|
Edisi KL: 15,000 meter air kena curi
Oleh Mohd Sabran Md Sani
[email protected]
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) merekodkan 15,000 kes kecurian meter air sejak Januari 2005 hingga Mac lalu untuk dijual sebagai besi buruk berikutan kenaikan harga tembaga di pasaran.
Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail, berkata pencuri menjadikan kawasan perumahan baru dan flet sebagai sasaran dan kes berkenaan dilaporkan semakin meningkat kebelakangan ini.
揑a terbukti melalui rekod sepanjang tiga bulan pertama tahun ini membabitkan 5,700 kes kecurian meter air berbanding 9,800 kes sepanjang tahun lalu.
揕ebih ketara kes itu membabitkan semua daerah dalam kawasan operasinya seperti Kuala Langat, Hulu Selangor, sekitar zon selatan Kuala Selangor, Sabak Bernam, Wilayah Gombak, Wilayah Klang, Wilayah Sepang, Wilayah Hulu Langat, Wilayah Petaling dan sekitar ibu kota, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Marah anak pukul bapa
Oleh Adnan Mohamad
KOTA BHARU: Sebuah keluarga yang singgah di sebuah kedai makan tidak sempat menjamu selera selepas diserang seorang lelaki dipercayai menggunakan sebatang besi dalam kejadian di Kampung Gok Kapur, dekat sini, Sabtu lalu.
Ketika kejadian, mangsa, Hamzah Husin, 40, seorang tukang jahit sedang bersiap untuk menjamu selera bersama keluarganya kira-kira jam 9.30 malam.
Mangsa dipercayai dipukul seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang menghampirinya ketika berada dalam kedai makan terbabit.
Menurutnya, pada waktu itu dia bernasib baik kerana seorang anaknya (Norizan, 15) sempat melihat seorang daripada kumpulan lelaki yang berada di luar kedai masuk dan menghayun sebatang besi yang dibalut kertas surat khabar ke arah kepalanya.
Katanya, anaknya memberi amaran kepadanya serta sempat berpaling dan menahan pukulan itu dengan tangan kanannya hingga terjadi pergelutan sebelum dileraikan orang ramai yang berada di tempat kejadian.
揚enyerang terbabit datang bersama rakan bermotosikal sempat memberi amaran kepada saya supaya jangan masuk campur urusan antara mereka.
揝aya percaya sebenarnya kumpulan lelaki itu yang berusia antara 20 hingga 25 tahun menyimpan dendam terhadap anak saya (Ismail, 18) yang pernah berselisih faham dengan mereka sebelum ini, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Mengaku bukan Islam
Oleh Azahar Hashim
[email protected]
KULIM: Seorang lelaki berusia 32 tahun sanggup mengaku bukan beragama Islam selepas dia didapati berdua-dua bersama seorang wanita dalam operasi mencegah maksiat yang dilancarkan Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), di sini, Jumaat lalu.
Lelaki itu ditahan bersama pasangannya, seorang wanita Indonesia bukan beragama Islam berusia 34 tahun ketika berada di dalam bilik di sebuah motel di Taman Seroja, dekat sini.
Penolong Pegawai Agama Daerah Kulim, Azmi Abdul Rejab, berkata ketika disoal siasat, lelaki terbabit pada mulanya memberitahu dia bersama pasangannya bukan beragama Islam.
Malah, beliau berkata, ketika penguat kuasa PADK meminta kad pengenalannya, lelaki terbabit memberi pelbagai alasan.
揝elepas didesak beberapa kali barulah lelaki terbabit mengaku dia beragama Islam dan membuat pengakuan bukan beragama Islam sebelum itu kerana takut ditahan penguat kuasa PADK.
揚emeriksaan lanjut mendapati pasangannya seorang warga Indonesia dan bukan beragama Islam. Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Kulim untuk laporan tangkapan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Pesakit jiwa hilang
Oleh Abdullah Wahab
[email protected]
KUALA LUMPUR: Seorang pesara, Othman Ibrahim, 67, merayu orang ramai membantu mengesan anaknya, Kamal Azlan, 34, yang hilang sejak 2 Mei lalu.
Othman berkata, anaknya yang mengalami sakit jiwa sejak 2001, keluar dari rumahnya di Kampung Haji Abdullah Hukum di sini kira-kira jam 3 petang dengan memakai seluar berwarna hitam dan kemeja-T kuning.
Menurutnya, kehilangan anak kedua daripada lima beradik itu cukup memberi kesan kepada keluarganya kerana walaupun sakit, dia rapat dengan anggota keluarga lain.
揝epatutnya Kamal ke Hospital Tengku Ampuan Rahmah, Klang pada 4 Mei lalu bagi mendapatkan rawatan. Tetapi disebabkan dia menghilangkan diri, kami tidak dapat menghantarnya.
揝ebelum keluar, dia hanya membawa kad pengenalan. Itu yang membuat kami sekeluarga risau kerana dia tidak mempunyai wang, takut nanti dia mengganggu orang ramai, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: 'Siapa bakar bot kami?'
Oleh Rosliza Mohamed
BACHOK: 揂pa salah saya sehingga orang yang sama-sama cari makan sanggup membakar bot yang kami gunakan untuk ke laut bagi mencari rezeki, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Diganggu peminat misteri
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
KAJANG: Seorang gadis yang juga pakar kecantikan berusia 25 tahun terpaksa membuat laporan polis selepas tidak tahan diganggu seorang `peminat misteri |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: 5 putar alam kena cekup
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
KUALA TERENGGANU: Kelicikan lima anggota kumpulan cabutan bertuah termasuk dua wanita yang cuba memperdayakan dua peniaga membabitkan kerugian kira-kira RM6,000, akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan di sekitar bandar ini, kelmarin.
Sebelum kejadian, kumpulan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 38 tahun terbabit dikatakan memperdayakan dua peniaga dengan memberikan hadiah percuma selepas membuat cabutan bertuah.
Perangkap yang dipasang kumpulan terbabit itu membolehkan mangsa berusia lingkungan 30-an diberikan hadiah percuma sama ada mesin mengurut dan set sauna bagi melayakkan mereka membuat cabutan seterusnya.
Mangsa kemudian diminta membuat cabutan kedua bagi membolehkan mereka memenangi periuk elektrik sebelum diminta menyerahkan kira-kira RM3,000 bagi mendapatkan hadiah itu.
Bagaimanapun, mangsa yang curiga dengan 憄ermainan |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Rumah seks RM30
KUALA LUMPUR: Walaupun usia mencecah hampir 100 tahun, bangunan usang di Jalan Petaling, di sini, menjadi tumpuan pengunjung termasuk warga emas berikutan kewujudan `rumah RM30 |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Perompak panik cabut lari
Oleh Mazlan Hasan
[email protected]
TANJUNG MALIM: Sekumpulan lima perompak dipercayai warga Indonesia bukan saja bernasib malang kerana gagal merompak sebuah kedai emas di Bidor dekat sini, malah seorang daripada mereka mati ditembak polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, lima lelaki berusia 30-an bersenjatakan parang dan tukul besi memasuki sebuah kedai emas di Bidor untuk merompak tetapi gagal apabila penggera keselamatan berbunyi.
Panik dengan kejadian itu, semua perompak terbabit terus melarikan diri dengan kereta Proton Wira yang diletakkan di luar premis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II A Paramasivam, berkata perompak terbabit kemudian melarikan diri melalui Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke ibu negara sambil dikejar kereta peronda polis yang menerima laporan sejurus selepas kejadian.
Beliau berkata, polis mengejar kereta suspek sehingga ke Kilometer (KM) 391 dekat Ulu Bernam, Selangor, sebelum kereta perompak terbabit tiba-tiba berhenti.
揝ebaik berhenti, seorang daripada perompak itu keluar dan melepaskan tembakan ke kereta peronda polis sebelum melarikan diri ke belukar berhampiran.
揃erikutan itu, anggota peronda melepaskan tiga das tembakan ke kereta dinaiki suspek. Bagaimanapun, suspek terus melarikan diri hingga ke KM 394 dan sekali lagi berhenti dengan tiga lagi lelaki keluar dan melarikan diri ke belukar berhampiran.
揚olis yang memeriksa kereta itu menemui seorang lelaki warga asing sudah meninggal dunia di tempat duduk belakang kerana terkena tembakan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: 2 tahun hidu najis ayam
Oleh Norfaisal Jahuri
ALOR GAJAH: Seramai 40 keluarga di Kampung Bukit Beruang, Kuala Sungai Baru, di sini terpaksa menghidu bau busuk dari sebuah premis memproses najis ayam untuk dijadikan baja di kampung mereka sejak dua tahun lalu.
Kesan buangan sisa berkenaan juga didakwa menyebabkan kawasan hutan seluas empat hektar terletak kira-kira 500 meter dari kawasan terbabit mati sejak beberapa bulan lalu dipercayai akibat pencemaran air kumbahan yang dibuang menerusi sungai berhampiran.
Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati kawasan premis yang turut menempatkan reban ayam komersil itu berbau busuk dan meloyakan.
Malah, sungai kecil yang mengalir di kawasan itu juga didapati tercemar dan berkeladak.
Wakil penduduk kampung berkenaan, Ngo Teck Song, 33, berkata masalah itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu dan sehingga kini tiada tindakan diambil pihak berkuasa tempatan walaupun aduan banyak kali dibuat.
揇ulu ada juga tindakan dibuat tetapi masalah itu timbul semula, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Rempuh motor peragut
Oleh Badaruddin Mat Zakaria
[email protected]
GEORGETOWN: Seorang kerani wanita berusia 45 tahun sanggup mempertaruhkan nyawanya apabila bertindak nekad mengejar dua lelaki yang meragut beg tangannya sebelum melanggar motosikal suspek menyebabkan ketiga-tiganya terjatuh.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang Sabtu lalu di Jalan Aaratoon di sini, ketika mangsa menunggang motosikal seorang diri.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Hamzah Md Jamil, berkata ketika itu mangsa tidak menyedari sebuah motosikal dinaiki dua lelaki mengekorinya.
Beliau berkata, sebaik menghampiri mangsa, seorang daripada suspek merampas beg tangan mangsa mengandungi sejumlah wang yang diletakkan di dalam raga motosikalnya sebelum melarikan diri.
揟anpa berlengah, mangsa mengejar kedua-dua lelaki itu sejauh beberapa ratus meter dan apabila tiba di Jalan Sultan Ahmad Shah, mangsa melanggar motosikal dinaiki dua lelaki itu menyebabkan mereka semua terjatuh.
揗elihat suspek terjatuh, mangsa yang berasal dari Air Itam segera merampas kembali beg tangannya daripada lelaki itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Polis temui parang ada kesan darah
KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap kes pembunuhan seorang pelajar sekolah tahfiz, Mohd Taufiq Ali, 16, malam kelmarin, hampir terjawab apabila polis menemui parang panjang dengan kesan darah yang dipercayai diguna untuk menetak mangsa.
Parang terbabit ditemui disimpan di rumah tiga lelaki yang diberkas beberapa jam selepas kejadian.
Tiga lelaki berusia 17, 21 dan 22 tahun ditahan di sebuah rumah di Segambut antara jam 11 malam hingga 2.30 pagi, beberapa jam selepas serangan berkenaan berlaku di Jalan Udang Ketak, Taman Sri Segambut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Karn Kam Peng, berkata polis menemui baju, seluar jeans, kasut dan parang panjang yang masih berdarah hasil pemeriksaan di rumah tiga lelaki itu.
揔etiga-tiga lelaki berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan ke atas pelajar terbabit. Semua barang bukti itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: 'Kami, bukan ayah masuk wad'
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Sulaiman Salleh
[email protected]
KUALA PILAH: 揔ami berhasrat menjaga ayah secara bergilir-gilir di wad tetapi tidak sangka kami pula ditempatkan di hospital, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Penyanyi berang langgar isteri dengan kereta
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi lelaki yang juga duda kepada model dan pengacara televisyen melanggar isterinya dengan kereta selepas berang kerana dipaksa pulang ke rumah.
Penyanyi berusia awal 40-an itu didakwa menyebabkan isterinya cedera di kaki selepas tayar kereta yang dipandunya menggilis kaki mangsa di Jalan Klang Lama, baru-baru ini.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, isteri kedua suspek yang berusia 35 tahun itu tidak mengalami kecederaan serius walaupun diseret dalam kejadian terbabit.
Difahamkan, artis lelaki itu yang menghasilkan beberapa album sebelum ini mengambil keputusan bermalam di kediaman seorang `Datuk |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL : 'Sami' kena dakwa
Oleh Meor Riduwan Ahmad
SHAH ALAM: Seorang remaja berusia 19 tahun yang didakwa menyamar sebagai sami menghadapi lima tuduhan menipu lima individu hingga mendorong mereka menyerahkan wang tunai dan barangan kemas yang semuanya bernilai RM47,700.
S Siva Perumal (gambar) dari Bukit Idaman 6, Selayang, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu di dua Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Bagi tuduhan pertama, Siva didakwa memperdayakan Pegawai Tadbir, R Kamala Devi, 41, dengan mengatakan dia adalah seorang sami yang boleh mempercepatkan mangsa bertemu jodoh.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No 2 Blok C2 Enggang Apartmen, Bukit Idaman, Selayang, pada 6 Mac lalu, kira-kira jam 10 malam, hingga mendorong mangsa menyerahkan kalung emas, kalung emas bertahtah batu hitam dan dua gelang tangan emas bernilai RM3,500.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa memperdayakan Setiausaha G Patricia, 32, untuk mempercayai dia sami yang boleh menghindari suami dan anak mangsa daripada mati sedangkan tahu dia tidak boleh, hingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM8,000 dan pelbagai barang kemas seperti gelang kaki emas, kalung leher emas, gelang tangan dan cincin emas.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya pada 6 Februari lalu, jam 8 malam di tempat sama.
Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tuduhan dengan seorang penjamin dan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk membicarakan kes berkenaan serentak.
Namun, abang tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana tidak mampu kerana hanya bekerja sebagai pemandu teksi.
Hakim Azimah Omar kemudian menetapkan jaminan RM10,000 bagi tuduhan pertama dan RM15,000 bagi tuduhan kedua serta syarat tambahan tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat pada Sabtu setiap bulan.
Sementara itu, di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya, Siva didakwa atas tiga lagi tuduhan menipu.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa menipu pemandu lori P Gunasegaran, 45, dengan mengatakan dia sami dan boleh menyembuhkan penyakit adik lelaki mangsa di tempat sama pada 6 Mac lalu, jam 10 malam.
Dia didakwa dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan dua rantai leher emas, cincin emas dan gelang emas, semuanya bernilai RM6,600.
Dia juga didakwa memperdayakan P Gunasegaran atas perkara dan tujuan sama hingga mendorong mangsa membayarnya wang tunai RM2,600 di tempat sama antara 13 Mac hingga 17 Mac lalu.
Sementara itu, bagi tuduhan ketiga dia didakwa menipu pekerja pemasang pendingin hawa, Asok Kumar, 26, untuk mempercayai dia sami hingga mendorong mangsa menyerahkan empat utas rantai leher emas bernilai RM7,000 di tempat sama pada 16 Januari lalu, antara jam 7 malam hingga 8.30 malam.
Bagi kelima-lima tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan dan denda, jika disabitkan.
Mariana menetapkan jaminan RM6,000 bagi tuduhan pertama dan masing-masing RM5,000 bagi tuduhan kedua dan ketiga.
Sebutan semua kes itu ditetapkan pada 14 Jun depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tangan bayi putus tersepit mesin kilang coklat
HONOLULU: Tangan bayi berusia 18 bulan terputus selepas tersepit pada mesin di sebuah kilang coklat ketika ibu bapanya membawa bayi itu melawat kilang terbabit, kata pegawai.
Tangan kiri bayi itu tersepit pada mesin di Menehune Mac Factory Gift Center. Sebaik ahli bomba tiba, pekerja kilang itu sudah membalut luka bayi itu dan menemui tangan yang terputus.
揂nggota kita cuma memasukkan tangan itu ke dalam beg berisi ais sebelum diserahkan kepada doktor, |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk Islam paling ramai menganggur di UK
LONDON 15 Mei - Penduduk Islam merupakan golongan yang paling banyak menganggur dan tinggal di kawasan perumahan serba kekurangan berbanding kelompok minoriti agama lain di United Kingdom (UK).
Berdasarkan kajian yang diakui oleh kerajaan negara ini, separuh daripada kumpulan Islam Inggeris yang berusia 25 tahun ke atas tidak terlibat dengan pasaran buruh formal manakala satu pertiga daripadanya tinggal di kawasan yang serba kekurangan.
Malah para penyelidik dari Universiti Derby, Warwick, Birmingham dan Oxford juga mendapati, golongan Islam lebih terdedah kepada penyakit jangka panjang selain memiliki tahap pendidikan yang rendah.
揇engan mengambil penduduk Islam secara keseluruhan, mereka berdepan dengan keadaan kehilangan hak yang semakin meruncing, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Motor, kereta polis nahas
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
PETALING JAYA: 揌arun pernah mengadu terasa ingin mati kerana tidak tahan sakit kepala dialaminya sehari sebelum kemalangan itu. Namun saya langsung tak menyangka kata-katanya itu membawa alamat buruk, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Cucu bakar rumah
Oleh Adnan Mohamad
KOTA BHARU: Seorang remaja yang ditatang penuh kasih oleh sepasang warga emas bagaikan kacang lupakan kulit apabila cuba membakar rumah pasangan itu dengan timbunan kain di Kampung Pulau Panjang, dekat Kuala Besar, semalam.
Jusuh Kundur, 64, berkata, ini adalah cubaan kedua cucu angkat berusia 18 tahun itu untuk membakar rumah terbabit.
揂nak saya, Zawiyah memelihara dia sejak berusia sebulan iaitu selepas diambil kerana ibu bapanya meninggal dunia dan apabila sudah besar, dia diserahkan kepada kami berdua sehinggalah sekarang. Mungkin perangainya berubah selepas bergaul dengan remaja tidak senonoh, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: Tiga sekawan jadi mangsa rogol
Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
[email protected]
MELAKA: Tiga pelajar sekolah menengah yang ingin meraikan sambutan hari lahir seorang lelaki menjadi `habuan |
|
|
|
|
|
|
| |
|