daripada tajuk dan yang ditanya? Aku pun hairan dengan hampa semua.......marilah berbincang hanya pada topik yang dikemukakan,jangan t ...



faiq_feuhrer, tk silap ana dulu lagi, ana jemput anda dtg sendiri bertanya kepada org rufaqa...

saudara Amir kita ni, telah memberi jawapan yg songsang walaupun cuba menampakkan dia telah menjawab dengan betul jawapan sdra..

biasalah tu..kami tk heran...itu taktik depa yg suka membuat provokasi...

rufaqa tetap akan terus berkembang bagai airbah yg melanda seluruh dunia, di bawah pimpinan Ustaz Ashaari Muhammad.

Bermula di Malaysia, ke Nusantara, ke Timur Tengah dan kini ke Eropah dan benua Afrika.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 14-4-2006 07:57 AM


:lol sapa kata kau? aku refer pada soang minahyg pernah sekolah agama kat johor dan masul cult ajaran ngarrrrut. sian kat mak abah dia. ingatkan anak pi blajar, rupanya jadik macai org.kalo ana ...



sekrg ni era para intelektual yg bersama-sama berjuang di dalam rufaqa. tk yah ler hang ndk bawa cerita basi tu...20 tahun dulu, abuya dah beri hint, nanti ada satu fasa ramai para intelektual yg memberi sokongan pada perjuangannya. Bukan setakat di Malaysia tetapi seluruh dunia. Ini kenyataan dalam rufaqa sekrg.

Oppss..pasal PEKIDA...kalau hang tk kenal GEDEBE PEKIDA yg paling top kat Utara, tk yah mimpi ler ndak ngaku ahli PEKIDA...pergilah jumpa ayahanda hang kat UTARA tu tanya terus bgmana sekrg situasi mereka?..Apa-apapun tima kasih ler beri kat Rufaqa tanah dan bangunan kedai utk diusahakan.

PEKIDA Utara dgr khabar dah mula buat kelas FardhuAin utk ahli-ahlinya...alhamdulillah...

geng PEKIDA ni depa masih tetap dalam PEKIDA, tetapi kini penyokong kuat Rufaqa dan ABuya. Sampai ana dgr dari telinga ana sendiri, ada yg sanggup mati utk pertahankan Rufaqa dan Abuya..itu yg ana cukup respek dengan kesetiaan org PEKIDA ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 19-4-2006 02:46 PM



faiq_feuhrer, tk silap ana dulu lagi, ana jemput anda dtg sendiri bertanya kepada org rufaqa...

saudara Amir kita ni, telah memberi jawapan yg songsang walaupun cuba menampakkan dia telah  ...



Salam,


Mana pulak sonsang. Itulah kebenaran. Nantilah sikit-sikit dulu........


:lebai::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 19-4-2006 04:39 PM



Salam,


Mana pulak sonsang. Itulah kebenaran. Nantilah sikit-sikit dulu........


:lebai::pray:


anda percaya pada hadis yg sudah diistiharkan mutawatir oleh pakar hadis?...

kisah Imam Mahdi dan PBT itu adalah berdasarkan hadis, yg sepatutnya diambil perhatian oleh org Islam kerana disabdakan oleh RSAW sendiri.

Anda ingin mengajak org lain memperemehkan hadis kah?.

apa salahnya kepada org yg ingin meniti di atas janji TUhan yg disampaikan melalui lidah RSAW ?.

Bukankah itu ciri org yg TAKSUB kepada Allah dan RasulNya seperti sejarah yg kita baca mengenai sahabat2 RSAW yg berlumba-lumba utk membenarkan sabda RSAW dalam peristiwa penaklukan Turki sehingga jasad mereka disemadikan di sana. Adakah salah KETAKSUBAN itu?.

kemudian anda membuat fitnah dgn menyatakan ustaz Ashaari duduk diam tk buat apa2, anda memang pembawa fitnah ke atas seorg pejuang yg tk pernah surut dlm perjuangannya malah semakin hebat walaupun diISA dan dikenakan tahanan terhad selama 10 tahun. Mata anda sudah dibutakan utk melihat kebenaran dikala org dari luarnegara dtg ke sini berbaiah dgn beliau. Cuba anda fikir, seorg yg baru keluar dari ISA, dgn pengikut yg tk sampai 500 org, dikenali di seluruh dunia?

[ Last edited by  serihartatie at 19-4-2006 05:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2006 06:51 PM | Show all posts
KARNIVAL MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW


Tempat:  Dataran Rufaqa, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Home, Rawang,  Selangor.

Tarikh: 21 hingga 23 April 2006

Waktu: 9.00 pagi hingga 10.30 malam.
       Pada hari terakhir (23hb April) Majlis Meraikan Pengantin Remaja-Remaja Rufaqa akan dilansungkan dan karnival akan tamat selepas makan tengah hari.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Untuk maklumat lanjut dan sekiranya ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Puan Maznah (019 2749313)
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 19-4-2006 05:08 PM


anda percaya pada hadis yg sudah diistiharkan mutawatir oleh pakar hadis?...

kisah Imam Mahdi dan PBT itu adalah berdasarkan hadis, yg sepatutnya diambil perhatian oleh org Islam kerana disa ...


Salam,

Ta'asub memang salah. Baiah pada ulilamri sahaja. Tuan guru dihormati,disayangi seperti mana kita hormati dan sayangi terhadap kedua orang tua kita. Agama lain pun ada baiah jugak pada tok-tok gurunya.Itu sebabnya,kalau tok guru kata pergi mati atau bunuh diri sebab tuhan suruh,pengikutnya akan pergi mati. Ulilamri disebut didalam AlQuran. Ketua jemaah yang kau kata itu ulilamri ke?


Kalau kau kata pemuda bani tamim itu hebat,missionary agama lain pun hebat-hebat belaka. Tak usahle kamu menyeleweng dari info yang aku beri mengenai pemuda bani tamim itu...

:pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2006 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 20-4-2006 09:46 AM


Salam,

Ta'asub memang salah. Baiah pada ulilamri sahaja. Tuan guru dihormati,disayangi seperti mana kita hormati dan sayangi terhadap kedua orang tua kita. Agama lain pun ada baiah jugak pad ...


hang pi baca semula apa ana tulis...ana tanya salah ker kalau taksub pada Allah dan RasulNya?...jadi anda jawab salah ler yer...jadi jelaslah pendirian anda sekrg...

SERI : Bukankah itu ciri org yg TAKSUB kepada Allah dan RasulNya seperti sejarah yg kita baca mengenai sahabat2 RSAW yg berlumba-lumba utk membenarkan sabda RSAW dalam peristiwa penaklukan Turki sehingga jasad mereka disemadikan di sana. Adakah salah KETAKSUBAN itu?.



fakta yg ana bincangkan adakah salah sahabat2 RSAW dulu yg taksub kepada sabda RSAW hingga sanggup berkorban nyawa utk membuktikan kebenaran kata2 RSAW dari hadis yg disabda baginda..

Ana beri contoh penaklukan Constantinople...sehingga ada sahabat yg meninggal di sana kerana ingin membuktkan bahawa ISlam akan menakluki COnstantinople...beliau syahid di sana..cuma dizaman Muhamad Al FAteh, sabda RSAW itu dapat dibuktikan, tetapi salahkah TAKSUB seperti itu?...

Jadi dalam meniti kebenaran hadis akhir zaman kepada hadis yg sudah ditahap mutawatir, salah ker kita taksub seperti sahabat2 RSAW yg taksub kepada hadis yg disabdakan RSAW itu?..

bila ana baca hujah anda, yg selalu sebut agama2 lain ni, ana heran juga...terasa ada benda yg tak kena pada hujah anda....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 19-4-2006 02:55 PM



sekrg ni era para intelektual yg bersama-sama berjuang di dalam rufaqa. tk yah ler hang ndk bawa cerita basi tu...20 tahun dulu, abuya dah beri hint, nanti ada satu fasa ramai para intelektua ...


hint? hint yg mana tatie? hint yg nih ker?

Rentetan bermulanya daulah
Insya-Allah pada bulan November ini parlimen akan dibubarkan
Di waktu itu tidak sebuah parti politik yang berkuasa
Mahathir membubarkan dengan tujuan pilihan raya
Selepas itu Agong dan Sultan mengambil peluang
Berbincang dengan wakil India dan Cina Memberitahu pilihan raya tidak ada
Para-para Sultan ingin melantik Tun Ghaffar menjadi PM Malaysia
Sultan memberitahu kalau pilihan raya diadakan takut krisis berlaku
Ini akan menyusahkan seluruh rakyat Malaysia
Lebih-lebih lagi rakyat Cina yang akan berhadapan dengan kesusahan ini
India dan Cina menerima pandangan itu dan bersetuju Tun Ghaffar pun naik menjadi PM dan berkuasa Pilihan raya pun tidak akan diadakan
Mahathir pula terhina kerana selepas itu rakyat makin menghinanya
Bahkan orang kampung pun tidak boleh menerimanya
Berbagai-bagai rakyat bersuara menempelak, mencaci, mengata dan ada yang hendak membawanya ke mahkamah
Ada yang mengatakan pula cukuplah itu dia telah dihina oleh rakyatnya
Tidak dibawa ke mahkamah pun dia telah sangat terhina dan malu
Tun berkuasa di antara 3 hingga 6 bulan
Tun merasakan dia tidak mampu meneruskan kepimpinannya
Kerana orang ramai sudah terlalu jauh kesedarannya terhadap Islam
Ia pun berpakat dengan para-para Sultan dan Agong untuk mencadangkan saya
Semua para Sultan boleh menerimanya Maka Daulah pun bermula
Orang-orang politik terpinga-pinga dan malu
Terutama ulama-ulama di dalam PAS sangat malunya
Kerana jalan yang mereka yakin tidak membawa hasilnya
Menunjukkan perjuangan mereka adalah palsu
Selepas itu mereka membisu
Asaari Muhammad, 26 September 1999,


:lol ..

wei kici, aku ranting dari utara tahu. aku berbaiah di utara tahu. adik beradik aku suma di utara.minggu lepas ada majlis rumah paklah kat Putrajaya. aku tanya gak, takder pon depa kata. hang jgn nak buat ghapla..jgn nak buat kalut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 20-4-2006 07:52 PM


hint? hint yg mana tatie? hint yg nih ker?



:lol ..

wei kici, aku ranting dari utara tahu. aku berbaiah di utara tahu. adik beradik aku suma di utara.minggu lepas ada majlis rumah pakl ...


sah ler kau ni menipu kenal org pekida UTara...kirim salam pada pak Man, Pak Ya, Pak Bidin dan Pak Bok yer...itu kalau kau kenal ler...kalu tk kenal, sah ler kau memang mengaruk...

tiap2 kali perjumpaan dgn abuya, dan ana direzkikan sama berada dlm majlis tu, ada saja wakil PEKIDA beri laporan...terkini dari Melaka..

ana kesian dgn depa ni sebb tk dpt pimpinan secara Islam, cuma sekrg dah naik setakah lagi, dah mula ada kelas fardhu ain utk depa. baguslah tu, kalau tk sebelum ni depa kata, cakap aper ajer jenis dosa, semua depa dah buat..

org lain pelik kenapa sibuk cakap pasal PEKIDA, sebb depa tk tau apa fungsi PEKIDA dalam kerajaan, tapi ana dan hang tau ler kan...tk yah ler kita dok pecah rahsia PEKIDA...hehehe...

[ Last edited by  serihartatie at 24-4-2006 05:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 06:29 PM | Show all posts
pasal karnival maulidurrasul di Rawang, sempat gak datang nengok jap...sebb sibuk dgn kursus dan benda-benda ad hoc...

meriah betul hari ahad baru ni...sampai ana miss lunch, hehehe..segan ndak makan dgn tetamu sebb patutnya jadi penyambut tetamu...tapi dek kerana ada tugas lain yg lebih penting, terpaksa skip dari jadik penyambut tetamu...

tgh dok sibuk dgn project planning kat ofis, terdgr suara MC yg cam biasa keluar kat TV...rupanya ada tetamu artis yg dtg ke majlis tersebut...keluar jap dari ofis, tgk depa semua dah ader kat pentas tgh padang B.Country Homes, dari jauh ajer ler tgk...tp masih clear nampak rambut rock si Yantzen tu..

nampak Yusni jaafar, Yantzen, Nora Danish( Puteri), dan MCnya yg selalu belakon sbg bangla dalam Mat Spanar tu..entah lupa lak namanyer...tgh bagi ucapan setiap seorg...

pelbagai golongan masyarakat, dari org politik, org agama, artis, cina, melayu, india, dll, pelbagai agama, pelbagai bangsa, org kaya, org miskin, dsbnya datang ke sana...nampak harmoni sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2006 02:45 PM | Show all posts
Majlis Pelancaran dan Bedah Buku "Buah Fikiran al Ustaz Ashaari Mohamad" dan "Pendidikan itu Rapat dengan Rohaniah Manusia"
Pulau Pinang
7hb Mei 2006 (Ahad)

Majlis Pelancaran dan Bedah Buku di Pulau Pinang yang diadakan di Hotel Sri Malaysia pada hari Ahad 7hb Mei 2006 telah berjalan lancar dengan perasmiannya disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Talha, Timbalan Pengarah MARA Negeri Kedah Darul Aman. Ucapan beliau ketika memberi ucapan perasmian, antaranya, ialah beliau melahirkan rasa gerun dengan perkataan bedah buku. Namun beliau sangat mengharapkan apa yang sedang berlaku ini merupakan peroses untuk kegemilangan Islam kembali lagi sebelum berakhirnya dunia. Apa yang diharapkan ialah kepimpinan yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. Beliau juga mengharapkan program ini memberi suatu input dalam usaha memajukan masyarakat kita ke arah Islam sebenarnya. Beliau meluahkan rasa hatinya bahwa setiap ilmu yg diperolehi dari pembacaan buku-buku karya Penulis (Ustaz Haji Ashaari) telah menusuk hati, memantapkan jiwa untuk beusaha menjadi taqwa. Harapannya juga moga majlis BEDAH BUKU ini akan juga membedah hati kita agar bersih daripada mazmumah.

Seramai lima ahli panel telah terlibat dalam majlis tersebut yang juga telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan popular Mawadah. Majlis telah dipengerusikan oleh Dr Ahmad Fauzi bin Dato Ab Hamid, seorang pensyarah USM. Tiga ahli panel terdiri Profesor Emiretus Dato Shahnon Ahmad, Dr Ir Abdul Rahman Effendi dan Saudara Ann Wan Seng Abdullah. Sementara Profesor Madya Dr Fadzil Osman dari UTM bertindak selaku penggulung perbahasan.


Panel pertama, Dr Ir Abdul Rahman Effendi, seorang jurutera berpengalaman dalam bidang kejuruteraan kapal terbang, telah menjelaskan sepintas lalu isi kandungan buku "Buah Fikiran Ustaz Haji Ashaari Mohamad" dan "Pendidikan Rapat dengan Rohaniah Manusia". Dr Abdul Rahman memperkenalkan kelainan, keunikan dan keistimewan penulisan buku tersebut. Antaranya, beliau menyatakan bahwa penulis mempersembahkan karyanya itu setelah apa yang ditulisnya itu dialami, ditempuhi dan dipraktiskan dalam kehidupannya. Ia bukan merupakan teori-teori yang abstrak dan tidak berpijak di bumi nyata. Isinya pula merupakan huraian praktikal ajaran Islam yang asas, iaitu tauhid, fiqah dan tasauf atau akhlak. Isinya juga dijelaskan oleh Dr Abdul Rahman sebagai suatu huraian yang bersifat global, mengenai kehidupan di dunia dan Akhirat.

Kemuncak majlis perbahasan dilakukan oleh Profesor Dato Shahnon Ahmad dengan membaca teksnya sendiri. Dalam keadaan yang agak uzur Yang Berbahagia Dato' Shahnon, selaku Sasterawan Negara telah menyempurnakan proses bedah buku Buah fikiran Ustaz Haji Ashaari. Menurut beliau, antaranya buku tersebut adalah umpama lautan yang dalam dan sangat luas dan beliau tidak mampu melakukannya. Dato' meluahkan rasa kagumnya terhadap kemampuan penulis menyiapkan penulisan buku tersebut walaupun penulis sedang dalam keadaan dirinya yang sangat tertekan lahir dan batinnya. Dato' juga menganggap bahawa isi buku tersebut bersifat global dan glokal. Bagi Dato' penghasilan buku tersebut merupakan anugerah Allah kepada kita semua. Ada suatu yang menarik bagi Dato iaitu cara persembahan penerbitannya yang menampilkan gambar wajah penulis dengan senyum simpul yang seolah-olah menggamit-gamit pembaca agar membacanya. Selain itu, Dato' juga tertarik dengan kelainan cara penulisan buku tersebut, iaitu prosanya diikuti atau diperjelaskan oleh puisi yang berupa sajak-sajak pada setiap bab. Akhirnya, Dato' mengharapkan agar buku tersebut dapat membantu para pembacanya untuk memahami erti kehidupan dan perjuangan dalam kehidupan di maya pada ini.

Saudara Ann Wan Seng Abdullah menyuarakan rasa hatinya terhadap penulis. Menurut beliau Al-Ustaz Ashaari bukan sahaja seorang penulis, malah merupakan seorang pendidik. Pengalamannya sewaktu mula berkenalan dengan Ustaz adalah sebagai seorang pelajar kursus sarjana dalam bidang sains kemasyarakatan. Beliau waktu itu belum memeluk Agama Islam lagi. Sepanjang tempoh kajiannya mengenai kegiatan Ustaz semenjak tahun enam puluhan hingga awal tahun-tahun sembilan puluhan telah dirasakan olehnya sebagai satu proses mendidiknya sehingga beliau akhirnya memeluk agama Islam. Baginya keistimewaan penulis ialah kebolehannya mendidik dan menulis dan hasil tulisannya adalah sesuatu yang telah direalisasikan dalam kehidupan. Jadi, menurut Saudara Ann Wang Seng, Ustaz Haji Ashaari adalah juga merupakan seorang pemimpin sejati kerana kemampuannya menulis, mendidik dan membimbing anak buahnya sehingga terbangun projek-projek yang dijayakan di kalangan anak didiknya. Malah projek-projek tersebut merupakan suatu penerokaan baru dalam masyarakat Melayu.

Sebagai penggulung perbincangan para ahli panel, Profesor Madya Dr Fadzil hanyalah sekadar mengulangi sebahagian kata-kata atau isi perbincagan para panel dan menyatakan persetujuannya ke atas apa yang diperbincangkan oleh ketiga-tiga ahli panel tersebut. Selain itu beliau juga mengetengahkan semula beberapa hal apa yang telah dibawa oleh ahli-ahli panel, antaranya ialah keunikan penulis menghasilkan buku tersebut serta isi kandungan buku yang bersifat "practicable", iaitu jelas dan mudah difahami serta mampu dipraktiskan oleh para pembaca jika para pembacanya benar-benar ingin membaiki diri ke arah menjadi orang bertaqwa. Selain itu, Dr Fadzil juga menyatakan persetujuannya dengan Saudara Ann Wan Seng, bahawa penulis buku tersebut adalah seorang pendidik yang sejati sambil bersungguh-sungguh menyeru agar para hadirin membaca kedua-dua buku tersebut .
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2006 04:39 PM | Show all posts
Majlis Pelancaran Dan Bedah Buku Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia Mega View, Menara Kuala Lumpur, 20hb. Mei 2006 (Sabtu)


Majlis Telah dihadiri oleh lebih  200 orang yang terdiri dari tetamu VIPnya iaitu Dato' Ariffin Suhaimi beserta isterinya Datin Marhamah,Jeneral Bersara Akhbar Deen, ahli korporat, wartawan, guru, pelajarpusat pengajian tinggi, sekolah menengah, guru serta surirumah tangga.

Ucapan Wakil Rufaqa Corporation, En Luqman Hakim menyatakan bahawa isu kerosakan manusia yang kini melanda seluruh dunia berpunca dari salahmenerima tafsiran pendidikan itu sebenarnya. Pendidikan yang tidak mengaitkan Tuhan dalam kehidupan membuatkan manusia tidak dapat berkasih sayang sesama manusia.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang berbahagia Dato' Ariffin Suhaimi selaku Pengerusi PERKIM. Beliau menyatakan bahawa program Bedah Buku ini adalah satu majlis ilmu dan beliau juga telah banyak membaca buku-buku hasil tulisan Ustaz Hj. Ashaaari Muhammad. Beliau menyatakan bahawa Buku Pendidikan ini sangat penting buat manusia. Selama ini segala ilmu yang diajarkan dimana-mana sekolah ataupun pusat pengajian tinggi adalah ilmu yang rendah nilainya, tetapi ilmu dari Ustaz Hj. Ashaari suatu ilmu yang tidak ternilai kerana ia membawa manusia kepada Tuhan. Ilmu ini bukan sahaja setakat di akal tetapi jatuh kehati.

Ahli Panel terdiri daripada Dr Ir Abd Rahman Effendi, seorang jurutera berpengalaman dalam bidang kejuruteraankapal terbang  juga  motivator,Dr Ahmad Fauzi bin Dato' Hamid, Pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh,USM. Seorang lagi panel ialah Saudara Ann Wan Seng, yang merupakan Pengerusi MACMA dan juga seorang penulis.

Dr Abd Rahman sebagai ahli panel yang pertama sebelum membentangkan isi buku terlebih dahulu menyatakan tentang 2 pekara yang meyentuh kepada diri penulis dan isi buku penulis. Antara 3 keunikan diri penulis adalah dari segi ilmunya yang bukan sahaja ditulis dalam bentuk tulisan tetapi terlebih dahulu mengamalkannya serta istiqamah
sejak sekian lama hingga kehari ini.

Yang keduanya buku-buku yang ditulisnya sebanyak 72 buah, hanya  sebuah buku sahaja mempunyai bahan rujukan iaitu Berhati-Hati Membuat Tuduhan.Ini menunjukkan ilmunya datang dari Allah.  Bilamana seseorang itu bertaqwa,Allah akanmengajarnya. Ketiga ilmunya bersifat global bukan setakat ilmu asas
seperti usuluddin, tasawuf, feqah tetapi meyentuh soal ekonomi,pendidikan, kebudayaan,sains dan teknologi dan lain-lain lagi, Ia mencakupi seluruh aspek dalam kehidupan dan permasalahan umat manusia.

Dr Fauzi selaku panel yang kedua menyatakan bahawa tugas mujaddid adalah memperbaharui urusan agama dizamannya apabila sudah ketiadaan Rasul. Allah mengutus setiap 100 tahun, seorang Mujaddid  untuk memperbaharui urusan agama dizamannya. Dalam untuk membangunkan kemajuan material sesiapa sahaja boleh, tetapi dalam membangunkan manusia bukan sebarangan orang. Lebih-lebih lagi Rasul sudah tiada maka Tuhan datangkan Mujaddid  untuk mendidik manusia kembali kepada fitrahnya iaitu kembali kepada Tuhan Pencipta.

Selaku ahli panel yang ketiga,  Saudara Ann Wan Seng menyatakan bahawa buku beliau iaitu Rahsia Arqam telah diulas dalam Berita Harian, Khamis lepas (18/5/2006). Beliau telah digelar sebagai simpati Arqam.Beliau menyatakan ini bukan untuk 'backing' Ustaz Haji Ashaari tetapi beliau menyatakan hasil pengalaman beliau semasa menjalankan kajian
master. Dalam pengalaman dan perkenalannya dengan Ustaz Haji Ashaari, beliau melihat sendiri akhlak Ustaz Ashaari  dalam menerima dan melayan sesiapa sahaja tak kira agama. Beliau menyatakan rosaknya akhlak manusia ini adalah dari salahnya menerima pendidikan itu dalam ertikata yang sebenarnya. Di sekolah hanya merupakan pengajian dan pembelajaran sahaja tetapi tidak dikaitkan dengan pendidikan dimana pendidikan itu berhubungkait dengan Tuhan. Mereka memisahkan agama dan kehidupan dengan Tuhan.

Moderator majlis iaitu En Ridhwan Alisabi mengupas bahawa pentingnya peranan orang bertaqwa dalam mendidik manusia dan bantuan Tuhan itu akan datang bilamana seseorang itu bertaqwa. Juga menunjukkan kredibiliti penulis,Ustaz Haji Ashaari Muhammad  dalam menulis dan mengamalkannya hingga terbangunnya banyak rangkaian perniagaan serta  dapat menulis buku dalam masa yang singkat.

Sambutan peserta begitu baik dengan mengajukan beberapa persoalan dalam sesi dialog. Majlis ditutup dengan jamuan serta persembahan dan pentomen dari Mawaddah. Pembentangan Multimedia Book juga diselitkan pada masa tersebut. Multimedia Book merupakan VCD yang memuatkan 20 buah buku, 100 buah nasyid dan 1500 buah sajak yang semuanya adalah karya Ustaz Haji Ashaari Muhammad.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 10:04 AM | Show all posts
aku keliru maksimum lebih 10 tahun dah tentang:-
i). Al-Arqam.
ii). Abuya Ashari.
iii). Rufaqa.
sesapa yang master jemaah depa yang aku tau dah diharamkan nih... dapat terangkan secara rengkas apa kaitannya perkara i,ii dan iii itu dengan ugama Islam yang aku anuti ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by xcentric at 2-6-2006 10:04 AM
aku keliru maksimum lebih 10 tahun dah tentang:-
i). Al-Arqam.
ii). Abuya Ashari.
iii). Rufaqa.
sesapa yang master jemaah depa yang aku tau dah diharamkan nih... dapat terangkan secara rengkas  ...


BETUL-BETUL NAK TAHU KER?...

jika betul, sila lawati www.rufaqa.com dan www.rufaqadaily.com dan cuba hubungi emel dan contact no yg disertakan di dalam website tersebut. Anda boleh bersemuka secara langsung dengan pihak dan sumber yg tepat untuk membantu anda memperjelaskan KEKELIRUAN TERSEBUT.

buat apa persiakan masa bertanya di dalam thread ini, sekiranya anda benar-benar jujur ingin tahu, tentu anda akan mendapati cadangan saya mempermudahkan anda utk mendapat penjelasan.

sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2006 01:08 PM | Show all posts
InsyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 01:08 PM | Show all posts
Alhamdulillah semoga terbuak hati awak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 07:29 AM | Show all posts
hujah utk menolak Asaari Muhammad bukan setakat pada yaqazahnya shj, malah banyak lagi dlm hal2 lain. saya sendiri banyak menyimpan buku2 yg diterbitkan darul arqam, yg sudah menjadi senjata makan tuan bagi jemaah Asaari Muhammad dan dirinya sendiri. buku2 tersebut antaranya "Perang Teluk: Islam Akan Kembali Gemilang" terbitan jabt. syeikhul arqam, februari 1991. pada muka surat 120 dan 121, Asaari dgn jelas menyebut Imam Mahadi akan muncul di antara tahun 1991 hingga 1998, dan perang Teluk yg terjadi ketika itu adalah petandanya. beliau menulis:

"Pandangan sya ini mungkin mencetuskn kontroversi pd sesetgh org, tetapi sya minta tuan2 yg tergolong dlm golongan ini (yg cuba dikontroversikan), bersabar dulu. jgn mudah melatah & emosional. sya beri masa dan peluang utk saudra saudri fikirkn secara rasional. bacalah hadith2 tentang tanda2 hampir qiamat. perhatikan satu persatu ucapan rasulullah itu, apakah sudah terjadi atau belum? tunggu dan lihatlah sendiri akan kebenarannya.

Kalau masih mahu marah juga kpd saya, tunggu dulu 7 tahun utk dapat jawapannya. selepas berakhir 7 tahun, dan sekiranya apa yg sya katakan ini tidak terjadi, terpulanglah kpd saudra saudri utk menghukum saya. walaubagaimanapun saya minta jgn marah dulu. bersabarlah menunggu hingga sampai 7 tahun dari sekarang (1991). tapi bagi saya, kemungkinan lbih awal dari itu. mungkin tidak sempat saudra saudri menunggu 7 tahu. mungkin dia muncul lbih awal dari itu. inilah firasat saya."

adakah Imam mahadi sudah muncul sebelum 1998 spt firasat Asaari? mengapa hingga hari ini masih belum dikhabarkan lg tentang kedatangan Imam Mahadi yg akan disambut tangannya oleh "pemuda" bani tamim ini?

selain itu, banyak lagi hujah2 lain, dari buku2 Asaari dan org2 arqam sendri yg tersimpan baik dlm kutub khanah sya, cthnya "Siapa Mujaddid Kurun Ke 15?" terbitan shoutul arqam 1987 olh Asaari Muhammad, buku "Perang Salib di Teuk Parsi: Saddam Bela Islam" yg ditulis olh penulis2 arqam antaranya Pahrol Mohd Juoi, ABd HAlim Abbas (timbalan Asaari ketika itu, kini jadi musuh Asaari), Khadijah Aam, Soid Sulaiman, dll lagi termasuk saudra Zabidi yg sekarang lantang menentang Asaari dan jemaahnya.

pd ketika itu org2 Arqam amat berminat dgn peristiwa perang Teluk dan mereka banyak memanipulasinya utk meyakinkan org awam bahawa tanda kemenangan islam (kemenagan arqam sebenarnya) sudah hampir.

banyak hasil2 tulisan yg boleh dikaji utk kita menolak Asaari dan jemaahnya, seperti "Hitam Putih Darul Arqam" olh Mohd Sayuti Omar, penulis yg telah cuba dipancing olh Asaari utk menguatkn jemaahnya namun tidak berjaya. akhirnya penulis inilah juga yg telah menelanjangkn Asaari serta org2 kanannya dan jemaah al arqam, sehingga terserlah perkara2 yg cuba dinafikn org arqam selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 11:45 PM | Show all posts
Bincang berbaik....

Beginilah, aku sebenarnya memg sibuk sejak akhir2 ini, buka forum cari ni pun dah tak sempat,
aku rasa yg lain2 pun cam tu juga...

lgpun ini bukan ERA utk brsoaljawab lagi dah berlalu...di forum ini...

Sebab isu Abuya Ashaari Muhammad sebagai PBT sudah jadi era glokal..

http://puterabanitamim.blogspot.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.224138 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list