CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nocturna

Silat Ghaib

[Copy link]
Post time 11-10-2012 02:33 PM | Show all posts
kupia posted on 26-7-2006 11:58 PM
As'kum,

Cerita pasa silat ni memang tak salah belajar silat, seni mempertahankan diri warisan bu ...

setuju ngan kupia.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 03:54 PM | Show all posts
Luckman posted on 9-10-2012 06:43 PM
Aku pernah 'pnjam' silat ghaib nie...(silat harimau) masa memuda dulu, nak cuba konon. Kalau tak sil ...

Salam..

Marah itu kawan syaitan. Mesti ada sebab kenapa ilmu itu menjadi kalau cepat marah.

Rasulullah s.a.w menyarankan kalau marah, pergilah mengambil wuduk. Kalau x pun sekurang2nya berta'awuz dan beredar dari tempat tersebut. Kalau duduk, berdiri.. kalau berdiri, duduk.

Apa2 pun Silat yang melibatkan gerak tanpa belajar dari guru manusia ini sangatlah rumit. Bukan semuanya melibatkan jin tetapi sudah pasti menimbulkan fitnah kepada yg mengamalkan. Hanya jauhari juga yg kenal manikam.

Untuk kita yg daif dan tak tahu apa2 ni, baik belajarlah berguru manusia dan elakkan silat2 ghaib ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 03:57 PM | Show all posts
amirezu posted on 9-10-2012 12:57 PM
apa kata @ariapersanta pasal silat ni?

bagi yang faham , dia mmg faham  orang tak faham tapi  belajar nak faham mmg boleh faham,
yang tak nak faham dan menghukum tu yang payah nak bagi faham ..sbb cakap apa pun tetap tak faham2 (tak nak terima) ..heehe
So Gue tak mau cakap apa lagi dong ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 04:02 PM | Show all posts
jefrilza posted on 11-10-2012 02:31 PM
saka budak yang tendang muka kawan hang tu tak puas hati ngan saka yang dok dalam badan kawan hang ...

hahahaha...memang lawak kan.

Tapi memang realiti pun. Dekat tempat kerja saya ada sorg bekas komando ni  baru masuk  bekerja sebagai detektif in house.
Tgh2 berjalan saya perkenalkan tetibe dia mendehem bila sampai kat seorang otai alim tempat kerja sy. Mamat ni buat bodoh je le..siap gulung rokok daun lagi time tu..

Tetibe dia leh sound komando ni.. "Ko berani masuk tempat aku ye.." Time tu sy tgk si komando tu dah mcm Bruce Lee dah. Gaya sebijik mcm dalam The Way of The Dragon. Ahh sudahh...
Tapi otai ni terus senyap pastu dia baca hape ntah sambil kisar2 daun gulung tu. Tup2 terus lembik jatuh mamat komando tuh x sedarkan diri...

Esoknya terus berhenti mamat komando tu. Bila saya tanya balik kat otai tu..dia senyum je. Last2 korek dgn member rapat dia, dia cakap la masa mamat tu masuk, dia nampak ada lembaga tinggi mcm bayang2 dekat belakang komando tu. Hantu tinggi katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 05:17 PM | Show all posts
ariapersanta posted on 11-10-2012 03:57 PM
bagi yang faham , dia mmg faham  orang tak faham tapi  belajar nak faham mmg boleh faham,
yang t ...

betul2. setuju dengan saudara aria

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 05:58 PM | Show all posts
evilcooler posted on 11-10-2012 04:02 PM
hahahaha...memang lawak kan.

Tapi memang realiti pun. Dekat tempat kerja saya ada sorg bekas ko ...

hehehe... saka pun ada yang tak puas hati sesama sendiri...

tulah kadang2 orang yang ada saka dalam diri dia.. bila dia pergi tempat yang saka tu tak selesa, mulala saka tu meracau, rimas segala... panas telinga la... yang effectnya tuan punya badan.. orang ingat kna rasuk bagai.. ingat penunggu tempat tu yang kacau.. padahal.. saka dalam diri yang buat kacau...

kalau leh buang.. buang je la saka tu.. tapi tu la tok nenek kita dulu2 punya hal.. kita yang kena tanggung hazabnya...

kalau dah main2 ghaib ni.. mesti berkaitan dengan jin... berwaspadala.. jangan main amik dan terima je ilmu yang kita rasa pelik ni...




Last edited by jefrilza on 11-10-2012 06:00 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2012 06:17 PM | Show all posts
Saya pernah temubual dengan beberapa orang yang belajar dan berubat, ada dua perbezaan:

1) Silat ghaib/seru kemasukkannya seperti angin sepoi2 atau apa saja rasa atas masing2 langsung boleh bersilat dengan gerak yang betul/cantik. Kadangkala kemasukan agak keras, disertai nafas mendengus. Bila nak berhenti agak payah, ambik masa beberapa minit dan keletihan selepasnya.

2) Niat saja dan macam arus letrik mengalir dan terdengar seperti bunyi ngg-ngg di telinga pengamal, boleh bersilat tapi gerakkan yang mengarut. Gerakan lebih kepada seperti taichi. Gerakan itu akan lebih lawa dan teratur bila berlatih selalu dan makan tahun nak mahir. Bila nak berhenti, niat aja dah berhenti.

Dari dua ciri di atas dan kajian amalan 2 grop tadi, satu daripada mereka memakai silat seru dampingan khadam. Kedua silat seru juga tapi bukan dampingan tapi hasil latihan energi chi/qi/tenaga dalam disertai kekuatan minda. Bermakna akal mengawal segalanya. Kalau orang itu tak pernah tengok silat harimau, dia takkan bersilat seperti harimau, hanya gerakan tangan mcm harimau tapi bukan silat harimau.

Selagi lagi ini ikut takrifan melayu punya, takrifan Wahabi... lebeh kren gan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 06:33 PM | Show all posts
te_peng posted on 11-10-2012 06:17 PM
Saya pernah temubual dengan beberapa orang yang belajar dan berubat, ada dua perbezaan:

1) Silat  ...

Apa kes dgn waris Pak Wahab ni Akhi Te Peng.... marah bebenor nampaknye mike tuh ...

Kalau dgn waris Pak Wahab ni manjang bidaaah semuanya ....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 06:36 PM | Show all posts
Dalam PSSGMM mereka yang diajar Ibu gayong harus bergelanggang fizikal juga untuk mengemaskan langkah dan memahami pergerakan bila buka gerak.
sebab ianya ilham jadi kalau tak bergelanggang tak faham apa fungsinya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 12:23 AM | Show all posts
ariapersanta posted on 11-10-2012 06:33 PM
Apa kes dgn waris Pak Wahab ni Akhi Te Peng.... marah bebenor nampaknye mike tuh ...

Kalau dgn  ...

Dalam ni kan banyak takrifan, jadi sebelum sebu dengan disangka sebagai pendapat sahih, baiknya hamba menduga arus tiupan angin laut, kalau sauhnya besar masakan bergoyang ditiup angin sepoi. Kalau anginnya bak beliung bertiup pun, abis-abis riungnya saja pecah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 11:26 AM | Show all posts
te_peng posted on 12-10-2012 12:23 AM
Dalam ni kan banyak takrifan, jadi sebelum sebu dengan disangka sebagai pendapat sahih, baiknya ha ...

puh bahasa ...menusuk Qalbu ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 06:54 PM | Show all posts
azredclaw66 posted on 9-10-2012 06:55 AM
Itu jinlah tu...jangan disambut...bahaya...buat tak tahu udahhh....tingkatkan ibadah...cunnn..:lovel ...

erk, dlm mimpi aq tuh, ada seorang tua berpakaian putih jugak, dia tgok aq dri jauh je, seriau jugak aq, sedar terus dri mimpi
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 10:54 AM | Show all posts
mimpi ... kalau datang betul barulah seriau
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 01:55 PM | Show all posts
ariapersanta posted on 13-10-2012 10:54 AM
mimpi ... kalau datang betul barulah seriau

jgn la bgi dia dtg betol
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 12:59 PM | Show all posts
Nocturna posted on 10-5-2006 06:07 PM
dalam kes aku ni si B laa bukak kunci..ajar cemane ayat2 tu... ade sorang nie kawan kepada A B dan C ...

macam pencak  persilatan ibu gayung je....
sblm masuk gelanggang..diorg akan menyeru...
bila dah masuk gelanggang diorg bukak sembah tari permainan..
kalau mereka masuk gelanggang sendeng..diorg akan bukak sembah tari..lg cantik dan kemas dr pelatih disitu..
padahal diorg xbelajar pun silat tu..

kisah ni mmg terjadi kt saya..diorg masuk ke gelanggang kami,dan buka sembah tari sendeng..diorg nak guru kami memperakui persilatan mereka..mcm biasa,,guru kami mengiyakan dan memperakui persilatan tu..

masa waktu perlimau..ada seorg dr mereka xdpt seru..muka dia dah biru masa tu,yelakan masa nak sparring tetiba je wathall..guru saya kasi masa kt dia,tp masa tu la saya yg cuak sbb dia jd partner sparring..lama jugak..rasa mcm sejam(mungkin perasaan takut tu ade lg)..bila time sparring tu banyak juga dia dpt elak buah pukulan..saya yg banyak terima pukulan(sakit tu xyah ckp la..bibir dan mulut pecah)pergerakan saya seolah2 mcm dikunci seseorg,sy dpt rasakan keadaan itu..sbb buah pukulan saya asyik pecah 4 je..(pecah bunga4..7..9..12..15..18@(18 pukulan naga,sbb ade masuk buah kuntau dan tomoi jawa@siku12)..
mmg saya akui kehebatan persilatan tu..penyudahnya xde sapa yg tumbang....diorg diberi persalinan tp xdiberi ijazah dr guru kami..
masa upacara persalinan tu,guru saya bersuara pada mereka dan cikgu mereka..masa masuk gelanggang org kena hormat,masa sparring jgn ganggu orang nak sparring,sparring tu bkn nak tunjuk silat mana yg hebat,jgn lah guna ayat pengunci tu utk menolong sahabat tgh sparring,kalau ALLAH tak makbul kan dan tetiba kamu kalah,lg malu besar kamu semua..
ingat lah pesan saya ni,kalau nak ke gelanggang persilatan lain....saya sesaje je xnak patahkan kunci tu,sebab nak tgk sampai tahap mana si 'ah ni faham tentang silat,kegunaannya dan amalan yg saya ajarkn pada semua murid2 saya..alhamdulillah dia bersemangat kental dan waja..itu sahaja yg saya ingin katakan..pada kamu berlima(geng silat ibu gayung)..saya akan ajarkn 2buah pukul(maut)..dr persilatan ini..lepas siap istiadat tu mereka masuk ke dlm rumah guru saya...bila mereka keluar..saya tgk sorang-sorang muka macam malu-malu...saya dan kawan2 menamatkan upacara istiadat tu....sambil meraikan majlis tamat pengajian mereka di gelanggang kami(dalam satu hari,mereka dah tamat)hebat mereka ni,saya setahun baru tamat..tp saya respek kt mereka..sejak kena sound ngan guru kami,diorang dah xsombong dan berlagak mcm dulu..kalau tak asyik nak gaduh je,tak kira sapa...semua kena lipat...masuk gelanggang orang terus cabar anak murid dr persilatan yg mereka pernah masuk..



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 10:45 AM | Show all posts
DALAM ISLAM KITA BANYAK KALI DI AJAR MENCEGAH LAGI BAGUS DARI MENGUBATI.TU TERMASUK ZINA..ETC..DALAM ISLAM JUGA KITA DI AJAR MENOLAK PERKARA WAS2..SENANG NAK BELAJAR SILAT BELAJAR YANG BIASA TAK DE ISI..BARU LA JANTAN..KENA SEPAK REAL SAKITNYA..BARU ANAK JANTAN!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah benar orang atas ni  chill ler ni thread 2006 kot hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah benar orang atas ni  chill ler ni thread 2006 kot hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah benar orang atas ni  chill ler ni thread 2006 kot hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah benar orang atas ni  chill ler ni thread 2006 kot hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.137402 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list