|
SEBUTIR KURMA
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.
Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Ia shalat dan berdoa khusuk sekali.
Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.
"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.
Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.
Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.
"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.
"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.
"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".
"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.
Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."
Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.
4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.
Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.
"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."
" Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah e-mail ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu..."
Semoga bermanfaat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
RENUNGAN
Hari tu aku ada nampak satu thread yg berkaitan, ustaz jj buka tapi aku cari tak jumpa so buka la yg baru...dipetik dari Berita Harian ..sempena Ramadhan ni...ingatan untuk yang kena bayaq fitrah..kalau yg ditanggung tu pulak jangan lupa ingatkan yg menanggung suh bayaq..dalam kesibukan dok cari baju raya kasut raya kuih raya semua tu jgn terlepas pandang yg ni pulak....Due pagi raya tu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sinar Ramadan: Zakat fitrah penambah kekurangan puasa
ZAKAT fitrah wajib ditunaikan bagi setiap orang yang dikira masih mempunyai makanan mencukupi untuk diri dan tanggungannya pada Aidilfitri.
Kefarduan zakat fitrah terhadap setiap Muslim dinyatakan oleh Umar berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah mewajibkan zakat fitrah daripada Muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Said al Khudriy bermaksud: "Ketika Rasulullah masih berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan sama ada berupa keju, gandum, kurma atau anggur kering."
Dalam ibadat lain, pelaksanaan ibadat dilakukan sendiri oleh orang berkenaan. Sebaliknya, bagi zakat fitrah, ia dijelaskan oleh ketua keluarga bagi pihak ahli keluarganya.
Ketetapan itu memperlihatkan tanggungjawab ketua keluarga dalam membawa kesejahteraan hidup kepada seluruh ahli keluarga melalui ibadat zakat dilakukan.
Ahli keluarga mempunyai kemampuan menjelaskan sendiri zakat fitrah, elok baginya melakukan sendiri. Ia sebagai permulaan melaksanakan tugas yang mungkin ditanggung apabila berkeluarga nanti.
Kewajipan ketua keluarga membayar zakat fitrah bagi orang ditanggung adalah seperti dia wajib membayar bagi dirinya. Jika tidak membayar zakat fitrah bagi orang ditanggungnya adalah seperti dia tidak membayar zakat fitrah bagi dirinya.
Zakat fitrah atau disebut juga zakat diri, diwajibkan kepada semua Muslim, tidak kira kecil, miskin mahupun hamba. Ia bukan hanya diwajibkan kepada golongan kaya seperti difahami kebanyakan orang.
Perkara ini amat berbeza berbanding kefarduan ibadat lain yang hanya diwajibkan kepada individu sudah baligh. Begitu juga diwajibkan dilakukan oleh seseorang mengikut keupayaannya.
Ia berbeza dengan zakat harta, ternakan, perniagaan, galian, simpanan dan pertanian kerana hanya diwajibkan kepada yang memiliki sejumlah hasil agak banyak.
Ia jelas membuktikan kepentingan zakat fitrah kepada setiap Muslim dan seluruh masyarakat yang mendapat manfaatnya.
Sesungguhnya kefarduan zakat fitrah menguji ketakwaan dan keikhlasan yang tiada tandingannya. Zakat fitrah membersihkan orang berpuasa daripada sebarang kekotoran atau dosa tidak dibersihkan sepanjang ibadat puasa. Ia juga menambah kekurangan dalam ibadat puasa.
Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Ibnu Abas bermaksud: "Diwajibkan oleh Rasulullah bahawa zakat fitrah membersihkan bagi orang yang berpuasa dan pemberi makan bagi orang miskin.
"Barang siapa menunaikan sebelum solat hari raya, maka zakat itu diterima dan barang siapa yang membayar selepas solat, zakat itu sebagai sedekah biasa." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
[ Last edited by mantan at 30-9-2006 11:41 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sempena bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain gak.lagi dari BH...selamat menguruskan masa
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramadan Al-Mubarak: Manusia gagal urus masa ibarat zalimi diri sendiri
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
PEPATAH ada menyatakan bahawa masa itu emas, pada hal masa sebenarnya tidak dapat dinilai harganya dan masa yang berlalu itu adalah detik kehidupan manusia.
Masa berlalu tidak mungkin kembali lagi dan tinggal kini hanya masa sekarang dan akan datang.
Namun, kebanyakan manusia begitu leka dan alpa apabila datang masa yang dinanti-nanti yang menghiasi kelangsungan hidup makhluk di bumi Allah terbentang luas ini.
Oleh sebab itulah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 揂da dua nikmat di mana manusia sering lalai dan leka iaitu masa sihat dan masa lapang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #66 jj's post
:nyorok: tak abis bace gi..nak tumpang bace gi |
|
|
|
|
|
|
|
ok tenkiu ye bang ye bang jj...cari tak jumpa tadi tiga pat belek semua page dok cari...kelabu mata ka pa dak tau posa2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mantan at 1-10-2006 06:00 AM
ok tenkiu ye bang ye bang jj...cari tak jumpa tadi tiga pat belek semua page dok cari...kelabu mata ka pa dak tau posa2 ni
:lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
:jeling: hikhikhik......... |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk semua...jangan lupa bayaq utang wehhhhh...hat bank boleh la ingat pasai dia hantaq bil...hat utang ngan org biasa ni camna nak ingat kalu dah lama2...teringat aku dulu masa kes pinjaman kredit makro gomen buat...ramai hat kaya pinjam mmg niat tak mo bayaq....pastu reta semua tukaq nama...bila declare bankrup tadak la efek pa kat depa...dunia..dunia..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pesan Rasulullah: Wajib bayar hutang walaupun meninggal
DARIPADA Abu Hurairah katanya: 擲eseorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu, sahabat tidak senang terhadap orang itu.
Maka, bersabda Nabi SAW: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun tgh dok buat hat ni..bila posa..bila buka posa tu yg paling mencabar...patutla orang kaya yg beriman yg lebih Allah suka drp yg miskin yg beriman...dugaan hidup senang lebih hebat dari dugaan jadi org susah...jadi org susah takdak dugaan membazir, sedekah, zakat, masa (org susah takyah susah pikiaq pa boleh concentrate ibadat saja, org kaya kena uruskan masa nak uruskan harta lagi, nak ibadat khusus lagi)..apa aku membertih ni..:lebai:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sinar Ramadan: Pertahanan kukuh lawan nafsu jahat
RAMADAN bukan bulan yang menyebabkan umat Islam lemah walaupun difardukan berpuasa pada siang harinya. Sebaliknya, ia bulan yang sepatutnya meniupkan semangat berjuang untuk melawan musuh sama ada berbentuk dalaman seperti memerangi nafsu atau musuh luaran untuk menghancurkan umat Islam melalui pelbagai teknik dan bentuk penghancuran.
Oleh itu, apabila umat Islam berjaya melawan nafsu, maka mereka akan berjaya melawan musuh yang sentiasa mengancam dari luar. Apabila umat Islam sentiasa memusuhi nafsu jahat, maka mereka akan sentiasa melawan musuh yang memadamkan cahaya Allah.
Sebaliknya, jika umat Islam tidak mempunyai pertahanan diri kukuh dalam melawan nafsu jahat, maka kebanyakan mereka turut tumbang apabila berhadapan dengan serangan kufar.
Inilah pentingnya tarbiah pada Ramadan yang mampu melahirkan umat bukan saja dapat menahan diri daripada godaan hawa nafsu, malah melatih diri untuk berhadapan dengan musuh di alam nyata.
Hal ini dapat dilihat daripada catatan sejarah kegemilangan Islam pada zaman Rasulullaah SAW dan sahabat. Contohnya, peristiwa pembukaan kota Makkah yang berlaku pada Ramadan. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-8 hijrah.
Pembukaan kota Makkah dilihat sebagai kejayaan penting dalam peribadatan dan perkembangan syiar Islam kerana di sini terletak kiblat bagi orang Islam iaitu Kaabah.
Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalam naungan Quraish bertindak menyerang Bani Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan Rasulullah SAW.
Serangan Bani Bakr dibantu pihak kafir Quraish. Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam kerana dengan pertolongan itu, pihak Quraish melanggar perjanjian Hudaibiah yang dipersetujui mereka dengan pihak Islam.
Lebih-lebih lagi, serangan itu menyebabkan berpuluh-puluh orang daripada Bani Khuzaah terbunuh. Menurut catatan sejarah, hampir 20 orang terbunuh dalam serangan itu.
Oleh kerana serangan itu dibantu pihak Quraish, maka Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani Khuzaah bergegas ke Madinah untuk memberitahu dan meminta bantuan daripada Rasulullah.
Apabila pihak Quraish mendengar permintaan Bani Khuzaah kepada Rasulullah SAW, mereka begitu menyesal, lalu menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu dan memohon maaf di atas tindakan mereka.
Namun, Rasulullah SAW dan sahabat tidak menghiraukannya. Dengan keputusan itu, beliau pulang dengan perasaan hampa dan kecewa ke Makkah.
Oleh kerana perjanjian Hudaibiah dilanggar pihak Quraish, maka Rasulullah SAW menyiapkan Muslimin dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang berangkat ke Makkah.
Keberangkatan Rasulullah SAW dan sahabat ke Makkah dijangka oleh pihak Quraish.
Catatan sejarah menjelaskan bahawa sahabat dapat mematahkan cubaan Hatob untuk mengutuskan surat ke Makkah bagi memaklumkan keberangkatan Muslimin.
Apabila Hatob dihadapkan kepada Rasulullah SAW, beliau menjelaskan bahawa tujuan mengutus surat ke Makkah melalui seorang wanita bertujuan memaklumkan kepada keluarganya mengenai keberangkatan Muslimin dan bukan berpaling tadah atau murtad.
Alasan ini diterima Rasulullah SAW kerana beliau adalah salah seorang pejuang di medan Badar yang Allah menjanjikan keampunan.
Setiba Rasulullah SAW di Makkah, orang Islam berjaya memasukinya tanpa tentangan sengit. Walaupun beberapa pertempuran berlaku, ia dapat dipatahkan oleh Khalid Ibn Walid dan sahabat lain.
Apabila Rasulullah SAW memasuki kota itu, Baginda bertindak menghancurkan berhala di sekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di Makkah. Pihak Islam juga memberi layanan amat baik kepada orang Quraish.
[ Last edited by mantan at 1-10-2006 07:54 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kematian pak cik sedarkan Nur Darwisyah
Oleh: ZUARIDA MOHYIN
NUR DARWISYAH YAP ABDULLAH.
SUNGGUHPUN pengetahuannya tentang Islam kosong namun satu perkara mengenai agama itu yang diminatinya ialah azan.
Acap kali bila berkumandang suara lunak bilal melaungkan azan, Yap Foong Ming terpegun meskipun beliau tidak mengetahui maksudnya.
Akui wanita kelahiran Kepong, Kuala Lumpur ini lagi, minatnya kepada azan bukan dibuat-buat tetapi ia lahir secara semula jadi dalam diri. Foong Ming yang kini menggunakan nama Islam Nur Darwisyah Yap Abdullah, 27, berkata, kecenderungannya menghayati laungan azab bermula semenjak di bangku sekolah rendah. Malah pada waktu itu, ia sekadar suka-suka.
揝aya mengenali Islam kembali apabila mula bekerja pada tahun 1998. Selepas tamat pengajian di sebuah kolej swasta, saya diterima berkhidmat sebagai kerani di sebuah syarikat akauntan milik seorang usahawan yang beragama Islam.
揃oleh dikatakan majoriti kakitangan di pejabat itu beragama Islam. Jadi bermula dari situlah saya mengenali lebih rapat masyarakat Melayu yang beragama Islam. Lama-kelamaan pengetahuan tentang Islam bercambah dan tidak lagi di takuk kosong, |
|
|
|
|
|
|
|
ff:
thread nie slow ja noo. tak macam hat satu tu... baru bukak saja dah mencanak 8 page....!
aku rasa hat thread nie lagi elok untuk kecantikan kita sebagai umat islam.....!
:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
just nak peringat balik....dah bayar zakat fitrah ker.....lebih afdal bayaq cepat...coz senang nak agih pada fakir sebelum tiba raya.....
salammmmmzzzz.....
p/s peringatan buat semua forumer n lebih2 lagi diri aku yang hina & daif....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jj at 5-10-2006 11:29 PM
ff:
thread nie slow ja noo. tak macam hat satu tu... baru bukak saja dah mencanak 8 page....!
aku rasa hat thread nie lagi elok untuk kecantikan kita sebagai umat islam.....!
:nerd:
aku tlg meriah kn la yer... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengunaan MAYSALLAH
Sebarkan kepada kawan/sahabat. Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer p ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah" dalam situasi yang silap.
Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.
Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.
Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.
Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).
Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya..!
Wallahulam....!!!
[ Last edited by ctmufizano at 6-10-2006 10:27 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
"10 AMALAN YANG TERBALIK"
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari) |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn Lewatkn Sahur
Perhatian untuk orang yang suka sahur lewat.
1. Rasullullah menganjurkan kita mencepatkan berbuka dan ta'akhir
sahur.
2. Rasulullullah juga menganjurkan supaya kita berhenti sahur
sekurang-kurang membaca 50 ayat Al Quran sebelum subuh.
3. Walaupun begitu kita boleh bersahur sehingga nyata benang putih dan
benang hitam(naik fajar) - maksud Al Quran.
4. Hukum ta'khirkan sahur adalah sunat. Oleh itu ada orang makan
sehingga waktu subuh atau dengar azan.
5. Untuk berjaga-jaga supaya sahur tidak terlajak masuk kedalam waktu
subuh maka ulamak-ulamak falak di Malaysia telah menetapkan waktu
imsak(menahan diri dari makan & minum) 10 minit sebelum sahur.
Saudara-saudari,
Baca dan renung baik-baik keterangan saya dibawah ini.
1. Dalam Takwim yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Negeri Kedah
ada Nota PERHATIAN - Waktu akhir tiap-tiap sembahyang ialah 5 minit
sebelum masuk waktu sembahyang berikutnya.
2. Maknanya jika dalam Takwim menyatakan waktu Subuh pukul 5.50 pagi,
waktu imsak telah tamat 5 minit sebelumnya iaitu pukul 5.45 pagi. Waktu
subuh sebenarnya ialah 5.45 pagi. Justeru itu siapa yang masih minum
pada pukul
5.47 bermakna ia telah minum selepas waktu subuh, maknanya dia tidak
berpuasa lantaran jahil waktu taqwim(bukan jahil ugama). Oleh itu
JAGA-JAGA JANGAN TAK PUASA. PUASA IALAH RUKUN ISLAM. ORANG YANG BERAMAL
MESTI BERILMU, MESTI ADA ILMU MENGENAI AMALAN ITU. Taarig puasa ialah
Menahan diri dari makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan
puasa
dari naik fajar hingga jatuh matahari.
3. Kenapa Jawatankuasa Takwim tulis tiap-tiap waktu sembahyang lewat 5
minit?. Jawapannya : Dalam Seminar Falak Syarei di KUZA Terengganu pada
tahun 1990 an (tak ingat tarikh tepat) waktu masuk waktu sembahyang
hendaklah ditulis 5 minit lewat bagi menyelamatkan orang yang hendak
solat awal, pada hal ketika itu mungkin ia memakai jam yang cepat 1
atau
2 minit.
Jika waktu sembahyang ditulis tepat seperti hakikatnya maka orang itu
telah sembahyang padahal waktu belum masuk. Dia perlu sembahyang awal
mungkin kerana nak pergi kerja cepat atau masalah lain, jadi dia
sembahyang tanpa azan, tanpa iqamat, terus tengok jam dan sembahyang.
Jadi sembahyang tidak diterima kerana belum masuk waktu.
4. Jawapan kedua. Kawasan sesebuah negeri itu kawasan yang luas.
Contohnya
Kedah. Kawasan paling timur ialah Baling dan kawasan paling barat Kedah
ialah Yan. Baling terima matahari lebih awal dari Yan lebih kurang 2
minit, kerana matlak(longitude) Baling disebelah timur dan matlak Yan
di
sebelah barat. Takwim hanya menyatakan satu waktu sahaja iaitulah 5
minit lewat dari tempat tengah-tengah Kedah. Secara rambangnya Alor
Setar. Sebab itulah kita tengok negeri disebelah timur kita berbuka
puasa lebih awal dari kita.
5. Jawapan ketiga. Dalam kiraan waktu sembahyang ahli falak mengira
kepada
1 saat terhampir. Contohnya waktu subuh 5.45 pagi, mungkin kiraannya
pukul
5 j 45 minit 20 saat( 5.45.20). Kita tak boleh tulis 5.45 kerana 5.45
belum masuk subuh. Waktu sebenar ialah 5.45.20. Oleh itu kita tulis
5.46
pagi hasil kiraan, kerana manusia melihat jam dan minit sahaja ketika
mereka menggunakan masa. Kita tambah lagi 5 minit atas sebab-sebab
diatas lagi.
5.46 + 5 minit jadi waktu subuh 5.51 pagi.
Saudara saudari
JANGAN LEWATKAN SAHUR SAMPAI TERKELUAR WAKTUNYA.
Sekian, TQ
[ Last edited by ctmufizano at 6-10-2006 10:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Apa Yg berlaku semasa kita berpuasa....
Pengetahuan Semasa Berpuasa...
Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:
Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, (sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
(vii) Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara berpuasa yang tidak berkesan:
i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
vi) Tidur selepas kenyang makan
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
i) Kopi dan teh.
ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti
burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
v) Merokok
Fasa-fasa puasa yang berjaya:
Fasa pertama (2-3 hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga (14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
ii) Makan kerap
iii) Kuih-muih yang payah dihadam
iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
i) Kurang makan kerana perut dah kecut
ii) Kesihatan bertambah baik
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)." |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|