|
Dialog Shaikh & Sheir:Dalil Kepercayaan Kpd Imam 12 Berdasarkan Syiah
[Copy link]
|
|
Kedua : saya ingin menyatakan kepada saudara bahawa kami di dalam mazhab Ahlul Bait a.s mempunyai disiplin ilmu dan beramal. Yang mana pada hari ini para pengikut mazhab Ahlulbait a.s memiliki sumber ?b]rujukan yang sangat bernilai? iaitu para mujtahid dan fuqaha? (semoga allah memelihara mereka) yang mana mereka inilah yang menjadi rujukan para muqallid syiah dalam memahami kefahaman Ahlulbait a.s terutamanya yang bersangkutan dengan al-quran dan hadis-hadis yang datang dari sumber Ahlulbait a.s atau selainnya (kerana buat pengetahuan saudara kami dalam mazhab Ahlulbait a.s tidak memiliki satu kitab yang di mana kesemua hadis-hadisnya dijamin sahih sebagaimana shahih Bukhari dan Muslim).
Nah di sini perlu saya jelaskan pada saudara bahawa tidak ada 1 pun dari para fuqaha a.bait a.s hari ini yg mengatakan golongan ahlus sunnah itu kafir. Cuba saudara lihat dan fikirkan,
> Di dalam fatwa-fatwa fuqaha? Ahlulbait a.s tentang ahlul kitab bahawa mereka adalah suci (pengikut agama samawi selain islam) (sila rujuk kitab-kitab fatwa para mujtahid-mujtahid ini), maka bagaimana mungkin secara logikanya sesama muslim yang tidak membenci Ahlulbait a.s dikatakan najis dan kafir ?.
Adapun mengenai hadis-hadis yang saudara utarakan itu kesemuanya adalah hadis-hadis yang lemah (dengan kaedah ilmiah yang mereka ada dalam menilai sesuatu hadis) dalam pandangan para fuqaha? Ahlulbait a.s (sila rujuk kitab-kitab karangan mereka) kerana secara logikanya sahaja (sbg 1 dalil) sekali lagi saya katakan pada saudara bagaimana mungkin bersatu antara ijma? fatwa para fuqaha? Ahlul Bait a.s tentang keislaman dan kesucian saudara seislam yang berlainan mazhab (selain nawasib dan khawarij) dengan hadis-hadis tersebut (tentang najis dan kafirnya saudara ASWJ)??
Sudah pasti hadis-hadis tersebut terdapat kemusykilannya (kalau mahu dibahas dari sudut ilmu hadis serta rijalnya menurut perbahasan Ahlulbait a.s memerlukan perbahasan lain, dan saya siap membahaskannya serta membandingkannya dgn qawaid dalam ulum hadis dan rijal mazhab ASWJ).
Mengenai pandangan Imam Khomeini (semoga allah mencucuri rahmat keatasnya) dan para mujtahid yang lain tentang najisnya golongan nawasib atau nasibi atau khawarij itu memang benar tetapi nawasib disini bukan mendefinasikan ahlus sunnah wal jamaah secara mutlak tetapi nawasib di sini ialah orang dari mana-mana mazhab dalam Islam yang membenci Ahlul Bait a.s sebagaimana firqah khawarij (yg membenci dan menghukumkan kafir pada Amirul Mu?inin Ali bin Abi Talib a.s).
Tetapi adapun seperti umat islam hari ini yang beraqidah ASWJ sekalipun mereka tidak mengikuti ajaran ahlul bait a.s tetapi mereka tidaklah membenci Ahlulbait a.s, sebagaimana saudarakan? (kalau benci satu masalah itu) Cuma mereka jahil tentang ajaran Ahlulbait a.s sahaja, mereka ini saya tegaskan sekali lagi bahawa golongan ini adalah ikhwan-ikhwan kita sesama islam dan suci ! (inilah maksud Imam Khomeini r.a dan para fuqaha? lain, minta agar jangan fitnah pemimpin dan ulama? saya !)
Lihatlah pula fatwa Pemimpin Umat Islam Ayatollah al-Uzma (gelaran bagi mereka yang sudah mencapai kedudukan ijtihad dalam mazhab Ahlulbait a.s) al-Imam Sayyid Ali Khamena? (semoga allah memelihara beliau) dalam kitab fatwanya ?jwibatul Istiftaat?
?solat berjamaah dan jumaat dibelakang mereka (para imam ahlus sunnah) adalah sah dan tidak perlu diulangi lagi atas dasar perpaduan dan ukhuwah islamiah?
dalam fatwa lain beliau kitab ?anasikul haj? ?
?b]tidak dibenarkan untuk membuat jamaah sendiri (sesama syiah) di hotel2, bahkan wajib keatas mereka semua (org2 syiah) utk turut serta dalam solat berjamaah di masjidil haram bersama abna?s sunnah (pengikut mazhab ahlus sunnah)..?. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nah apakah ianya masih tidak jelas lagi atau masih wujud keraguan dan ghil (rasa tak senang hati, kalau bahasa lainnya busuk hati) terhadap ajaran Ahlulbait a.s dan pengikutnya yang hari ini dipelihara oleh para fuqaha? atau mujtahid-mujtahid Ahlulbait a.s dengan penjelasan dan fatwa-fatwa mereka (semoga allah memelihara dan mengukuhkan kedudukan mereka sehingga zahir imam (pemimpin) Ahlulbait a.s yang ke 12 iaitu Al-Qoim Muhammad al-Mahdi bin Hasan al-Askari a.s). Begitu juga ingin saya utarakan bahawa jangan menilai ajaran suci Ahlulbait a.s pada individu-individu syiah yang tidak betul (macam kalau orang kafir hendak menilai islam itu benar atau tidak dengan melihat pada orang islam yangg rosak) dan sebelum itu juga lihatlah dahulu syiah yang mana kata begini kerana syiah juga terdapat pecahan-pecahan lagi dan kami tidak menafikan ada yang ghulat (pelampau) tetapi nilailah pada peribadi ahlul bait a.s yang ma?om dan para fuqaha? serta ajarannya.
Mengenai persoalan saudara yang terus saudara ulang-ulangkan (apakah kerana tidak faham akan jawapan saya yang bersifat logika, ilmiah dan ringkas?) yang pastinya saudara pasti mengetahui isi tersirat disebalik hujjah yang diuatarakan saya sebelum ini. Saudara berulang kali megatakan ::
Sher Ali wrote :
?ebelum saya berhenti utk kali ini ingin sekali saya mengulangi soalan saya supaya kita tidak hilang punca perbahasan kita
APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN BERIMAN KPD IMAM DUA BELAS MENGIKUT FAHAMAN SYIAH SPT IMAM ITU ADALAH MAKSUM,TIDAK BERSIFAT LUPA DAN LALAI DAN SBGNYA
dan SAYA INGIN SEKALI LAGI TEGASKAN DLM SEMUA AYAT2 QURAN YG DIKEMUKAKAN SAUDARA TIDAK ADA SATUPUN AYAT YG DGN TERANG MENJELASKAN KEWAJIPAN BERIMAN KPD IMAM2 TERSEBUT...TERUTAMA SEKALI DGN JELAS DISEBUTKAN NAMA2 IMAM TERSEBUT SEBAGAIMANA YG DIIMANI OLEH GOLONGAN SYIAH
Baiklah bagi memuaskan hati saudara yang pasti kala ini sedang ingin akan kepastian bahawa keperluannya beriman dengan Imam ahlulbait yang bersifat ma?om dan tidak cacat akan akhlaknya, cukuplh disini saya rujuk kembali pada apa yang telah saya kemukan di awal tadi kerana perbahasan yang panjang lebar sebentar tadi itu sudah tepat bagi menjawab soalan saudara itu.
?apakah alquran itu ma?om ?? (kerana secara kalimat sorihah (terang dan jelas) tiada dinyatakan alquran itu ma?om bil kalimat) tetapi dari ayat lain kita boleh fahami (dgn mantiq sahaja) bahawa ketika allah s.w.t memelihara ?.lahaafidzuun? alquran bererti alquran itu ma?om (ini sebagai 1 contoh dan yang pasti banyak lagi contoh-contoh tentang aqidah dan ahkam = seperti juga alquran memerintahkan solat tetapi dari mana kita tahu secara mendetail cara-cara menunaikan solat? = yang tidak dijelaskan dengan sejelas-jelasnya dlm alquran tetapi hadis berfungsi sebagai ?enjelas kepada kesemuanya itu, walaupun ada yang dalam alquran allah s.w.t telah perjelaskan dengan sejelas jelasnya)?
Jadi bilamana alquran itu ma?om maka golongan yang menjadi ?l-Quran Hidup? yg tidak pernah sedetik pun berbeza dengan alquran ?..Fa innahuma Lan Yaftariqaa hatta yaridaa ?laiyyal haudh? (Lan lit ta?id) apakah tidak ma?om juga ?, sila rujuk hadis t-saqalain yang dimana terdapat satu keterikatan diantara al-quran dan Ahlulbait dan pastinya hadis ini adalah mutawatir seperti yang telah saya nyatakan diatas tadi (tolong jawab persoalan ini dengan akal yg sihat)
Atau apakah perlu kita meminta dari allah swt penjelasan dengan kalimat sebulat-bulatnya dalam al-quran dengan mengatakan ?hlul bait hom ma?umun? (Ahlul bait mereka itu ma?om) baru kita mahu beriman dengan Allah dan rasul-Nya tentang kema?oman ahlul bait a.s ? (sebagaimana sikap bani Israel di dlm bnyk qisah2 alquran)... ?falaa tatafakkaruun?
Adapun yang lepas itu juga saya telah berikan tentang ayat as-Syura, dimana imbalan yang allah hendaki adalah Ahlulbait atas dakwah Rasulallah S.A.W.W. Jadi disini surah al-Ahzab, surah as-Syura dan hadis T-saqalain sudahlah cukup bagi membuktikan bahawa Imam Ahlulbait lah yang harus diikut. Bagi mereka yang terbuka pintu hatinya dan bijak dalam menilai hujjah tanpa dipengaruhi sifat ego pasti ia akan memahami intisari ayat yang cukup mendalam maknanya ini, tanpa sebarang keraguan.
Sebelum saya menutup perbicaraan saya, pertama marilah kita melihat kembali pada teks dialog kita, selama dialog ini saudara yang mewakili pihak ikhwan ASWJ..
> Adakah yang sebenarnya melihat kufurnya syiah?? atau
> Saya yang mewakili mazhab ahlul bait a.s yang ada mengeluarkan kenyataan tersebut?
apa yang saya nukilkan itu semuanya adalah datang dari ajaran suci Rasulallah S.A.W.W, langsung diteruskan oleh Ahlulbait a.s dan diterangkan oleh para fuqaha? (semoga mereka dipelihara) yang sangat menekankan nilai-nilai akhlak dan ?ermin? kepada Rasulullah s.w.w.w dan ahlul baitnya a.s?
Sabda Imam Ja?ar as-Sodiq bin Imam Muhammad al-Baqir a.s ? Jadiklah kalian (wahai syiahku yakni pengikutku) sebagai perhiasan buat kami dan jgnlahlah jadi penjelek pada kami ?
Kedua, ketika saya merujuk kembali pada teks dialog kita sebelum ini tentang hadis T-saqalain khususnya dll ada beberapa persoalan dan kenyataan saya yang tidak dijawab lagi oleh pihak saudara contohnya tentang kepentingan Ahlul Bait a.s dlm Hadis T-saqalain yang pihak saudara cuba nafikan kepentingan mereka. Adapun juga tentang peranan Ahlulbait dalam mengesahkan keterimaanya solat, saya bawakan disini keratan kenyataan saya
Shaikh wrote:
?i]Setelah saya meneliti hujjah-hujjah yang saudara kemukan, saya mendapati saudara ini adalah seorang yang cukup berilmu dan pandai berkata-kata. Di dalam dalil-dalil yang telah saudara kemukan itu, telah saya temui 3 point penting. Yang pertama berkaitan dengan ayat Tathir di dalam surah al-Ahzab yang dibandingkan dengan ayat bersuci dalam surah al-Maidah ayat 6. Di dalam pemandangan Ahlulbait mengenai ayat Al-Maidah ini yang berbicara mengenai bersuci itu adalah untuk bertujuan ibadah bukanlah untuk memaksum kan. Pokoknya disini bahawa istilah penyucian (tathir) dalam al-quran boleh kita bahagikan kepada 2 makna.
i) Pensucian (tahara) dalam surah al-Maidah adalah bertujuan sebagai wasilah (syarat) untuk seseorang itu mendekatkan dirinya pada Ya Rabbul Alamin (ibadah), kerana mana mungkin secara hukum fiqh, seseorang itu melakukan sholat tanpa bersuci.
ii) Pensucian AhlulBait dalam surah Al-Ahzab ayat 33 pula tidaklah kita mengatakan bahawa penyucian AhlulBait itu sama seperti penyucian yang dilakukan dengan wudhuk atau tayammum, kerana bagaimana mungkin ia satu maksud yang sama sedangkan AhlulBait bukanlah sebagai pengankat hadas bagi melaksanakan ibadah, tapi fungsi AhlulBait adalah sebagai syarat-syarat sah ibadah itu sendiri diterima atau ditolak. Dalam syair Imam Syafie sendiri menyatakan :
"Wahai Keluarga (Ahlul Bait) Rasulallah S.A.W.W
Dalam Al-Quran Allah menetapkan
Bahawa kecintaan kami kepada kalian adalah wajib
Cukup Kemulian bagi kalian, hingga gugur
Sholat orang yang tidak mengucapkan shalawat bagi kalian"
Jadi kalau kita melihat akan bait kedua dan terakhir syair yang indah ini kita akan mendapati satu keterikatan diantara selawat dan sholat. Sholat itu tidak akan sah tanpa selawat dan selawat itu tidak sah tanpa AhlulBait, seperti firman allah dalam ayat al-Mawaddah yang bermaksud "Katakanlah, (hai Muhammad) tiada kuminta padamu upah untuk itu, hanya kasih sayang pada keluarga(ku). Dan barang siapa berbuat kebaikkan, kami akan tambahkan baginya kebaikkan di atas kebaikkan itu. Sesungguhnya allah Maha Pengampun lagi Maha Pembalas Kebaikkan."
Ini dikuatkan pula dengan hadis rasulallah dari Al-Fakhrudin Al-Razi mencatatkan dalam tafsirnya Al-Kabir bahwa Nabi S.A.W pernah ditanya oleh sahabatnya, "Ya rasulallah bagaimanakah kami berselawat atasmu. Rasullah bersabda ?atakanlah ya Allah, Limpahkanlah shalawat atas Muhammad dan atas Keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah melimpahkan shalawat atas Ibrahim dan Keluarga Ibrahim. Sesungguhnya, Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia? Di tambah pula rasulallah "Jangan pula kalian bershalawat untukku dengan shalawat buntung". Para sahabat bertanya "apa yang dimaksudkan dengan shalawat buntung (terputus)" Beliau bersabda " Kalian mengucapkan Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ, tanpa ucapkan keluargaku tetapi haruslah kalian mengucapkan Ya Allah limpahkanlah shalawat kepada Muhammad dan aal Muhammad (keluarga Muhammad)". Lihatlah disini bahawa shalawat itu tidak diterima tanpa sertakan AhlulBait dan sholat itu tidak diterima tanpa bershalawat. Jadi di sinilah definisi pensucian AhlulBait yang seperti di dalam surah al-Ahzab....?/i
Saya harap agar saudara dapat menjawab soalan yang sedang menunggu jawapan dari saudara, sila rujuk kembali teks dialog saya sebelum ini dan kemukanlah jawapannya..!
Wassalam:lebai:
[ Last edited by shaikh at 8-7-2006 10:37 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam selawat keatas nabi muhammad dan ahlulbaitnya...
Maaflah saya ingin bertanya kenapa tajuk dialog ini sudah ditukar..
bolehkan saudara mod memberikan alasannya, saya ingin tahu...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
w'salam
Originally posted by shaikh at 9-7-2006 02:55 PM
Salam selawat keatas nabi muhammad dan ahlulbaitnya...
Maaflah saya ingin bertanya kenapa tajuk dialog ini sudah ditukar..
bolehkan saudara mod memberikan alasannya, saya ingin tahu...
Was ...
Maaf la sekiranya tajuk tersebut tidak disenangi oleh en shaikh.
I fikir thread ini perlu mempunyai satu tajuk yg spesifik supaya topiknya terang dan jelas. Secara spontan je I buat tajuk tu. En shaikh ada idea lain sila kemukakan. I boleh tukar.
Utk makluman semua forumner....drp pembacaan I ...
Perbincangan dlm thread ini adalah mengikut topik. Mungkin kelihatan ada beberapa penjelasan yg seperti terkeluar dr topik tapi bagi I ia masih ada kait mengait dgn topik asal.
I percaya matlamat thread ini telah tercapai krn dialog yg berlaku berjaya melengkapi pengetahuan kita ttg fahaman2 yg sedang dibicarakan. InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam selawat keatas nabi muhammad dan ahlulbaitnya...
Terima kasih atas jawapan saudara mod, tidak....!!! saya setuju dengan tajuk itu saya tidak kisah kalau ditukar...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
dah panjang rupanya jawapan pak shaikh...
insyaallah saya akan menjawab dan saya harap ianya tidak terlalu berpanjangan dgn hujjah akal semata2 yg mencelarukan...
satu permintaan saya kpd tuan mod:
saya minta tuan mod highlight utk thread ini..dailog sheir & shaikh
supaya forumners lain tak tersilap masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sheir'ali at 10-7-2006 01:18 PM
dah panjang rupanya jawapan pak shaikh...
insyaallah saya akan menjawab dan saya harap ianya tidak terlalu berpanjangan dgn hujjah akal semata2 yg mencelarukan...
satu permintaan saya kpd tuan ...
dah bertukar dah pun
cepatnya...
terima kasih banyak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Rasenya tajuk ini lebih molek...
Terima kasih tuan sheir'Ali kerana mencadangkan tajuk yg baru... betul supaya tidak tersilap masuk...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
سلام على من اتبع الهدى
saya memohon maaf kerana kelewatan saya mengemukakan jawapan kpd saudara disebabkan tugasan yg menyibukkan saya.
dan juga saya memohon maaf kiranya jawapan saya ini tidak mengikut tertib soalan saudara.
Saya akan mengemukakan jawapan dalam tiga bahagian,
Bahagian pertama sy akan menjawab hujjah shaikh berkenaan kepercayaan kpd imamah berdasarkan hadis2 aswj serta menjawab hujjah shaikh yg bukan berdasarkan quran.
Bahagian kedua saya akan mengemukakan dalil2 ASWJ dr al-quran yg merupakan tempat sandaran mereka dlm pegangan mereka kemudian saya akan mengemukakan pula ayat2 quran yg dijadikan syiah sebagai dalil aqidah imamah mereka serta saya akan menolak hujah yg dipegang mereka tersebut.
Bahagian ketiga pula saya akan mengemukakan aqidah imamah disisi syiah yg bercanggah dgn quran.
jadi saya harap shaikh akan bersabar utk menunggu saya menghabiskan jawapan saya dulu..insyaallah dlm masa seminggu ini |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan bagi bahagian pertama:
Tulisan shaikh:
Dikuatkan lagi dengan hadis T-saqalain yang mutawatir (lihat dlm mustadrak ?las sahihain lin naisaburi r.a yang memetik hadis ini sebagai mutawatir dengan syarat-syarat daripada bukhari dan muslim, kitab sawa?qul muhriqah bab 11 li ibni hajar r.a dll : kata ibnu hajar dalam kitabnya ini ?hadis ini diriwayatkan lebih dari 20 para sahabat?)kedua2nya tidak akan terpisah (lan yaftariqaa) lan di dalam kaedah bahasa arab ?ufidu ta?id? (alquran dan ahlul baitku) sehingga keduanya bertemu dengan ku di telaga haudh?
I) apakah terpisah di sini mendefinasikan membawa mushaf kemana-mana ? atau
II) apakah mereka golongan khusus ini bertutur, berperilaku dll seiring dengan kehendak alquran?
Sudah pasti kita akan mengatakan jawapannya adalah yang kedua (Ahlulbait berperilaku seiring dengan kehendak al-quran) dan di sini pula timbul pertanyaan,
> apakah alquran itu ma?om ? (sekalipun secara kalimat sorihah tiada dinyatakan alquran itu ma?om)
Tetapi dari ayat lain kita fahami dengan logika akal kita bahawa ketika allah s.w.t memelihara ?.lahaafidzuun? alquran bererti alquran itu ma?om. Jadi bilamana alquran itu ma?om maka golongan yg menjadi ?l-Quran Hidup? yg tidak pernah sedetik pun berbeza dgn alquran (Lan lit ta?id) apakah tidak ma?om juga ???. atau
jawapan saya:
Berkenaan ayat tathir saya akan bincangkan kemudian dlm bahagian kedua jawapan saya.
Berkenaan hadis tsaqalain,
Sebelum ini saya tlh mengemukakan jawapan berkenaan hadis ini, saya kemukakan sekali lg bbrapa point dlm jawapan sblm ini:
1: hadits ini tidaklah sampai ke peringkat mutawatir walaupun banyak jalan-jalan riwayatnya tetapi kesemuanya adalah tidak sahih kecuali tiga sahaja daripadanya menurut riwayat Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tambahan drpd jawapan yg lalu,
walaupun hadis itu diriwayat oleh lebih 20 org sahabat namun jalan2 riwayat yg sampai kpd sahabat2 tersebut hanya 3 shj yg sahih. kerana itu kita tidak boleh mengatakan hadis ini sampai keperingkat mutawatir. Kerana riwayat2 tersebut kebanyakannya tidak sahih, syarat utk sesuatu hadis itu mutawatir ialah semua jalan riwayat2nya adalah sahih.
Didlm as-sawa?qul muhriqah spt yg disebutkan oleh saudara shaikh juga tidak menyebutkan bhw hadis itu adalah hadis mutawatir.. walaupun hafiz ibnu hajar menyebutkan bhw ianya diriwayatkan oleh lebih 20 org..dan juga beliau mengatakan ada diantara hadis itu sahih dan tidak..harap shaikh lihat sendiri dlm kitab tersebut..
Bahkan hafiz ibnu hajar tidak pula mengatakan ianya adalah dalil supaya kita berpegang kpd ahli bait rasul sebagai imam sepeninggalan nabi s.a.w...
Begitu juga dlm mustadrak hakim jg tidak disebutkan bhw hadis itu sampai keperingkat mutawatir...
Saya tlh meneliti dlm kedua2 kitab tersebut malangnya saya terlupa pula muka surat kedua2 kitab tersebut.
Minta saudara shaikh manakah dikalangan ulamak ASWJ yg mengatakan hadis itu sampai keperingkat mutawatir. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
2: Itupun jika dipandang kepada sudut riwayalnya. Jika dipandang dari sudut dirayahnya pula hadits ini tidaklah jelas menunjukkan bahawa para Imam dua belas itu semestinya menjadi Imam sepeninggalan Rasulullah s.a.w dan Ahlul Bait yang disebutkan didalam riwayat-riwayat hadits Tsaqalain di kalangan Ahli Sunnah ialah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaafar dan keluarga Abbas. Adakah Syiah rnenganggap kesemua anak cucu mereka ini yang termasuk dalam kata "keluarga" semestinya menjadi Imam atau layak rnenjadi Imam kesemuanya?
Hadis2 tersebut saya kemukakan supaya semua kita dapat menelitinya apakah tersebut dlmny perkataan kewajipan supaya menjadikan ahli bait rasul s.a.w. sebagai imam sepeninggalan baginda:
حدثني زهير بن حرب وشجاع بن مخلد. جميعا عن ابن علية. قال زهير: حدثنا إسماعيل بن إبراهيم. حدثني أبو حيان. حدثني يزيد بن حيان. قال: انطلقت أنا وحصين بن سبرة وعمر بن مسلم إلى زيد بن أرقم. فلما جلسنا إليه قال له حصين: لقد لقيت، يا زيد! خيرا كثيرا. رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم. وسمعت حديثه. وغزوت معه. وصليت خلفه. لقد لقيت، يا زيد خيرا كثيرا. حدثنا، يا زيد! ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم. قال: يا ابن أخي! والله! لقد كبرت سني. وقدم عهدي. ونسيت بعض الذي كنت أعي من رسول الله صلى الله عليه وسلم. فما حدثتكم فاقبلوا. وما لا، فلا تكلفونيه. ثم قال: قام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما فينا خطيبا. بماء يدعى خما. بين مكة والمدينة. فحمد الله وأثنى عليه. ووعظ وذكر. ثم قال "أما بعد. ألا أيها الناس! فإنما أنا بشر يوشك أن يأتي رسول ربي فأجيب. وأنا تارك فيكم ثقلين: أولهما كتاب الله فيه الهدى والنور فخذوا بكتاب الله. واستمسكوا به" فحث على كتاب الله ورغب فيه. ثم قال "وأهل بيتي. أذكركم الله في أهل بيتي. أذكركم الله في أهل بيتي. أذكركم الله في أهل بيتي". فقال له حصين: ومن أهل بيته؟ يا زيد! أليس نساؤه من أهل بيته؟ قال: نساؤه من أهل بيته. ولكن أهل بيته من حرم الصدقة بعده. قال: وهم؟ قال: هم آل علي، وآل عقيل، وآل جعفر، وآل عباس. قال: كل هؤلاء حرم الصدقة؟ قال: نعم. |
|
|
|
|
|
|
|
Yazid bin Hayyan berkata, ?ku pergi untuk menemui Zaid bin Arqam bersama Hushain bin Sabrah dan Umar bin Muslim. Setelah kami duduk di hadapanya; Hushain berkata kepada beliau, ?esungguhnya engkau telah mendapat kebaikan yang sangat banyak wahai Zaid. Engkau telah melihat Rasulullah s.a.w. dan mendengar haditsnya. Engkau telah berperang bersamanya dan bersembahyang di belakangnya. Sesungguhnya engkau telah mendapat kebaikan yang banyak, wahai Zaid. (Oleh itu) Ceritakanlah kepada kami wahai Zaid apa yang engkau telah dengar dari Rasullulah s.a.w." Zaid berkata, " Wahai anakku, demi Allah sesungguhnya umurku telah tua dan peristiwaku bersama Rasulullah s.a.w. telahpun lama berlalu. Aku telah lupa sebahagian dari apa yang pernah aku ingat dari Rasulullah s.a.w.. Apa yang aku ceritakan kepada kamu, terimalah dia. Apa yang tidak kuceritakan janganlah pula kamu menekan aku supaya aku menceritakannya."
Kemudian beliau berkata, ?ada suatu hari Rasulullah s.a.w. bangun berucap di hadapan kami di suatu danau yang dipanggil Khum yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Baginda memuji dan menyanjung Allah, Baginda memberi nasihat dan mengingatkan dan kemudian Baginda bersabda, " Adapun kemudian daripada itu ketahuilah wahai manusia; Scsungguhnya aku adalah manusia. Tidak lama lagi akan datang kcpadaku
Utusan (Malakul Maut) dari Tuhanku dan aku akan menerima kedatangannya. Aku akan meninggalkan pada karnu dua perkara yang sangat berat (sangat bernilai). Pertama, Kitab Allah yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Ambillah Kitab Allah itu dan berpegang teguhlah dengannya. (Kemudian Zaid b. Arqam berkata) Maka Baginda menggalakkan dan menggemarkan para hadirin supaya berpegang teguh dengan Kitab Allah. Kemudian Baginda bersabda, " Dan Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkin kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. " Setelah itu Hushain pun berkata kepadanya, " Siapakah Ahli Bait Baginda wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda dari Ahli Baitnya? Zaid bin Aqram menjawab ?steri-isteri baginda memanglah dari ahli bait baginda tetapi ahli bait Baginda (yang dimaksudkan disini) ialah orang yang haram menerima sedekah selepas baginda? Hushain bertanya lagi ?iapakah mereka?? Zaid bin Arqam menjawab ? Mereka ialah keluarga Ali, keluarga Aqil, kcluarga Ja'far dan keluarga Abbas". Hushain bertanya, " semua mereka yang tersebut haram menerima sedekah?" Zaid menjawab, "Ya". (Shahih Muslim-j.15, hal. 179, 180; Bab Fadhaail Ali)
Kalau kita perhatikan kpd hadis ini dlmnya tidak lebih drpd pesanan supaya berbuat baik dan memberikan kasih sayang terhadap ahlil bait serta menjaga hak2 mereka.nabi s.a.w mengingatkan umatnya berkenaan ahli baitnya tidak memestikan kita menjadikan mereka sebagai imam sepeninggalan baginda...
Kalaulah rasul s.a.w maksudkan utk menerangkan supaya menjadikan mereka ini sbgai imam sudah pasti baginda akan menjelaskan dgn sejelas2nya.
Cuba shaikh buktikan dlm hadis ini manakah bukti yg menunjukkan terdapat kata2 nabi s.a.w. supaya menjadikan mereka sebagai imam sepeninggalan baginda s.aw.
Hadis kedua yg diriwatkan imam termizi dan hakim:
- حدثنا علي بن المنذر الكوفي أخبرنا محمد بن فضيل أخبرنا الأعمش عن عطيه عن أبي سعيد والأعمش عن حبيب ابن أبي ثابت عن زيد بن ارقم قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
- "اني تارك فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي؛ أحدهما أعظم من الآخر؛ كتاب الله حبل ممدود من السماء الى الأرض وعترتي أهل بيتي ولن يتفرقا حتى يردا على الحوض فانظروا كيف تخلفوني فيهما". هذا حديث حسن غريب.
"Aku tinggalkan padamu sesuatu yang jika engkau berpegang teguh kepadanya, engkau tidak akan sesat sepeninggalanku, yaitu Kitab Allah sebagai tali allah yang memanjang dari langit ke bumi dan ahlulbaitku. Kedua-duanya tidak akan pernah berpisah sehingga mendatangiku di telaga. Maka perhatikanlah bagaimana sikap kalian terhadap keduanya.?.
Hadis yg kedua ini juga kalau kita perhatikan langsung tidak terdapat qarinah atau dalil yg menunjukkan imamah aimmah ali r.a. serta ahli bait dr keturunannya..dan wajib memberikan khilafah kpdnya sepeninggalan nabi s.a.w.
Namun begitu kalau diperhatikan dlm hadis kedua ini ada juga tersebut kemestian supaya berpegang dgn ahli bait setiap zaman sehingga kiamat sehingga nabi s.a.w. begitu menekankan supaya berpegang dgnnya sebagaimana berpegang kpd al-quran..tapi kalau kita perhatikan berdasarkan hadis2 yg lain serta ayat2 quran yg begitu byk sekali menekankan supaya berpegang kpd al-quran dan hadis sebagaimana jawapan yg telah saya kemukakan sblm ini iaitu:
Adapun Tsaqalain menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah "Al-Qur?n dan As-Sunnah" bukannya "AI-Qur'an dan Itrah". Kefahaman ini bersesuaian dengan banyak contoh ayat-ayat Al-Qur'an yang memerintahkan supaya mereka patuh kepada Allah dan RasulNya. Perintah ini disebutkan sebanyak dua belas kali dengan lafaz perintah di dalam Al-Qur'an. Banyak pula hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan bahawa apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah kitab Allah dan Sunnah NabiNya.
Maka kita akan dapat fahami maksud rasul s.a.w. disini adalah krn merekalah yg akan menceritakan dgn lebih byk berkenaan kata2 serta perbuatan nabi s.a.w. terutama sekali ketika baginda berada dirumah dan ianya sudah semestinya termasuk juga dari kalangan isteri2 baginda s.a.w. jadi apa yg disebutkan oleh nabi s.a.w. disini tidak lebih sebagai majaz (kata kiasan) kpd sunnah nabi s.a.w.
Andaikata maksud nabi s.a.w. disini adalah supaya menjadikan ahli bait baginda terutama ali r.a. sebagai imam sudah pasti baginda s.aw. akan menjelaskan dgn sejelas2nya.
4: Apa yang dapat difaham dari riwayat ini ialah Baginda berpesan supaya Ahli Baitnya dilayani dengan baik, dihormati dan dikasihi sepeninggalan Baginda. Di dalam riwayat ini juga terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa tsaqal yang kedua bukannya Ahlul Bait tetapi sesuatu yang lain.
sebahagian dr jawapan terhadap hadis ini telah saya kemukakan sblm ini
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=2
jawapan saya pd tarikh 15-6-2006 10:57 PM
Berkenaan pertanyaan apakah al-quran itu tidak maksom krn tidak tersebut dgn jelas perkataan maksom kpd al-quran?.
Pertama sekali shaikh perlu memahami apakah pengertian maksom itu sendiri, bukankah maksom itu bermakna terpelihara dr dosa besar serta kecil?pakah kalau quran tidak maksom maka dia akan melakukan dosa????
Maksom adalah utk manusia shj mengapa perlu kpd quran?g dimaksudkan dgn
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9)
Ialah kami akan menjaga quran dr sebarang penyeleweng yg akan dilakukan terhadap quran..bukan memelihara quran dr sebarang dosa!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
persoalan kedua berkaitan hadis dua belas khalifah.
tulisan shaikh:
Memang benar ?mir atau khalifah? bererti pemerintah dan dalam riwayat lain disebut juga dengan kalimat ??mmah?. Mengenai persoalan saudara apakah hadis tersebut tepat untuk disesuaikan dengan imam12 yang tidak pernah memegang tampuk pemerintahan, di sini saya ingin menjawab dengan bertanya kepada saudara :
> Adakah kesemua kenyataan atau perintah para nabi dan rasul khasnya nabi besar kita Muhammad bin Abdillah s.a.w.w di patuhi atau ditaati benar-benar oleh ummatnya? atau ada dari kalangan ummat mereka yang melanggar?
Persoalannya bukan kesesuaian atau ketepatan hadis imam 12 ini dengan waqi? (reality) sebagai hujjah mengatakan sesuatu hadis itu diterima. Kalau begitu jangankan hadis, malah al-quran sendiri harus ditolak! kerana banyak perintah atau kenyataan al-quran tidak terdapat pada waqi?. Atau apakah kita cuba berhelah untuk meragui hadis ini semata-mata tidak ada secara pandangan zahir 12 imam yang memerintah dalam kepercayaan kita.
Sebelum saya menjawab lebih baik kita meneliti hadis2 tersebut dahulu:
6796 - حدثني محمد بن المثنَّى: حدثناغندر: حدثنا شعبة، عن عبد الملك: سمعت جابر بن سمرة قال:
سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (يكون اثنا عشر أميراً) فقال كلمة لم أسمعها، فقال أبي: إنه قال: (كلهم من قريش).
Riwayat termizi
Jabir bin samurah r.a. berkata, aku mendengar rasulullah s.a.w. bersabda, akan ada dua belas orang amir, lalu baginda berkata dgn kalimah yg aku tidak dengarinya, ayahku berkata semuanya mereka dr quraisy.
(1821) حدثنا ابن أبي عمر. حدثنا سفيان عن عبدالملك بن عمير، عن جابر بن سمرة. قال:
سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول (لا يزال أمر الناس ماضيا ما وليهم اثنا عشر رجلا). ثم تكلم النبي صلى الله عليه وسلم بكلمة خفيت علي. فسألت أبي: ماذا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقال (كلهم من قريش).
Spt diatas.
9 - (1821) حدثنا نصر بن علي الجهضمي. حدثنا يزيد بن زريع. حدثنا ابن عون. ح وحدثنا أحمد بن عثمان النوفلي (واللفظ له). حدثنا أزهر. حدثنا ابن عون عن الشعبي، عن جابر بن سمرة. قال: انطلقت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ومعي أبي. فسمعته يقول (لا يزال هذا الدين عزيزا منيعا إلى اثني عشر خليفة) فقال كلمة صمنيها الناس. فقلت لأبي: ما قال؟ قال (كلهم من قريش).
Drpd jabir bin samurah katanya aku pergi kepada rasulullah s.a.w. dan ayahku bersamaku, lalu aku mendengar baginda bersabda:agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga ke dua belas org khalifah, lalu baginda berkata dgn kalimah yg org ramai tidak mendengarnya maka aku berkata kpd ayahku, apakah yg baginda katakana?ayahku menjawab semua mereka dr quraisy
(riwayat muslim)
4279ـ حدثنا عمرو بن عثمان، ثنا مروان بن معاوية، عن إسماعيل يعني ابن أبي خالد عن أبيه، عن جابر بن سمرة قال:
سمعت رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم يقول: "لايزال هذا الدِّين قائماً حتى يكون عليكم اثنا عشر خليفةً، كلهم تجتمع عليه الأمة" فسمعت كلاماً من النبيِّ صلى اللّه عليه وسلم لم أفهمه، قلت لأبي: ما يقول؟ قال: كلهم من قريش.
Rasulullah s.a.w. bersabda: agama ini akan terus teguh sehingga dua belas org khalifah semua mereka ini disepakati oleh ummat,
(riwayat abi daud) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penolakan terhadap pegangan syiah:
Point pertama: dalam hadis tersebut nabi s.a.w. menyebutkan dgn nama amir atau khalifah..dan tidak ada riwayat yg menyebutkan dgn kalimah aimmah?.
Kalau dipandang kpd kalimah ianya sama sekali tidak tepat dgn imam2 syiah krn kalimah amir atau khalifah digunakan kpd pemerintah.. sedangkan dikalangan imam2 syiah hanya dua org shj yg menjadi pemerintah.
Seterusnya shaikh berkata utk membenarkan pegangan beliau berkenaan perkara ini:
Ketahuilah wahai saudara ku, bahawa mereka (12 imam a.s) dari ahlul bait a.s merupakan ?HALIFAH-KHALIFAH ALLAH? atau dalam erti kata lain mereka dilantik oleh Allah sebagai khalifah atas lisan junjungan besar kita s.a.w.w. Mereka bukan ?halifah yg dilantik sesama manusia? hukum akal juga boleh mengatakan bahawa ketika ada ma?om apakah wajar yang tidak ma?om memimpin?. Sebagai lebih jelas adakah bila anda ingin sembahyang berjemaah lantas anda mempunyai dua pilihan dimana imam pertama anda tahu bahawa semsa silam beliau pernah melakukan dosa-dosa, manakala imam kedua anda ketahui bahawa beliau sejak kecil memang indah akhlaknya, tidak melakukan dosa dengan segaja lantas yang mana akan saudara pilih, pasti yang kedua kerana ketaqwaannya yang lebih.
Saya minta shaikh menyatakan dalil utk perlantikan hanya imam jaafar as-sadiq sahaja sebagai imam yg wajib ditaati (sebagaimana yg dipercayai oleh syiah) dari pihak allah taala..tidak perlantikan imam2 yg lain?
Berkenaan dgn maksom imam itu saya akan bincangkan dlm bahagian kedua jawapan saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Point kedua: rasulullah s.a.w. bersabda: agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga 12 org khalifah atau amir:
Disisi ASWJ sememangnya agama islam begitu gemilang selama pemerintahan 12 org khalifah bermula dr zaman khalifah pertama abu bakar as-siddiq sehingga 12 org khalifah.
Bukankah dizaman2 tersebut musuh2 islam begitu gerun dgn kekuatan kerajaan islam sehingga mereka tidak mampu utk memerangi umat islam???bukankah itu buktinya islam begitu mulia dan teguh???
Namun begitu musuh2 islam tidak akan berdiam diri bilamana mereka tidak dapat memerangi umat islam di ketika itu tapi dendam yg bersarang dihati mereka mendorong mereka utk merosakkan sejarah gemilang umat islam tersebut?.lalu tersebarlah cerita2 dr mereka2 yg jahat dan bermaksud utk menggelapkan sejarah gemilang umat islam di zaman awal islam spt cerita2 antaranya yg memburukkan mu?wiyah r.a. serta anaknya yazid.
Saya tidak mahu membincangkan berkenaan sejarah murni serta gemilang mereka namum kalau saudara ingin mengetahui sedikit sebanyak berkenaan pemurnian sejarah mereka saudara boleh ke sini:
http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/pemurniansejarah.htm
http://www.hakekat.com/menu.php?op=sembilan
dan kalau nak link ulamak2 arab mmg byk.
Dgn itu hadis ini mmg tepat utk dua belas khalifah dikalangan ASWJ dan sememangnya hadis itu merupakan mukjizat rasulullah s.a.w.
Namun begitu shaikh berkata pula:
Jika kita melihat di dalam realiti sejarah islam dari zaman Rasulullah S.A.W.W hingga berpindah ke zaman khulafa? rasyidin berpindah ke Bani Umayyah berpindah ke Bani Abbasiyyah dan banyak lagi kerajaan-kerajaan yangg mengatasnamakan islam selepas itu, kira-kiranya berapa khalifah yang sudah ada ? apakah 12 khalifah sebagaimana yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W.W? atau lebih.
Sudah pasti jawapannya lebih dari 12, usahlah kita mengira khalifah dari zaman lain kita hanya perlu fokus khalifah yang wujud pada Zaman Dinasti Umaiyyah dan Abasyiah sahaja sudah melebihi 12 orang. Pada Dinasti umayyah terdapat 13 orang khalifah, manakala pada zaman Bani Abasyiah berjumlah 37 orang, ini sudah tidak menepati hadis nabi.
> Adakah kata-kata nabi s.a.w.w ini tidak benar ? atau ianya betul dan sudah ditunjukkan, cuma ummat yang benar-benar mengikutnya hanya segelintir, sebagaimana pengikut para nabi a.s terdahulu yang mengikuti mereka hanya segelintir bilangannya.
Maka saya menjawab:
Sememangnya khalifah dlm khilafah ASWJ mmg ramai dan berterusan sehingga beberapa lama namun yg disebutkan rasulullah s.a.w. hanya zaman 12 khalifah shj islam begitu mulia dan teguh dan selepas itu akan berlaku sedikit demi sedikit kelemahan dlm pemerintahan dan kekuatan serta kemulian umat islam semakin melemah.
Dan satu lagi point berkenaan perkara ini (rasulullah s.a.w. bersabda: agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga 12 org khalifah atau amir
Maka ianya langsung tidak tepat utk imam2 syiah krn:
Mengikut syiah imamah berlangsung sehingga kini dgn mereka mengatakan zaman ini adalah zaman imam yg kedua belas mereka (Muhammad bin hasan al-askari) yg merupakan imam mahdi mereka (yg skrg ini ghaib tah bila akan keluar-mungkin takut kena bunuh oleh syiah mereka sendiri kot)
Kalau kita melihat kpd hadis tersebut yg mengatakan
?gama ini akan terus mulia dan teguh sehingga 12 org khalifah atau amir?
ianya langsung tidak bertepatan dgn pegangan syiah krn zaman imam ke 12 mereka (skrg bahkan bermula seribu tahun dulu lagi) bukanlah merupakan zaman kegemilangan, kemulian, keteguhan islam tapi zaman kini adalah merupakan zaman kelemahan, kehinaan umat islam?. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Point ketiga berdasarkan hadis ini: sabda rasulullah s.a.w ?emua mereka dr quraisy?
Andaikata ianya bertepatan dgn pegangan syiah nescaya nabi s.a.w. akan menjelaskan dgn sejelas2nya dan berkata ?anya dr kalangan ahlil baitku?
Dan kalau diperhatikan kpd hadis ini ianya mmg bertepatan dgn pegangan ASWJ dimana khalifah dikalangan mereka yg seramai 12 org itu sememangnya dr quraisy semuanya dan berasal dr berbagai2 qabilah quraisy....krn itu nabi s.a.w. mengatakan ?emuanya dr quraisy? yg menunjukkah kepelbagaian keluarga serta qabilah mereka bukannya dr satu keluarga atau satu qabilah.
Kesimpulannya kalau diperhatikan kpd hadis langsung tidak terdapat isyarat apatah secara jelas perlantikan imam2 ahlil bait sebagai imam serta wajib ditaati.. |
|
|
|
|
|
|
|
shaikh ada mengemukakan persoalan berkenaan hadis ini:
Adakah kesemua kenyataan atau perintah para nabi dan rasul khasnya nabi besar kita Muhammad bin Abdillah s.a.w.w di patuhi atau ditaati benar-benar oleh ummatnya? atau ada dari kalangan ummat mereka yang melanggar?
Maka saya menjawab: ini bukanlah soal mematuhi atau mentaati perintah rasulullah s.a.w tapi ianya adalah kebenaran apa yg disebutkan oleh rasulullah s.a.w..
Apatah lagi disini bukanlah perintah rasulullah s.a.w. kpd umatnya tapi gambaran apa yg akan berlaku kpd umatnya?an bilamana ianya terbukti maka ianya adalah satu mukjizat yg allah kurniakan kpd baginda serta akan menguatkan lagi keyakinan ummat ini kpd wahyu yg diturunkan kpd baginda?.dan sememangnya ianya terbukti slps itu?
dan seterusnya shaikh berkata lg
Persoalannya bukan kesesuaian atau ketepatan hadis imam 12 ini dengan waqi? (reality) sebagai hujjah mengatakan sesuatu hadis itu diterima. Kalau begitu jangankan hadis, malah al-quran sendiri harus ditolak! kerana banyak perintah atau kenyataan al-quran tidak terdapat pada waqi?. Atau apakah kita cuba berhelah untuk meragui hadis ini semata-mata tidak ada secara pandangan zahir 12 imam yang memerintah dalam kepercayaan kita.
Maka saya menjawab mmg ianya bertepatan dgn reality sebagai membenarkan sabdaan rasul s.a.w. yg merupakan wahyu dr allah taala..
kalau perintah allah taala samaada dlm quran ditolak dan tidak di amalkan itu bukan bermakna yg silapnya hadis atau quran tersebut....
tapi hadis ini bukan berkenaan perintah allah taala atau perintah nabi s.a.w. tapi perkhabaran akan sesuatu yg akan berlaku slps kewafaatan baginda s.a.w....dan sememangnya berlaku dlm kenyataan!!!
dan byk lg perkhabaran dr rasul s.a.w. serta dr quran yg sememangnya tlh menjadi kenyataan
spt contoh:
غُلِبَتِ الرُّومُ (2)
dan terbukti dizaman sayyidina umar r.a. sebagai membenarkan firman allah taala tersebut
dan andaikata belum terjadi lagi pastinya ianya akan terbukti
namun bagi org yg didlm hatinya ada penyakit pasti akan mengatakan quran atau hadis rasul tidak benar krn belum terbukti lgi sesuatu sabdaan atau firman
apakah ada suatu perkhabaran dr al-quran yg belum berlaku sehingga zaman skrn???
tolong berikan contohnya.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
utk jawapan bahagian seterusnya insyaallah saya akan berikan seberapa segera |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shaikh at 8-7-2006 10:34 AM
Nah apakah ianya masih tidak jelas lagi atau masih wujud keraguan dan ghil (rasa tak senang hati, kalau bahasa lainnya busuk hati) terhadap ajaran Ahlulbait a.s dan pengikutnya yang hari ini dipeli ...
i) Pensucian (tahara) dalam surah al-Maidah adalah bertujuan sebagai wasilah (syarat) untuk seseorang itu mendekatkan dirinya pada Ya Rabbul Alamin (ibadah), kerana mana mungkin secara hukum fiqh, seseorang itu melakukan sholat tanpa bersuci.
ii) Pensucian AhlulBait dalam surah Al-Ahzab ayat 33 pula tidaklah kita mengatakan bahawa penyucian AhlulBait itu sama seperti penyucian yang dilakukan dengan wudhuk atau tayammum, kerana bagaimana mungkin ia satu maksud yang sama sedangkan AhlulBait bukanlah sebagai pengankat hadas bagi melaksanakan ibadah, tapi fungsi AhlulBait adalah sebagai syarat-syarat sah ibadah itu sendiri diterima atau ditolak. Dalam syair Imam Syafie sendiri menyatakan :
"Wahai Keluarga (Ahlul Bait) Rasulallah S.A.W.W
Dalam Al-Quran Allah menetapkan
Bahawa kecintaan kami kepada kalian adalah wajib
Cukup Kemulian bagi kalian, hingga gugur
Sholat orang yang tidak mengucapkan shalawat bagi kalian"
Jadi kalau kita melihat akan bait kedua dan terakhir syair yang indah ini kita akan mendapati satu keterikatan diantara selawat dan sholat. Sholat itu tidak akan sah tanpa selawat dan selawat itu tidak sah tanpa AhlulBait, seperti firman allah dalam ayat al-Mawaddah yang bermaksud "Katakanlah, (hai Muhammad) tiada kuminta padamu upah untuk itu, hanya kasih sayang pada keluarga(ku). Dan barang siapa berbuat kebaikkan, kami akan tambahkan baginya kebaikkan di atas kebaikkan itu. Sesungguhnya allah Maha Pengampun lagi Maha Pembalas Kebaikkan."
Ini dikuatkan pula dengan hadis rasulallah dari Al-Fakhrudin Al-Razi mencatatkan dalam tafsirnya Al-Kabir bahwa Nabi S.A.W pernah ditanya oleh sahabatnya, "Ya rasulallah bagaimanakah kami berselawat atasmu. Rasullah bersabda ?atakanlah ya Allah, Limpahkanlah shalawat atas Muhammad dan atas Keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah melimpahkan shalawat atas Ibrahim dan Keluarga Ibrahim. Sesungguhnya, Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia? Di tambah pula rasulallah "Jangan pula kalian bershalawat untukku dengan shalawat buntung". Para sahabat bertanya "apa yang dimaksudkan dengan shalawat buntung (terputus)" Beliau bersabda " Kalian mengucapkan Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ, tanpa ucapkan keluargaku tetapi haruslah kalian mengucapkan Ya Allah limpahkanlah shalawat kepada Muhammad dan aal Muhammad (keluarga Muhammad)". Lihatlah disini bahawa shalawat itu tidak diterima tanpa sertakan AhlulBait dan sholat itu tidak diterima tanpa bershalawat. Jadi di sinilah definisi pensucian AhlulBait yang seperti di dalam surah al-Ahzab....?/i
Saya harap agar saudara dapat menjawab soalan yang sedang menunggu jawapan dari saudara, sila rujuk kembali teks dialog saya sebelum ini dan kemukanlah jawapannya..!
sebelum saya mengemukakan jawapan utk bahagian kedua jawapan saya, ingin saya menyelesaikan permasaalahan yg ranting2 yg tidak penting serta langsung tidak boleh dijadikan sebagai hujjah dlm perbahasan ini.....
pertama sekali boleh tak tuan bawakan rujukan kpd syair imam syafi'e tersebut..ingin sekali saya nak melihat teks asalnya
kemudian berkaitan dgn selawat yg diwajibkan oleh sstgh ulamak mazhab dlm solat....
saya sebenarnya malas nak menjawab persoalan yg spt ini....cara instinbath yg entah dr mana dtgnya usul atau qaidahnya.....
cuba pembaca fikirkan cara golongan syiah ini membuat kesimpulan mengeluarkan hukum bagi menguatkan pegangan merka berkenaan imam2 mereka:
kesimpulan mereka:
wajib berselawat kpd ahlil bait dlm solat menunjukkan....kewajipan berpegang kpd kemaksuman serta keimaman imam2 12.....apatah lg dgn aqidah2 mereka berkenaan imamah ini
bagaimana mereka boleh faham sedemikian dan bagaimana mereka dapat menghubungkan perintah tersebut dgn aqidah mereka???
sedangkan bagi kita ASWJ kewajipan berselawat kpd keluarga nabi s.a.w. membuktikan bhw kita sentiasa menghubungkan kasih sayang serta meletakkan kedudukan mereka pd kedudukan yg tinggi...kita sentiasa tidak lupa kpd hubungan mereka dgn rasul sa.w dan kasih kpd mereka bermakna juga kasih kpd rasul s.a.w.
ini membuktikan bhw ASWJ langsung tidak ada rasa benci atau irihati kpd golongan ahlil bait ini dan sentiasa mendoakan kebaikan kpd mereka semuanya bukan sstgh ahlil bait shj
satu point yg saya ingin saya tanyakan kpd saudara:
apakah suruhan dr nabi s.a.w. supaya kita mendoakan kpd baginda s.a.w. spt dlm doa slps azan menunjukkan nabi s.a.w. tidak maksum dan sentiasa memerllukan doa dr umatnya???? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebelum saya berundur seketika saya ingin mengingatkan saudara kpd pertanyaan saya sblm ini utk menambahkan ilmu saya yg mgkn terdapat pd saudara:
pertama:
TULISAN SAUDARA
Sebenarnya di dalam berhujjah itu tidak semestinya memerlukan hadis yang mutawatir, hadis mutawatir itu didahului daripada hadis lainnya, jika terdapat perbezaan hadis maka hadis mutawatir akan diutamakan dan diterima daripada hadis lain. Disini lah peranannya hadis mutawatir dalam berhujjah, ia diutamakan dari hadis lainnya.
apakah maksud saudara disini....
mungkin maksud saudara disini ialah
1- didlm berhujjah (khususnya dlm perbincangan ini) dlm persoalan aqidah tidak memerlukan hadis mutawatir, hadis yg tidak sampai peringkat mutawatir pun tidak mengapa
2- hadis yg tidak sampai peringkat mutawatir pun tidak mengapa utk dijadikan hujjah dlm aqidah
3- bilamana hadis yg tidak sampai peringkat mutawatir itu bercanggah dgn hadis mutawatir barulah digunakan hadis mutawatir dlm berhujjah
kalau beginilah maksudnya....
boleh saudara kemukakan qa'idah atau usul mana yg saudara gunakan???
atau apakah maksud saudara
dan yg KEDUA:
TULISAN SAUDARA
Natijahnya kini, jika saudara lihat kembali kitab-kitab hadis dari karangan Sunni seperti yang terkenal Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, kita akan mendapat terlalu sedikit hadis-hadis dari riwayat ahlulbait. Di dalam sahih Muslim tidak sampai lima hadis yang diriwayat kan Imam ali yang telah dibuku dalam sahih muslim, manakala lebih teruk lagi tiada satu pun hadis diriwayatkan dari keturunannya seperti Imam Jaafar As-Shadiq dan sebagainya.
setelah saya menjawab terlintas pulak dihati saya ingin bertanya pak shaikh....
dari manakah saudara mendapat info yg seperti ini
kalaulah ianya dari saudara sendiri bermakna saudara begitu cenderung kepada memandang serong dan buruk sangka terhadap aswj bahkan kpd ulamak2 aswj tanpa usul periksa....
sepatutnya kalaulah saudara seorang yg ikhlas mencari kebenaran saudara hendaklah dulu mengkaji sesuatu yg buruk ttg sesuatu golongan bukannya terus menuduh membuta tuli begitu
dan kalaulah ianya dari guru saudara atau mana2 artikel yg saudara dapat dr golongan terpelajar syiah bermakna saudara telah termakan tipuan dr org yg saudara percayai dan harapkan utk saudara mencari kebenaran....
dan ini tidak hairan berlaku dikalangan syiah krn mereka mengamalkan taqiyyah dlm menyebarkan fahaman mereka
apakah saudara akan terus tertipu dgn dakyah2 spt ini ataupun saudara ingin mencari kebenaran dr ulamak2 aswj yg sentiasa ikhlas dlm perjuangan mereka dan sentiasa menyebarkan kebenaran serta berusaha utk menghapuskan kebatilan |
|
|
|
|
|
|
| |
|