|
Originally posted by LynnDaBomb at 9-7-2006 11:38 AM
Wa'alaikumsalam. Well you guys, please don't make me confused.. Kenapa harus bertelagah tentang bab al-Quran dan Hadith Rasulullah saw. Bukankah ia adalah panduan untuk kita dalam hidup ini? Bab ...
Saya sokong Lynn :setuju::setuju::setuju: Presa1200 tu ensem gak ek. Hehe. :pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
sila komen kepada yg tahu: sunnah itu ada ulama' yg mentafsirkannya sebagai segala perkataan dan perbuatan (termasuk cara hidup) rasul allah dan ada ulama yg mentafsirkannya sebagai perkataan rasul allah sahaja.maka kalau pentafsiran dibuat kepada yg pertama maka memang benarlah apa yg dibuat oleh saudara ini sebagai berpakaian menurut sunnah.
tapi kalau ikut yg kedua, maka ia adalah pakaian org arab sahaja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by boogie78 at 29-8-2006 09:43 PM
sila komen kepada yg tahu: sunnah itu ada ulama' yg mentafsirkannya sebagai segala perkataan dan perbuatan (termasuk cara hidup) rasul allah dan ada ulama yg mentafsirkannya sebagai perkataan rasul ...
Ada sedikit sebanyak dibincangkan dalam thread ni :
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=223963&page=1 |
|
|
|
|
|
|
|
pakai yg menutup aurat dan selesa.banyak lagi perkara sunnah lain yg boleh dibuat.kalau kita kerje2 mcm pembinaan sesuai ke pakai jubah.silap2 terbukak pulak aurat kang |
|
|
|
|
|
|
|
Malu aku malu...
Dalam seseorang bercerita bagaimana dia memeluk Islam, yang lain asyik mempertahankan keegoan mereka tentang perbezaan Islam diantara mereka |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kerje gomen tak boleh pakai mcm ni, so patutkah kita challenge kod etika berpakaian kerajaan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by St.Yeepi at 30-8-2006 12:13 AM
Malu aku malu...
Dalam seseorang bercerita bagaimana dia memeluk Islam, yang lain asyik mempertahankan keegoan mereka tentang perbezaan Islam diantara mereka
:setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elbecks at 30-8-2006 01:54 PM
kalau kerje gomen tak boleh pakai mcm ni, so patutkah kita challenge kod etika berpakaian kerajaan tu?
Bila baca soalan ni... terkenang kat diri... kita ni duduk kat negara merdeka... tapi adakah kita cukup merdeka hingga mampu berbuat setiap apa yang kita mahu? Jika seorang saja nak challenge kod etika ni mungkin tak mampu... namun jika bersatu, InsyaAllah boleh. Namun masalahnya... adakah kita ni bersatu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elbecks at 30-8-2006 12:02 AM
pakai yg menutup aurat dan selesa.banyak lagi perkara sunnah lain yg boleh dibuat.kalau kita kerje2 mcm pembinaan sesuai ke pakai jubah.silap2 terbukak pulak aurat kang
psssttttt..........jangan kasi SOKLAN/CONTOH BUDUS.....elbecks
Nanti ada plak yg tulis...........kalau berenang pakai jubah mcmana plak???
Para sahabat r.a. pergi perang.....pakai pakaian perang!!!(baju besi, topi besi etc) |
|
|
|
|
|
|
|
err...aku jarang post kat sini..slalu bace2 jek...
hurmm...anti-hadis eh..anti sunnah..hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Sunnah Rasul
Salamun Alaikum
BAB SALAM
Pada semua. Ma'afkan saya kerana ada hendak saya memberi sedikit pandangan disini. Pandangan saya ini tidak berkaitan dengan sesiapa dan janganlah saya dikaitkan dengan sesiapa pula,JUGA bukan untuk bermegah-megah kerana saya dan kita semuanya hanyalah ABDULLAH. Ianya seperti dibawah.
Originally posted by LynnDaBomb at 9-7-2006 08:48 AM
Jawab salam pun berbeza bunyinya.. Saya risau memikirkan keadaan umat Muhammad s.a.w. yang semakin bercanggah pendapat. Mengapa jadi begini sedangkan seorang yang baru memeluk Islam begitu mulia ...
Beginilah, ini hanya pandangan peribadi yang saya nak kongsi bersama secara rela(tiada paksaan). Kita menjadi Beriman dengan ALLAH bila kita mengaku percaya kepadaNya, malaikat-malaikatNya, Rasul-rasul dan Nabi-nabi, Kitab-kitab yang ALLAH perturunkan (Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quraanul Karim) iaini bukan kitab yang dinukilkan oleh manusia, Hari Kiamat, Syurga dan Neraka, Pahala dan Neraka...............
Pada saya bila diperintahkan(menjadi WAJIB oleh ALLAH untuk kita membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan segala perintah yang tekandung dalam Al-Quraan, terutamanya percaya wajib kepada KitaNya dan SEMUA RasulNya(dan Nabi-nabi) termasuklah Baginda Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH! Dan Wajib meletakkan Al-Quraan sebagai sumber rujukan utama dan pertama dalam hal-hal berkaitan Ketuhanan(ALLAH) dan Ibadah langsung denganNya seperti Solat, Puasa, Zakat dan mengerjakan Haji. Juga apa-apa perkara lain yang sekiranya diFirmankan secara Muhakamat, maka wajib diikuti tanpa bantah(mandatory) sekiranya kita mengaku kita percaya KitabNya dan sekiranya kita benar-benar ikhlas kepada ALLAH, ini teramsuklah cara kita memberi salam. Saya terfikir dan nak ajak semua forumers disini berfikir bersama-sama ayat ALLAH mengenai berSALAM. Bukankah dalam ayat berkenaan FirmanNya bahawa SALAM itu adalah SALAM orang-orang yang berIMAN? Rujuk: Al-Anaam
[54] Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: SALAMUN ALAIKUM! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): Bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian dia bertaubat sesudah itu dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Bagi saya:Bacalah ayat-ayat Al-Quraan berulang-ulang!
Jadi apakah kita tidak mahu menjadi golongan orang yang berIMAN?!?!?!
Dan kenapakah bila berhadapan ayat-ayat diatas, yang muhakamat(100%) kita masih lagi mencari alasan untuk menafikannya lagi? IKHLASkah kita bila perintah inipun kita hendak menjadikan ianya polemik bagi pelantar perdebatan?
Adakah berpatutan sikap kita terhadap ALLAH bila memberi alasan begini:
Dari sudut bahasa Arabnya, tidak ada bezanya dari segi makna. Cuma berbeza dari segi nakirah atau makrifah saja.
AFDHOLkah SALAM kita? Saya mengajak diri saya (juga forumers semua) marilah kita mula memberi SALAM seperti yang ALLAH perintahkan itu. Janganlah hal yang sedemikian mudah lagi ringkas dari FirmanNya itu hendak kita modify, walaupun maknanya sama. Dan walaupun maknanya sama apakah pula sama tarafnya?
Atas authority apakah mereka-mereka itu mengubah cara sebutan SALAM dan memaksa(secara halus) penerimaannya oleh AWAM (benarkah IMAM NAWAWI yang merekacipta SALAM berkenaan atau ada juga yang berpendapat Imam Bukhori? Betulkan fakta saya ini sekiranya SALAH!) sehingga saya sebelum ini menyangka-nyangka bahawa inilah cara orang-orang ISLAM yang berIMAN memberi SALAM, dan berjuta-juta lagi hambaNYA yang kononnya TUNDUK dan PATUH (Muslim) dan Percaya(MUKMIN) juga seperti saya? Besar sungguh keberanian yang ada pada mereka yang dahulu itu. Berani sungguh! Sungguh berani! Benar-benar berani! Mungkinkah mereka yang dahulu itu mahu kita menyebut-nyebut dan mengenang-ngenang mereka sehingga mencari jalan untuk mencipta sesuatu agar dikenang, walaupun apa yang dicipta itu akhirnya menjadi pentas untuk tengkar-tengkaran dan debat-debatan demi untuk tegakkan benang masing-masing walhal TALI ALLAH lebih KUAT, KUKUH, UTUH dan KEKAL selama-lamanya.......ALLAH AL-MUTAKABBIR!
Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk. (3:103)
Bagaimana pula saya yang sebelum ini berkeras dengan orang lain sehingga membawa pertengkaran dan pertikaian hanya kerana mempertegakkan pendapat mengatakan cara memberi SALAM saya yang diajarkan dululah cara memberi SALAM yang diperintahkanNya sehingga meletakkan taraf AFDHOL terhadap SALAM berkenaan dan mencebik/mencemik/mencemoh mereka yang memberi SALAM tidak seperti cara saya memberi SALAM? Natijah dari perbuatan saya terhadap pendapat ini bagaimana? Bolehkah saya memindahkan kesilapan ini kepada mereka yang menciptanya dahulu kerana saya tidak berusaha menilai dan menyiasat pemberian SALAM yang diTUNTUT ALLAH? Sedangkan ALLAH berFIRMAN Segala DOSA dan PAHALA adalah kerana kefahaman, kesimpulan dan perbuatan kita sendiri? Ini kerana ALLAH juga telah mengingatkan kita agar jangan menjadikan pihak lain sebagai kambing hitam terhadap balasanNya nanti, kerana ALLAH sudah memerintahkan kita membaca ayat-ayatNya berulang-ulang agar kita akhirnya menjadi faham sehingga dapat mengamalkan PerintahNya. Depa yang reti tupun kerana mereka tekun akan ayat-ayat ALLAH! Apakah kita tidak boleh tekun? Biaq p lah kat depa, kita ni tak Ilm. Bagaimana nak Ilm kalau tak tekun akan ayat-ayat ALLAH? Depa dulupun macam kita juga, tapi depa pakai akal depa. Depa tekun. Takkan kita tak mau tekun? Takkan semua nak serah kat depa? Kalau semua serah kat depa, jadilah seperti kes ini. Sampai SALAMpun ada yang keliru(dulu, termasuklah saya. La ni dak lagi!!!!!!).
Saya rujuk kes ini sebagai perbandingan sahaja. Untuk kes ni sahaja. Yang lain-lain boleh kita perpanjangkan nanti. Kenapa mereka yang dahulu itu sengaja menciptakan ungkapan ini dan bergerak mempengaruhi AWAM sehingga AWAM bersangka-sangka ianya dari ALLAH? Dan AWAM pula tidak berusaha menyiasat sendiri walaupun ianya hanya didepan mata? Ada yang setiap hari membacanya(mungkin tidak menghayati!) tetapi tidak berjumpa apa yang disebaliknya akan apa yang telah di ISYTIHARKAN sebagai AFDHOL itu sehingga ramai keliru seperti saya dahulu! Hebat sungguh mereka yang dahulu itu dalam assingment mereka untuk mengelirukan saya yang dahulu. Nasib SAYAbaik kerana ALLAH mewahyukan melalui ayatnya kepada Nabi Muhammad SAW untuk di sampaikan kepada saya dan yang lain-lain ttg pencipataan akhir zaman spt komputer ini bagi saya menilai balik(bagi mengimbangi) apa yang disuapkan keminda saya yang dahulu tanpa peluang untuk menilai balik kesahihannya hasil momokan juga dari mereka yang dahulu bahawa AWAM seperti saya tidak layak untuk menguji hatta diri saya sendiri ttg apa yang telah diamalkan selama ini. Jadi saya mendegilkan diri saya. Kedegilan untuk menyanggah pendapat(Fatwa?) lama demi MENCARI JALANNYA yang LURUS, JALAN yang ENGAKU Kurniakan NI'MATMU. ISTAJEEBULLAH!.:pray:
BAB SUNNAH
Bagi saya setiap perbuatan/perlakuan/sabda RASULULLAH yang ditujukan kepada AWAM, yang bukan bersifat peribadi bagi maksud menyampaikan firmanNya; saya terima berasaskan pepatah, YANG BAIK JADIKAN TAULADAN.............. Dan mana-mana Sabda Baginda yang amat saya Kasihi dan amat berterima-kasih yang tidak bercanggah dengan Al-Quraan, saya terima dengan penuh redho. Ini bertepatan dengan Firman ALLAH:
"Katakanlah (Muhammad), 'Aku hanya memberi amaran kepada kamu dengan wahyu'; tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran." (21:45)
"Dan Kami tidak menurunkan kepada kamu Kitab melainkan supaya kamu memperjelaskan kepada mereka apa yang padanya mereka memperselisihkan, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang mempercayai." (16:64)
Dan sudah tentulah Muhammad SAW tidak akan melanggar larangan ALLAH dalam menyampaikan sekadar apa yang ALLAH Firmankan, bertepatan dengan AMARANNYA agar Baginda tidak mengada-adakan sesuatu yang diluar dari perintahNYA semasa menyeru manusia keJalan ALLAH.
AL-HAAQAH:
[44] Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta (sebarang kata-kata rekaan).
[45] Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami.
[46] Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta).
[47] Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
Saya yakin dengan sesungguh yakin Nabi Muhammad amat sedar akan AMARAN ALLAH ini.
Yang tak sedar atau buat-buat tak sedar, kerana inginkan kemasyhuran(agak saya) agar di sebut-sebut selalu dihujung lidah AWAM selain ALLAH dan Rasul2Nya adalah mereka yang hidup selepas itu, iaiatu mereka yang dahulu dari saya (yang dahulu) dan menyebarkan apayang mereka tak sedar atau buat-buat tak sedar itu kepada AWAM dengan jaminan(Sendirian Berhad) yang ianya adalah AFDHOL................
ALLAHU A'LAM..............................
[color=lime green][size=-2]p/s: baru belajar guna efek |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 1-9-2006 03:48 PM
Salamun Alaikum
BAB SALAM
Pada semua. Ma'afkan saya kerana ada hendak saya memberi sedikit pandangan disini. Pandangan saya ini tidak berkaitan dengan sesiapa dan janganlah saya dikaitkan de ...
Saya tengok dari segi beri salam ni tak perlu lah nak berbalah-balah.
Bagi orang yang belajar nahu arab akan tahu perkataan "Salamun" itu tidak boleh ada alif lam dihadapannya kerana sudah ada tanwin...manakala perkataan "Assalamu" itu tidak perlu ada tanwin dibelakangnya kerana ianya sudah ada alif lam. Makna keduanya sama sahaja.
Bagi pak Arab yang tahu ilmu grammar ini sudah tentu tak ada masalah bagi mereka kerana keduanya sama sahaja, yang confuse selalunya orang yang bukan berbahasa Arab tetapi mahu memasukkan perkataan "Assalamu alaikum" atau "Salamun alaikum" dalam bahasa lain. Grammar Arab ni lain sikit dari grammar English, kait-kaitan dari segi baris, tanwin, alif lam, huruf dsbgnya.
Walaupun dalam quran ada spesifik disebut sebutan greeting itu sebagai "Salamun alaikum", tetapi ada juga reference dalam quran dirujuk kepada "Salam" sahaja. contoh ayat AnNisaa' 94 (ilaikummus salama) . Surah An Nisaa' itu dikaitkan dengan satu hadith riwayat Imam Muslim yang menceritakan seorang yang menyebut "Assalamualaikum" kepada orang Islam semasa perang.
http://hadith.al-islam.com/Displ ... +%C7%E1%CD%CF%ED%CB
Bagaimana pula bila orang beri salam dijawab dengan "Wa alaikumussalam..." yang mana menambah perkataan "Wa" di depan
adakah itu sudah dikira salah juga dan tiada dalam al Quran?
Perkara ini tidak pernah dipertikaikan sejak zaman berzaman kerana ramai orang yang pandai islam zaman dahulu tidak lupa belajar ilmu grammar arab, tetapi sekarang ramai dah "skip" ilmu itu kerana menganggap naskah terjemahan atau terjemahan secara "harfiah" sudah mencukupi untuk mengutarakan hujah-hujah.
Interestingly apa yang dikaitkan dengan hadith asbaabul nuzul surah An Nisaa' 94 ini adalah penggunaan alif tambahan pada perkataan "As-Salam" itu menurut bacaan Ibn Abbas kepada "As Salaam". Itu isu yang didebatkan oleh orang berilmu zaman silam, bukan samada ada alif lam ataupun tidak!
http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=eng&ID=1707 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuman at 10-7-2006 06:19 PM
Rasa terharu bila presa yang baru mengganut islam telah diberi kefahaman agama yang baik oleh Allah swt, setuju sangat saya dengan apa yang dikatakan oleh presa, nampak jelas bahawa presa betul ...
:setuju::setuju::setuju::setuju::setuju::setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by St.Yeepi at 30-8-2006 12:13 AM
Malu aku malu...
Dalam seseorang bercerita bagaimana dia memeluk Islam, yang lain asyik mempertahankan keegoan mereka tentang perbezaan Islam diantara mereka
:setuju::setuju::setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ct_og at 31-8-2006 07:57 AM
Bila baca soalan ni... terkenang kat diri... kita ni duduk kat negara merdeka... tapi adakah kita cukup merdeka hingga mampu berbuat setiap apa yang kita mahu? Jika seorang saja nak challeng ...
:setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
nak nangis baca thread ni...
mana yg positif ambillah...
tepuk dada tanya selera..iman..
buang yg keruh...ambil yg jernih...
Islam itu Indah & Mudah...
:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM..........
Salamun Alaikum!
Merujuk respon dari Saudara seIslam saya, always_typo. Saya terima kedua-duanya, iaitu Salamun Alaikum dan Salam(utk jawab kembali)........ Allah menyediakan yang ringkas untuk kita amalkan. Maksudnya disini, bukankah lengkap? Ada cara beri salam dan ada jawab salam.
Sesiapa nak tambah atau nak modify, itu terpulang. Tentunya mereka lebih bijaksana. Mungkin mereka merasakan Salamun Alaikum dan Salam tu tak cukup. Sya tak tau.........
Allahu a'lam......... |
|
|
|
|
|
|
|
Pakaian
Salamun Alaikum Presa................
Bab pakaian tu sya rasa ia sesuai untuk anda, pada masa yang sesuai dan tempat yang sesuai, jadi ia sesuai, sesuai dan sesuai!
Semuga pakaian taqwa kita akan sempurna................
Allahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
bxn This user has been deleted
|
Originally posted by orangbesi at 10-7-2006 01:17 PM
salam
kalau pi SOLAT JUMAAT majoriti pakai kemas
cam selalulah
tapi aku masih berseluar jeans
yg sikit kotor
dgn tshirt
dgn HATI
HATI..........
tapi apasal depa pandang senget aje kat ak ...
hati org lain2... takleh nak agak apa dlm ati org... aku dulu camtu gak, bila aku cite ngan satu brader... dia tegur aku balik, dia ckp 'sedangkan org yg bersembanhyang pun Allah sediakan neraka wail, apa hak kita nak kata org yg pakai mcm tu nak sembahyang... Allah yg tentukan sama ada terima atau lemparkan balik solat kita tu... kalau pakai kain yg kita curi pun dgn niat nak pakai yg bersih utk bertemuNya... InsyaAllah diterima solat kita... kita tatau camne Allah menilai solat kita...'
kalau nak tegur psl pakaian masa solat, kena tegur bebaik... so pastu aku takde nak pandang serong kat org lain, aku try betulkan niat aku ke rumah Allah utk solat, bukan nak kutuk org(even dlm hati) camne org pakai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|